hai!
*'hoi!' sahut penduduk kampung* :P
cuti chinese new year baru-baru ni,
sy & husband pergi melancong cuti-cuti malaysia ke pulau pinang.
naik flight air asia.
tiket beli tahun lepas.
stay kat hotel cititel sebab hotel lain sama ada dah penuh atau supermahal.
hotel cititel ni is located at the heart of georgetown; iaitu di penang road.
jadi kebanyakan time kitorang kat sini, kitorang berjalan kaki je ke sana ke mari.
second day baru naik beca.
sebab jalan jauh sikit.
untuk part 1 ni, sy akan cerita part kitorang pergi jalan-jalan je.
makan semua tu kat part lain. haha
|
us, on a trishaw. |
hari yang packed sekali adalah hari kedua kitorang di penang.
hari yang produktif jugak, sebab jalan merata-rata.
time naik beca ni ada lah 2-3 orang pelancong snap gambar kitorang. lolx
kadar naik beca, pakcik ni kira by hour.
sejam RM35.
then dia akan pusing sekitar georgetown.
kitorang naik dalam 2 jam lebih.
bayar RM70 je sebab dapat diskaun. haha
|
tu pakcik beca kat belakang! xD pakcik ni dah macam pemandu pelancong. semua tempat dia tau. |
to be honest,
dua tiga hari duduk kat penang ni memang tak sempat nak ke semua tempat.
even nak pusing georgeotwn yang nampak kecik tu pun,
tak dapat singgah ke semua tempat-tempat pelancongan utama dia.
so kitorang singgah mana yang termampu je la ye. hihi
|
berbekalkan map yang diambil di airport penang, sy tandakan tempat-tempat yang kitorang akan pergi. |
misi ke penang bukan setakat nak tengok tempat,
tapi jugak mencari makanan-makanan famous kat penang ni.
map tu ada dua.
satu map untuk melancong.
satu map untuk cari tempat makan.
so kena tengok tempat.. tempat melancong mestilah melalui tempat makan dan tempat lukisan dinding penang street art, serentak. haha
|
sempat jugak singgah ke komtar. |
kitorang ke komtar pada hari sabtu, hari kedua cuti CNY.
jadi ada jugak kedai yang masih belum buka.
tak pergi mana pun, beli baju sehelai kat pacific.
ada diskaun 70%, baju seratus lebih dapat dibeli dengan harga 30 ringgit macam tu. coolio!
lepas tu beli air dengan snack untuk diconsume di bilik hotel.
|
suasana jalan di penang. |
penang ni dah disahkan oleh UNESCO sebagai kota warisan.
jadi memang bangunan-bangunan, landmark, tempat makan, semuanya masih kekal dijaga dalam keadaan asal.
jadi kita boleh nampak kebanyakan bangunan di penang ni ada unsur-unsur kolonial yang tinggi.
architecture semua lawa! xD
|
ni adalah masjid kapitan keling. |
cita-cita asalnya, nak ke masjid kapitan keling,
lepas tu singgah di restoran kapitan yang famous dengan ayam tandoorinya tu.
tapi sebab naik beca (and kena charge RM35 sejam pulak tu),
maka kitorang batalkan niat nak ke kapitan. masa itu emas. haha
dengan harapan time lain dapat pergi and try ayam tandoori yang digembar-gemburkan sedap itu :D
|
kat penang jugak banyak tokong dan kuil. ni salah satunya. |
lepas tu pakcik beca bawak kami ke khoo kongsi (ataupun kuil pengikut khoo).
masuk bayar RM6 seorang. dapat sticker, lekat kat baju.
masuk dalam, tangkap gambar. haha
|
we are here at khoo kongsi temple! |
|
boleh tengok senibina temple ni yang detail. this is husband. helo, hi! ;) |
|
belah atas temple. |
|
dinding bercorak harimau. rawr! |
|
di bahagian dalam temple. bau asap colok menerjah hidung. |
|
ada jugak lukisan zaman dulu yang lawa!! xD |
|
suka lukisan di dinding ni. oh yang putih itu popcorn tambahan :P |
|
ditunjukkan gaya ahli kongsi sedang duduk menjamu selera.. ecewah. wani pulak sibuk nak mencapai itu ini -_-" |
|
kekasih si wani pulak kagum-kagum di bahagian dapur khoo kongsi temple dengan ayam kejung di dalam kuali :P |
|
iskandar oliver. wah hahaa |
|
shot di sisi khoo kongsi temple. |
|
laluan jalan di khoo kongsi. |
|
husband bergambar di depan masjid melayu lebuh acheh, penang. |
lepas tu sy teringat nak vintage toy museum.
"pakcik, let's!" kata kitorang.
lalu pakcik beca berkayuh ke muzium mainan lama di lebuh acheh.
sebenarnya kat penang ni ada sebuah lagi muzium mainan. tapi mainan baru la.
yang ni muzium mainan old school.
|
di depan muzium. |
muzium ni tak la besar sangat.
berada di dalam bangunan lama kat jalan acheh.
dua tingkat.
tapi super banyak mainan lama kat sini!!
memang nostalgic la. :')
|
pernah ada ke game macam ni? sy punya dulu yang kotak nipis tu je. |
|
abang penjaga muzium menceritakan tentang permainan paling lama kat muzium ni. tapi tak sempat nak cerita habis, dia kena berlari ke pintu masuk sebab ada pengunjung datang. hahaha |
|
ni lah permainan paling lama tu. kereta api dengan enjin stim. |
kena masukkan arang dalam tempat enjin tu,
baru kereta api mainan ni boleh bergerak. gila cool! xD
tapi sorry lah, lupa nak rotate gambar ni.
jadi silakan rotate kepala anda.. hehe
|
i spotted elmo!! 8D |
|
astro shooter. sebenarnya mesin pinball ni. |
|
budak-budak zaman dulu main sorong baby. haha |
|
guli di dalam balang!! :) |
|
lepas tu naik ke tingkat 2 muzium. |
|
kat tingkat 2 ada macam-macam lagi mainan. |
|
"taraa!" kata husband. :P |
|
kereta lumba. zaman dulu harga dalam $1700. |
|
susu tin lama!! |
"lama tak nampak susu tepung klim ni.." kata husband.
sy pun dah hampir lupa! ahaha
lepas habis tengok mainan lama,
kitorang sambung perjalanan.
|
di tengah jalan, ada polis sedang meronda dengan motosikal. so cute motosikal lalu di jalan kecil ni. macam kat perancis pun ada. :D |
lepas tu pakcik beca bawak kitorang ke rumah-rumah yang terapung di atas air.
memang ada penduduknya lah.
tapi sebab tempat ni dah jadi tempat tarikan pelancong,
penghuni-penghuni rumah pun turut sama berniaga di depan rumah masing-masing.
berniaga souvenir yang banyak, termasuk makanan dan minuman.
tapi kitorang tak beli la makanan minuman sebab tak tau halal ke tak.
kitorang jalan je sampai ke hujung.
boleh nampak laut. xD
|
patutnya kat belakang satu tu ada satu street art gambar budak atas perahu. tapi lukisan dah rosak terkena cuaca hari-hari. |
husband pulak cakap nak ke muzium 3D pulau pinang.
tapi bila sampai tu..
hambik ko gila ramai orang!
nak masuk punya panjang beratur.
kat dalam, nak ambik gambar pun kena beratur.
kalau macam ni berjam agaknya baru habis tour satu muzium!
so kitorang batalkan niat.
just ambik gambar di luar muzium 3D.
masuk, mungkin lain kali.
|
macam ni rupanya di bahagian luar muzium 3D penang. |
|
sempatlah jugak tangkap 1-2 keping gambar hahaha. |
|
fascinated by the architecture. |
jalan-jalan kat penang road,
ada kedai mainan yang besar and jual mainan dengan harga murah!
tak beli pun,
masuk je tengok-tengok. :)
|
wallah! ni baru satu lorong ni. |
one more thing pasal penang,
penang ni super banyak shopping malls.
kiri kanan depan belakang semua mall.
sebelah-sebelah pulak tu.
ni dengarnya sunway tengah nak bina satu lagi mall.
hahaha syurga shoppinglah ni.
mungkin sebab ramai singaporeans tinggal atau datang ke pulau pinang.
jadi dibanyakkan lagi shopping malls diorang.
|
kalau tak silap, ini gurney plaza. nampak mewah. |
hari terakhir di penang,
kitorang jalan lagi cari makan, beli souvenir.
|
jalan kaki saja kita. :) |
pergi ke pasar di area jalan chowrasta sebab nak cari kedai buku second hand yang famous tu.
kedainya tak bukak lagi, tapi saja nak cari.
tapi tak jumpa :'(
ok tak pe may be next time datang penang, kita ke kedai buku ok! ^^
|
suasana di pasar. |
|
uiyoo ketammmm. |
macam kat tempat lain, ada ramai peminta sedekah kat pasar.
dan tak tau halal ke tak makanan kat pasar ni.
memang majoriti chinese. ada nampak sorang indian. and sorang dua makcik melayu.
sebelum balik dan bergerak ke airport,
sempat tengok persembahan lion dance kat hotel.
orang berkerumun.. haha
|
lompat tiang! xD |
sekian dulu part 1 penang trip kita.
nanti sy sambung lagi di part 2! tata!! :)