Thursday, July 21, 2022

potret-potret wajah kesayangan

assalamualaikum and hi! :)

macam tu lah, gambar orang lain banyak dalam kamera.
gambar sendiri? hahaa. bukan penyelfie berjaya nampaknya :DD
lepas ni kena minta orang snapkan gambar sendiri. kihkih

btw, musim haji baru selesai.
seronok tengok orang gi haji kat IG.
especially yang muda2. harap one day berpeluang ke sana.. aamiin *korang sila aminkan! hee*

selain tu,
sekarang ni selain covid generasi omicron, virus influenza pun sama naik berleluasa.
paling ramai kena, kanak-kanak.
wad di hospital banyak yang penuh.
moga dikurniakan penyembuhan segera untuk semua.
moga yang sihat-sihat ini, dijauhkan daripada segala penyakit. aamiin.

berikhtiarlah cara natural. atau sebaiknya cara sunnah.
madu, habbatussauda, bawang putih, dll.
untuk amalan yang baik, bolehlah minum air lemon madu panas setiap pagi.
juga air kelapa untuk menyejukkan badan.
itu saja yang sy amalkan daily. moga terjauh daripada sakit2 aneh2 ni.
(plus) boleh buka youtube dan perdengarkan zikir syifa.

so! onto our photos!


musim durian pulak almost comes to an end.
ni time husb bergambar dengan durian besar-besar kat trak durian di kota warisan.



king of fruits and king of our heart. aicewah :PP



tengok! kemain beso buahnya.


haa gambar kucing2 jangan dilupa.

gambar depa ni pun jarang snap. 4 ekor kini di bilik kucing, rumah no. 1.
nunu stay di kampung.
last time ai jenguk dia, dah nak jadi kucing kampung dah.
ekor dia yang kembang2 macam tupai dulu, tak kembang dah :'| dia juga nampak kurus daripada dulu.
nak buat camne, bukan kucing sy dah.
the best sy just belikan makanan untuk dia and bagi susu.


ni tun teja, a.k.a memok.
in heatnya cuma 2, 3 hari. lepas tu dah diam. ahahaa
in heat apantah tu :DD (in heat tu maksudnya bising-bising hormon nak kahwin)



yuki. bulu gugur sebab merana time in heat haritu. lolx
now dah preggie dah. sesuai la nama dia yuki = snow. hambik, bila xde bulu, terus nampak macam snowy hahaha


sebelah yuki tu, dang anum.
geram dengan dia ni okeh.
husb dalam cadangan nak jual budak ni sebab gitu je tak de perasaan.
tapi ai is sayang je budak2 4 ekor ni (nunu jugak).
geram dengan dia sebab pemalu melampau sangat.

boleh ye pagi tadi,
dia duduk atas litter box, tak tau la, nak kencing kot.
lepas nampak kita, boleh dia membantutkan niat and lari! adoiiii
bila kita tak pandang dia, terus dia balik semula ke litter box. apadaa dang anum.


ni sekor lagi. jebat namanya.
jantan, dan memang kucing jantan ni manja terlebih.
asal kita datang, gesel2 mintak makanan. itu aje la kerjanya. dah besar gini, tak de nafsu lagi nak kahwin. hahaa


nampaknya hanya yuki je yang berjaya setakat ni :'DDD

sekarang tengah nak tip topkan kebersihan bilik tu.. walaupun i ols sibuklah weyy.
sebabnya sy baca, kucing susah nak mengawan la kalau tak bersih.
and sy suspect kan lepas banjir tahun lepas, may be diorang trauma tak de perasaan nak kahwin ke apa. ntoh le.


ni pulak AAs. alah macam korang tak biasa. buahahaa
ni kat kedai inara (tauhu anora), ayer @ 8, putrajaya. my fave tauhu anoraaa.





mini love di mana-mana (finger heart).







ni kat kedai 2 ringgit (now dah jadi RM2.40)
ada mamarazzi di situ. bahaha

 

diorang berdua ni suka betul pi kedai 2 ringgit.
macam hari2 nak pi kedai 2 ringgit ye.
sampai mama malas dah nak keluar kereta.
parking depan kedai, korang masuklah beli belah dalam tu hahaa
pakai duit sendiri, ye. menabung. gigih di situ.

diorg pun tau erti barang mahal.
so kalau kedai mahal, diorg tak berapa nak beli.
ended up nak ke kedai 2 ringgit. lepas tu eco. sabo je le.

oklah tu je coretan di hujung2 bulan julai ni.
gigih nak tunggu next gaji menjelma.
terasa sangat weh kenaikan harga barang ni. sobs.

kbaiii.

No comments: