assalamualaikum and hi! :)
baru sempat nak mengupdate gambar-gambar kat istana negara hari tu.
beginilah nasib blog, bila sempat and rajin, baru ada entry. wahhaha
tahun ni, istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat WP diadakan 2 kali.
means ada 2 sessions; iaitu semasa bulan februari (hari wilayah) hari tu,
dan jugak bulan november ni.
sebabnya, COVID lah apa lagi.
keji betul COVID ni kan. semoga lenyap terus dari muka bumi.
macam biasa, ada hari raptai dan hari istiadat (18 dan 19 november, khamis-jumaat).
this time being, nama naik jadi liason officer kepada penerima darjah kebesaran.
liason officer (LO) ni kerjanya mengiringi VIP.
dari time VIP sampai, sehingga la VIP balik.
so kalau korang tanya, best ke jadi LO ni? iring VIP, cambest je kan.
jawapannya tengok event. haha
kalau event 2 hari macam ni, ok lagi.
kalau event seminggu dua, contoh macam ASEAN, yang tahap-tahap international..
for the sake of experience tu, atas masing-masing la.
sy tak pernah apply untuk LO yang kerja berminggu-minggu,
sebab di sebalik senyuman LO2 di facebook yang korang nampak tu,
kemungkinan besar ada la blood, sweat and tears time bertugas. maknanya glam habis,
dapat suit free, tapi penat teruk jugak. ye kita faham tu. hihi
tapi apapun, jadi LO untuk istiadat memang best.
kalau korang diberi peluang, grab this chance for some experience.
dapat menjejakkan kaki masuk ke istana jugak. alhamdulillah.
disclaimer: SEMUA yang hadir, termasuk driver yang menghantar, telah menjalani swab test PCR dan disahkan negatif. baru boleh masuk ke istana.
|
washroom/powder room paling cantik. bunga semua fresh. |
|
tiap-tiap tahun ni la keje kami, snap gambar depan cermin, dalam washroom. haha ini hari raptai, bersama mee lee. |
rules masuk istana,
kena pakai selendang bagi wanita.
cara pakai selendang, bergantung juga.
skang time RPA tunku azizah, kami kena pakai selendang secara tutup belakang macam ni.
sebelum2 tu, style selendang adalah letak di bahu tepi.
|
menjenguk khemah jamuan di kala pagi, sebelum our VIP sampai. ni dengan pn azwani dan pn. alia. |
kadang-kadang, VIP ni ada seating makan yang dah ditetapkan.
jadi pagi-pagi tu, kena pi tengok seating makan dan seating dalam balairung seri.
tapi rupanya kali ni free seating je.
makan pun secara running breakfast.
time pandemik, kebanyakan acara lebih simple dan kurang berprotokol.
pada sy, memudahkan semua orang jugak. nak ikut SOP pun senang,
|
one with pn. marina, TSUB seksyen sebelah :D |
|
team komunikasi korporat ofis kami. |
|
team makan-makan. jyeah. |
|
team bergambar :P |
|
ni en. rashid, alvina dan mee lee. |
|
en. haikal, kak elis, pn azwani. |
lepas jalan-jalan sana sini tengok seating semua, bolehlah breakfast dengan aman. ye kita settle kerja dulu, baru makan. tak nak pening-pening. lagipun sy akan makan sikit kat rumah sebelum start kerja, supaya tak dilanda sakit perut tiba-tiba. bukan boleh jangka kan. tips untuk attend event besar-besaran kat mana-mana pun, pastikan perut diisi sikit, tapi jangan terlalu banyak, malam sebelum, jangan makan bukan-bukan contohnya makanan pedas, berbau dll. unless perut ko adalah besi keluli haha |
|
with mee lee and adibah. |
|
with adibah. |
|
wajib bergambar kat tangga istana. sebab lawaa. |
|
ha yang ni pun wajib jugak :P |
|
ni kat ruang legar luar balairung. banyak sofanya untuk para tetamu duduk. |
|
ni luar dewan santapan. sy tak sure la kalau dewan ni ada nama dia, tapi sebelum-sebelum ni, majlis santapan di-Raja akan buat kat dalam ni. time COVID dgn time Sultan Kelantan jadi Agong dulu je yang tak de makan-makan di-Raja kat sini. |
|
husband ai ajar pose ni ;) walaupun dia tak de kat sana, ilmu dia ai bawak bersama. aicewah. |
|
kasi chan sekeping gambar lagi :) |
|
belanja korang gambar dessert spread satuuu. |
|
makanan pun alhamdulillah walaupun lebih simple, tapi tetap meriah dan sedap. |
|
mineeee. |
|
rojak pun ada. |
|
selesai bertugas untuk hari raptai. bergambar sikit kat luar istana. nampak le kubah tu hihi |
|
thanks, mee lee tolong snapkan gambar i. |
sebagai LO kepada penerima,
hari raptai kita kerja juga mengiringi VIP.
kalau LO kepada tetamu VVIP/VIP (tak terima apa-apa pingat),
hari raptai ni LO boleh berelax-relax sikit.. sebab tetamu hanya akan hadir pada hari istiadat.
tapi alhamdulillah, Allah mudahkan,
tahun ini VIP sy seorang yang baik dan memudahkan sangat-sangat.
kalau kita follow ke mana-mana pun, nanti dia cakap, dia nak pergi sini sana kejap,
nanti jumpa balik depan ni.
kalau time nak makan, dia ajak makan sekali.
tapi sy tolak and cakap dah makan la.
time kerja memang kita kerja betul-betul ye dak.
tapi kalau korang LO nak makan bila VIP ajak, ok je.
cuma sy prefer untuk assist dan tunggu bila VIP makan.
lepas habis raptai, kitorang pergi check in hotel.
hotel dorsett hartamas, dekat je dengan istana.. dalam 3 minit sampai. haha
last time sy pernah menginap di dorsett KL (dekat jalan imbi),
this time hartamas pulak.
istana negara ni ada 3 pintu masuk,
dan pintu ketiga (untuk petugas) berada di area hartamas. so superdekat la.
dorsett ni ok, cantik.
cuma experience sy kat dorsett area KL ni tak la berapa indah.. haha.
dua-dua dorsett ni ada isu parking. diorang tak cukup parking.
kat hartamas ni pun kena parking kt building sebelah dan menapak jauh untuk ke pintu masuk hotel.
then parking tu kena caj.
kalau verify kad touch n go kt hotel, dapat la RM3 per entry.
thing is, sy tak dimaklumkan awal, so sy tinggal kad TnG dalam kereta :'DDD
nak menapak patah balik ambik kad, memang idok le. haha
so bayar je la dulu parking RM17, later kita claim.
good thing jugak, sy bawak 1 je luggage.
jadi senang nak angkut walaupun parking jauh.
|
alhamdulillah ada tempat berteduh. hihi |
|
bilik air, bath tub cantik. modern design. slacknya ada bau asap rokok yang ditinggalkan penginap lama. |
pet peeve sy adalah = tak suka bau asap.
be it asap rokok ka, asap bakar sampah ka.
dapat pulak bilik 'berasap' macam ni. haha. ai hadapkan je la sebab ofis yang provide.
satu lagi, dorsett hartamas ni building dia ada 27 tingkat tak silap.
tapi lif ada 2 ketui dan kecik, boleh la muat 4, 5 orang kot.
jadi time check in tu, ramai-ramai dok beratur tunggu lif.
alhamdulillah setakat ni sy tunggu lif cepat la. orang lain la kesian.
|
bilik air, bahagian shower. sy puji shower dia sebab bukak kejap je, terus keluar air suam. ada hotel yang shower dia ambik masa sikit nak keluar air suam tu.. kira dorsett ni sistem air dia canggih la. haha |
makan malam pun ofis sediakan.
kitorang just turun ambik packed food je yang disediakan oleh pihak hotel.
malam tu ada nasi putih, daging masak hitam, ayam butter & sayur.
cocktail buah sebagai dessert.
tido kat dorsett tak berapa nak lelap.
jam 3 pagi dah bangun kebil-kebil sampai ke sudah. haha
tapi may be sebab dah selalu terjaga awal,
tak de rasa mengantuk pulak time nak pergi istana pagi tu.
|
ini datuk seri yang sy iring.. dah siap-siap dipakaikan selempang. datuk seri zainal abidin, came with his lovely wife, datin seri normala. |
|
sy sempat jugaklah bergambar dengan kawan-kawan. ni kak mashi :) |
|
ni siti and team komponen. komponen ni adalah barang-barang pingat. iaitu kalung, buah pingat, kotak, watikah (macam sijil tu). |
|
ada je muka 2 orang ni kat khemah jamuan kan. haha |
perks being an LO,
bolehlah kali ni makan kat khemah jamuan. alhamdulillah.
khemah ni sebenarnya untuk VVIP, VIP dan penerima je.
petugas makan kat dewan bawah.
LO makan kat khemah jugak.
|
gambar lagi depan pintu dewan santapan ni. hihi ni ada pn robani, sy, kak elis, mee lee. |
|
geng album tangga tahun ni berubah ahli. ahli-ahli lama ada yang dah bertukar, sambung belajar, kerja kat jawatankuasa lain dan off duty. so carilah ahli baru kejap. lolx |
|
dengan sazrol & pn hazlin. team IT. |
|
bunga-bunga cinta di istana. wahaha sorry la sy cover purple2 tu sebab baju no. 1 ni tak boleh pakai tudung labuh, so sy tutup mana yang patut dengan editing. all hail editing! :P |
|
alhamdulillah, VIP yang diiring telah selamat menerima penganugerahan darjah kebesaran S.M.W. yang membawa gelaran datuk seri. tahniah to datuk seri zainal abidin. thank you, datuk seri and datin seri :) |
|
ni ada en. haikal, en. rashid, kak elis dan cik azura. |
|
with hulubalang istana. |
|
bersama geng-geng LO jugak. pn azwani, alvina, cik ija, aza & azirul. |
|
lepas VIP balik, kitorang turun lif nak ke dewan makan. sebab lauk-pauk kat khemah jamuan dah nak habis kot. haha lapar agaknya semorang. |
|
gambar lagi kat washroom lain dengan mee lee. hahaha |
|
ni bubur nasi istana. |
|
ni antara puding yang ada. banyak sebenarnya, tapi sy ambik ni je. comellll. |
ok tamatlah sudah kisah 'pengembaraan' sy di istana negara.
hahaa.
oh, selebriti yang menerima darjah kebesaran kali ni, seperti datuk yusry KRU dan datuk rashid sidek. ada seorang lagi atlet badminton, tapi sy tak terhafal nama beliau.
apapun tahniah kepada semua penerima, baik yang membawa gelaran, atau yang tidak membawa gelaran,
semuanya banyak menabur jasa kepada wilayah persekutuan.
so diharap tiada suara2 yang mempertikai kenapa dia ni dapat dia tu dapat.
setiap penerima tu ada peranan masing-masing, telah ditapis sebaiknya dan Agong perkenankan senarai penerima tersebut.
and most of all, itu rezeki para penerima.
kita raikan dan kongsi kegembiraan. ok :)
acara settle before solat jumaat.
so right after lunch, sy dan mee lee bukak kasut jalan kaki ke parking. lolx
sakit kot kaki jalan 2 hari non-stop sana sini. hahaha