Thursday, April 13, 2023

ramadan days

assalamualaikum and hi! :)

ohaha sambungan kisah bulan ni.
macam-macam nak cerita, tapi tak tercapai jari2 nak menaip semua 😂
so kita rangkum la semua gambar setakat yang ada.
masih ada a few photos and cerita queueing up.
ni ada masa free sikit, bolehlah post blog entry.

gambar kenangan team tadarus. ketua tak de time ni, lawatan rasanya.



gambar kenangan jugak, mala is leaving (ke johor).


bulan puasa ni ada tak makan kat luar lepas kat cyber haritu?
jawapannya ye ada. haha
cuma makan kat luar ni, awal-awal ramadan tak kerap sangat.
prefer memasak di rumah.
bazar pun tak jejak awal-awal ni.

kitorang ada la sekali berbuka puasa kat restoran gula & gulai dekat2 area rumah je.
dekat sungguh. haha. senang nak balik rumah lepas tu.


ada ikan siakap woots. ikan siakap 3 rasa dia sedapp.



tomyam pun ok.



kari ke gulai.. kambing 40 hari.



siakap goreng 3 rasa close up.



memang tak ramai orang. ada la 2 family, termasuk kitorang.
lepas2 azan maghrib tu baru datang satu lagi family lain. tenang je kitorang makan.
kira ramadan kali ni memang tenang sungguh la. hihi


sebenarnya may be orang fikir-fikir nak makan dan membeli di luar.
for me, satu sebab harga bahan, food semakin naik.
lepas tu anak-anak baru masuk sekolah. banyak dibelanjakan.
then nak prepare raya, kena menyimpan jugak.
jadinya orang ramai lebih berhati-hati dalam membeli.

ai pun prefer masak and makan kat rumah.
sebabnya, sah2 tak de MSG, atau garam gula berlebihan.
so tak de la dahaga lebih, sakit tekak, sakit perut la macam-macam. haha
cuma sesekali je kita keluar.
ada time tu nak jugak rehat gantung kuali daripada memasak.


haa ni masak sendiri. kari ketam nipah.
sy jual jugak ketam nipah ni.. 1kg, 3 ekor RM40 saja. mur kan. haha
ni tukang jual masak sendiri makan sendiri. memang sedapp.



shah alam's dining table.
berbuka puasa di rumah mama pada 1 april. tido sekali. haha



terawih di masjid ubudiyah seksyen 19 with mama.


masjid ubudiyah ni besar dan luas. alhamdulillah.
jemaah pun ramai. saf dia memanjang.
bila masuk, teringat arwah abah suka ke sini semasa hidupnya.
hari-hari suka ke sini. al-Fatihah untuk abah.

apapun sy prefer surau kecil kami di dengkil.
walau kecil, sejuk dan selesa. hihi


ziarah kubur abah. ni kat seksyen 21, shah alam.







tuah, anaqi, faliq. naik motor naik parking. haha



salah satu menu sahur kami. repeat goreng kwey teow.
mi shabu-shabu goreng. chicken fingers.



menu buka puasa di rumah.
singgang daging, ikan selar beso goreng. ikan rebus goreng tu beli daripada cc aina kat ofis.



ada sekali tu sesaja le try masak nasi beriani express, pakai perencah segera maggi.
eh jadi pulak. senang lagi. hahahaa (nasi je la lembut sangat. terlebih air kot)


al-kisahnya teringin makan sik beriani.
tapi tengok grab, mahalll.
so beli 1 je ayam beriani.
balik rumah, masak nasi sendiri.
goreng ayam berempah jugak.


ayam goreng berempah. serai dengan daun kari daripada pokok kat rumah.



papadom pun goreng sendiri. tu diaa menu special tapi tak dak sayur. haha



disebabkan bulan puasa ni rancak berniaga sesuka-suka (tak de untung besar pun, tapi seronok lebih. haha).. ni time gi hantar daging dendeng kat cik mah di KPKT. cik mah ex-JWP. ceria2 orangnya.



ada sekali tu jugak berbuka luar di restoran 4fingers, d'pulze cyber.
time ni babahnya tak de sebab berbuka di luar. so kitorang pun sama la.
sy pulak cuti puasa, tapi meneman la dak2 ni berbuka. so tak rushing la nak ke masjid/surau lepas tu.



nah tu diaa. tarik cheese tuuu. hahaha

 

setakat hari ni pengalaman berbuka puasa kami, alhamdulillah dalam kategori selesa dan seadanya.

contoh time makan kat d'pulze ni,
kitorang keluar lambat tau haha.
tapi Allah mudahkan perjalanan, lampu hijau di sepanjang perjalanan.
sampai-sampai parking, confirm2 penuh and orang queue cari parking.
tapi kitorang terus dijumpakan dengan parking tu.
betul-betul depan boom gate keluar and dekat dengan pintu mall, terus ke lif, terus ke 4fingers.
bila dapat kemudahan2 macam ni, memang bersyukur sangat.
kita ni macam serba kurang kan, tapi Allah selalu la tolong.
this is just part of the stories.
tapi nak kata syukur sangat tu la.

dah, nanti sambung lagi.
nak pi meeting. haha. byeee.

Tuesday, April 04, 2023

diari ramadan wani ezryl

assalamualaikum and hi! :)

hahaa tajuk dah serupa drama ramadan dulu-dulu 😁

btwww ramadan kareem, everyone!!
how's ur ramadan so far?
alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-13 ramadan.
kejap je dah seminggu kan.

so entry ni kiranya kisah ramadan kitorang la. haha
aim tahun ni tak nak berkejar-kejar, nak buat semampunya dan seadanya, yang penting ikhlas.
ha gituu.


sahur hari pertama. terkelepek semua. haha



kurma YUTA yang jiran bagi. tq! YUTA ni kurma pilihan kitorang.
sebab dia basah-basah and moist.


korang masak/makan apa tu untuk bersahur and berbuka?

setakat ni pernah jejak kaki sekali la kat bazar ramadan, tu pun sebab cari air tembikai haha.
kebanyakan lauk masak sendiri.
rasanya lagi jimat tenaga dan tak letih sangat.
tapi nanti may be one day nak ke bazar putrajaya yang besar ituuu.
dengarnya ada chef ammar. haa.


ayam masak merah ni fave AAs, especially ariana la.
kalau ada ayam ni, insyaAllah confirm diorang tak tolak. lolx



ada jugak dapat goody ramadan daripada ofis.
haa semua tu stok-stok penting ramadan ye.
ada kurma, sambal bilis, serunding daging dan buah-buahan/kekacang kering.
serunding tu podeh (pedas). haha


menu masakan sy memang dipelbagaikan.

penyediaan makanan adalah mengikut kata hati. tunggu ilham tiba, katanya 😋
so kadang tu ada nasi, kadang tu tak de nasi.
ikut ilham tukang masak tatkala itu.. kihkih

contohnya ada one day to sahur macaroni bakar malay style.
macam ni senang sikit. malam tu masak, esok paginya tinggal panaskan je.
AAs pun suka ni.



first jumaat of ramadan haritu ada selit nama arwah abah, tok ki dan ayah untuk tahlil arwah.
moga mereka baik-baik dan dalam jagaan Allah kat sana.


jumaat tu juga (hari kedua puasa), kitorang berbuka kat luar.

aim nak tenang-tenang kan. so kita pergi tempat yang tenang.
pak ngah cyber kopitiam nama dia.
tau je la cyberjaya, pekan international yang sunyi hahaa.
bukan la sunyi apa, tapi tak la cramped and sesak macam putrajaya.
selesa serba serbi.
makan buffet pun selesa. harga bawah RM50 pulak tu per pax.
anaqi lagi la, makan free je untuk dak2 7 years ke bawah.


makanan secukupnya, seadanya. sesuai dengan aim ramadan sy. hihi
choice banyak jugak. ada lauk, ada western.
yang penting ada jus tembikai ye.



sy ni tak makan banyak mana, so ambik sikit satu lauk buat rasa.
tapi semua tu alhamdulillah boleh kata sedap dan homey taste.
rezeki Allah bagi dapat tempat buffet yang selesa gini.



pulak tu hari jumaat, so kedai ni belum ramai lagi menyerbu.
kalau sabtu ahad tu mungkin la bertambah-tambah ramainya.
sedang molek la pergi hari jumaat. ni ha, nasi goreng ada 2 jenis; cina dan kampung.
sebelah tu nasi minyak, salah satu menu utama pak ngah cyber kopitiam pada hari-hari biasa.



AAs kegembiraan. ariana sebab ada ayam masak merah, anaqi sebab ada chicken chop. HAHA
alhamdulilah lagi, sebab dapat seat kat dalam. dalam tu ada 3 je meja gini.
meja-meja lain semua kat luar. meja dalam ni je kerusi empuk berkusyen. sebelah kami, meja family tuan kedai kot. so thankful for that, rezeki meja dan kerusi yang selesa, dekat dengan tray buffet pulak tu. hihhi


kita sajikan pemandangan di pak ngah cyber kopitiam ^^




ni, chicken chop dan ayam goreng.
ayam goreng dia sedap weh, tapi rasa sikit je. kenyang dah acik. haha



ni antara lauk yang diambik. ikan tilapia berlado, nasi minyak sejemput, nasi goreng kampung sejemput, ayam masak merah, daging masak hitam.



familiku, syurgaku. aicewah. walau hari2 dak2 berdua ni gaduh je keje, syurga jugak. haha



tuan tanah (t.t.) 😆



sambil tunggu waktu berbuka, main game luu. haha



anak ini buka awal, ye. tak tahan dahaga katanya.



nahh tu dia air tembikai. sebelah tu air oren. dua2 ai like 👍🏻



habis berbuka, bergambar jap kat parking. ada ke orang bergambar kat parking macam kitorang ni?? hahaha. sebenarnya nak tunjuk kedai belakang tu bercahaya, cantik je.
next time nak try la makan kat situ.



kedai yang nampak cozy and tak ramai orang pun waktu berbuka.



lepas-lepas tu kitorang pun gerak solat maghrib, sambung sampai terawih kat masjid raja haji fisabilillah. ni masjid fave ai, architecure dia simple dan moden.


masjid ni ramai foreigners, sebabnya cyberjaya kan ramai warga dari negara luar.
so boleh rasa vibe luar negara di situ.
orang ramai-ramai and families berbuka kat tingkat bawah,
sambil-sambil tu yang lain solat di ruangan solat.
tingkat atas dibuka untuk muslimah (tak silap hari biasa, muslimah kat bawah jugak). 


ye, memang meriah masjid ni. cumanya atas ni tak sure ada aircond ke tak. kipas ada.
bahangnya membahang-bahang. macam solat sambil bersenam gitu. hihi



anak sapa ni telekung purple. hobi dia iron telekung. bahaha



bawah ni gambar anaqi lepas cabut gigi dua batang kat klinik.
his first cabut gigi! hahahaa.
terus nak berbuka puasa 😆

aiyohh kena ke buat muka gitu 😂


makan-makan buka puasa kat rumah family, semestinya.
first ramadan weekend tu kita pi berbuka kat rumah MIL.
ai bawak gulai ketam nipah, sotong goreng kunyit, ikan kerapu goreng dan kacang panjang goreng bawang putih.
kat rumah MIL pulak ada nasi lemak dan mi hun sup.
maka bergabung meletuplah menu-menu tersebut dibaham (baham katanya hahaha) anak menantu 😂

pemandangan meja buffet 😁



lepas buka puasa, pi solat isyak dan terawih kat surau kampung husb.

surau ni comel je. memang betul la tu kena datang awal,
kalau tak, penuh saf ni.




selfshot dengan mak (MIL) :)




ni gambar surau dari luar.



ok lepas ni silakan enjoy gambar-gambar juadah sahur dan berbuka la ye bahaha

kuetiau goreng kering. sedapnyaa. tengok gambar ni teringat-ingat pulak. kahh




weekend haritu ada g IOI city mall.
pergi time bulan puasa. jalan merata. balik tu flat terus. hahaa
nak share IOI punya deals sepanjang bulan puasa.




buka puasa sardin sizzling, gais!




sahur pulak burger 😆




moreh kat surau dengkil, ada dapat kari ayam 2 bungkus.
esoknya panaskan and masak roti canai segera untuk sahur. yums




ni tersedap di alam semesta.
antara nasi goreng cili kering (boh) yang tersedap sy pernah masak. bahaha




mi sup, pun untuk sahur.




ni time hantar ketam nipah. ye sy jual ketam nipah ye. harga RM40 je sekilo / 3 ekor.
gedabak saiznya.




ni pun satu lagi sedappp. bakwan sayur!! 😍




beli nasi kerabu kat jualan tengah hari kat menara usahawan putrajaya, sambal goreng jawa pun boleh kat jualan.

 

banyak lagi gambar bulan ni nak share.
tapi nantilah sambung.
panjang dah ni cerita. hahaha

till then!

selamat menyambut ramadan bulan keberkatan, semua!!