Monday, March 30, 2020

PKP tahap 2 dan kuah kacang jamilah mansor

assalamualaikum and hi! :)

our PM and his MCO speech.

apa khabar semua?
hopefully semua sihat-sihat, bebas covid-19 dan sentiasa di bawah perlindungan Allah swt.

MCO tahap 2 akan bermula lagi 2hariiii (1 april 2020).
dah ada tangkapan dibuat kat geng-geng yang gatal kaki keluar jugakk rumah tanpa hala tuju.
siap kena hukuman penjara 1 bulan dengan denda RM1,000.
PDRM dengan army di mana-mana, membuat road block.
so stay safe and stay at home.
ada few places yang dah buat PKPD (PKP diperketatkan)..
means kawasan tu banyak sangat kes sampai terpaksa lock down,
langsung tak boleh keluar dari rumah, hatta ke kedai sekalipun.
JKM yang akan datang hantar stok bekalan makanan.

PKP tahap 2 ni, kedai-kedai semua bukak 8 pagi - 8 malam je.
harga siling mask pun dah turun sikit from RM2 to RM1.50..
dan kerajaan kata akan kaji lagi harga tu.
so kita tunggu-tunggu la harga turun lagi ok, baru beli.. wihihi

walaupun (almost) semua orang stay at home,
banyak sungguh isu-isu diperkatakan dewasa ini di media-media sosial.

walau apapun isu, masak-memasak tetap kugigihkan jua ('tukang-tukang masak' kat rumah pun kadang kena condemn jugak kat socmed sebab masak terlebih meriah. maafin gwe kalau ada la masakan-masakan gwe yang mengguris perasaan sesiapa - harapnya tak. hee)

so!

alkisahnya hari ni dok godek-godek kabinet dapur belah-belah atas.
tengah cari bahan kudap-kudapan. kacang ke apa. nak makan. lolx
tetiba terjumpa la kuah kacang cap jamilah mansor yang dah nak luput tarikh, bulan 5 ni.
lepas tu satu set pulakk ada nasi impit segera cap nona.
so apa lagi, kita masaklah terus.

memang mudah dan cepat pakai kuah kacang segera ni.
just tumis rempah and bawang, masukkan air, daun pandan..
lepas tu masukkan je kekacang dalam paket tu.
kacau sampai pecah minyak.
disebabkan rasanya yang marvelous, sy berazam untuk mencari lagi kuah kacang cap jamilah mansor ni (walaupun dah lupa kat mana beli.. ahax. sebab dah lama sangat :P)
mungkin kat pasar kot ye.
*huaaa rindu nak membeli bahan-bahan fresh kat pasarrr*


kuah kacang segera cap jamilah mansor.



nasi impit segera cap nona.

semua segera je kan. hahaa
ni kalau time raya buat, memang senang kerjalah.
tak payah dok lama kat dapur.
fokus masak rendang je kita. ihihi


ni ha, packaging dia.



cara memasak dan bahan-bahan. sy suka sebab tak de belacan ke, udang kering ke. sy suka yang rasa pure kuah kacang.

untuk dinner, terrr-rajin pulak nak masak rendang ayam.
bahan-bahan kat dapur memang diakui agak limited.
tapi kita pakai je mana yang ada.

rendang ayam, sayur kobis goreng, nasi impit siang tadi & bawah tu ada tempe goreng, babah punya.



rendang ayam close-up. tak raya lagi, tapi dah raya. camne tu.



kobis goreng close-up.

sebenarnya banyak lagi ha gambar lauk-pauk dalam phone.
yang throwback punyaa haha.
nanti kita upload satu-satu sambil selit cerita MCO di sana sini okek.

oklah tu je cerita hari ni.
till then!

#staysafe #stayathome #dudukrumah

Tuesday, March 17, 2020

kisah covid-19 penduduk dengkil

graphic credits to dreamstime.com

assalamualaikum and hi!

stats terkini covid-19 sehingga pagi ni:


malaysia's case dah naik sehingga 553.
beza dengan seminggu lepas yang seratus lebih kes.

lepas tu sampai malam semalam, orang panic buying.
panic buying = hangkut semua barang kat kedai, bawak balik rumah, hibernasi setahun. lolx

on a serious side, this is serious, peeps.
sy memang nak ke kedai sebab minyak masak dan few items kat rumah dah nak habis.
so i thought last night..
ni kalau keluar beli pagi esok (today), macam tak sedap hati pulak.
so i followed my instinct dan pergilah ke speedmart.
hambik kau di situ! (tak snap gambar pulak).
kemain panjang queue dan orang capai sana sini sana sini.
this happened before YAB prime minister buat pengumuman untuk perintah kawalan pergerakan, pukul 10malam pada 16 mac 2020 *masuk chapter sejarah ni!*

kawalan pergerakan = semua stay put, jangan ke mana-mana between 18 mac - 31 mac 2020.
kecuali pihak-pihak yang provide service kritikal.
good thing kedai-kedai yang menjual barangan keperluan harian masih dibuka.
kedai makan je la tak buka kot.

so sambung cerita kat speedmart tadi.
ai is pergi rak minyak masak.
huaaa dah kenapa tinggal minyak kacang je woihhh.
minyak masak buruh ada la dalam 5 botol, tu pun saiz yang kecik sikit harga 9ringgit tu.
so sy capai je la sebotol.
nanti tak de pulak minyak masak kat rumah.
lepas tu ambik sabun basuh baju pulak.
lepas tu sabun cuci pinggan pulak.
dah kenapa kebetulan semua barang kat rumah nak habis niiii.
beras je la tak ambik, sebab beras ada lagi.

lepas tu husband kirim indomee.
indomee tak de kat speedmart.
gerak ke pasaraya barakah (ni kedai runcit jual bahan basah kat area dengkil).
situ punnn orang queueeee.
nasib jumpa indomee.
jumpa jugak sos tiram yang dicari tapi tak jumpa kat speedmart tadi.
beli la jugak roti untuk budak-budak ni makan.
nak beli bawang, tinggal yang buruk-buruk.
yang cantik, sikitnyaaaa and kecik.
so tak beli.
nanti-nantilah beli kat pasar.
rupanya bila balik rumah...
bawang putih dah tinggal 3-4 ulas je wehhh tu pun yang halus-halus *faint*
petang ni memang kena ke pasar jugak kita.

kesimpulan, i didn't do panic buying but i also panic see other people panic.
nasib baik kedai bukak lagi hari ni dan hari-hari seterusnya.
harap peniaga tak ambik kesempatanlah naikkan harga barang.

my kindness rules message:

kalau kita tengah beratur kat pasaraya dan beli macam-macam barang,
kalau nampak orang tua, parents with child yang membeli barang sikitttt.
bagilah diorang bayar dulu.
tak luak pun masa tu sebab barang yang kita beli banyak gilee kan.

///

dannnn kenapa dengan masalah tisu habis kat rak?
betul ke semua orang hangkut tisu tandas?
is it non malay? or malay pun terlibat sama?
hanya tertanya-tanya. no prejudice.
ambiklah tapi jangan berlebih.
insyaAllah stok ada lagi tu.
yang tak de, stok face mask je. boo hoo.

stay safe everyone.

Wednesday, March 11, 2020

virus berlemak: corona (covid-19)

assalamualaikum and hi!

setakat 6pm semalam,
malaysia dah mencatat 129 kes positif.
hopefully semua akan cepat sembuh tanpa sebarang komplikasi.
hopefully juga virus ni cepat-cepat meninggal dunia supaya semua orang boleh travel ke sana ke mari dengan selamat.



covid-19 adalah virus 'berlemak'.
sebab tu doktor-doktor suggest cuci tangan dengan SABUN.
maka akan gugurlah lemak-lemak virus tu nanti (dead).
hand sanitizer kalau tak pakai pun tak pe, yang penting basuh tangan dengan air dan sabun.
tapi kalau korang dah terbeli, pakai je lah.

yang nak travel jugak ke mana-mana negara luar, time-time ni (bukan setakat negara berisiko),
stay safe dan ambil langkah berjaga-jaga.
sebabnya negara-negara berisiko macam jepun, korea, itali, iran semua tu pun asalnya adalah 'negara-negara selamat'.
so mungkin negara yang selamat untuk kita travel hari ni,
tak lagi selamat pada hari esok.
sebab tu la sangat digalakkan untuk postpone travel tu.
alangkan yang bercuti dalam negara pun dah cancel hotel dan flight (ada colleague dah cancel. me too)
apakan lagi yang ke luar negara.
airport tu kan macam-macam jenis orang ada.
but still kalau keazaman nak melancong tu tinggi, berdoa banyak-banyak mohon perlindunganNya ok.
jangan dok pegang sana sini, pegang orang etc.
keep 1 meter distance okkkk.
(lepas tu bila dah balik semula ke malaysia, sila duduk diam-diam 2 minggu dan jauhkan contact dengan sesiapa)

tu je pesanan khidmat masyarakat :P
tataaaa.

makan-makan slash dating at volcano shabu-shabu, shaftsbury cyberjaya

assalamualaikum and annyeonghaseyo! :D

backdated sungguh post ini.
rasanya cerita bulan lepas. haha

one fine day lepas balik daripada urusan di pejabat tanah dan daerah petaling,
husb ajak pi lunch.
kitorang pun singgah la volcano shabu-shabu kat shaftsbury cyberjaya.
salah satu tempat makan fave beliau ni.. lolx

that day hari isnin.
rupanya volcano SS tak de lunch buffet on monday.
dia nak promo premium ingredients dia,
so dia buat macam ala carte set.
bolehlah pilih set ayam, set seafood semua (tak ingat nama satu-satu).
so kitorang pun ambiklah set masing-masing.
me, set ayam. and babahnya, set daging ostrolia tak silap. ke silap? HAHA
maklumlah cerita bulan lepas. detailnya gwe ngakk ingat semua :D
tapi tak de la mahal. dalam RM30 to RM50 kot, ikut set.


glorious dan banyak sungguh bahan-bahan dalam 1 set. terlantar kekenyangan macam ni.



1 set je dah dapat dua ketul mi (mi tu korang pilihlah nak yee mee, instant noodles atau soba). memang tak habis semua ni weh.



disebabkan banyak dan perutku tidak mampu menghabiskan semua, especially balls semua tu tak makan, maka boleh minta tapau sebab ala carte kan.



kemain berkilau muka. minyak sekilo agaknya. hahah

thank you to husb belanja VSS.
next time kita datang lagi okek. wah haha


antara bahan-bahan yang dibawa balik, dibuat masak sizzling yee mee untuk diorang makan dinner. jyeah.

ok sekian kisah makannnnnnn. :D

Tuesday, March 10, 2020

bright circle of friends

assalamualaikum and hi! :)

seleksi gambar terkini kawan-kawan yang wujud dalam galeri telefon.
kalau ada caption aneh, abaikan.
tengah dalam mood nak reka caption aneh. lolx

first! sambutan hari jadi bestie muchacha azra. (7 feb est.)
disambut secara gilang-gemilang kat kedai makan THE TEPEN, tamarind square.

feliz cumpleanos, bestie! *campak minilove banyak-banyak sambil buat muka korea*
muka korea tu ntah macam mana agaknya. haha

pin location.



hari ini hari bestie!



mardia's plate of happiness. (soft shell crab pasta)



bestie and i's picks.



tilapia's lair.



can't take my eyes out of food. (bamboo rice and deep fried tilapia fish)



healthy bowl. (elia's salmon spag and fried lotus)



sorority sisters. (wayyy since DPA)



gendang gendut tali kecapi, makan kat the tepen nak mari lagi.



tamarind (asam) ni banyak betul spot hijau :P



tajuk dia; senget pun, sengetlah. *mode redo tabah* HAHA

tamat kisah the tepen.

now kisah di pasar.
untuk pengumuman; sy memang beberapa kali akan terserempak rakan-rakan kat pasar. (sebab muka ni suka pergi pasar)
tapi ada time sempat bergambar.
ada time say hi je sebab tengah pilih ikan, macam mana nak snip snap?? lolx

geng masak-masak cuma akan bertemu di pasar, tiada di tempat lain. haha. this is liza yaw.


kisah memborong comforter dan cadar.

kejam suria mall.
suka buat jualan borong lepas gaji. haha
walaupun begitu, kami masih pembeli bijak dan tak terpengaruh.
beli cadar ni pun sebab tetiba timbul kesedaran dan keinsafan,
bahawa cadar kat rumah tak cukup :P

the hunted.



geng memborong. haha. dapatlah ferfeeling pakai cadar and comforter hotel :P

sekian kisah bright circle of friends :D

gambar-gambar terkini AAs

assalamualaikum & hola! :P

kena tepek jugak gambar budak-budak ni.
kalau blogger ni masih bukak dan tak tutup-tutup pada masa akan datang (future),
boleh la kita reminisce haha.
(disebabkan sy selalu menghadapi masalah external hard disk rosak dan gambar-gambar hilang begitu sahaja. nak beli cloud storage, mahal)
mungkin boleh pertimbangkan untuk create satu e-mel khusus untuk simpan gambar je.

hal-hal dunia, berita semasa nanti la kita cerita kat entry lain, ye!

this time nak cuba bagi caption yang catchy dan aneh sikit.
haha. bear with me.

nasi ibarat setitis peluh petani.

gambar latar belakang: nyanyian lagu negaraku :D



keropok petang, minyak tak hitam. (serius kedai ni minyak tak hitam :P)



magic wand abracadabra!



satu harapan, satu tujuan *tibe*



tiga berangkai, bukan surat berantai.



milenia G 45 darjah.



sipi-sipi pun jadi.



luar tercemar, dalam rumah tempat bermain.



belon transform jadi lelayang.



bayangkan langit nan biru, rupanya kipas berwarna kelabu.



kuterbangkan lelayangku tinggi. (belon!)



si besar dan si petite.



photobomb di mana-mana.



4 beranak refleksi kurus. (walaupun... padahal....) HAHA