Friday, January 06, 2023

big bad wolf book sale 2022

assalamualaikum and hi! :)

kena letak tahun '2022' kat tajuk,
sebab biasalah tuan tanah (blog) ni asyik banyak pending posts je HAHAA
tu, dalam phone berlambak lagi gambar and cerita tak share kat blog.
mana yang sempat kita share. kalau tak sempat, dok je la dalam lipatan sejarah ye. lolx

so pada selasa, 27 disember yang lepas *tak la lama sangat*
kitorang ke acara tahunan jualan buku big bad wolf.
venue sama : mines international exhibition & convention centre (MIECC).
tak silap dah lama tak de jualan secara fizikal ni.
one sebab COVID la, apa lagi.
two tahun lepas kan banjirun. sekali dengan gudang2 BBW ni terkesan.

buttt tahun ni BBW is back!! yippediey yay! *lompat tepuk kaki*


bukti AAs diangkut sama ke jualan.



bukti wani e pun sampaii. biasanya sy akan ambik cuti semata2 nak ke BBW.
tahun 2022 memang seminggu lebih straight tu sy cuti. so ber-hu-ha-ho-ho la kiteee.


dulu kan BBW sale buat 24 jam.
so sy akan ambik cuti dan berkampung dari pagi sampai petang.

tapi tahun 2022, waktu operasi dari jam 10 pagi sampai 2 pagi saja. bukan 24 jam macam dulu.
apapun sy enjoy je sale ni.


cara labelling harga terkini.


kalau korang nak tahun, tahun 2022 BBW melabel harga secara alphabet.
mungkin senang untuk future, bila harga berubah, tak payah cabut tag.
just tukar harga dalam sistem je. bijakk.

cuma harga makin up berbanding dulu la.
so perasaan sale buku kaw2 tu tak berapa ada untuk sy. HAHA
may beee dipengaruhi oleh waktu PKP dulu dan juga kerugian semasa banjir.
so harga kena up la. sebagai peminat, ai faham, ok. hihi


buku-buku memang banyak, BBW kata ada 3.5 juta buku dan ditop-up dari semasa ke semasa sepanjang sale berlangsung sehingga 2 januari.





ada tempat untuk budak-budak naik kat tingkat atas.
just naik escalator kat tengah-tengah tu.
ni AAs teringin sangat main, kita layankan je.


RM30 jugak per ride ni.. untuk 20 minit.
ada jugak mainan lain dan bouncing castle.
tapi yang bouncing tu tak main la.. kalau dah RM20 sorang, mau kopak duit mama korang ni woiii. baik beli buku. haha


ni lah dia pintu masuk ke tingkat atas. ada arch belon macam ni. LULA land nama dia.


tapi kenapa laa mahal sangat.
harap next time bagi harga affordable sikit.
formula dia senang je.
mahal sangat = tak ramai nak main.
affordable tak mahal, tak murah sangat = ramai main = lagi untung. kan. hihhi
*nanti peniaga tepis, diorang cakap, ko tak meniaga, ko apa tau. ye lahhh :P*


books


pendapat sy, memang kebanyakan benda kat BBW sale kali ni mahal-mahal sikit.
bukan buku je, makanan pun sama.
apa yang buatkan orang ramai tertarik ke sini sebelum ni adalah gila-gila punya murah harga buku. sampai 90%.
so harap makanan pun dapat harga yang standard.. bukan harga exhibition.
harga exhibition tu macam.. kitorang beli nasi tomato ayam merah.. dalam RM12 tak silap.
padahal nasi RM8 je kot macam tu kan.
beli pizza tak ingatlah pulak berapa, tapi harga ada up sikit.
lepas tu, topping dia ala kadar je tak macam ko beli pizza kat tempat lain.
tengok gambar di bawah, dia calit je tomato puree ala-ala kat atas dough/roti pizza.
tu pun kemain 'tengah' lagi calit.. yang belah roti hujung2 tu dibiar kosong je, roti semata.
cheese dia seco-et je. ko catu bahan ke apa, dik. hahah *ni pizza hut ni tau*


harap kalau nak letak harga exhibition, kualiti biar exceed price.
nasihat daripada peminat BBW. sekian.



tempat makan selesa, itu harus dipuji.
dalam area makan tak boleh bawa masuk troli.
jadi korang boleh tinggalkan je kat luar.. parking jap.



sama macam sebelum ni, ada dijual button badge kepada collectors yang berminat.
kemain lagi AAs cari button badge designs.


mengimbau zaman dulu, mama korang pun suka collect button badge.
tapi dulu ai collect badge tropicana life. penuh kat beg nike ai. hahaa


ok dah kita bergambar kat luar sebelum balikkk.
lawa la design dia. love sangat!


btw simpan sikit duit korang lepas bayar buku kat kaunter BBW,
sebabnya kat luar tu ada jualan lagi. buku2 gempakstarz, moy (ujang) dan macam-macam lagi.
al-Quran, buku-buku agama pun ada kat luar (dan kat dalam).

ada jugak jual stationeries dan peralatan komputer.
dak-dak AAs ni dok enjoy tekan-tekan keyboard mekanikal kat luar BBW.
satisfying and ASMR katanya. sabo je la. ai pun suka. bahaha *nak beli, mahal sangat sampai harga RM300 ke atas*


buku-buku yang berjaya diburu.

 

macam biasa, cari pop-up books orang dewasa, tapi tak banyak ada.
sy jumpa satu pop-up book the walking dead.. yang tu best gile, tapi harga RM75 pulak.
kalau dulu, boleh dapat harga RM25 & RM30 macam tu.
so korang compare je la perbezaan harga sale dulu dengan sekarang. sobs

mungkin sebab tu jugak sy bawak 1 beg shopping besar je, and pembelian buku 2022 tak sebanyak tahun-tahun sudah *tahun sebelum2 ni sy bawak troli ok*

apapun, we did enjoy ourselves there. tqsm, BBW.

overall, penambahbaikan untuk BBW team, kalau korang terbaca la:

1. revise harga buku. at least murah sikit la daripada harga kat kedai buku book excess. if not, orang akan cakap "lebih baik pergi beli kat book excess je" and ended up tak ke BBW.

2. harap makanan lebih affordable dan super sedap.

3. tempat main budak; harap harga lebih affordable jugak.

4. buat banyak contest lagi (good job BBW) dan tawarkan hadiah baucer buku. jadi lebih ramai orang akan datang BBW. kalau nak menjana duit, buat mega game macam treasure hunt tapi dalam BBW.. in a team, penyertaan kena bayar la sikit. lepas tu sorok klu-klu dalam buku. memang jenuh nak mencari klu sebab BBW kan besar. bahahaa *ada-ada je idea ko ni wani :DD*


dah la.
panjang pulak menaip.
orang nak pi makan ni. dahhh.
tataa!! hihi

eh dah 2023?

assalamualaikum and hi! :)

hahaa dah 2023 rupanya!

memandangkan skang ni baru awal-awal tahun,
kita up la gambar awal tahun jugak.

tak de selebrasi new year tahun ni.
one, PMX (perdana menteri ke-10) dah kata tak de celebrate2, orang tengah hadap musim banjir, so tak perlu bermeriah2.
two, we din book any hotel this new year. jimat jugak sekali sekala. haha
three, we slept on new year's eve.. tanda dah ageing. lolx


tahun baharu, di shah alam. ni nak balik dah ke dengkil. with nek yah (ma mom) and the kiddos.



kitorang lagi. hahah. babahnya gi melaka ada kajian lapangan, sebab tu tak de dalam ini gambar :P



kiddos at IOI city mall.


pada 2 januari (extended cuti umum, sebab new year jatuh hari ahad),
husb and i pi ambik booster kedua vaksin COV19.

diorang dok kata ada varian baharu laa.. memang tiap2 kali pun ada baharu.
china ni memang tak habis-habis.

sy ambik ni pun sebab husb yang ngajak ambik. so let's.

gambar bukti kat klinik siti. kosong je, tak de pulak orang sakit cuti tahun2 baharu ni. hahah



done! berapa saat je siap, alhamdulillah.

 

buat yang bertanya, kitorang ambik booster secara appointment di MySejahtera app.
free aje, pi la register.
tak de demam, tak de apa. sengal kat tempat jab je dalam 3 hari.
but as we all know, effects may vary to some other people.

tak de set aspirasi apa-apa untuk 2023.
ai kan pemalas lipas gitu. nak set azam pun malas. HAHAAA

cuma last time ada melawak la kat husb, 2023 ai nak jadi minimalis. dia tak caya, hokeh kahkahh
minimalis bukan la tak de perabot langsung dalam rumah,
but more to barang tersusun and tak hoarding barang banyak. tu je.
agak mencabar jugak, sebab dak AAs suka letak barang merata. lolx
in the end i will bebel sana sini la sebab barang bersepah.
but i love them nevertheless :P

ok la tu je. haha

eppy mew year! meow!