Saturday, November 29, 2025

Anaqi the hot wheels champion

Assalamualaikum and hey! :D

Haha bukan sesaja overclaimed, tapi memang blog entry kali ni
nak menceritakan pengalaman anaqi first time masuk pertandingan hot wheels.

Tapi sesambil tu kita bagi selingan story-story lain.

Ni time jalan-jalan kat mytown.
Ada pameran tamashi nations pulakkk (pelbagai action figures, termasuk ultraman)


Ingat budak ni dah move on dengan Ultraman,
Rupanya belum sepenuhnya πŸ˜‚πŸ˜‚
Gambar kat atas tu, anaqi tengah buat pose ultraman action figure.. untuk dapatkan free sticker.

Rupanya dia nak ikut pose ultraman kat belakang dia :P





Pada hari yang lain,
Kawan-kawan dia ada jugak datang ke rumah.. buat projek sekolah mostly.

Lepas tu salah seorang kawan baiknya, Farhan, ada datang sleepover.
So kita bagilah aktiviti sikit kat budak-budak ni.

Aktiviti mengecat manusia diorama.



Projek sekolah, piramid makanan.
L2R: Muhammad (jiran), naufal, Farhan, anaqi.



Naufal bawak pizza, diorang makan sama-sama.



Nahh ada jugak pose jawline budak-budak zaman skang. Lolx
(Netizens kata LOL ni acik2 millennials je pakai.. ye ke? Hahaha)



So hari sabtu, 11 Oktober haritu kita masukkan nama anaqi
untuk join pertandingan hot wheels race kat putrajaya.
Race berlangsung di tepi tasik wohhh.
Sempena hari sukan negara jugak.

Haritu sy ada sukan kat ofis.
So singgah ofis kejap, lepas tu bergegas ke lokasi race.

Asal nampak kereta hot wheels je, semua nak beli, huii.



Winners 1-2-3 pelbagai kategori. Teka mana satu kereta anaqi?



Tu kereta hot wheels anaqi yang kiriii sekali kaler purple.
Namanya 'driftsta'. Kereta champion tuuu kihkih



Reaksi terkejut lepas kereta dia menang.









Haa gambar ni buktinya. Johan yang paling kecik kat tengah tu :D



Congrats, anaqi! Menang RM250.





Bolehlah belanja mama lepas ni.
Mama kan selalu support hobi dia.. HAHAA.

That's all for now. Tata!!

October babies

assalamualaikum and hey! :)

Marilah kita sama-sama throwback October dengan penuh semangat keazaman (yang muncul sebulan sekali).. hahaha.

Kalau ikut ketidakrajinan (ketidaksempatan sebenarnya uhuk) diri ini,
tahun depan rasanya baru nak update.
But since october is a special month, kita update cerita birthday semua orang sekaligus! hahaha

Ni kita ke depan sikit, time birthday anaqi. Both anaqi and Ariana got their prezzies.



Anddd anaqi got a Poco phone as his prezzie this year!
Ariana dapat kamera yang boleh print gambar tu.
Since ni hari Sekolah, kita bukak hadiah masa bangun tidur je la. haha



Happy birthday, boy!!


Sebelum kita melompat ke birthday isz (husb),
Mari kita celebrate jugak a new edition, bundle of joy.
Ehh bukan anak sendiri, tapi anak sedaralah! Haha

Perkenalkan, naura zahira, harith & durra's 2nd child *thunderous claps*


Time melawat kat hospital SALAM.


Yang best tu, naura's birthday sama dengan birthday isz.. i.e 16 oct 2025.
bulan yang sama jugak dengan daddynya, harith.
Alhamdulillah.





So sempena birthday harith on 25 oct,
kita makan-makan kat rumah no. 24 je lah (rumah nek yah).













Onyoooooo.



Menu wajib birthday semua orang; serai seksyen 3, shah alam. HAHA


Congrats again, harith & durra!!


Nowww kita jump pulak ke celebration isz & anaqi.
Ingat saja la nak try kat tempat baharu.
So apa kata kita pi makan BBQ sambil celup kaki dalam sungai.

Makanya kitorang pun pergi la ke bbq lamb kemensah KL.
Kek bawak sendiri. Tema hot wheels.
Sebab anaqi tengah gilakan hot wheels skang.
Muslim Ultraman dia dah berlalu.. haha.

Sampai terbabas keknya ok.. laju sangat πŸ˜‚



Ariana, anaqi, tuah. Happy birthday, anaqi! πŸŽ‚



Tuan blog and kiddos.



Satu family, minus harith durra naim naura.
Sebab durra masih lagi berpantang.
Happy birthday, isz!!






Bbq lamb kemensah.



Kek terbabas πŸ˜‚



With birthday boy lagi seorang. Happiest birthday! πŸ₯³



Suasana sungai.



Kat bawah ni sy letak semua menu bbq yang kitorang makan hari tu.
Memang Ken yang terlentang la orang kata :P
Portion dia banyak gile ye.
Perapan daging agak manis, but bearable.
Kalau comment for improvement, may be daging tu kurangkan marinate kicap2 tu.
Grill simple2 je.














 

Ok selesai la sudah kisah birthday-birthday kesayangans di bulan Oktober.

Tata!!

Ariana's PSRA result 2025

Assalamualaikum and hey! :)


Ariana got her PSRA result last thursday (27 Nov 2025).
PSRA = Penilaian Sekolah Rendah Agama.
Jayyid jiddan! Congrats, Banano! :D



 

Add on; 25 Nov sebelum tu, she received cert & award di majlis anugerah kualiti kokurikulum (MAKKO) at her school. So double congrats! πŸŽ‰

Nah sedikit gambar untuk dikongsikan.
Tuan blog ni asyik busy je recently, sampai lama tak blogging.. haha *my bad* :P








Sunday, October 05, 2025

Sunday Chit Chat

Assalamualaikum and hey, everyone! :D

It's been a month since I post anything kan HAHAA.

Rasa macam nak blogging, tapi macam tak sampai roh rajin nak mengedit gambar yang bermillions tu untuk update kisah kehidupanku yang terkini *ahax*,
So this time kita buat entry tanpa gambar je la.
Kita chit chat je la hari ni eh.

Isu terkini dunia (dan Malaysia) skang adalah the Global Sumud Flotilla.
Basically, aktivis keamanan di Malaysia dan seluruh dunia bergabung
Naik bot/kapal kecil ke Gaza, untuk hantar bantuan (makanan, susu, pampers, makanan kucing, etc.) harmless. Meas diorang tak bawak senjata whatsoever.

They sailed on international waters / abid by the international laws.
Tapi sampai-sampai je ke perairan Gaza,
Sikit je lagi nak jejak pantai, kapal Zionyst isnotreal terus memintas.
Dan askar2 isnotreal dah tangkap and bawak aktivis2 ni ke penjara.
Yang lawak tu, siap tuduh benda ni ditaja oleh h*amas. What the heck sangat kan.

Disebabkan hubungan PMX kita yang baik dgn presiden turkiye,
Dapat membantu kita bawak pulang aktivis2 Malaysia.. katanya dah sampai ke sini, alhamdulillah.

Tapi masih ada lagi yang ditahan,
Greta, one of the masterminds and aktivis2 yang pemimpin negara diorang tak nak ambik port pun :'(
Dengar cerita aktivis2 kita dan lain-lain ni semua dilayan teruk sepanjang kat sana.
Sama-sama kita doakan keselamatan aktivis2 yang masih belum dibebaskan.

Dengarnya gelombang kedua dan ketiga (kapal lebih besar) dah berlayar juga ke Gaza.
Harap yang tu pun ok dan selamat.

///

It's October.

Kalau nak kira-kira, dah 5 bulan kot sy bertukar ofis.
Kalau orang tanya, how's new office?
I would say ok. Semua best. I get to know new people and semua pun baik2.
Hectic sy bermusim.
Since kerja2 sy semuanya berkala.
Meetings with top management, meetings with KSN and parliament.
Parlimen tu mungkin akan jadi hectic time2 macam perbahasan RMK atau belanjawan.
The rest, tak de la sangat dan tak de la hari2 kena ke sana.
Selain tu, we took care of the pekeliling too.

Environment wise, so far I can blend in well.
Since kali ni di central agency,
I did coordination mostly, berbanding ofis lama jaga projek penswastaan yang kadang memeningkan, orang kata pecah otak nak fikir *haha* dan mostly I cruised alone..
Sebab tak ada ramai staff pun, time tu pun penswastaan sort of diserap masuk ke unit perumahan, jadi kita berkongsi staff and everything dengan perumahan.
Apa2 hal, perumahan akan didahulukan. Time tu redo je la.

While at this new office, we have a solid team
And semua perform dengan bagus dan fully participate.
I feel so blessed for now. Alhamdulillah.

Oklah nanti ada masa, kita update lagi.
insyaAllah will be quite busy on oct-nov.
So harap disember dah boleh senang-lenang la, tutup kedai.. haha

Aight till then!

Sunday, September 07, 2025

KL book fair 2025

Assalamualaikum and hey! :)

Ini post rawak tentang KL book fair / pesta buku antarabangsa KL..
Berlangsung dah lama sungguh.. haha.. 23 mei hingga 1 Jun 2025.

Tahun ni sy tak ambik cuti.
Sy pergi time cuti hari Sabtu.
Hangkut satu family pergi KL πŸ˜‚

Macam biasa, sy akan order cucur jagung jalan tang Lin
Dan singgah situ sebelum ke KL WTC.

Muka bahagia dapat makan cucur jagung pak din, jalan tang Lin.




Suasana medan selera jalan tang Lin yang meriah di hujung minggu.




Flexing my cucur jagung ;)




Lepas tu, husb hantar ke WTC. Diorang jalan-jalan kat sebelah, subway putra mall.








Ramai sungguh pencinta buku ye!!




Books! 😍



Tahun ni serba sederhana.
Sy tak borong banyak buku pun,
Tak beratur jumpa penulis pun.
Wani ezryl sudah jadi moderate. Ahahaha (atau mungkin juga sudah tua, tak larat nak queue lama πŸ˜‚)


At subway putra mall with ma daughter.




Entry ditutup dengan gambar rawak; view langit yang cantik.