Monday, August 29, 2022

main di pantai floria, putrajaya dan lain-lain cerita

assalamualaikum and hi! :)

sebenarnya banyak benda weh nak cerita.
tapi tak terkejar dek jari ini haha.
sebelum tu, pakat-pakat tolong klikkan iklan adsense google yang merata dalam blog ni πŸ˜‚
dapat 1sen pun jadi. nak rasa ke-hype-an menerima duit daripada adsense yang baru diletakkan di blog, walaupun harapan sifar tu memang ada. wahaha *klik jangan tak klik :b*

so!
bagaimana bulan ogos korang setakat ni?
ingat nak beli jalur gemilang baharu, gantikan yang dah lusuh kena banjir kat pagar rumah tu.


gambar selingan: petang2 ariana and anaqi suka main bola kat neighbourhood ni.
itu la geng2 mereka.


alkisahnya tak berapa lama dulu sebelum husband dan sy kena covid,
kitorang pergi la ke pantai floria, putrajaya.
saja la bagi AAs seronok main2 pasir.
berenang2 tu tak de la sangat.

pantai floria ni bersih, view lawa, tapi tak la besar sangat.
ok la untuk piknik2 family.
bayaran masuk dikenakan, tak silap haritu RM3 dewasa, RM2 kanak-kanak.
pengurusan pantai floria ni bawah kelab tau.. ala tak ingat namanya.
tapi kelab kat putrajaya ni lah. so kelab tu yang kutip duit untuk maintain pantai ni, may be.
ok la tu, berpatutan kot harga dia.


nah tengoklah gambar2 AAs je banyak. haha



lawa kan view tasik putrajaya. ada jambatan siap.



bentang tikar dan makan breakfast kat sini.
tak panas lit lit pun, tapi bahangnya tetap terasa.



ni ha, lepas bayar dapat gelang macam kat themepark.
kena pakai sepanjang berada di pantai floria.



berkerut muka menahan kebahangan mentari pagi. haha



bawak makanan yang dibeli sebelum tu daripada kedai mek noor nasi dagang, dengkil.
ada nasi dagang, ada nasi minyok, ada kepok lekor ganu. yum2.
nanas tu beli kat pasar sebelum2 tu.



takat situ la boleh main air 'laut' pun (air tasik sebenarnya πŸ˜‚)



AAs excited nak gi pantai ni sebab last time diorang tak bawak peralatan pantai diorang ni masa gi sunway lagoon. so gigih la bawak semua2 ni semata-mata nak main pasir. haha


lepas main2 air tu, kitorang pun baliklah.
simple je ceritanya. ahahaa

entry diakhiri dengan gambar-gambar makanan.
silakannnnn.

ni time makan kat 4fingers. mahal tapi sedap!



bawak bekal burger gi ofis dan siap tempah grab food beli churros. haha



ni goreng cucur bilis. sedapp.

 

dah, tu je la ceritanya.

till next time! byeee!

yuki topokki beranak c-zer

assalamualaikum and hi! :)

yoshh sungguh ringkas dan padat tajuk entry ni.
makanya tau la bahawa yuki dah beranak awal-awal bulan ogos haritu.
so kita tepek sini buat kenangan.
sebab in the end, semua anak-anak dia meninggal ye. *sobs*

alkisahnya haritu hari jumaat.
tengah siap2 la pepagi nak gi ofis.
nampak ada kesan darah atas tong sampah kat bilik kucing.
suspect si yuki ni nak bersalin la kot.
habis solat subuh semua tu, keluar seketul anak dia, tapi macam masih dalam kantung dan tak gerak.
so sekor meninggal.

pi ofis, tapi husband ada le kat rumah.
dah lepas2 tu, husb kata tak keluar2 jugak anaknya.
dia suh balik. risau agaknya dok sorang2 dengan kucing yang tak beranak2. hihi

so ai pun minta excuse daripada superior untuk balik.
hantar le ke vet swasta kat dengkil tu.
sebelum tu dok call vet kerajaan. tutup rupanya klinik vet salak tinggi pada hari jumaat. dia bukak isnin-rabu.
so sampai sana, bila scan, doc kata ada dalam 3 ekor, tp sekor je jantung gerak.
lah sudah.
doc kata kena induce 3x selang sejam.
sementara tu balik dulu tunggu. time tu dah nak waktu rehat. tunggu je la kat rumah.

dah sampai timenya, klinik vet call.
katanya dah induce pun tak keluar. aiyoh.
last2 kena c-zer operate. time tu petang sy dah balik semula ke ofis.
so tunggu la habis c-zer and esoknya kitorang ambik dr klinik vet.
rupanya diaorang tak tolong sua anak2 kucing minum susu pun. ya Rabbi. menjerit2 dak2 tu.

oh lupa. ada 3 ekor. 2 selamat, sekor meninggal.
RM600 lebih kurang operate c-zer.
so bawak yuki and babies balik rumah. dah setup sangkar redup untuk dia duduk sementara.
kesian yuki, of course dia dengan sakitnya lepas operate, dengan bengkak susu lagi.
anaknya sekor tak nak minum. sekor tu minum ngamm lepas ajar minum pakai botol.

tapi dah ajal, dua2 meninggal juga.
first yang meninggal, yang tak berapa minum susu tu.
second, hat yang minum susu pun meninggal keesokan paginya. sy check pkul 4pagi macam tu.

nah ada gambar dan video kenang2an.
fyi prosedur c-zer vet ni, dia sekali buang rahim.
so yuki tak boleh pregnant lagi la lepas ni.
melepas nk tengok anak2nya membesar comel2 kan. tak pe la tak de rezeki.
more good things to come, insyaAllah.


2 ekor anak dia. cuuute je.



menyusu je dak2nya.

 

pernah la terbaca,
ada anak2 kucing yang tak ngam dengan jenis darah ibu/ayah dia, sebab jenis darah tak sama.
so kalau ada clash macam ni, pun boleh menyebabkan anak2 kucing mati.
tapi dah macam mana nak tau jenis darah mak ayahnya time nak mating tu kan.
kita bukan orang kaya nak pi buat bloodtest kucing beratus.
so tu salah satu sebab anak kucing tiba2 meninggal, selain dehydrate atau fragile sejuk dsb.
yang ni meningga tak tau punca. dah sampai masa tentunya.

dannnn ada video sikit untuk share. comel jeeee omoooo




sekian.
anak2 yuki dalam kenangan.

makan-makan di restoran a'decade, sunway pyramid

assalamualaikum and hi! :)

korang tau tak kat sunway pyramid mall ada satu restoran yang berkonsepkan Malaysia dan siap ada jual makanan/permainan zaman 90s?

yoshh ada! nama kedainya a'decade dan kitorang dah buat 'lawatan tapak' la haritu, since stay kat hotel clio dekat sunway pyramid ni πŸ˜‚


kat pintu masuk dah boleh nampak deco cantik berkonsepkan stall zaman 90s.
ada macam2 makanan 90s wohh.


makanan jugak semuanya sedap dan boleh kata berkonsepkan kemalaysiaan jugak.
so buat yang nak rasa vibe hari2 merdeka ni,
silalah pi makan kat sini.
dah la sedap, deco cantik, apa lagi kau nak πŸ˜†


nasi ayam yang ayamnya digrill. milik husband gwe.
dia suka la grill2 sihat2 ni. wihihi



kids plate punya choice memang on point sangat.
ni ha, mi dengan ayam lobak. ada telur rebus (anaqi's fave), ada payung, ada vitagen! πŸ˜
bukan selalu boleh jumpa kedai makan yang mementingkan citarasa kanak-kanak macam ni. so kudos for this 
πŸ‘πŸ» *claps*



anak2 (AAs) menikmati hidangan masing-masing tanpa berebut2 seperti biasa πŸ˜‚
seperti yang dilihat, ada kapal terbang atas meja.
itupun baru beli kat kedai.


ye, belah2 tengah tu ada nampak macam rak tinggi kan.
kat rak tu banyak makanan dan mainan 90s.
so boleh ambik and bayar je kat kaunter.


husband yang gembira dapat makan makanan sihat.
ai agak2 je. kalau tak betul, mungkin ai telah menohmah beliau πŸ˜‚



sy rasa jugak ni. sedapp



yang bawah tu sy punya; mi goreng mamak.
portion besar, rasa sedap sungguh.
biasanya portion besar sy tak habis makan.
ni gigihkan jugak habis sepinggan sebab sedap. and seriously, sy berjaya habiskan. jyeah!

 

jadi, mungkin... akan ada re-visit la ke restoran ini.
bila tu tak tau la, sebab sunway pyramid bukannya dekat sangat dengan dengkil.. bahaha
so mungkin bila2 stay sunway lagi? may be. kan.
sebab sedap and worth it sangat.

so yeah.

that's all from me for now.

ciao cin cau!

menginap di clio hotel, sunway

assalamualaikum and hi! :)

yoshh sy suka buat review2 hotel ni.. haha.
memandangkan sekarang ni susah betul nak jumpa review hotel2 yang banyak kat blog2.
most people did their reviews on page like tripadvisor and stuff.
tapi sy ni kalau part nak baca review, lebih konvensional dan suka baca pengalaman orang kat blog.
kiranya sy taip review ni untuk 'memeriahkan' lagi review2 hotel kat blog di malaysia la. haha alkisahnya.

so!
tak berapa lama dulu, kitorang stay di clio hotel, sunway.
hotel ni sebelah aje dengan sunway pyramid shopping mall. belah hujung2 area starbucks.
sangat dekat jugak dengan pintu masuk sunway lagoon yang belah bulatan tu (pintu masuk ni berdekatan dengan area taman tema. kalau nak dekat dengan pantai dan waterpark, kena masuk ikut pintu belah hujung lagi satu.. kat parking bertingkat tu).
kiranya serba serbi dekat la hotel ni.

fyi kat sunway pyramid ni ada 2 hotel; satu hotel sunway pyramid (hujung sana) dan hotel clio (hujung sini). so pilihlah kegemaran korang nak pergi yang mana satu.

since sebelum ni banyak menginap di hotel sunway pyramid, kali ni kita try hotel clio pulak.
jom!


bilik deluxe. design moden, cantik, kemas. ada tingkap tu yang penting.


kitorang memang suka pilih katil twin macam kat atas ni,
sebab ada dak2 AAs kan.
kalau ambik katil sebijik, mau havoc ramai2 atas satu katil. hahaha
so twin beds are more selamat :'D


bilik air. tak de bath tub, tapi sunway lagoon kat ada kat sebelah! πŸ˜‚ lolx. so.



toiletries yang biasanya ditemui di hotel.
but i like the shampoo, sabun & botol dia memang lawa.



ini sy di depan cermin bilik air. haha



sampai-sampai je terus jenguk view. nampak sunway lagoon agaknya. lolx



disebabkan sabun2 syampu ni best, nah satu gambar :P



nak kata, ubat gigi bukan cikai2 dia bagi. colgate versi travel, ok.



pintu bilik kitorang. cantikk daripada kayu.



ni pulak pemandangan kat coffee house semasa breakfast.



makanan mostly sedap-sedap dan banyak choice. satu2 sy try. haha
husband and i.



ni plate pertama sy. lebih kepada american breakfast + oriental sebab ada dumplings + sesat middle east sikit sebab ada shashuka ke apa namanya tu.



plate kedua buat rasa2. sebab tu seciput je. lolx



kalau ada bubur kat hotel, sy memang suka cuba.
the perfect bubur nasi pada sy, haruslah basicnya ada bubur *duhh*, ikan bilis goreng, bawang goreng, daun bawang, kicap dan minyak bijan.
benda2 optional macam ikan kacang hitam, cakoi, lobak putih masin tu semua pun boleh untuk penambah rasa. tapi untuk sy, ada bahan2 basic tu pun dah sedapp.



kreatif penggunaan kad memanjang untuk btau orang, sama ada meja tu taken atau vacant (kosong).
sebabnya kita kan bangun duduk pi ambik makanan.



cara letak pepper pun kreatif. diasing2kan antara beras supaya pepper tak berketul kalau masuk angin.



ni pulak swimming pool dia.
tapi kami tak terjun. sunway lagoon je aim dia. hahaha
plus, ko tengok tu mana ada orang berendam. semua dok jemur badan je πŸ˜‚

 

maka tamatlah sudah review kali ni.
so far ok la stay kitorang kat hotel clio.
apa yang sy amat2 pentingkan semasa membuat pemilihan hotel,
tentulah lokasi yang strategik dengan aktiviti yang kitorang bakal buat.
contoh, aktiviti kitorang time tu nak ke sunway lagoon,
so kena cari hotel yang paling dekat.
target tercapai.
haha.

k la tu je. baiiii!!

Wednesday, August 24, 2022

mandi-manda di sunway lagoon

assalamualaikum and hi! :)

nasib baik la sunway lagoon ni tak dok belakang rumah.
kalau idok, hari2 pergi agaknya. hahaha

31 julai ahad haritu, kitorang gi sunway lagoon buat kesekian kalinya.
maklumlah, nak gunakan annual passport (boleh masuk bila2) to the max.

time ni guna sekali voucher yang dapat harga murah time mega roadshow sebelum ni..
termasuk penginapan hotel 2 hari 1 malam, 2 tiket masuk percuma, termasuk quack express (untuk potong queue bila naik ride. kira macam VIP lah. haha)
disebabkan kitorang dah ada annual pass, so tiket masuk percuma tu bagi kat harith and durra.
faliq and ain tak de time ni, diorang balik johor (kampung ain).


siap booking cabana, tong2 dengan harith sorang 100.


cabana ni macam khemah/rumah kecik untuk kita dok dalam tu.
siap-siap ada peti besi, ampai, kerusi, meja, plug point, tower fan dll.
kalau hat VIP lagi mahal, siap ada peti sejuk. kitorang tak de. haha
very convenient la, sebab tak yah pening fikir barang nak letak mana,
ada tempat berteduh, nak solat dalam ni boleh. nak breastfeed anak pun boleh.
(last time surau perempuan tutup sebab reno. jauh nak ke surau. so ok la ada cabana ni).

cabana kitorang betul-betul ngadap pantai sunway lagoon.
sebabnya yang dekat kolam budak-budak ada playground tu, semua dah sold out cabananya.
so boleh je lah.
lagipun, budak2 ni suka beno main kat pantai. main pasir.


tak panas ke korang ni, hui.



with em, the kids (AAs)



anaqi kat tempat shower. memang kalau masuk sini, auto sembur. haha



eh! naim haikal pun ada!



durra, naim and harith. pomeknya (comel) si kecik niii.



melepak-lepak di tepi pantai.


sy suka gi pantai.
tak kisahlah sunway lagoon ni pantai buatan ke apa.
rasa lebih sihat dok kat bawah matahari dan buat aktiviti-aktiviti.
babahnya la kena tahan sikit, kalau tak sat lagi penin pala. hihi
(babahnya lagi suka kawasan bukit tinggi macam genting and cameron. tak gitu, babahnya? :P)


suasana di dalam cabana. bahagia caj telefon sini.
telefon masukkan dalam peti besi je sambil caj.



dua beranak ni naik banyak kali. anaqi tak lepas height.



main air kat playground area nickelodeon.



bahagia naik slide dengan dak2. ahahaha



pakej kami ni dapat free animal kit. so bagilah hewan2 ni makan sayo mayo :P



balik tu kebulo, makan kat ramai seafood (nama baru : seramai tomyam)
yaaaa ramai seafood dah bukak balik, gais! pekerja patani dia dah balik ke malaysia lepas2 PKP haritu.
lama gle okeh tunggu kedai ni bukak. sedap, kot.

 


tu je nak report. kahkahh
next entry kita cerita keadaan kat hotel pulak. kbaiiii!