Sunday, February 27, 2022

penginapan best berhampiran legoland : holi afiniti themed suites, iskandar puteri, johor

assalamualaikum and hi! :)

marii kita sambung kisah di Johor.
biasanya kalau nak berho-ho-holiday, sy suka book hotel dan jarang menempah penginapan berkonsepkan air bnb atau homestay.
sebabnya kami2 ni tak ramai, 4 kerat je. Hihi

but this time, kami memilih percutian di sebuah tempat berkonsepkan holiday themed apartment,
tempatnya dekat2 je dgn Legoland.
Even more, it's super dekat, 2 minit dah boleh sampai kot (by car).
Dari tingkap apartment pun dah boleh nampak Legoland tu. Haha

Terimalahhh.. jeng jengg drumrolls please :'DD

holi afiniti themed suites, iskandar puteri, johor! *thunderous claps*



pemandangan di lobi

homestay holi afiniti ni menawarkan rumah2 apartment dengan tema2 pilihan.

sy request rumah bertemakan marvel, sebab our son anaqi kan suka spiderman ni semua (he's going to be 7 this year).

terjerit2 suka dia bila masuk ke dalam.. so excited haha. i love the marvel artworks on the walls, btw. kami memang appreciate art (walaupun pada mata korang, nampak gambar kartun semata, but ada artist yang melukisnya). so the artist's name is zue, as we could see her short signature di bawah lukisan ni. so nice.


Pilihan kami, apartment 1 bilik tidur. yg dalam bilik pun ada lukisan marvel.


Ada juga pilihan 2 bilik tidur, tp kami ambik 1 je sebab cukup dah untuk kami berempat.

Katil saiz queen pun ada 2, memang selesa sangat2.

Rumah bercirikan moden, pemandangan di luar sangat urban (more modern buildings), but at the same time ada landskap yang cantik (feeling dok area KLCC pun ada haha). Paling hyped boleh nampak Legoland dekat2 dari tingkap. Tingkap dah la sejenis yang besar terbuka boleh nampak view seluas2nya.


ada kitchen, ada dining table.



Dapur, microwave, peti sejuk, pinggan mangkuk semua ada no worries.

Kira lengkap la peralatan dan perkakasan dalam rumah ni.

aircond, wifi percuma. Tv siaran malaysia yang biasa. Astro tak de. Tapi more than enough sebab kami pun tak berapa tengok tv. Kami ni generasi Netflix. Bahaha

Yang penting, holi afiniti ni memang super bersih. Hilang la trauma dok kt cameron tahun lepas, dinding ada mold, cadar berkesan2 siap ada rambut. uhyo tamao cerita dah. lolx


i love the view.



ni dia view Legoland. dekat je kan. Haha


Haa sepelaung dekat je Legoland tu. Nak kasi pumped up the hypeness to the kids. Haha


Dok resize gambar ni dalam phone.. tapi nampak macam pecah2. Ke dalam phone je nampak gitu? Tak pe la kalau pecah2, nanti balik kita pakai laptop, tukar yang elok sikit haha (rajin tak tu, wani?? :b)
**edited: DAH TUKAR GAMBAR YANG CLEAR! haha



sempat la bergambar dengan hasil artwork marvel. with ariana not so grande haha.




anaqi di dapur. comel je dapur. So neat.


Ni kat ruang tamu.



ada tv dan kabinetnya juga.



bilik air. pun nice, ada bath tub. sempat la budak2 ni bermain air.



bilik air yang bersih. hilang trauma daripada percutian lepas.. hahaa. kami ni kan pembersih, ohok :DD


di pintu masuk ada dressing table, di sebalik shield capt america yang terperosok masuk ke dinding hahaha (itu lukisan)


di level 22, ada swimming pool, gym dan surau. AAs were having their joyous time.


sambil2 memperkenalkan kat anak2 ni tentang negeri johor. kalau tak sampai johor, diorang tak tau kot, ni negeri johor haha. ye la belum masuk kelas geografi lagi.

So sambil2 berjalan tu kita share2 sikit tempat2 di Malaysia dengan diorang. now they know where johor is. *thumbs*

btw! pool area pun nice & clean, selesa, nak lepak2 pun boleh sebab ada kerusi/sofa rotan kat situ. sambil tengok view yang lawa.


tengah berjimba be like.
kali ni ai tak turun pool. cuma bagi moral support je kat 'kontinjen2' di pool kanak2. Haha




tempat santai di area pool.



price wise, harga kediaman holi afiniti 1 bilik ni pun sangat2 berpatutan. kita tak perlu balik makan megi sebulan pun sebab kena ikat perut (hihii).

beli di site agoda, harga penginapan ini tak sampai RM200 pun semalam. nyaris ke RM200 la. but it's so worth it. dengan cantiknya, dengan bersihnya, dengan viewnya lagi. thank you, holi afiniti.

so sesiapa2 ada trip ke JB, ke legoland (especially legoland), sy recommend penginapan di holi afiniti suites apartment ni. kemudahan pun banyak di sekitar. medini mall pun dekat, kalau rasa nak g shopping la. Haha

kami ni stay 1 malam, sebab insyaAllah esoknya nak ke Legoland. Asal cerita nak stay kat Hotel Legoland pakai promo CNY, tapi hotel penuh. But, but tak menyesal la sebab dapat dok kat holi afiniti ni, experience dia pun dah best dok sini, harga pun sangat2 ok. Yang bawak family ramai, bolehlah book kat sini. Super worth it.

Ok dah tu je. dah masuh subuh ni. Ai ni memang suka bangun pagi2 buta haha. Tenang aman damai :P Nanti cerita lagi. Tataaa.

Saturday, February 26, 2022

makan2 di dulang lima cafe, johor bahru

assalamualaikum and hi! :)

ye, sy ada lg entry cameron highlands tak settle.. haha. entry tu nanti kita sambung, insyaAllah.

ni nak cerita percutian terkini kami di JB. baru sampai kat JB ni ha, tengah hari tadi.

jalan raya clear je, perjalanan pun clear, alhamdulillah. walaupun cuti sekolah dah start, tapi tak de jem apa. may be sebab orang dah balik kampung ramai2 time cuti CNY hari tu. jadi aman damai la sikit jalan raya. lolx

sampai JB around 1.30pm ke atas tadi.. terus ke taman perling, cari dulang lima cafe. restoran ni menyajikan makanan ala kampung dan yang special, dihidangkan di atas dulang mengikut set yg kita order. ala carte pun ada, western pun ada.

 

nasi dan lauk-pauk dah sampai!



kami pilih set masak lemak cili api.


dalam set ni ada pilihan sama ada nak daging/ayam/perut/udang/keli/siakap/kembung. lepas tu ada nasi utk 2 org, pilihan ikan keli/ayam goreng, ulam2an dan pilihan sambal belacan/cencaluk/budu.

kami tambah juga telur dadar dgn bawang, juga ayam goreng utk AAs.

set dulang 2 orang makan tadi cuma berharga RM38. portion pun banyak. kenyang kami, alhamdulillah.

yang menariknya di dulang lima cafe ni adalah dekorasi dalamannya yang bercirikan estetika tradisional melayu. ada tingkap2 seperti di kampung, koleksi barangan tradisi termasuk pinggam mangkuk yang biasa dipakai di area kampung2 melayu.. malah basikal lama pun ada di tepi kaunter bayaran.


suasana di dalam restoran. ramai juga pelanggan datang makan di sini.





kat belakang tu boleh nampak kabinet kayu dengan pinggan mangkuk lama dan mangkuk sia (tepen) pun ada. unik kan.



gambar dengan family ♡


menu di dulang lima cafe.
macam2 ada. hihi

kedai ni dekat dengan speedmart. lepas makan2 tu, boleh la ke speedmart beli barang2 sikit. lepas tu kami gerak ke tempat penginapan di area2 medini (kawasan legoland).

sambung nanti! :D

Wednesday, February 16, 2022

highland steamboat cheese and grill satuuu & the instagrammable cameron centrum

assalamualaikum and hi! :)

kisah cameron highlands diteruskannn.

on the 2nd day tu, kitorang mendinnerkan diri dengan aktiviti cliche di tempat sejuk;
STEAMBOAT. lolx

ikutkan nafsu nafsi ni, nak ke pasar malam golden hills sekali.
tapi sebab terkejar and kang bloated pulak perut makan macam-macam,
di samping tengah musim hujan,
maka trip ke pasar malam kita cancelkan. *ahhh -- suara penonton kuciwa* :B

nak kecewa kenapa, steamboat kan ada!


selepas gigih mengoogle, didapati restoran steamboat ni antara yang the best di CH.


highland steamboat cheese and grill ni ada 2 cawangan.
yang ni dekat-dekat area ke bawah lepas golden hills.. di dalam kawasan perumahan baru.
ada apartments dan rumah bertingkat.
satu lagi cawangan, di area2 mardi sana.
yang kat mardi tu boleh booking dulu.
kat kawasan perumahan ni tak boleh booking, kena walk in je.
(kitorang tak pergi la yang mardi tu sebab jauh. sapa2 yang stay belah sana, boleh pergi cawangan mardi)

harga? standard harga steamboat tahun 2021 di CH.. (time pergi ni, bulan disember)
RM35 sekepala untuk dewasa. kanak-kanak ai dah lupa :P
(ada kedai yang harga RM30+, tapi pilihan tak sebanyak yang RM35 ni la)

memandangkan ni first time sampai sini, ikut google map la, apa lagi.
dibawaknya kitorang lalu ikut tepi2 tebing, tepi bukit yang ada kesan tanah runtuh. serunnnn.

time balik elok pulak dia bawak lalu jalan besar. adoila.
so kalau korang nak ke highland steamboat ni, silalah lalu jalan besar (jalan yang melalui hotel pine century tu semua).
simpang masuk dia dekat2 pasar malam golden hills.


ni la suasana di dalam restoran steamboat ni.



seafood pun banyak. syurga untuk pencinta seafood.



rak sayur-mayur.
memandangkan ni cameron highlands, sila la makan sayur banyak2 :P
*kempen makan sayur ini tidak ditaja*



moh kita pilih, dipilih, dipilihhh.



dipping sauce. ada pelbagai pilihan.



nak tunjuk kat sini ada korean chicken jugak. jangan main2 tau. kpop ye di sini.



kitorang pakai 2 pot, 2 kuah. satu kuah tomyam, satu lagi kuah chickin' (ayam).
itu model steamboat, tan sri iskandar nama beliau :)



me, the kids and the fooood.



bersusun diorang ni bergambar. hahaha


truthfully, masa datang sini perutku masih kenyang lagi ok.
dek makan sayur2an goreng tepung dan ayam gunting sebelum tu. haha

tapi disebabkan nak kejar masa and kena sampai awal bagi mengelakkan queue panjang,
ai layankan je kekenyangan ni.


faliq and mama dah start masak-memasak.



my plate of chicken and crabbies.



family kitorang kecik je, tapi nampak ramai kan.
ni kalau anak 10, sure kena sambung meja sebelah. ikikiii



take two!



pingganku lagi. lepas makan, menyesal. hahaha
(menyesal kemudian)



tuah yang sedondon dengan ais krim. haha



dari petang, bawak ke malam kitorang di sini.
solat jamak le kite.


so balik tu memang tak de ke pasar malam.
nak beli apa pun, perut dah kenyang bloating bagai kan.

so kita ke cameron centrum,
lokasi hot terbaru di CH.
lokasi yang instagrammable.. sesuai untuk pencinta fotografi.


silalah ke sini. lampu2 dia tu cantik yee.



props (panggil props ke??) pun banyak untuk kita bergambar.
contohnya kereta/bas ni.





seakan2 di london. hihii



ai suspect gambar ni senget sebab budak2 ni yang snap.



bolehlah buat profile picture gambar ni.
caption: terasa sejuk udara london. haha



husb pun tak nak ketinggalan bergambar di pondok telefon.




nek yah dan cucu2 beliau. tuah dah balik hotel time ni. kitorang je ada.



ariana and nek yah.



cantik kan clock tower ni! anaqi di depannya.








memandangkan tengah bulan 12, pokok krismas pun ada.



kemain happy depa ni.



keluarga kesejukan. lolx












landmark dan tanda nama cameron centrum.


dekat2 sini boleh nampak ada hotel baru bakal dibuka.
nampak kat belah2 belakang tu macam design rumah tudor.
tazabar nak ke hotel baru ni kalau dah buka.


anaqi dan babahnya.



yoshh tempat ni LBS punya.
siapa LBS? syarikat pemaju perumahan le.



bukti ai di centrum malam itu.



the lightssss.



cantik kan!



tempat ni masih tak banyak lagi kedai.
tapi ada la starbucks, family mart, 7e tu semua.



ok last lasttt. belanja gambar pokok :P

 

dah habis round-round cameron centrum,
kitorang pun kembali ke pangkal jalan (ke hotel).
zzz and tunggu hari esok pulak untuk pengembaraan seterusnya.

[bersambung!]