Tuesday, May 22, 2018

romadon tiba!

assalamualaikum rakyat blogger sekalian :P

selamat menyambut ramadan diucapkan kepada semua yang berpuasa.
yang ponteng puasa tu, hang dok main jauh-jauh.
yang tak dapat puasa atas sebab uzur, nanti kita ganti sama-sama, ok :DD

ai is frustrated jugak awalnya sebab petang sebelum 1st ramadan, dah menstrual.
baru excited2 nak sambut ramadan.
dah plan itu ini dalam kepala. haha
walaupun begitu, aktiviti masak-masak sahur dan berbuka kuteruskan jua demi hubster handsome. lolx

ni je lah yang sempat snap gambar.
mungkin puasa tahun ni, cuba untuk masak lebih kat rumah.
memang serius banyak dapat jimat.
duit dalam purse tu macam kurang terusik.. sejak sy berjinak-jinak membawa bekal dari rumah (time sebelum bulan ramadan).
kalau malas masak pun, sy akan bawak bekal nasi beras perang dan beli lauk kat kafe.

ok sambung gambar juadah-juadah kita. lolx

menu sahur on 1st day of puasa.

atas tu.. ayam goreng berempah dengan tumis pucuk paku je.
simple and easy.
sy ni excited lebih nak puasa ye.
sampaikan ingat yang hari rabu tu start puasa.
rupanya hari khamis. lolx
jadi gigihlah marinate ayam rempah dari hari selasa :DDD


buka puasa 1st day pulak.. kari ayam kentang, sayur campur, cendawan goreng (tiada dalam gambar), onion ring, tembikai.

alkisahnya cendawan tu sy goreng dulu.
tapi tak sempat nak waktu berbuka, dah 3/4 dihabiskan oleh AAs.
hahaha
husband dapat merasa sikit je.
geram agaknya, so esok tu dia balik dari ofis,
beli 2 paket cendawan, request sy goreng. lolx
sy try tepung alagappas.. sebab tengok kat kotaknya tulis NO MSG.
tepung yang pernah try sebelum ni macam seri aji dan bestari.. dua-dua ada MSG.
tapi tepung alagappas ni tak masin. kena letak garam sendiri.
crunchy la. boleh beli lagi nanti.


nasi goreng telur. buat ni sebab ada baki nasi lebih.



ni lauk berbuka hari kedua.

atas ni la cendawan hari kedua yang sy cakap tu..
yang husband suh goreng lagi. haha
so atas ni ada ikan bawal emas masak apa ntah, macam masak merah saucy sikit.
then kangkung goreng, cendawan goreng dan tembikai.


3rd day hari sabtu, husband belanja makan kat volcano shabu shabu. so tutup dapur la kita :P



sahur hari ahad.. 4th day. singgang semalam perangat je, ikan cencaru goreng belah belakang, tempe goreng dan timun jepun.

memang siap-siap beli timun jepun ni.
kalau malas masak sayur, potong timun je la. haha
ulam pun ada.
sesuai untuk insan yang kadang pemalas lipas macam ai :DD


5th day punya sahur. lagi simple.. sardin dengan telur (kuning tu sebab boh kunyit), dengan ulam-ulaman.

haa see? hari kelima makin simple masaknya. kahh
semalam 4th day bukak puasa tak snap gambar. masak sup ayam dengan telur dadar.

so hari ni tak de juadah berbuka kot.. sebab husband berbuka potluck dengan geng dia.
sy pulak tak puasa, so tak de la istilah berbuka tu.. kahh.
may be beli kat bazar je kot, sebab petang nanti nak pergi pasar beli stok bahan-bahan untuk seminggu.

ok tu je untuk kali ni.
sampai jumpa lagi.

selamat berpuasa, semua! :)

No comments: