cerita selingan hari ini.
semalam dapat call daripada Dr. Sarah, PKD Putrajaya untuk datang buat screening covid-19 kat area kompleks sukan air, presint 6.
time tu ai is tengah kemas rumah habis-habisan,
ariana pulak pegang phone dok main game.
so memang tak perasan ada call.
orang ofis dah bising-bising dalam group.
'encik S positif.' 'siapa yang tak pergi saringan tu, tolong pergi cepat.'
encik S tu staff kat division kitorang.
and yang tak pergi lagi tu, sy la HAHAHA dan a few peeps.
sebab tak perasan call tu.
so sy call balik Dr. Sarah, and dia suh datang hari ni je jam 9.30 pagi.
so yeah.
nak terbelahak anak tekak buat screening ambik sample pagi tadi.. lolx.
terima kasih team KKM.
semua baik-baik dan sangat membantu.
alkisahnya yang ada simptom kena pergi buat test lagi awal.
kami-kami yang tak de simptom, pergi test semalam dan hari ni.
encik S ada history tabligh sri petaling (tapi dia pernah buat test, negatif).
4 hari lepas je dia positif dan warded.
so tak pasti dapat dari mana. KKM tengah siasat.
sy pun dah lama tak ada kontak dengan encik S tu.
even time lepas-lepas dia balik from perjumpaan sri petaling,
sy pernah nampak dia sekali je kat ofis.
tu pun dari jauh.
lepas tu dengarnya KSU minta dia kuarantin 2 weeks kat rumah.
then lepas-lepas tu dah PKP/MCO..
langsung dah tak jumpa dia.
tapi sebab prosedur KKM, semua orang dalam division ni kena buat test jugak.
may be kot ada terpegang peralatan ofis etc (harapnya tak).
sy just doakan semua negatif. aamiin.
hikmahnya ada juga.
one, untuk semua orang lebih jaga kesihatan, lebih berwaspada.
two, tak kerap-kerap keluar dari rumah, atau pergi ofis selalu walaupun tak essential.
sekarang semua kena kuarantin.
yang ada simptom demam, batuk, selsema, dapat kuarantin 2 minggu.
macam yang sihat, tak ada simptom (me included), 1 minggu sampai 21 april 2020.
so ni memang duduk rumah betul-betul and not going out anywhere.
including ofis.
budak-budak dalam rumah ni pun disuruh dok jauh sikit.
pengalaman time MCO:
1. jaga bilik gerakan
2. melalui road block polis
3. swab test covid-19
mari ke edisi set nasi minyak kitaaaa.
nasi minyak ni dah berapa hari lepas punya masakan.
baru la nak tepek sini.
biasalah, ai is sibuk walaupun ofis tutup. lolx
(kerja tetap 'bukak').
nasi minyok cucu orang ganu. haha |
tumis dalam minyak masak + minyak sapi : kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, putih, halia. (hiris)
basuh beras.
masukkan dulu air, susu cair, sedikit kordial oren sunquick, garam. (serbuk pati ayam adalah optional).
lepas tu, ukur dulu dengan jari. nisbah 1:1 = ketinggian beras:ketinggian air.
barulah masukkan minyak dengan bahan tumisan dan daun pandan simpul.
minyak tu masuk last sebab panas.. nanti susah pulak nak ukur beras dengan air tu HAHA
acar timun |
timun and carrot potong julienne.
hiris bawang merah dan cili merah.
satukan semua di dalam mangkuk.
letak 2 sudu cuka, gula, garam. gaul sekata.
ni ayam goreng garam kunyit aje hihi. goreng garing. |
gulai ayam |
tumis: bawang merah hiris, dalam 3 ulas.
tumis: bawang merah, putih, halia. kunyit blended. 4,2,1/2inch, sikiit.
tumis: cili kering blended. dalam 2 sudu besar.
masukkan: rempah kari sikit, rempah gulai tokma.
masukkan: ayam 6-7 ketul. gaul dengan rempah seketika.
masukkan: air, air asam jawa. masukkan daun pandan jugak, kasi wangi.
masukkan: kentang. masak sampai separa empuk.
masukkan: santan.
masukkan: gula melaka, garam.
nasi minyak ni kalau nak gengkan dengan ayam masak merah pun boleh, daging masak hitam pun boleh.
ikut kesukaan korang sdn bhd.. haha.
btw hari tu ada try resipi ayam masak merah yang sedap ala kenduri kat fb.
ayam dia jenis berkuah sikit.
ni nak share jugak sini sebab sedap jugak.
rahsianya adalah penggunaan serai yang banyak.
kalau biasanya sy pakai 1 je serai ketuk, this time sy pakai 3, 4 kot hari tu.
thenn bawang merah, hiris je tak yah blend.
bawang putih dengan halia baru blend.
then masukkan sos cili, sos tomato. sos tiram tak yah.
yang lain, sama je cara masakan.. letak garam gula semua tu.
sebelum mengakhiri entry ni,
nak letak sekali gambar kerutub ayam, yang jugak dimasak semasa MCO.
till then!
stay safe, everyone :)