Tuesday, May 22, 2018

romadon tiba!

assalamualaikum rakyat blogger sekalian :P

selamat menyambut ramadan diucapkan kepada semua yang berpuasa.
yang ponteng puasa tu, hang dok main jauh-jauh.
yang tak dapat puasa atas sebab uzur, nanti kita ganti sama-sama, ok :DD

ai is frustrated jugak awalnya sebab petang sebelum 1st ramadan, dah menstrual.
baru excited2 nak sambut ramadan.
dah plan itu ini dalam kepala. haha
walaupun begitu, aktiviti masak-masak sahur dan berbuka kuteruskan jua demi hubster handsome. lolx

ni je lah yang sempat snap gambar.
mungkin puasa tahun ni, cuba untuk masak lebih kat rumah.
memang serius banyak dapat jimat.
duit dalam purse tu macam kurang terusik.. sejak sy berjinak-jinak membawa bekal dari rumah (time sebelum bulan ramadan).
kalau malas masak pun, sy akan bawak bekal nasi beras perang dan beli lauk kat kafe.

ok sambung gambar juadah-juadah kita. lolx

menu sahur on 1st day of puasa.

atas tu.. ayam goreng berempah dengan tumis pucuk paku je.
simple and easy.
sy ni excited lebih nak puasa ye.
sampaikan ingat yang hari rabu tu start puasa.
rupanya hari khamis. lolx
jadi gigihlah marinate ayam rempah dari hari selasa :DDD


buka puasa 1st day pulak.. kari ayam kentang, sayur campur, cendawan goreng (tiada dalam gambar), onion ring, tembikai.

alkisahnya cendawan tu sy goreng dulu.
tapi tak sempat nak waktu berbuka, dah 3/4 dihabiskan oleh AAs.
hahaha
husband dapat merasa sikit je.
geram agaknya, so esok tu dia balik dari ofis,
beli 2 paket cendawan, request sy goreng. lolx
sy try tepung alagappas.. sebab tengok kat kotaknya tulis NO MSG.
tepung yang pernah try sebelum ni macam seri aji dan bestari.. dua-dua ada MSG.
tapi tepung alagappas ni tak masin. kena letak garam sendiri.
crunchy la. boleh beli lagi nanti.


nasi goreng telur. buat ni sebab ada baki nasi lebih.



ni lauk berbuka hari kedua.

atas ni la cendawan hari kedua yang sy cakap tu..
yang husband suh goreng lagi. haha
so atas ni ada ikan bawal emas masak apa ntah, macam masak merah saucy sikit.
then kangkung goreng, cendawan goreng dan tembikai.


3rd day hari sabtu, husband belanja makan kat volcano shabu shabu. so tutup dapur la kita :P



sahur hari ahad.. 4th day. singgang semalam perangat je, ikan cencaru goreng belah belakang, tempe goreng dan timun jepun.

memang siap-siap beli timun jepun ni.
kalau malas masak sayur, potong timun je la. haha
ulam pun ada.
sesuai untuk insan yang kadang pemalas lipas macam ai :DD


5th day punya sahur. lagi simple.. sardin dengan telur (kuning tu sebab boh kunyit), dengan ulam-ulaman.

haa see? hari kelima makin simple masaknya. kahh
semalam 4th day bukak puasa tak snap gambar. masak sup ayam dengan telur dadar.

so hari ni tak de juadah berbuka kot.. sebab husband berbuka potluck dengan geng dia.
sy pulak tak puasa, so tak de la istilah berbuka tu.. kahh.
may be beli kat bazar je kot, sebab petang nanti nak pergi pasar beli stok bahan-bahan untuk seminggu.

ok tu je untuk kali ni.
sampai jumpa lagi.

selamat berpuasa, semua! :)

Wednesday, May 16, 2018

post-GE14, teacher's day and ramadan

salam.

fuh memang banyak events berlaku dalam beberapa hari ni.
sorry entry ni tak ada gambar, sebab laterlah sy transfer hihi
ni la cons blogging; iaitu ambil masa untuk transfer, edit dan upload gambar :P
patutlah ramai yang dah meninggalkan dunia blogging dan beralih kepada IG, fb dan seangkatan dengannya.
but i'm still here.. lolx.

so yesterday we had managerial meeting (betul ke term ai ni?? HAHA) kat ofis.
masih belum ada keputusan tentang ofis kami.
some of the works masih on hold, some are cancelled.. especially program-program yang dah dirancang sebelum ni.
some, berjalan seperti biasa.
jadinya kita sekarang dalam fasa wait and see je lah.
sambil buat kerja mana yang ada.

today is teacher's day.
selamat hari guru!! *kepada cikgu semuaaaa*
ariana and i prepared some small gifts for cikgu-cikgu kat taska AAs.

tomorrow pula, insyaAllah is the starting of ramadan month.
kenapa entah, time nak bulan puasa mesti ada isu-isu kat palestin sana.
pihak-pihak yang penyibuk kat sana.. yang sibuk nak terrorize tu memang teruk.
now ** dah buka kedutaan pulak. haihs macam-macam.
as muslims, sama-sama kita doakan supaya Allah beri kemenangan kepada palestin dan kemudahan juga kepada mereka.

went to pasar on tuesday hari tu.. beli apa-apa yang patut untuk masak-memasak di bulan romadonn hehe.
iklan ketuk-ketuk ramadan pun dah muncul kat tv1.
malam ni insyaAllah, the first night of ramadan and the first terawih.
mungkin ke surau dalam kuarters ni jugak.

pembacaan buku dan novel masih giat berjalan. lolx
right now tengah baca this novel.. 'patah sayap bertongkat paruh', ditulis oleh hana ilhami.
sy suka jugak baca novel yang ada isu-isu kemasyarakatan/kekeluargaan macam ni.
yang background cerita dia, kat kawasan kampung.
novel cinta orait jugak, tapi tak suka yang jenis tangkap leleh atau ayat syahdu-syahdu i cannot digest lolx (but if some love to digest, it's ok sebab demokrasi haha).
back to this novel, 'patah sayap bertongkat paruh' banyak kupas isu curang vs ikut sunnah,
isu usaha tangga kejayaan (tak belajar tinggi sebab nak jaga parents, tapi berjaya dengan berniaga),
isu penyakit alzheimer pun ada.
kadang baca memang sakit hati dengan watak jahat dia haha.

ok tu je lah rambling untuk kali ni.
terajin pulak nak menaip :DDD
tengoklah berapa banyak rajin pulak lepas ni nak buat entry.
entry bulan puasa harus banyak gambar makanan kan :DD tengoklah kalau ingat nak snap. kikiki

ok bai!

ramadan kareem!

Thursday, May 10, 2018

democracy for the nation (GE14)

assalamualaikum. hai hui!

nampaknya sy pun tak ketinggalan nak update cerita PRU14.
once in five years kan.
dah serupa hari raya meriahnya.
i was voting at SRAI seksyen 19, shah alam.
lenguh pinggang sisthur beratur around 2 hours (tak kira exact hour/minute but around that) :P
brought along ariana to shah alam.
husband pulak bawak anaqi ke banting.

sebelum tu sempat lagi kitorang bershopping kat aeon big.
sebab katanya promosi bawang dengan kentang RM1 sekilo.
hahah.

beraturlah kamu beramai-ramai. lolx

sy kat saluran 3.
yang mana sy perasan, saluran 3 untuk 'kids' in their 30s.
semua dah rupa hampir kepada makcik pakcik (termasuk ai. bahaha) dan ada membawa anak (termasuk ai jugak :P).

saluran 1 untuk warga emas.. 60-an mungkin.
saluran 2 pulak macam 40-an ke 50-an macam tu.
budak-budak muda in theirs 20s were at saluran 4.

yang bagusnya, saluran untuk warga berusia ada disediakan kerusi.
cuma queue agak lama dan orang beratur melingkar.
diharap next time SPR can consider sistem nombor giliran atau apa-apa jelah yang memudahkan pengundi.
atau lorong khas untuk OKU/ibu mengandung/orang sakit etc.


ada atok bagi kerusi ni kat ariana. so kitorang dok mengusung kerusi sepanjang beratur. hahaha

nasib baik jugak kebetulan bawak air mineral.
cuaca agak panas, so cepat dahaga.
ariana pulak ada beli choki-choki.
nak dekat sepaket choki-choki tu dia makan sepanjang queue. adoila.


terjumpa geng masa sekolah dulu, eqa. jumpa jugak ex-jiran, awin.



suasana sekitar tengah hari.

my mom pun mengundi jugak,
kebetulan terjumpa kat situ.
lepas mengundi terus balik rumah my parents.
lepak kejap sampai petang hihi.
tapi time balik daripada mengundi tu, penat dia macam baru lepas rentas desa.

pencelupan jari. lolx

overall result as everyone knows,
pakatan harapan won, left barisan national behind.
was quite a history people are making this time.
berita dok state situasi ni as 'tsunami melayu'..
bila mana majoriti bangsa melayu menolak kepimpinan umno dan memilih untuk perubahan.
surprisingly pengerusi MCA dan MIC juga kalah di tempat mereka.
tok mat kesayangan semua telah menang kerusi di N9, tapi terpaksa jadi pembangkang.
so did KJ.
ku nan my ex-minister juga menang di putrajaya, so i was wondering what will happen sebab ni first time tengok situasi where 'pembangkang' menang di wilayah persekutuan, tetapi di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. jadi kuasa pemerintahan tu di bawah siapa?
kinda interesting right. for our knowledge.

and now most probably tun mahathir mohammad will be our next prime minister.
congrats to tun! :)
patutnya hari ni dah dinamakan sebagai PM,
but only Allah knows why it is postponed until tomorrow.
netizens mulalah speculate macam-macam kan.
for me, let's just wait and see.

this time of GE14 menunjukkan kematangan demokrasi di Malaysia.
rakyat mempunyai kuasa untuk memilih dan proses dibuat secara telus dan aman.
so kudos to team SPR, all rakyat yang turun mengundi dan semua yang terlibat.
sy tak menyatakan sokongan kepada sesiapa di sini (undi is rahsia),
but i pray for the betterment of our belvoed country, Malaysia.

over and out.

abah discharged

salam semua :)

an update of abah.

8 mei abah dah discharged daripada hospital,
lepas 5 kali sesi radioterapi.
so now abah kat rumah with mama.
cuma memang macam dah tak ingat sangat and tangan kanan lemah (nampak macam tak boleh angkat).
doktor mula kata strok, tapi tak. lepas tu diorang kata saraf.
abah selalu demam panas.
sekarang makan ubat daripada hospital,
minum susu fiber dan makan bubur.
alhamdulillah tak de makan pakai tiub dah.
boleh makan dengan sudu (mama suap).
he just lay on the mattress or the couch.
memang dah tak boleh bangun.
doc said he'll have six months to live.
tapi sebelum ni pun doktor ada cakap macam tu,
and ada cakap yang miracle sebab sampai hari sebelum warded tu abah masih ok.
now the tumor on his chest yang dok diam tu macam dah besar sikit,
and yang kat kepala (brain) dah macam scattered ke tempat baru.
i pray for Allah to grant him wellness and ease everything for him :)


hari discharge hospital, sehari sebelum pilihanraya (PRU14). abah is on a wheelchair. i took a leave that day.



for the memory and record; katil 24 kat wad.