Wednesday, September 27, 2017

BANDUNG TRIP : Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun & Cihampelas Walk

salam.

hai hui!

hahahaa seperti yang dijangka, selepas berjuta abad baru la ada time nak sambung entry bandung ni :P

pada hari keempat,
lepas berjalan-jalan di farm house lembang,
kitorang gerak ke strawberry farm pulak.
time tu dah tengah hari.
matahari naik tinggi atas kepala.
anaqi pulak dah tertidur.. memang time tidur dia.
so sy dok tunggu dengan anaqi kat luar,
babahnya and ariana yang masuk petik strawberi.


kecik je farm dia. and terbuka macam ni.



sambil tunggu, sy makan sosej bakar panas-panas. sedappp. dia hidang banyak, tapi ambik mana yang nak makan je.

makan sambil pangku anaqi HAHA.
makan tak bayar lagi tu.
tunggu babah keluar bayar. lolx

petik strawberi ni kena bayar timbang.
mana yang kita petik, itulah yang kita bawa balik.
so dapatlah dalam sebekas.

next stop, ke perusahaan kopi luwak cikole.
luwak ni kalau dalam bahasa kita; musang.
sebab kopi ni dihasilkan daripada ketakcernaan musang tu. lolx


bergambar kat depan kedai.

so kat dalam ni kitorang dengar penerangan tentang cara-cara pembuatan kopi luwak.
kopi luwak adalah kopi yang paling mahal di dunia
sebab cara pembuatannya yang agak rumit.
sempat jugaklah bergambar dengan musang.
no worries, musang-musang kat sini dah jinak.








terasa macam kucing memanjat di belakangku. lolx

sy terangkan secara ringkas macam mana kopi luwak ni dihasilkan.
as sebelum ni ada isu tentang halal or not kopi ni.
sebab daripada najis luwak kan.
sebenarnya tak.
first, luwak ni dibagi makan biji kopi ke benih kopi macam tu.
tapi bukan hari-hari. ada hari dia.
dalam 2 kali seminggu.
hari lain dia makan buah-buahan.
so bila time dia berak, biji kopi yang dimakan tu tak hadam.
keluar balik as biji kopi.
biji kopi tu la yang diproses dengan tangan sampai jadi kopi.
siap nak kena asing kopi jantan betina macam dalam cerita musang berjanggut. kikiki
memang rumit la.

harga dia.. boleh minum kopi kat sini secawan. nak beli sebungkus, mahal.



husband kata rasanya keras. sy ada la rasa sikit secuit. haha

husband belikan sy scrub kopi sekotak..
bawak balik malaysia.
tak sempat pakai lagi. hihi

ahha kepada peminat-peminat makanan,
next station adalah tempat wajib ye!
kita sampai ke floating market lembang (FML) pulak.

belakang tu logo floating market, iaitu coin yang digunakan dalam pembelia kat FML.

ada few tourist spots kat bandung ni macam dalam bentuk perkampungan.
kawasannya luas, di dalamnya ada few places to go dan banyak aktiviti boleh buat.
samalah juga dengan FML ni.
ada tempat beli makanan, beli barang, kayuh bot dan lain-lain lagi.
tapi paling utama adalah pasar makanan terapung kat situlah.

AAs tengah tengok tasik. lolx



boleh juga kalau nak naik bot kecik ni.



kitorang lepak kat meja kerusi yang disediakan di tepi tasik ni dulu.. sebelum gerak ke pasar terapung.



sini banyak kerusi meja. cuaca agak terik walaupun di atas bukit.



bawak sekali strawberi yang dipetik tadi dan blueberry manis yang dibeli daripada penjual jalanan.



lalu kat jambatan kayu gantung.



dari hujung ni boleh nampak perkataan FLOATING MARKET.. menandakan pasar terapung yang berada di hujung sana.

maka kitorang terus berjalan,
melalui kedai-kedai kecil yang jual souvenirs,
akhirnya sampai ke pasar terapung.
konsep di FML ni; segala pembelian mestilah guna coin dia sendiri.
tempat tukar coin ada di kebanyakan lokasi.

sy suka floating market,
sy jalan dari hujung ke hujung untuk tengok makanan apa yang dijual.
kebanyakannya adalah street food atau finger food yang mudah dimakan.
harganya taklah murah sangat, dalam range RM5-10 duit malaysia.


peniaga duduk di dalam perahu dan pembeli membeli di daratan (tebing).



nampak tu asap-asap. hahaa. ni perahu jual sate.



ariana and mama.



jamur crispy. jamur adalah cendawan.

yang sangat comel kat sini,
of course kerusi meja makannya yang kecil-kecil ni!
macam kerusi meja makan untuk kanak-kanak pun ada.
tapi best and meriah.
ramai orang kat area ni,
berjalan-jalan dan membeli makanan.


ramai gile orang. kalau jalan memang selisih bahu.



ni perahu jual siput-siput.



perahu jual cream soup dalam roti.






durian bakar yang agak famous jugak.



jual gula-gula kapas. budak-budak suka ni.


seperti yang dibitau sebelum ni,
nak beli apa-apa kat FML ni kena tukar kepada coin dia dulu.
contoh coin macam kat bawah ni.
macam-macam nilai ada.

comel kan! warna-warni. macam kat arcade.



beli ais durian.



laluan dia memanjang ke depan.



ais durian , husband punya.



dapat jugak meja. bolehlah melepak melepek.



yang ni jual sate.



jualan buah dengan ubi-ubi pun ada jugak.

sy beli sate tu.. sebekas sate ayam dalam RM10.
tak ambik nasi impit.
sate dia tak sama rasa dengan sate kita di malaysia.
kuah kacang dia pun lebih pedas dan berlada.
sate kita di malaysia lebih rasa rempahnya.



lepas makan-makan tu, nak gerak untuk MAKAN lagi hahaha
makan tengah hari  pulak.
on the way tu lalu area rumah-rumah sekitar.
kebanyakannya buat nurseri depan rumah.
sebab rumah atas bukit kan.. cuaca nyaman (walaupun matahari terik).
sangat sesuai tanam bunga.


ni kat kawasan perumahan ye.






antara yang ditangkap.

so kira rumah-rumah ni supplier bunga la..
untuk kedai-kedai bunga di bandung.

ok next kitorang singgah ke kampung daun.
memang dah masuk awal-awal dalam list.. nak pergi sini.
sebenarnya ada beberapa pilihan jugak macam sapu lidi dan dusun bambu.
tapi this time kita ke kampung daun.
sebab baca review macam sedap je.
tempat pun cantik.

here we are!



lepas gerbang masuk tu, ada jualan souvenir kat tepi-tepi macam ni.



ada satu pondok khusus untuk book tempat.

time kitorang sampai, ada beberapa orang tengah queue.
queue tu bukanlah beratur berdiri, tapi dah siap-siap book nama dan duduk.
so kitorang lepak kat tempat macam bangku-bangku depan pondok reservasi ni..
sampailah dia panggil nama husband ai.. "pak iskandar! pak iskandar!" ahaha





along jalan-jalan kecil kat pondok-pondok makan ni pun ada jual-jualan. jagung bakar, apa ntah lagi tak tengok pulak.



jualan.



kitorang dapat pondok dengan dua meja.. share dengan mat salleh sebelah tu.

ada jugak pondok sendiri-sendiri.. tak payah share.
ikut nasib lah.
tapi memang nasiblah mat salleh tu kongsi pondok dengan kitorang.. budak-budak berdua tu lompat sana sini.. ekkeke.


view kat area kampung daun yang sangat lawa!

tak tau kenapa, tapi most kedai-kedai makan kat bandung ni memang deco pokok dia cantik-cantik!
alam semulajadi sangat.
ai like. haha

order air bandung cincau tak silapnya. maklumlah, dah lama baru nak update entry. jadi banyak dah lupa :P



haa yang ni sy ingat! tauhu brontak. tauhu goreng yang isinya ayam dan sayur. ada juga isi udang, tapi tu order lainlah.



bahagian dalam, memang sedap!!



apa yang kitorang order hari tu.

husband ambik udang bakar.
sy ambik ikan gurame bakar.
memang sedaplah, the best di alam bandung. HAHA


set nasi dengan udang bakar.



ikan gurame bakar kicap. best best!!

lagi sedap daripada di dapur sangkuriang, kata husband.
memang sedap pun.
tapi kampung daun ni jauh sikit daripada kat bandung city centre.
so bukanlah selalu dapat makan kat sini.


dia tangga bertingkat-tingkat. kat atas banyak lagi pondok-pondok makan macam dalam gambar ni.

FUH!
memang busy hari keempat kitorang kat bandung.
habis makan, balik hotel.
malamnya keluar lagi jalan-jalan di skywalk di cihampelas.
skywalk ni naik tangga kat depan hotel kitorang je..
kemudian atas tu ada laluan yang sepanjang-panjangnya ada kedai-kedai dan street performance.

kitorang jugak beli t-shirt bandung lagi kat skywalk cihampelas ni.
sebab ada stall yang jual t-shirt lawa dan design hisptur la sikit daripada yang kat pasar baru.
harga up sikit daripada pasar baru, tapi kualiti tip top bukan kain jarang marang.
and tak juga mahal. kira harga ok sangat.
kira tak menyesal beli lah.

antara stalls yang berjualan kat skywalk.



ada juga robot-robot transformers untuk korang tangkap gambar. tapi kena bayarlah. manusia metal pun ada, tapi tak snap gambar.



buskering.



haa ni la dia kedai t-shirt tu! ada few stalls jual t-shirt, souvenirs keychain dll kat atas skywalk ni.



husband tengah try baju. tengok design baju dia; lawa-lawa kan!



skywalk cihampelas.

yang bestnya kat atas skywalk ni ada musolla.
musolla dia terbuka, boleh nampak orang solat dari luar.. hihi.
tapi usaha adanya musolla kat tengah-tengah tempat pejalan kaki memang harus dipuji.
musolla, bench duduk, pokok-pokok landskap.. best things about bandung besides the polite people and the food.
polite la.. cakap lemah lembut je tak jerit-jerit.
nak banding sy yang macam dinosaur ke mak lampir ke ni (okkkk hahaaa), diorang jauh lebih lemah lembut, even the guys.

lepas tu kitorang turun dari skywalk, jalan kat bawah pulak.
patah balik ke hotel.. lalu sekitar cihampelas walk.
banyak kedai-kedai souvenir.
yang jual keychain dan souvenir lain.. macam frame gambar, alatan memanah pun ada!
so kitorang beli keychain and fridge magnet jugak daripada yang jual kat tepi-tepi jalan tu.
beli banyak, dapat la murah.
lagipun souvenir kat situ lagi cantik daripada kat pasar baru.. apa lagi, belilah kita! lolx

jalan-jalan, nampak gerai jual air kelapa.
belakang dia ada restoran seafood.
so mula-mula singgah minum air kelapa,
lepas tu tapau nasi goreng, bawak balik hotel.



nampak tu menu besar gile terpampang kat belakang tu. haha. tu la kedai seafoodnya. belakang je gerai air kelapa ni.

so tamatlah pengembaraan hari keempat.
dah nak sampai ke penghujung dah percutian ke bandung kali ni.
kita akan sambung ke hari kelima in next entry! tata tutu!


bersambung...



OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

Day 4 - Farm House Lembang

Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport