assalamualaikum and hi! :)
ahhahaa macam biasa, dah dekat 2 bulan gitu baru nak update entry.
maafkan hambaaa. hamba busy, tuan hamba. lolx
so! inilah kisah percutian kami di legoland malaysia.
dan sebenarnya ni first time kami sekeluarga datang sini.
sampai johor hari sabtu 26 feb, pergi legoland ahad 27 feb.
perjalanan ke johor cantik, jalan clear.
mungkin sebab ramai malaysians dah balik kampung awal-awal time raya tahun baharu cina hari tu.
|
legoland buka pukul 10 pagi. maka mari serbuuu kaunter tiket! |
ada beberapa pilihan dalam hidup ni *haha* untuk beli tiket legoland korang.
kalau walk in, dapat la harga sekian2. mahal jugak la, tapi untuk experience, kalau mampu, why not.
kami ke legoland, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
so cara kami, beli siap2 baucer legoland untuk kanak-kanak masuk percuma, 2 unit di shopee.
beli siap2, nanti dia postkan.
harga pun dalam RM18+ je untuk satu baucer.
baucer ni boleh ditukar di tiket kaunter jika kita beli tiket dewasa secara walk-in (online, promotion semua tidak terpakai).
jadi bila calculate, banyak boleh jimat dengan beli baucer ni,
berbanding beli harga online di shopee.
rupa baucer adalah seperti di bawah:
|
baucer RM18+ ni untuk masuk 1 park sahaja. kalau nak masuk 3 park, ada harga lain. search je shopee tu, nanti ada insyaAllah. |
so kami pun belilah tiket terbabit. ahaks.
buat yang nak beli annual pass (masuk bila2 sepanjang tahun) pun ada.
jika korang datang ke legoland bersama-sama dengan orang yang ada annual pass ni,
pun korang boleh beli tiket dengan diskaun.. 50% kot tak silap.
so bawaklah ahli keluarga/rakan2 yang ada annual pass untuk lebih jimat.
atau beli baucer online macam kami.
settle tiket, kita masuk dalammm.
|
kepada para ibu bapa yang membawa anak-anak kecil, ada juga disediakan perkhidmatan sewaan stroller lego ni. tidaklah murah, tetapi masih reasonable. |
harga double stroller (untuk 2 budak):
Sewa RM76 + Deposit RM50 = RM126
Duit depo tu nanti dipulang balik bila dah habis guna.
|
skuter atuk nenek ni pun ada untuk disewa.. ahha! |
harga electronic conveyence vehicle:
Sewa RM106 + Deposit RM50 = RM156
kiranya kalau nak masuk legoland ni, sediakanlah cash banyak-banyak.
nak makan lagi kan.
legoland ni serius, family friendly and kids friendly.
budak2 mesti suka datang sini.
|
ni adalah tandas di legoland. cute, kan! |
|
anaqi nak bergambar juga. belakang dia tu, tempat tukar diapers baby. |
|
ni tandas ke?? comel betul dengan gambar-gambar minifigures di pintu. sy pun suka lego minifigures. dulu rajin kumpul. dulu la. hihi |
|
ariana dan salah satu sculpture di legoland. |
di legoland juga banyak binaan2 lego besar yang diletakkan di sepanjang jalan.
jadinya bolehlah korang berjalan-jalan sambil bergambar.
|
anaqi dan ariana bersedia di tempat roller coaster. |
di legoland ada banyak taman2nya.
kami ke taman tema (themepark).
kalau nak ke seaworld (tengok hidupan lautan) atau ke taman air, lain pula harganya.
nak pergi ketiga-tiganya pun boleh.
tapi serius sy cakap, sehari pun tak cukup ke satu taman tema.
jadi sila pergi the next day kalau nak explore lebih daripada satu taman.
tak pun beli annual pass terus. wahaha
cakap tentang roller coaster pula,
di legoland ada banyak rides dan beberapa roller coaster jugak.
kebanyakannya sangat sesuai untuk kanak-kanak.
anaqi yang kecik tu pun boleh naik roller coaster, tau.
|
kami berempat tengah beratur nak naik roller coaster tinggiiiii. |
|
belakang tu la roller coasternya. gerunnn. |
sy ni dah terjerit2 kengerian, ariana siap menangis katanya atas ride.
tetapi tidak anaqi ye.
dia ni sejenis tak de perasaan naik benda2 laju ni haha.
dia enjoy je dan cakap tak takut. what da.
|
bergambar di binaan saintis terkenal, einstein. |
dalam taman tema legoland ni dibahagikan juga kepada beberapa tempat dengan theme tersendiri.
contohnya kat roller coaster tu macam tempat racing2. ada tempat lego city.
lepas tu ada tempat untuk ninja, then tempat yang bertemakan medieval (zaman dulu2) yang ada castle and everything. macam2 la.
|
ni kat lego kingdoms. tempat ala2 zaman dulu2. |
|
binaan cikgu naga sedang mengajar anak2 murid naga memanah. |
|
playground pun banyak kat dalam legoland ni. silalah bermain tanpa segan silu. haha ni sementara tunggu AAs bermain, kita buat sesi fotografi laki bini. |
|
eh, siapa dua anak muda ni? :P |
|
meniru gaya2 serigala bricks. yieppa! awwuuuu~ |
|
yang sorang lagi ni, tangan kena gigit dengan serigala. |
|
tak melepaskan peluang bergambar di depan 'istana'. |
istana ni sebenarnya tempat masuk ke satu lagi tarikan roller coaster di legoland.
tapi yang roller coaster ni kami tak naik.
nampak tinggi semacam je.. wahaha.
tengah2 berjalan tu, ada wizard buat persembahan lagu baby shark.
lepas tu ada sesi bergambar dengan wizard. moh le kite!
|
macam2 pesen posing ada. maafkan kami. ahaha |
|
babahnya dah berkawan baik dengan guard kat istana ni. erat sungguh pelukannya. haha |
|
effect kaki runcing, ditaja oleh wani e :P |
|
dalam ni feeling dia macam dalam cerita game of thrones. ala yang kat black castle tu.. tempat jon snow dan kuncu2nya. |
|
ada banyak rides jugak dalam lego kingdoms ni. jangan lepaskan peluang! |
|
atas tu ariana, ni anaqi punya gambar pulak. |
|
satu lagi ride; pusing2. |
|
ferfeeling jadi snow white dengan unggas2 rimba. kihkih |
|
berjumpa pulak dengan tuah (cousin AAs) dan ibu bapa beliau (adik + ipar ai. faliq ain lolx) |
|
time ni diorang tengah tunggu ride macam menara taming sari tu. |
|
dalam ni ada aircond ok. naik tinggi2, tengok pemandangan sekitar legoland. |
lepas dah selesai tengok pemandangan daripada bird's eye view,
kita gi makan pulak.
time ni dah hujan renyai2 kat luar.
ye malaysia masih lagi musim hujan walaupun time tu dah bulan februari.
sekarang, bulan april baru nak panas balik.
kalau tidak, sebelum ni layan hujan, ribut, banjir. nauzubillah bencana alam.
ok sambung!
|
mencari ini yang special; kentang goreng berbentuk lego/bricks. |
serius sedap kentang goreng dia.. panas2 makan time hujan renyai2 di luar,
garing2 di luar, lembut dan sedap di dalamnya. yum!
|
set makanan kat restoran/kafe ni dapat sekali dengan ais krim. sukalah budak2. |
fyi dalam area legoland ni ada beberapa tempat makan - stalls/kafe/restoran.
so pilih la nak makan apa dan di mana.
price-wise je la boleh bawa mengucap sikit. hihhi
|
order pizza jugak. RM25 kot macam tu. |
|
hidangan rakyat amerika. HAHA |
|
sy tarik cheese itu! :P |
|
bersungguh tu makan. |
|
apa-apa je lah budak2 ni berposing depan playground lego. haha |
|
ride kereta api untuk anak2. parents pun sila le naik. |
|
tertarik dengan binaan di luar area surau. ada sentuhan lokal di situ. |
lepas2 tu, kami ke tempat ninjago pulak.
|
cangg!! |
|
time ni tengah queue nak pi main game ninjago. |
|
kena pakai spek 3d. |
|
game ni kita kena lancarkan serangan kepada musuh2 dengan menggunakan tangan. jadi jenuh la tangan kita ke depan ke belakang. exercise sungguh :P |
|
ni la papan mata lepas dah habis main game. kikiki sy yang kanan sekali, lepas tu ariana, tuah dan ain. |
|
range markah untuk rujukan. ai 80k je, maknanya tahap antara rookie dan ninja. pun bolehh :P |
|
"sifu!" kata wani e kepada penonton. ye a pokok ni sangat2 menggambarkan cerita2 cina kan. |
|
ni pulak binaan mumia. coolio! |
|
konsep fadang fasir kat sini. husband masih dengan effect kaki runcing beliau. may be the camera loves him. lolx |
|
kitorang juga ada main kat sini. |
|
permainan dia adalah pandu trak bomba dan padamkan api. so much fun! |
|
ketua balai siap bagi arahan ye. dengan ai2 yang tengah sibuk menangkap video ni pun kena marah, sebab tak bekerja padamkan api haha |
|
alah alah dua orang niii. |
|
ni dalam kereta api yang pusing legoland. boleh la ambil angin sambul relax2 sikit dalam ni. |
|
yay, dah sampai ke kawasan miniature! kat sini semua bangunan kecik2, comelll daripada bangunan ikonik sedia ada. |
|
anaqi je la yang banyak bergambar. sebab masa di tengah hujan and kami redah aje. |
|
masjid putra pun ada, gais! |
|
masuk cawan pusing sebelum balik. |
|
oh, tak habis main lagi. sambung main roller coaster. haha |
|
faliq dan ride beliau di atas air. |
know2, habis dah koleksi gambar2 kita di legoland.
hopefully boleh pergi lagi, sebab sehari mana cukuppppp. haha
ok take care, semua!
thanks for readng ^^