Friday, January 14, 2022

trip ke cameron highlands 2021 : air terjun lata iskandar dan opah strawberry

assalamualaikum and hi! :)

akhirnyaaa berkesempatan juga kita nak update trip ke cameron highlands (CH) bulan 12 tahun lepas.
trip yang berlangsung betul-betul sebelum banjir melanda.
trip yang dirancang sebab plan asal pada bulan mac 2020 tak jadi disebabkan PKP-covid.
i would say.. this trip is something, peeps. lolx


forecast cuaca memang hujan je la bulan disember.
tapi kita dok follow group CH and dapatkan info-info terkini kat situ.
alhamdulillah perjalanan adalah smooth dan dimudahkan.


actually minggu sebelum kitorang bertolak ke CH,
ada berlaku kejadian tanah runtuh di laluan simpang pulai.
2 orang meninggal *innalillah buat yang muslim*
jadi jalan tu ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan.
kami lalu jalan tapah. sebelum2 ni memang lalu jalan tapah.
bersimpang siur la sikit, tapi boleh singgah air terjun lata iskandar. wee hee.


anaqi join mama tengok air terjun babah (nama sama macam babah. hahaa)
kakak dia tido kot dalam kereta time ni.



air terjun background.



anaqi and mama.



taman rekreasi air terjun.


ambil kesempatan singgah tengok air terjun lata iskandar.
kalau nak ke air terjun lain,
jauh kena trekking ke dalam hutan.


keadaan jalan raya dari tapah, mendaki ke CH. biasalah banyak lori.
lori akan hon2 di selekoh. jangan terkejut, sebab itu untuk keselamatan supaya pemandu di arah bertentangan boleh alert. kereta kita pun boleh buat macam tu juga di kawasan selekoh.



hujan drizzle2 je gitu.
sekitar tebing boleh nampak kesan2 tanah runtuh yang ditutup dengan kanvas.
tawakal je lalu masa tu.


alhamdulillah, petang tu sampai dah kitorang ke CH.
masih di area tanah rata, jadi singgah ke kampung taman sedia dulu.

kat kampung taman sedia ni banyak perusahaan orang melayu, kampung orang melayu.
banyak juga homestay di sini dan mungkin harga jualan buah dan syur lebih murah di sini berbanding di atas.
kawasan tumpuan untuk makan nasi lemak strawberi, mi kari, skon dan seumpamanya.

boleh juga kalau korang nak singgah makan skon di ladang teh.
tapi sy rasa, skon kat kampung taman sedia lebih sedap dan lembut.
trip ke CH kali ni, kami tak singgah ke ladang teh.
first, sebab hujan berkabus-tak-nampak-apa,
second, kereta2 pun banyak kat sana (orang ramai).

kalau lalu, boleh nampak papan tanda ini di kiri untuk masuk ke kampung taman sedia.


masuk je terus ke dalam dan carilah kedai makan kegemaran andaaa :D


kali ni kami nak cuba makan di kafe opah strawberry and jams.


kafe2 strawberi di sini kebanyakannya dekat2 aje.
macam opah strawberry ni dekat je dengan abang strawberry dan aidilbadri.
orang cakap biasanya penuh.
alhamdulillah time kami datang tu tak ramai.
mungkin sebab hari khamis, dan mungkin musim tak ramai naik ke CH lagi sebab bimbangkan tanah runtuh.


ariana dan nenek.
belakang tu ada farm juga kalau nak petik2. ye tak silap sy boleh petik tu.
tapi time datang ni, tak nampak sangat buah strawberinya.



snap snap dulu :D tunggu babahnya mengorder.



husb queuing di kaunter.


konsep kafe opah strawberry ni, beratur di kaunter dan bayar.
nanti pekerja akan hantar ke meja.


husb and i. cantik deko kedai ni.



kat tepi kaunter ada juga dijual jem, sambal dan biskut sconkies cicah coklat.



skon2 bersusun cantik. yums.


serius sy ni bukan pemakan skon tau.
sy tak suka pun skon.
mungkin sebab dulu2 first time makan skon kat ladang teh,
rasanya plain, keras pulak tu. so sy ingat semua skon macam tu.
lepas rasa skon kat opah strawberry, persepsi sy berubah.

skonnya dihidangkan panas2, crunch tapi tetap lembut.
flavourful juga, ikut perisa apa yang kita suka.
ada yang original, cheese, oreo, red velvet, matcha, rainbow.. macam2 la ada.


gebuness.



order dua je dulu and share2 sesama kami. sedap rupanya!
dihidangkan bersama jem strawberi dan whipped cream kot yang putih tu.



us, enjoying our time at opah strawberry and jams.



husband share resit. inilah harganya, untuk rujukan korang semua.


kalau tanya pricey (mahal) ke tidak,
sy boleh katakan, harga ini standard di CH.
sy tak berkira soal harga kalau makanannya sedap.
ternyata nasi lemak sambal strawberi yang harganya RM13 ni, memang sedap.
sambal sedap, ayam goreng pun sedap.
my mom cakap orang2 kat CH ni buat sambal nasi lemak sedap,
jenis2 sambal macam kami buat kat rumah, sebab lebihkan bawang. jadi manisnya terasa.
sambal strawberi pun sedap sungguh lahai.


gambar bukti kitorang tengah makan.. bahaha.



tengok gambar pun telan ailio :P
itu nasi lemak sambal strawberi dengan ayam goreng, nasi lemak biasa dengan ayam goreng,
ada juga nugget dan skon serta air minuman.



nasi lemak yang harga RM13 akan menyajikan condiments lengkap; iaitu
sambal biasa, sambal strawberi dan serunding strawberi. semua sedaplah!



tersungguh sedap sampai insyaAllah kami nak repeat lagi.



macam ni papan tanda depan kedainya, kalau korang nak singgah.
across the street tu ada ladang strawberi jugak.



anaqi ni memang suka bergambar. haha



oklah last gambar sebelum gerak ke hotel untuk check in.


dalam gambar kat atas ni, kalau jalan terus lagi,
ada kedai2/kafe2 lain yang juga famous amos macam abang strawberi dan aidilbadri.
KHM pun ada dalam kampung taman sedia ni, tapi ke pusing kot belah sana sikit (google mapkan aje :P)

nanti kita sambung cerita ke hotel dan tempat2 lain di CH, insyaAllah next entry.

toodles!!
 

Monday, January 10, 2022

ke tamu hotel, kampong bharu

assalamualaikum and hi! :)

weekend baru ni kitorang bercuti-cuti di tamu hotel and suites, kampong bharu.
cuti tajaan outstation husband.. haha.
sebabnya husband bekerja, kitorang je la yang bercutinya. kiskis :D

nak taja percutian sendiri zaman2 post banjir macam ni,
prolly tunggu lepas semua settle dulu kot.
duit kereta nak kena bayar lagi kan. dapur lagi. so tunggu yang tu dulu.


sampai hotel malam. yang ni husb bayar sendiri sebab kerja dia start awal pagi esok,
lagi senang dok hotel siap2. nampak tu AAs pun dah siap2 pakai baju tidur. haha


dulu pernah datang juga hotel tamu ni.
sy suka hotel ni, lokasi strategik dan muslim friendly.
dalam laci meja pun ada kitab al-Quran dan buku amalan harian.
staffs dia rajin bagi salam. guests ramai muslims and friendly kebanyakannya.
(nothing about religion-bias or whatsnot, i just love the environment).
sy dulu pernah niat nak datang lagi, tapi sebab costly sikit harga dia kan..
ada peluang macam outstation ni, dapat la tumpang2 menginap lagi di sini.
memang seronok. alhamdulillah.


bilik kami for the night. deco moden.
tv ada USB, kalau ada yang nak bawa movie sendiri.



rasa macam tak banyak gambar sendiri,
jadi minta anaqi ke ariana ni snapkan gambar.



one of the perks at tamu; the KL city view. cantikk.



bilik sejukk bang ang. anaqi cebik2 dah kenapa tu HAHA


maka hari esoknya (sabtu) pun menjelma.
kami datang sendiri, jadi makan minum pun bayar sendiri.
grab/food panda je kita.
nak ke kampong bharu yang sepelaung dekat,
fikir2 jugak bawak AAs ni jalan kaki.
acik ni tak pe jalan jauh sebab dah biasa.
kaki pun dah serupa mutant la keras sebab banyak berjalan hahaa.
AAs ni kot penat la apa la kan.
so baik order je ambik kat lobi.

pagi2 memang tak de rasa pulak nak makan nasi ke roti canai ke.
tapi grab food area kg. bharu rata2 menu nasi lemak je tau. haha


then lepas makan tu, nak bawa budak2 mandi kat pool.
kitorang pi awal, tapi kena book rupanya.
guests yang friendly dalam lif tu la bitau. haha (kan dah kata, orang kat sini friendly).
singgah jugak pool and book slot pukul 11 pagi, sebab itu je yang ada. lain semua full.

fyi kalau mandi kat pool tamu hotel,
kena bawa baju persalinan tau.
diorang tak bagi guests naik lif basah2.
elok juga tu, tak pasal2 short circuit la apa nanti..
pengalaman jugak, dulu duduk kuarters kerajaan.
lif selalu jem/rosak bila masuk air/banjir kat tingkat bawah atau bila ada leaking. serius ni.


despite of ada giliran booking, ramai jugak yang mandi manda.
agaknya orang2 yang slot awal tu swim lama. ni AAs happy main pool.
nak main pool kat rumah, dah pergi mana ntah pool plastiknya hanyut dek banjir. hahaa



amboii kamceng korang ye.
time2 gaduh elok je la tunjukkan gambar ni kat diorang berdua. hahaha





such a weird poses. lolx.
tapi masuk jugaklah sini. hahahh


then balik mandi, siap2 ingat nak keluar.
sebab kena check out bilik dulu before check in bilik baru.
rupanya dapat bilik awal.
so pindahkan barang2 dengan husb ke dalam bilik baru.

bilik suite. jauh sikit dari lif.
tapi tak pe, anggap je la bersenam. hoho



sejadah pun ada tu ha, bentuk kipas atas katil.
terbaikk tamu hotel.



tv ni macam hiasan je, sebab sy dok tengok netflix kat laptop. haha
(single's inferno's last two episodes kottt).



bilik air dalam suite ada bath tub. bilik yang semalam tu tak de.
sukalah budak2.


lepas tu kitorang ambik grab car ke sunway putra mall (SPM).. sebab dekat je kan.
nak bawak kereta sendiri, dok fikir2 susah nanti nak cari balik parking hotel.
sebabnya parking tamu hotel ni dari tingkat 3 sampai 12 ke camtu.
kereta kitorang kat tingkat 4.
kalau alihkan nanti, tak memasal kena panjat tinggi2 sampai parking atas haha.
sebab bangunan dia mengurus (kurus), satu level tu parking sikit je and biasanya belah bawah2 memang full kecuali parking OKU.
hence, grab je kita.

tak de apa pun, pergi jalan sana sini kat SPM.
suka jugak SPM ni sebab kedai best banyak.
kaison, noko (kedai 2 ringgit jepun), macam2 lagi la.
ingat nak masuk cat's playground.. (RM15 per hour), tapi AAs tak de socks pulak.
nak beli, RM10 sepasang. nak patah balik kedai noko beli, jauhhh.
time tu memang jauh dah berjalan and penat dah.
so cakap kat AAs, lain kali je la.

here are some photos from SPM.









anaqi yang snap ni.





dia ni boleh tahan jugak kaki bergambar.
asyik2 dok ajar bergambar kat sini la, kat situ la.. haha.
kakak dia tak heran sangat.



duduk sini nak betulkan selipar je. tetappp jugak nak bergambar ye :DD



naik tren kejap.



hahaa ni mainan free. kerusi berpusing :P


fyi SPM ni autism friendly jugak.
banyak awareness tentang autism, contoh kat wall diorang.
memang terbaik la.

so lepas dah berpenat2an jalan and pusing sana sini,
tibalah waktu untuk pulang.

view malam kedua dari bilik hotel.
betapa jemnya jalan nak masuk ke area makan2 kampong bharu.
dari tiga penjuru tu nak masuk. bayangkan la.


dinner tu, AAs makan mac n cheese pop meals yang kitorang tapau kat SPM.
sy pulak order food panda.. chandik cafe. sebab nampak review ok and markah tinggi.
memang sedap. tapi nasi putih tertinggal satu la pulak :P
tapi ok, cukup je. haha. share2 dengan ariana jugak sebab ariana tu makan banyak and cepat lapar.
growing up kan.


helo, KL! hari ahad menjelma.
view dari swimming pool. pukul 11 jugak sebab slot tu je ada. HAHA



just me and my cam.



siap ngangkat adiknya nak gi mana tu HAHA



diorang ni biasanya, pergi mana2 ada je jumpa kawan baru.
ariana tu la. dia ni tahap sosialit sikit HAHAA


ye la bayangkan, time pergi cameron haritu,
dengar dia borak2 kat balkoni hotel apartment tau.
ingatkan apa la. rupanya dia borak dengan budak bilik sebelah melalui balkoni.. ya Allah. kenal pun tidak.
sabar je la tahap friendly budak ni. lolx




friends.


habis mandi, budak2 ni sambung berendam dalam bath tub berisi buih2 sabun pulakk.
lepas tu baru kitorang gerak balik dengkil.
chup! singgah kampong bharu kejapp.


pintu gerbang kampong bharu.


jem tu biasaa. haha
mujur ada parking RM5, 3 jam kat celah2 kedai2 tu.
ada la rumah2 yang gunakan ruang laman diorang untuk dijadikan lot2 parking.
why not kan, untung kot buat bisnes parking kat kampong bharu. ai sokong. haha

dok cakap kat ariana, "ariana, doa dapat parking cepat!"
sebab biasanya kalau gi mall ke, selalu suh budak2 ni doa dapat parking atau parking dekat.
logik dia adalah, budak2 tak de dosa lagi, so harapannya doa tu laju sikit sampai. hihii
tapi insyaAllah selalunya berkesan.
kat kampong bharu ni pun,
dalam2 pada lot parking semua penuh,
ada tetiba satu lot parking kosong untuk kitorang masuk. alhamdulillah.
so korang, jangan berhenti berdoa. nak parking pun kena doa. insyaAllah ada rezeki, ada.


singgah beli milo dulu.
budak2 ni suka milo. tapi sy tak bagi beli kalau milo bancuh balang macam kat pasar2 tu.. sebab biasanya diorang takkan habis minum. manis berdenting dan terlebih susu daripada milo. kalau yang ada tong milo macam ni, biasanya ok sedap.


tapi kat kampong bharu, harga pelancong RM3 la secawan.
kat pasar malam RM2. haha






lama tak jumpa durian. jadi nak selfie sekalii.




time ni kat suraya seafood. order goreng2 buka pukul 2.30 petang.
time ni baru pukul 1. jadi kitorang order nasi ayam je.
tapi tetapp penuh.


time sampai tu, kat depan kedai dah pacak tulis FULL.
ai masuk je gamble tanya budak kedai.
ada satu meja kosong ok. macam rizab je untuk kitorang hahaa.
so apalagi, laju2 duduk.
kerepek sira pedas atas meja tu, ada budak jual. sedap ok.


nak tunjuk restoran suraya seafood yang forever penuh ni, hatta waktu tengah hari.




ni nasi ayam dia. tak de sup atau kicap, tapi ada sos thai.
sedap, ayam dia crispy di luar, lembut di dalam. RM7 sepinggan.


so lepas makan tu, kitorang pun gerak balik ke dengkil.
lepak2 kejap, rembang petang camtu pergi dobi settlekan baju.
sebab ingatkan nak2 maghrib dah tak ramai orang. tengah cuti solat pun so bolehlah berlama2 kat luar.
tetapp ramai dengkil ni macam kat kampong bharu jugak
*motif nak samakan dengkil dengan kampong bharu??* :P
pukul 9.30pm baru sampai rumah balik. bayangkan sibuknya ai pergi sana sini dengan anaqi.
sementara tunggu baju siap, pergi kedai beli barang, beli makanan in between.
siap pakej lipat baju lagi kat dobi tu. ya Allah memang produktif gile. haha
balik rumah lepak balik depan tv tengok GV.

tu la ceritanya.
post-vacation memang penat nak settlekan baju.
time tu pergi hotel pun bawak beg camping je, sebab beg luggage kitorang belum cuci lepas dimasuki air banjir haritu haha. husb and budak2 pakai beg shopping (yang jinjit tu) je untuk letak baju.
gile sempoi kan. tu la tu.

ok toodles!
sampai ke percutian berikutnya!!