Friday, June 25, 2021

birthday si wani ezryl

assalamualaikum and hi! :)

gambar-gambar dalam entry ni,
mana yang ada dalam phone je.. haha
(nampaknya semakin malas keep track dengan gambar-gambar)
(bukan malas, tapi bizi) :P

so!
21 jun hari tu adalah birthday sayaaaaa.
tepukan berjujukannn!! *tepukan*

oleh itu, terimalah gambar selfshot diri sendiri yang jarang-jarang
diupload. on my birthday (pagi-pagi buta, orang semua belum bangun lagi. bahaha)


tak de cerita menarik pun birthday sy.
jatuh pada hari isnin, a good day, insyaAllah.
maka sy pun ambik cuti :'DDD
*sila contohi. jangan bekerja pada hari lahir anda. anda perlu celebrate --- letakkan bola hipnosis di depan muka korang* hehee

tapiii memang penting rupanya ambik cuti.
first, dok melayan PdPR ariana (pengajaran dan pembelajaran di rumah - musim pandemik covid-19)
from dusk till dawn gitu HAHA
second, dok mereply mesej and wishes. yang sebenarnya, sampai hari ni pun tak tereply semua lagi.
(trimas, korang!! insyaAllah, ai akan baca satu persatu dengan penuh perasaan! ahaks)
andd third, mengambil pelbagai delivery yang sampai kat rumah. be it birthday surprises or shopee delivery.
nampak tak betapa pentingnya keberadaan di rumah semasa birthday?
memang tak sempat nak buat kerja ofis pun *pura-pura pengsan*


kek choc indulgence, husb belikan.
word 'ayang' tu mahalll. tinggal 'yang' je.
eksiden dalam kotak. haha
*majorlove*


memang seslice je keknya.
sebab yours truly tak makan banyak kek.
so bila husb tanya, nak order kek tak?
i said, tak yah la. bukan makan banyak pun.
dah la musim PKP ni, nak celebrate panggil ramai-ramai datang makan kek pun tak boleh. haha

lagipun ai nak celebrate secara relax2 je tahun ni.
mensyukuri nyawa dan kesihatan yang masih baik. alhamdulillah sangat wey.
party party, tolak tepi dulu.


nah gambar selingan. kot berkurun tak tengok muka anaqi. HAHA
(padahal baru tengok entry yang lepas-lepas :P)



ariana makan mac n cheese kot ni.
babah dok bekerja or something. ke main game? wah hahaa.



konsepnya husb belanja, sy order.
serai tetap di hati :P


biasanya akan order ikan siakap semua tu.
tapi sebab nak simple je and tak terasa nak makan ikan siakap semua tu,
sy order spaghetti aglio olio dengan beef bacon.
sedap pulak beef baconnya.
lepas tu, tomyam ayam satu. buat makan malam kang.
birthday sy gantung kuali. haha


inilah spag ituuu.


thank youuu jugak kepada family, rakan taulan yang wish dan bagi hadiah.
thank you sangat-sangat tau.
it's thought that matters.
it's gesture that counts.
i really appreciate it, from the bottom of my heart gitu :)

a gift from elia.
sampai ke rumah sehari sebelum (ahad).
sebab elia cakap, dia ingatkan sy kerja hari isnin dan tak de kat rumah. hihi
tak pe bagi awal pun besttt. tqsmmm. love yaaa.


sebenarnya ada gift basket semua tu,
soooo pretty.
tapi gambar tak de pulak dalam phone.
ada video je.
nanti kita post video2 birthday bila dah tak bizi. insyaAllah.
you know i'm pemalas lipas liddat. HAHAH

kek lapis kiriman elia. yang ni my fave, strawberry kot ni kan. yum yum!



delivery baby breath and ferrero rocher from pn azwani. *love*



a delivery from kak gee (my cous). ni kadnya. tqqqqq *loove*



kek buah macam berries kot.. from kak gee.
tengok ha, tak yah beli kek dah. hihi THANK YOUUUU



kek dan bunga lily daripada kak gee ^^
soo pretty.
by today, dah kembang dah bunganya. alhamdulillah.



kuali tefal daripada raja.
sebab dia tanya wishlist. ai cakap le nak kuali. hahaa
thank youuu raja *love*



ni lah hadiah paling special,
sebab mama bagi. haha.
yang ni super awal sampai ke pintu rumah :P
blenderrrrr. thank you, ma ^^ leviuuuu.


dan ada lagi hadiah-hadiah,
nyanyian, video, gambar, ucapan,
tak dapat nak dilistkan semua kat sini.
but i'm sooo thankful to have you guys in my life.
you guys rock my socks!

harapan?
tak harap apa-apa,
melainkan keamanan dunia (ini harapanku setiap kali. look what happens to this world),
kesihatan yang baik untuk semua,
covid suicides itself,
fanddd or us all to live a happy life.
insyaAllah.

happy 37th birthday to me.

life's update

assalamualaikum and hi! :)

life's update on 25th june.

gambar hiasan: wani e di dalam lif ofis di musim pandemik.


21 jun haritu birthday.
took a leave.
yang tu nanti cerita kat entry lain kot.
yang special sikit. bahaha

so the next next day,
23 jun (rabu),
went to KK to get my thyroid blood test result.
ingat tak kes ai sesak nafas, sakit dada segala time bulan puasa haritu?
so around that time ada buat blood test kat KK18.
so balik ofis, pergilah jumpa doc.
alhamdulillah tiroid normal.
kept asking the doc about my heart condition.
told her, sy sakit dada ni doc. bukan sakit jantung ke?
dia cakap, "keadaan awak ni tak ada risiko langsung untuk sakit jantung. gastrik ni."
"gastrik memang akan sakit dada macam ni ke doc?"
"ye memang ada."
lepas tu sy berfikir.
ah ye tak ye.
saya start sakit bulan puasa.
sambung sampai ke raya, sebab lepas tu sy ganti puasa.
now dah habis ganti 16 hari puasa,
nak monitor tengok macam mana.
seems like bila sy makan, sakit dada sy tu berkurang and tak sakit macam dulu.
hence, i think i will keep on eating (healthily sikit) dan tengok balik macam mana.
doa-doakan sy sihat-sihat, gais. hihi

PKP 3.0?
well covid's being too mainstream now,
that people don't talk intensely about it like last year.
kes masih 5k+.
kedai-kedai masih tutup.
program vaksin sedang berjalan dengan giatnya.
insyaAllah, i will get my first dose shot on july 11th.
korang macam mana? ada yang dah ambik ke?
how was it? :)

oklah tu je nak update sebenarnya.
and oh, i have a new kitten!
name's yuki topokki.
nanti kita buat entry lain la pasal yuki topokki ni.
i will spam this blog with her pics je.. boleh? :P

ok toodles!

gambar hiasan: sambal nyet berapi khairulaming yang hotstuff
dan sering sold out kat shopee, berjaya dibelikan oleh faliq.


Friday, June 18, 2021

wishlist marhaen (haha)

assalamualaikum and hi! :)

namanya wishlist marhaen, cuz i don't ask for sports car, nor a mansion.
bukan juga minta thermomix ataupun pulut dakap habib. haha

1. fashion belt for woman (soft pink or white)
     //sebabnya seluar dah longgar. sadap semua :'D

2. 24" frying pan
     //satu-satunya frying pan kat dapur dah bekerja terlalu keras. dah calar-balar.

3. nyala by azfarheri
     //out of curiousity

4. super mini keyboard
     //keyboard untuk tv rumah ni dah rosak. bahaha

5. fancy slime
     //dah tak tau nak apa la tu, minta aneh-aneh. HAHAA. eh tapi slime bukan aneh ye.
       dia macam stress reliever jugak.


dahlah, tak tau nak apa dah sebenarnya.
cukuplah mendoakan ai sihat walafiat untuk menjalani aktiviti seharian dan beribadah.

okayyy.

tata tutuu.

4 Jun 2021 | Ariana's Birthday

assalamualaikum and hi! :)

PKP 3.0 masih di sini.
but no worries,
kita throwback ariana's birthday fest hari tu.
fest la sangat.
fest kat rumah je. wahhaha


another home celebration this year, a simple one, but we're contented enough.


belon-belon tu sempat dibeli sebelum kedai cenderahati tutup sebab PKP.
lampu-lampu, husb pasang. beli utuk raya hari tu katanya.
kek pulak, sebenarnya tak plan langsung.
thought of not getting any cake.
tapi dalam 3 hari sebelum birthday tu, decided untuk beli.
and i booked it.
among us theme.

i thought this cake was cute. lolx. nutella flavoured.



kemain warna-warni. ok la tu kan, oppose kepada PKP yang 'berwarna kelabu'. hihi


makanan? pun serba simple.
malas la nak masak banyak-banyak.
bukan habis pun nanti :P

hari tu jumaat, i was WFH (work from homelah kalau tak tahu HAHA)
siap tengah online meeting apantah time tu.
tak munasabah jugak kena attend meeting tu, tapi tak pe la abaikan.
so tengah hari tu sambil pasang laptop (sebab meeting tu berlanjutan sampai waktu rehat),
cong ceng kat dapur masak macaroni bakar.
husb ordered 4fingers fried chicken (ariana's favourite).
kek & creampuffs dah sampai awal sikit.


ni lah hidangannya. simple gile kan. 3 lauk je. deco-deco meja pun tak de. tapi ok la tu.
semua pun best and sedap. jyeah.



the AAs.



ariana and babah memotong kek.
tiup lilin? "nope, covid time tak de tiup lilin," i said :P



posing tak nak kalah jugak :DDD
aghkhfjdsfgle tak sempat la nak bersiap-siap ke apa.
as said i was WFH. haha. sauk je apa ada.



close up macaroni bakar. super sedap (ye, apa kes puji masakan sendiri. tapi memang super sedap pun :P)



ayam goreng 4fingers. pun super sedap.



pemakan-pemakan kek.
kek ni beli daripada honeyberry putrajaya. i love it, sebab tak manis.



hadiah birthday from anaqi.
hadiah lain ordered online, tapi tak sampai lagi time ni.
so bukaklah hadiah mana yang ada dulu.



bukak hadiah.



menjumpai seekor unicorn di dalam bungkusan terbabit.



next hadiah! tak sempat balut cuz i was WFH (again, alasan :P)



slimeeee!!



hadiah delivery daripada faliq, ain, tuah. tenks!!
(inside scoops' ice creams: durian and choco flavoured. yums!)



ni la hadiah-hadiah terkemudian. weehoo!



ni hadiah daripada nek yah; tabung mesin ATM :D
dan duit jugak.
thank youu nenekkk. leviuuu.

 

hadiah delivery daripada aunty mardia.
thank youu, aunty cantik! ^^


soooo
HAPPY 8TH BIRTHDAY, DANIA ARIANA!!
kami, peminat-peminat (wuahaha) doakan ariana dalam rahmat Allah sentiasa.
berkat usia, rezeki melimpah ruah dan jugak berkat,
jadi anak yang solehah, pandai, kaya, berjaya dunia akhirat. aamiin.

thank you kepada semua yang wish dan mendoakan.
you guys are awesomelah!

take care everyone and stay safe!