Tuesday, September 22, 2020

induk nah in memories

assalamualaikum and hi.

"Allahumma firlaha warhamha wa'afiha wa'fun 'anha."
-"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

received a sad news yesterday.
ibu saudara sy, yang kami panggil sebagai induk nah, telah kembali menemui pencipta pada pagi semalam, isnin, 21 september 2020 / 4 safar 1442H.

doa dan al-Fatihah untuk allahyarhamah raihanah binti hj ismail.

al-Fatihah.


antara gambar terkini, kenangan dengan induk nah.
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan di kalangan para solehin.


semalam received a call from mama,
time tu sy kat surau ofis. around 11++ am ke pukul 12 macam tu.
tengah bertugas check aset kat surau. baru half way.
mama cakap induk nah dah meninggal dunia di hospital tampin.
she's being brought there the day before, sebab sakit dada.
sebelum ni detect breast cancer advanced stage, dah ke paru-paru.
itu hanya asbabnya. Allah lebih menyayangi.
induk nah yang kitorang kenali, memang baik.
semoga ganjaran yang baik juga menantinya di negeri abadi.

wani doakan semoga Allah merahmati induk nah dengan rahmat dan kasih sayangNya.


semalam balik rumah kat dengkil dulu dari ofis,
harith (my bro) fetched me there,
then pergi sama-sama balik kampung kat tampin.
then, meet up mama, faliq and the rest of the paternal families there.
jenazah diuruskan di hospital, dan terus dibawa ke surau & tanah perkuburan.

jumpa mak andak, she hugged me and said
selalu-selalulah tanya khabar kat kampung, something like that.
faliq (my bro) said, ada adaa. haha.
thing is, dengan induk nah la kita whatsapp whatsapp sebelum ni.
now nak whatsapp dengan siapa tanya koba.. wuu~
(faliq la tu rajin facetime sedara mara. hihi)

kitorang terus ke surau,
tapi tak sempat tunggu sehingga jenazah sampai.
sebabnya dah pukul 4++ petang.
tapi sempatlah jumpa sedara mara kat kampung and surau.

mengejar balik sebab nak ambil budak-budak balik sekolah & tadika.
hujan turun selebatnya on the way.
masuk highway, kat pedas-linggi,
tetiba kereta slow then tak gerak, then jem forever.
kita dalam kereta dah cemas-cemas ni, kenapa tak gerak kereta2 semua ni.
bukak radio,
ada la 4 accidents or more ke.. dilaporkan di pelbagai lokasi.
salah satunya kat lokasi kitorang time tu. innalillahh---

dok fikir-fikir ni,
camne nak ambik ariana, sempat tak, babahnya tak de ni.. outstation.
dok mesej ustazah ariana and teacher anaqi.
nampak tak kemain cemas tu.
manusia biasa, macam tu la.
cemasnya berlebih.. haha. padahal kita tau yang everything, Allah akan jaga.
so tak lama lepas tu (lama jugak la haha), jem dah ok.
tak de la merentang jalan, semua kereta/lori kecik yang accident tu ada kat tepi jalan je.
tapi biasalah, penontonnya ramai. lolx
tu yang slow mo sikit tu.

lepas tu harith memecut ke dengkil.
mama 2 kali kot call tanya.
kita pun dok dalam kereta, tak boleh nak buat apa.
hanya doa mampu dituju.. hihi.
(sharing: in hard times like this, keep reciting rabbi yassir wala tu assir)

ariana keluar sekolah pukul 5.50pm.
tau kitorang sampai dengkil pukul berapa?
5.48-5.49pm! *pengsan* nampak tak tepatnya di situ.
orang german sangat *orang german menepati masa. lolx*

dah mesej balik ustazah ariana.. cakap sempat ni sampai.
kalau ai la ustazah, mesti ai cakap "mama ariana ni drama je lebih." haa.

so ambik ariana, ambik anaqi. balik la ke rumah.
harith pun lepas fetch, masuk kejap, then dia balik ke shah alam.
tqsm to harith!
tq too to mama and faliq.

begitulah kisahnya.

al-Fatihah again to induk nah.

induk nah dalam kenangan.

gambar memories : harith, mama, induk nah, mak lang, me.
fyi, gambar ini disimpan di dalam laptop, di dalam folder yang dinamakan 'memorable'.

 

Friday, September 18, 2020

watching koreans

 assalamualaikum and hi! :)

hahaa mood menonton sy berbilang.
skang ni mode tengok drama korea kat netflix.
sebenarnya, drama dari negara mana-mana / bahasa apa-apa pun layan,
malay, tagalog, tamil, spanish, korea..
asalkan plot best and masa tengok tu, kita ada perasaan nak sambung the next episodes tanpa tertangguh lagi.
kalau ada perasaan macam tu,
maknanya best la cerita tu dan sy akan continue tengok.

ye, menonton ni pada sy, banyak ikut kata hati.
kalau tak best, kita akan stop je walaupun dah tengah-tengah jalan. ye dak?

(btw sy tak habiskan tengok CLoY walaupun episod tinggal nak final haha)


so!
baru-baru ni ada keluar drama korea baru on netflix.
kebiasaan, sy suka tengok drama korea jenis-jenis historical..
yang ada raja-raja, menteri jahat semua tu.
tapi sebab tak jumpa cerita yang best sangat,
kita beralih kepada cerita moden kejap.


record of youth

surprisingly,
sy suka tonton drama ni. record of youth.
drama ni banyak mengajar tentang mengejar impian dan pedulikan sebarang halangan yang muncul.
yang malasnya, sebab nak kena tunggu seminggu 2 episod tu.
huahhh lamanyaaaa.

record of youth mengisahkan sa hye-jun (dilakonkan oleh park bo-gum) -belah kanan sekali dalam gambar di atas.
dia ni seorang model yang dah lama jadi model.
family dia dok kata kerjaya dia takkan berkembang sebab modelling ni tak de future yang bagus, kecuali ko betul-betul popular.

si hye-jun ni ada kawan baik dari zaman sekolah, namanya won hae-hyo (yang kiri sekali dalam poster kat atas).
hae-hyo ni model jugak, tapi anak orang kaya.
so hidup dia tak berapa nak ada halangan macam hye-jun.
mak dia penyokong tegar and selalu dapatkan deal-deal (macam modelling dan lakonan) untuk dia, walaupun dengan cara yang tak bersih.
contohnya beli followers kat instagram,
sampaikan director movie ambik hae-hyo berlakon sebab 'ramai peminat', walaupun asal-asalnya nak ambik hye-jun.

apa yang lagi menggeramkan,
bapak hye-jun dengan abang dia sendiri pun tak support dia.
selalu hina dia sebab kerja modelling.
tapi atuk and mak dia support la, cuma sebab mak dia tak kaya and kerja pun as maid kat rumah mak hae-hyo.
mak hae-hyo selalu la eksyen-eksyen pasal anak-anak dengan mak si hye-jun ni.
walaupun begitu, hae-hyo baik and tak macam mak dia.
hae-hyo selalu nak libatkan hye-jun dalam kerja-kerja modelling.
tapi hye-jun nak berusaha sendiri.
atuk si hye-jun pun selalu kena cerca dengan ayah and abang hye-jun.. haha
sebabnya atuk dia ni dulu model jugak, and hidupnya tak kaya.
so bapaknya hye-jun selalu blame si atuk yang menyebabkan diorang sefamili hidup susah.

an jeong-ha, watak heroin (gambar tengah). kerja make up artist.
dia ni fan kepada hye-jun.
and diorang kenal time fashion show, lepas tu terus jadi kawan.
an jeong ni pun ada krisis dengan rakan sekerja dia.. senior.
sebab an jeong ni lagi terrer la daripada senior dia and selalunya client akan minta khidmat dia.
so senior ni macam dengki la.

sekarang tengah menunggu episod terbaru.
dapat tak hye-jun gapai impian dia. dia nak jadi pelakon sebenarnya haha
..and dah dapat pun watak pembantu dalam satu movie ni.
sy suka watak dia sebab mencerminkan orang yang tak putus asa,
gila-gila baik punya orang tapi tetap stand on his decision, walaupun satu dunia menghalang.

recommended to watched on netflix.


itaewon class

sementara dok menunggu record of youth yang seminggu 2 episod tu (tragisss haha),
kita tengok juga itaewon class ni.
plot best wohh.

alkisahnya tentang seorang student lelaki ni,
nama dia park sae-ro-yi (dilakonkan oleh park seo-joon).
yang tengah sengih tongkat pipi dalam poster kat atas ni. haha

sae-ro-yi ni adalah contoh orang biasa yang ditindas orang kaya.
cerita bermula bila dia tolong seorang student kat sekolah baru dia, daripada kena buli.
yang buli tu bernama jang geun-won, iaitu anak kepada taikun kedai makan yang besoo.
so dia pun beso jugak la. beso kepala. haha
last-last sebab geram, sae-ro-yi tumbuk si jang ni.
kena expel (buang sekolah) sebab punya beso pengaruh bapaknya jang ni.
bapak dia pun jenis ego eksyen macam tu la.
suruh sae-ro-yi melutut minta maaf bagai kat anak dia,
walaupun hakikatnya anak dia yang bersalah
and cikgu pun buat buta mata je.

nak dijadikan cerita, bapak sae-ro-yi ni kerja dengan mr. jang ni (jang dae-hee).
so disebabkan insiden ni, bapak dia berenti kerja.
then diorang nak bukak kedai makan la.
tapi malangnya bapak dia kena langgar and dieee.
yang langgar tu, si anak jang ni.
tapi sebab orang kaya, diorang cakap tukang kebun yang pinjam kereta jang time tu.
so tukang kebun la kena hukum.
bila dapat tau, punya berangin la si sae-ro-yi ni.
sebab dia ada ayah dia sorang je. now ayah dia dah mati.
sae-ro-yi pergi cari jang kat hospital dan hampir-hampir bunuh dia,
sebelum dihentikan oleh kawan perempuan dia, oh soo-a yang datang dengan 2 orang polis.

punn sama. pakcik jang suruh sae-ro-yi minta maaf kat anak dia untuk lepas diri.
sae-ro-yi tak nak, sebab dia cakap jang dah bunuh bapak dia.
tapi dia pulak yang kena penjara 3 tahun sebab cubaan membunuh.

3 years later, dia dah umur 21 tahun and keluar penjara.
dia pun nak buka kedai makan kat itaewon, satu kawasan at korea yang memang meriah mak ngah la.
dia nak revenge and lawan balik dengan pak cik jang dan anaknya ni.

so kalau nak tau kisah selanjutnya,
jom kita sama-sama tengok.
banyak pengajaran boleh dapat.


tu je la kerajinan sy untuk hari ni. haha

semoga sy rajin untuk follow dan habiskan cerita-cerita korea ni. lolx

till then!

Monday, September 07, 2020

tempat permainan kanak-kanak di d'pulze, cyberjaya

assalamualaikum and hi! :)

memang banyak lepak cyberjaya je la sekarang ni,
sebab duduk di dengkil haha.
dulu duduk putrajaya, lepak alamanda yang lebih.
malam-malam pun boleh pergi alamanda, sebab dekat sangat dengan rumah :P

so!
untuk yang tak tau,
ada satu ruangan baru yang dibuka di aras 2F,
pintu masuk dia sebelah Mr. DIY tu je.

dalam tu macam kids heaven sikit la.

ada free playground, ada pet shop, ada kedai mainan, kedai bubble & bath macam tu.

sabtu baru-baru ni, dok mengangkut AAs ikut ke d'pulze,
sebab babahnya masuk ofis.
bawak diorang main kejap.

tempatnya memang cantik, simple dan kemas.
orang pun tak ramai.


haa ni la AAs! kalau korang tak kenal :P ariana and anaqi.



anaqi main kereta. penggila kereta dan ultraman. haha
memakai janggut face mask.


macam mana laa nak suruh budak-budak ni pakai face mask selalu.
diorang selalu suka nak bukak.
rimas agaknya. haha
(kita yang pakai ni pun rasa lemas dalam mask tu kan).


monkey bar.


kat sini nak selit tentang kerisauan parents.

ya parents ni memang ada satu penyakit iaitu risaukan anak-anaknya.
risau tinggalkan anak kat daycare, risau lepaskan anak ke sekolah, risau anak ke playground dengan kawan-kawan tanpa pengawasan parents (tau la zaman-zaman ni kerisauan tu camne).
macam-macam risau lagi la.

sy tak terkecuali merasai kerisauan tu. haha
risau tanda sayang, ye tak.
tapi lepas-lepas tu sy fikir,
tak de gunanya risau berlebih-lebihan.
kita mengharap pada manusia (i.e diri kita, anak-anak kita, kadang atuk/nenek, cikgu, caretaker) untuk jaga anak.
tapi even ada je kes parents sendiri terlepas pandang dalam menjaga.. contoh kes tertinggal anak dalam kereta, anak sesat jalan sorang kat pasar malam.. etc etc.

semasa kita, as parents ni ada,
bolehlah kita jaga anak-anak.
tapi bila anak tak de depan mata? e.g. pergi sekolah, pergi tadika/taska..
bila kita tak de dengan mereka?
macam mana pengharapan kita?

yes, pengharapan itu kita serahkan kepada Allah semata-mata.
sebagai ibu, sebagai bapa,
keraplah berdoa mohon supaya anak-anak dijaga dan dilindungi Allah di mana saja mereka berada.
hatta mereka ada bersama kita, atau tak.
sebab kita tau, limitation kita as human.
kita takkan selalu ada dengan anak-anak.
yang mampu menjaga anak-anak hanyalah Allah swt (dan dengan usaha kita sebagai 'alat' or medium).

kalau kita selalu berfikir macam tu,
dan selalu berdoa untuk perlindungan daripada Allah,
insyaAllah, Allah akan jaga anak-anak kita,
and kerisauan kita as parents tu pun akan berkurangan.

selalulah mengharap dan bergantung padaNya semata-mata,
hati akan jadi lebih tenang.


nampak cantik dinding ni, so kita snap satu kaliii.




peluncur handalan.



lepas dah kepenatan main, kita bawak makan kat 4fingers; kedai ayam goreng yang sihat sikit. HAHA


yoshh, trylah 4fingers ni.

dia geng-geng kyo chon, iaitu ayam tanpa suntikan antibiotik, ayam sihat.
yang tak sihat tu sebab bergoreng je. haha

(tapi biasalah, bila ayam sihat, harga pun 'sihat' jugak :P)
nak makan hari-hari tak dapek, walaupun ariana berkali-kali cakap, "sedaplah, sedaplah." bila makan ayam ni. lololx

//

tambahan:

untuk tempat permainan kanak-kanak lain,
boleh didapati juga di Aras UG, d'pulze.
kat situ ada molly fantasi dan arcade,
juga kedai yang jual mainan untuk collector.

arcade lagi satu, ada di aras 2F juga,
bersebelahan dengan panggung wayang.

tu je kot tempat-tempat mainan di d'pulze yang sy tau.

dah tu je coretan untuk kali ni.
sampai jumpa lagi!!
 

makan di it's thai, malakat mall, cyberjaya

assalamualaikum and hi! :)

jumaat minggu lepas ada meet up with the girls.

plan asal nak pergi tempat lain,
lepas tu sampai-sampai kedai tu,
katanya lori hantar ayam, rosak.
so tak de ayam. so kedai tutup. haha
boleh? :D

so nak kata memang berjodoh la dengan it's thai ni,
sebab tak plan pun asal-asalnya nak makan kat situ.. and first time masuk malakat mall. hoyeah.

malakat mall adalah mall berkonsepkan islamic,
iaitu nak menyokong ekonomi sesama muslims.
kalau korang nak jadi pemegang syer malakat mall pun boleh.
just RM100 sebulan di bawah koperasi diorang.
tak tau detailnya, may be dapatlah dividen semua tu.
boleh search kepada yang berminat.

di manakah malakat mall terletak?
lokasinya sangat dekat dengan d'pulze shopping mall, cyberjaya.
belakang tu je.
dekat CBD CBD tu la. haha

parking masuk melalui laluan parking bertulis MALAKAT MALL.
carilah lif atau escalator,
naik ke aras G.

restoran it's thai ni berada di laluan luar malakat mall..
diapit oleh kedai the tarik corner dan ayam kampung.

masa tengok menu,
ada promo set 4 orang makan, ikan siakap masak kengsom.
dapat dengan nasi 4, air teh o limau 4, sate ayam dan sayur kailan.
yang ni dalam RM60+ je.
kitorang share bertiga, so sorang baru RM20 macam tu.
dapat juga teh herba yang berbau sangat wangi dan boleh refill (dalam cawan kecik).


ni diaa sate ayam. kuahnya pekat dan sedap, cukup-cukup saja. satenya adalah sate goreng, bukan bakar. tasted nice.



nah, ini dia ikan siakap kengsom. diletakkan di dalam pot panas macam tomyam.


first time makan masak kengsom.
sebelum ni, just dengar-dengar je.

masak kengsom is somewhat masak asam (sebab rasa masam),
dan ada kangkung serta nenas dalam tu.
macam adik beradik singgang la, sebab direbus.
i think this is healthy food *thumbs up*

rasa?
super sedap!

may be akan datang lagi ke it's thai untuk cuba masakan yang lain.


nasi pun dia letak dalam bekas kayu ni. cute je.



gambar sahabat bertiga. missing in the picture: azra (tunggu beliau habis test dan lain-lain urusan student.. ahaks)

 

so tu je.
entry short short kali ni.
jimat masa.. kahkah.

toodles!

Thursday, September 03, 2020

tomyam homemade from scratch

assalamualaikum and hi! :)


seperti biasa, pending entry. bahaha

tapi tak pe kot, sebab nak share resipi je.
kot-kot ada yang tengah berdiet, atau tengah eat clean.

memang resipi ni tak de bahan perasa tiruan.
bila sebut bahan perasa ni,
teringat baru-baru ni dok tengok youtube video uncle roger. kenal ke? haha
dia dok buat ulasan yang lawak la pasal jamie oliver masak nasi goreng telur.
sebelum tu dia ada komen pasal sorang lagi tukang masak ni, memasak nasi goreng jugak.
yang basuh nasi dengan air, lepas tu toskan dalam sink. HAHA

may be pada orang-orang kat UK, US, benda tu macam biasa.
tapi orang asia tak boleh k terima nasi goreng basah-basah.
nasi bukannya risotto, nak lembab-lembab. kan.

apapun kalau ko nak masak masakan negara lain,
follow la youtube masakan dari negara tu jugak.

contoh kalau nak belajar masak spaghetti,
tengok cara penyediaan oleh orang italy.

kalau nak masak tomyam,
ha, tengoklah youtube orang thai masak tomyam. kikiki (tapi sy bukan orang thai :DD)


ini tomyam version sihat ye. jangan expect yang ada bahan perasa semua tu. HAHA


cara-cara terus:

1. rebus ayam dalam anggaran 3-4 cawan air.

2. blend cili kering dan tumis sekejap dalam minyak sesudu.

3. keluarkan ayam daripada sup rebusan. tuang sup rebusan ke dalam kuali tumisan cili kering.

4. masukkan hirisan (atau 'tumbukan' haha) serai dan lengkuas.

5. lepas seketika, masukkan pulak bawang besar/merah belah 4 dan bawang putih ketuk. masukkan jugak daun limau purut dalam 5 helai yang dah siap carik. cili api merah jangan dilupa.

6. masukkan tomato, cendawan dan ayam. (kalau nak masuk sayur lain yang keras macam carrot, cauliflower, masukkan lebih awal). nak tukar ayam kepada seafood pun boleh. ai is allergic dah tua-tua ni. ayam je la mampu. ahaks.

7. boil boil. masukkan garam gula. lasttt sekali baru perahkan separuh limau nipis (kalau tak cukup masam, tambah lagi dan rasa-rasa dulu. takut termasam sangat pulak). haa dah siap!


hari tu dok masak sekali dengan daging kunyit, sayur campur dan telur dadar.

 

sambung cerita pasal tomyam ni.

sy kadang suka jugak tengok cara penyediaan tomyam oleh orang thai.
kalau nak sedap lagi, kalau tak allergic,
boleh guna air rebusan kepala and kulit udang.
lepas tu picit otak udang yang macam krim-krim tu dalam sup.
tu yang bagi lagi sedappp HAHA

tapi buat yang mengembara (travel) ke thailand,
make sure kedai tu halal.
sebabnya, one thing i learn,
walaupun asal-usul sesuatu makanan tu tidak mengandungi babi,
tak semestinya halal or tiada babi.

contoh tomyam goong (tomyam udang).
nama tomyam udang.
tapi kat broth/air rebusan tu diorang pakai rebusan tulang ayam campur babi.
ayam tu pun tak semestinya halal, right.
kadang ingredient seafood, tapi side dishes ada masak non-halal.
peralatan semua share, pakai sama.
so cari kedai halal la, senang.

oh satu lagi contoh.
assam laksa. ingredients dia ikan.
tapi kalau chinese, ada yang masak letak darah babi.
so tengok-tengok je la before membeli.
atau baca review orang dulu ^^


tu je lah!
banyak pulak membebelnya HAHA
k till then :)

Wednesday, September 02, 2020

laungan merdeka!

gambar merdeka kat ofis hari tu.


assalamualaikum and hi! :)

hari kebangsaan malaysia tahun ni disambut serba sederhana.
ye lah, sebab covid kan.
jadi tak ada perarakan meriah-meriah macam selalu.
cuma ada perarakan berkuda je, tak silap.

kitorang pun dok pakai baju dan tudung merdeka tahun-tahun lepas punya.
apa yang ada, kita pakai semula.
tiada pembaziran di situ.
pergi hotel ke, mana ke, pun tak de.
duduk kat rumah je atau keluar dekat-dekat je macam tu.

memang serba sederhanalah konsepnya tahun ni.


bergambar untuk kenangan merdeka di musim covid. ni pada 30 ogos.


yoshh. 30 dan 31 ogos dua hari kita pakai tudung merdeka ye.
tudung lain-lain la, bukan tudung sama tak basuh. HAHA
tapi macam tak snap gambar diri sendiri pada 31 ogos.


dengan ariana di belakang.



anaqi dengan babahnya pun ada tu ha :P


30 ogos tu, kitorang berjalan ke IOI city mall.
manusia, meriah la jugak.
SOP masih diamalkan di setiap kedai.
cuma kalau tengok kat tempat lapang tu,
orang masih bersesak tak kira dekat ke jauh.
yang tu SOP ke laut jugaklah.
escalator pun sama.
yang berjarak, jaraklah.
yang tak berjarak pun ada.
ikut suka hati kau konsepnya gitu. haha *sabar je ye* :P


anaqi dan hasil buruannya daripada dunkin donuts.



dekat cermin toilet IOI pun boleh jadi tempat penggambaran. lololx
(apa boleh buat, cermin sebesar alam)



3 beranak, sorang nak kena rotan tu sebab lurut mask ke leher. KKM tak lepas tu!



laparunnah. brunch terus. tak tau nak makan apa, pergi ke food court tingkat atas je.



kiranya masing-masing nak berlagak dengan busana merdeka la ni. HAHA



memang nak spam gambar, sebab kitorang jarang snap gambar berdua. on general occasion. haha



depan sport's direct ada dinding yang dicat cantik ni.
gambar ni disnap oleh ariana.


seterusnyaaaa.

gambar pada 31 ogos! (tak banyak pun)
gambar budak-budak AAs ni je la.

kitorang gi makan sarapan pagi kat restoran makang, cyberjaya.

so pagi tu sempat bergambar.

anaqi. amboi sangat. geram tengok budak ni, banyak akal. haha



ariana pun berbaju merdeka. muat lagi ni dari tahun lepas.



anaqi yang sebati dengan kereta cooper merah di belakang beliau. haha.
sedondon, kan!


ok tu lah cerita merdeka 2020 kitorang.

tak de la pergi KLCC tengok bunga api ke apa *eh ada ke tahun ni?*

mostly duduk rumah, tengok tv je la.

dengar cerita yang pergi bercuti dll pun, jem sakan kat jalan raya.
itu pun kira meriah jugak kan. teehee.

 k bye!! sampai jumpa lagi, insyaAllah ^^