assalamualaikum and hi! :)
rasa nak tepuk bahu sendiri la. hahahahahaa
sebabnya jarang2 dapat update event yang betul2 baru berlangsung π€£
biasanya sebelum ni banyak throwback je. kihkih
yelah, musim-musim ni dah tenang sikit.. boleh la update banyak2.
kerja ni pun ada musim sibuk dia, ada musim tenang. now tengah tak sibuk. LOL
fyi 10 feb haritu wedding anniv kitorang (husband dan sy) yang ke-11.
so plan la ke lokasi cuti2 yang berdekatan dan indah permai; i.e genting highlands.
kitorang memang suka pergi GH. pergi sabtu-ahad je, tak payah apply2 cuti tambahan.
time2 bukan waktu puncak ni, tak ramai sangat orang. ok la.
kali ni kitorang menginap di awana resort, genting. *ye, suka duduk area bawah sebab dekat dengan tempat makan*
gerak awal, so sampai GH tengah hari.
since awal lagi nak check in hotel, kitorang lunch dulu kat restoran makanan cina muslim tersedap di GH; restoran makanan enak.
kedai dia ada papan tanda besar warna hijau.
located kat area genting permai, kat deretan lot2 kedai belah2 dalam stesen minyak petron.
sebelum ni memang pernah makan kat makanan enak, hasil baca review orang ramai.
so kitorang repeat lagi ni, sebab memang sangat enak, sangat sedap. wahhaha
|
order simple je 2 lauk; ayam kam heong (atas) dan ayam marmite (bawah). marmite tu rasa macam kicap karamel. sedap la, tak pedas langsung. dak2 memang suka la. saya pun suka. ahaha. habis licin pinggan kitorang makan. alhamdulillah. |
kalau kam heong tu sebenarnya masakan yang bahannya ada mengandungi udang kering.
so alert dulu kepada yang allergik seafood. nama masakan ayam, tapi ada bahan udang kat dalam.
semua sedap kat sini. korang bolehlah try.
dalam pukul 2 petang tu gerak ke awana resort.
waktu check in pukul 3 petang.
tapi husband cakap, kalau ada bilik kosong, biasanya boleh je masuk awal.
time tu pun bukan waktu puncak, so kitorang dapatlah check in awal. jyeah.
|
apa2 hal kita bergambar dulu kat cermin besar awana ni :P |
apa yang sy suka tentang awana resort ni, bilik dia katil besar.
dah la besar, tinggi, bantal pun empuk gils.
the downside pulak.. yang masih sama adalah parking.
parking yang tersedia di blok bertingkat seberang hotel, bukanlah under hotel management.
jadi ko kena bayar max RM18 sehari/entry. mahal kott.
sekarang ni hotel tengah buat construction depan2 lobi.
jadi ada hoarding (pagar construction) sikit depan tu.
tapi tak ganggu apapun. bunyi pun tak de bising2 ke apa.
|
bilik kami yang humble. comel, putih, suci, homey, hotelly, dan sebagainya. haha |
|
bilik air dia ada shower, tak de bath tub. kalau nak bath tub, boleh ambik suite. |
|
overall room view. suka pulak ai pakai panoramic view ni. hihi |
|
siap dapat room survival kit. haha. comelnessss~ dapat soft cookie (rasa macam pistachio, tak terlalu manis, just nice and nuttery. sedap weh). dapat berus gigi 2 set. |
selain tu kitorang jugak dapat tiket cable car percuma. *huntong aa~* π
tapi simpan dulu la, sebab tak naik atas pun kali ni.
just nak lepak2 hotel je. tiket free tu valid sampai bulan julai.
maknanya kena repeat datang balik ke camne ni? hahahaa
|
awana resort mengamalkan sustainability practise. maknanya jaga alam sekitar, kurangkan penggunaan plastik, tanam pokok2.. macam tu la. jadi botol air minuman tak de dalam bilik hotel. yang ada adalah jugs macam ni. boleh masak air, ataupun ambik daripada mesin water cooler di aras G hotel. |
|
dalam bilik air juga, sabun dan syampu tersedia di dalam bekas picit2 macam ni/dispenser. sy nak puji water heater system dia.. memang pantas tuntas! ko pusing je sikit, terus suam airnya. kadang tu ada hotel yang berjinggut nak kena menunggu air bertukar suam. haha |
|
kasi selfie satu kali kat cermin bilik air. HAHA |
|
cuaca di genting sejuk2 nyaman. kabus pun ada petang2 ni. |
|
balkoni luar. |
|
pool besar, air tak terlampau sejuk, ada pool kecik ala jacuzzi yang juga lebih suam airnya (tak suam sangat, tapi just nice, sesuai untuk berenang di tempat yang sejuk macam GH). |
selebihnya adalah gambar depa2 ni swimming sana sini kat pool. hahah
|
donat pelampung dia dah kena gigit π |
|
ni anaqi dengan kawan pool dia. 2 hari main kat pool, dengan budak ni aje. haha |
|
bahagia weh swimmm. satu jenis terapi jugak daripada kekalutan kerja. |
|
ada tempat lepak2 jugak. baju ai longgar dan sopan ye, tapi tetap nak letak kotak pink.. in case la nampak slim sangat ke apa. kahkahh |
|
kemain chillex lagi dua olang ini. π |
|
pool yang luas.. cantik, mode resort *memang ni resort pun HAHA* ada banyak beanbags jugak kat tepi pool. biasanya muzik 90s dimainkan kat sini. ada la lagu westlife, BSB tu semua. nice~ |
|
hahaha anaqi nak gi mana tu π |
|
setakat ni banano boleh berenang di air lebih dalam. sy suh dia berenang jugak. hahah |
|
dua budak comel di depan jacuzzi. lolx slide ditutup buat sementara waktu *alahhhh* |
|
balik2 swim, beli kek pulak diorang. sy suka la baju pekerja resort ni.. kaler dia.. orange pink. warna vacation ye. and it's kinda like batik *ke memang batik?* lawa la. |
so lepas balik pool,
relax2 dalam bilik hotel, bersihkan diri, solat maghrib semua..
lepas tu kitorang sambung pergi dinner kat.. restoran makanan enak lagi π€£
ni pilihan husbandku ye yang memang dah jatuh cinta dengan makanan kat sini. HAHA
i'ols ikut je sebab as a foodie, i also recommend this restaurant. makan la 10 kali pun tak pe.
yang jadi isu cuma nanti duit ko terbang melayang sikit la... hahahahaa
sebab satu dish tu dalam rm18-25.. or more. so bajet2 la before mengorder tu ye.
|
restoran makanan cina muslim, kedai dia simple2 je. yang penting sedapp. dan bersih. bersih tu penting ye. pekerja2 pun baik dan ceria. |
restoran ni bila malam,
memang ramai ye umat manusia. penuh ye.
so malam tu kitorang dapat meja kat luar.
satu2nya meja yang tinggal. bahaha
nampak tak kesedapan makanan kat sini. sampai meja semua penuh.
|
bergambar la segulung dua π€£ anaqi tu memang aneh2 je bila orang suh bergambar (sila rujuk gambar pertama terlebih dahulu, di atas) |
|
mujurlah anakanda yang ini, ariana tertib bergambar. HAHA |
|
ai pun layankan je dia buat muka macam tu. bukannya dia tengah sedih ke apa, tapi dia PURPOSELY buat gitu bila ai angkat kamera ye. dasarrr. hahahahaa *buruknya muka kite. layankan je HAHA* |
|
hahahaa bila layankan muka kat atas tadi, baru dia nak senyum. tau pun mama ko ni adaptive orangnya π€£ |
|
cangg!! ni yang kami order. 3 lauk; ikan siakap goreng 3 rasa (RM58 sebab ikan besar), ayam marmite repeat andd terung masak ikan masin. serius sedappp. |
|
3 lauk ni je dengan air, dah seRAT lebih. maknanya tak boleh makan hari2 kat sini π€£ tapi sebab kita ni dalam mode celebrative, haa makanlah kalau mampu. berkira sangat pun nak gi mana ye dok. kihkih |
keesokan paginya.. *bunyi burung berciap*
|
masyaAllah the view! |
|
cantik kan. marilah memuji ciptaan Allah dan keagunganNya. manusia mana boleh create macam ni. lawaaa π |
|
can't get enough of it ^^ pemandangan ni dari balkoni.
|
sebenarnya time check in tu, hotel ada tanya..
nak bilik ngadap genting ke, ngadap hutan ke orr ngadap mana ntah satu lagi.. lupa.
so husband cakap nak ngadap hutan. so ni la view hutannya.
bawah tu if tanpa kabus, boleh nampak beberapa kawasan dah gondol ye, bersedia untuk pembangunan.
sedih jugak tengok.
takut nanti lama2 banyak sangat pembangunan, hilang dah kabus yang cantik ni.
jadi panas pulak nanti. harapnya tak lah.
|
second day kita berenang-renang lagi.. yiehha! ai je dah malas nak berenang, so ai dok tepi edit video :P |
|
anaqi dah freezing hahah |
|
diorang nak main mesin pinball ni, tapi tengah nak repair pulak. |
|
bergambar kenang-kenangan di lobi sebelum naik ke bilik. sambil tunggu babahnya beli kek lagi. makan kek je diorang ni haha. |
|
ok dah habis. lolx |
sampai ke next percutian!!
#healing