Friday, May 24, 2019

of mother's day


a photo of anaqi and his mother's day coloring.
i also received a hand made card from ariana.. it's somewhere at home now. haha

btw this is a post-entry. lolx

ai ni kadang sibuk sampai ada gambar tak sempat nak post.
:P

ramadan stories

assalamualaikum and hi!

how's your ramadan? hope you have a great one :)
alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-19, malam ke-20.
esok sabtu dah bermula malam ke-21.
semoga panjang usia kita untuk menemukan 10 malam terakhir ramadan.

bulan ramadan ni memang bulan yang selalu kita dengar kisah-kisah ujian, dugaan orang di sekeliling yang sakit, masuk hospital dan sebagainya.
syafakallah and syafakillah.
semoga menemui kesembuhan atau mana-mana yang terbaik yang Allah beri.

juga berita-berita pemergian insan-insan menemui Ilahi.
baru-baru ni kita dengar berita pemergian usahawan kosmetik dnars, faizani rohban ahmad dan chef selebriti, adamdidam (which i follow on ig!).
kedua-duanya diceritakan oleh yang terdekat as a very nice persons.
pemergian sebegini sebenarnya pemergian yang indah, dan bila sy dengar (walaupun tak kenal mereka as a family member or friend), i felt less sadden, just because it's always come with a hope insyaAllah, that they're at a better place.
orang baik-baik kan.
kita pun kalau boleh, selalu berniat dan berharap untuk pergi menemuiNya dalam husnul khotimah.
kalau Allah izinkan, di bulan ramadan.
if not, di hari-hari yang baik dan tempat yang baik.
dan ketika sedang melakukan kebaikan dalam penuh rasa keimanan dan ketaqwaan. *aamiinn*
insan-insan sebegini wajar dijadikan inspirasi untuk kita hidup dengan baik, dan pergi juga dengan baik.
another of this wonderful insan; is of course, my abah.
always inspired me while he's alive or when he's gone (still in our heart).
his amalan semasa hidup, truly inspires me. and his strong faith too.
in three days, marked one year (hijriah) since abah's passing. al-Fatihah to him :')


so!
panjang berjela mukadimah hui :P
ceritanya, terinspire bulan-bulan romadon ni.. hihi.
so sambungan cerita diri sendiri.

biasanya kitorang akan berterawih kat surau dekat dengan rumah tu.
surau al-jabbar namanya.
oklah surau tu, selesa.
awal-awal ramadan hari tu, bahagian perempuan was divided into two sections.
satu kat luar, satu kat dalam.
yang dalam ada aircond.
awal-awal tu memang tak merasa la hang nak masuk dalam rasa angin-angin aircond, selagi tak settle 8 rakaat. haha
tapi betullah ustaz kata, dah lama-lama, makin kurang kan saf tu.
so lepas-lepas tu, before 8 rakaat habis pun dah boleh masuk dalam *hoora hoorei!*
yang kat luar tu tinggal anak-anak berlari-lari ke sana ke mari je :P
ni dah dekat seminggu lebih tak pergi, sebab cuti.
so tunggu habis cuti pulaknya.

but ada sekali tu,
sempatlah berterawih kat seksyen 19.. area rumah ma parents.
masjid al-ubudiyah.
kenangan sungguh time ada kucing nama carpet dulu.
sebab dia rajin hantar kita pi masjid, tunggu kat luar.
lepas tu time kita balik, dia follow balik rumah. haha
begitulah everyday.
lama dah tu.
so wherever carpet is now, hope she's okay (meninggal dah rasanya hihi. but yeah).



ariana balik rumah nenek tak bawak tudung. pakailah dikau tudung gigantic mama. HAHA. sampai terjempol-jempol jambulnya :DD



ni bukan gambar hashtag 'done terawih' ye. tak ada makna. ni gambar for memories je. bukan ramai mana pun orang baca blog ni. kira untuk bacaan sendiri and family je. hihi (at majis al-ubudiyah)


nowwww
kita akan ke seksyen makan-makan pulak! haha
seperti yang tuan/puan sedia maklum *haha gilalah ayat surat formal :D*,
kami cuba sedaya upaya untuk lebihkan memasak di bulan romadon ini.
kecuali time makan kat luar lah.
atau hari jumaat yang sy isytihatkan sebagai hari tutup dapur. hoahaha


kwey teow goreng kering.



kari ayam modified (beli and modified), ikan kerisi goreng garing dan sayur tumis bayam.



asam podeh ikan pari.

asam podeh tu memang version malaslah,
sebab beli je cili kisar kat pasar.
malas nak potong cili kering satu-satu. HAHA
lama kot tak masak asam pedas.
and this one, versi tak ada belacan, harap mak long :P
teksturnya pekat, rasanya masam podeh secukupnya.
ada jugak terung kat dalam tu.


daging goreng kunyit untuk AAs (anak-anak), ikan selar kuning goreng dan sayur tumis bayam.



ni semalam punya. try masak ayam goreng mamak. rentunglah sikit tapi. kihkih



ada jugak sup sayur dengan ikan jaket goreng belah belakang kiri-kanan.

ye tak faham kenapa orang kat kedai belah ikan jaket tu sebelah je.
lagi sebelah tu tak ada bumbu. mana sedap.
kena belah kiri kanan hui, letak bawang kunyit cili kat both sides.
baru adil saksama :DD


sudah.
haha. i guess that's all for now.
bulan ni rajin pulak sy tengok ig dato' rizalman masak.
dia masak memang teratur, i mean bahan-bahan yang meriah macam chef wan masak.
bak kata komen orang kat ig dia; masak bertokoh.
hari-hari dok tunggu ig story masak-masaknya.
kahirulaming pun ada jugak.
and a few ig cooks.
so yeah. get ur inspiration in cooking.
kalau tak masak lauk yang sama pun,
dapatkan semangat memasak tu yang penting :D

till then ya!

tataaa!

Thursday, May 23, 2019

an unexpected lucky draw


assalamualaikum and hi!

putting up this post for a good old memory :)

terlupa hari tu ada isi nama lucky draw masa beli cream puff honeyberry putrajaya untuk AAs.
today i received a call, asked me to come over to get my prize.

alhamdulillah they're so generous and gave me a big rainbow cake.
semoga tambah murah rezeki to honeyberry :)
this cake memang besar dan rasanya takkan habis makan sefamily.
insyaAllah i will share this with others.

thank you, Allah.

Tuesday, May 14, 2019

eh, dah seminggu puasa!

assalamualaikum and hi!

pejam celik dah hari ke-8 kita beramadan tahun ni.
alhamdulillah.
start semalam dah derhaka sahur, dah tak makan oat dah *gelak berjemaah*
semalam ai makan bubur nasi dengan ikan bilis goreng.
pagi tadi sahur pulak makan roti canai mak lang dengan kari ayam beli-tapi-modified.
haha
so random kan.

entry ni tak de apa, pasal makananlah jua.
harap korang baca ni selepas kenyang buka puasa.
siang-siang tak yah la bukak kalau sejenis yang tak tahan tengok gambar makanan :P

ni semua gambar recap je.
daripada hari-hari yang sebelum ni punya buka puasa (sahur tak de maknanya nak snap gambar :DD)

nasi goreng ikan bilis dengan ayam goreng kunyit. sedap gils. ke sebab dah lapar. haha



ayam goreng kunyit close up.

biasanya sy buat ayam kunyit ni siap masak tumis dalam kuali.
tapi sebab bulan puasa, nak jimat masa,
sy goreng je semua deep-fry dalam kuali.
siap, gaul-gaul je ramai-ramai. settle.
jimat masa ai. lolx


  • ayam gaul dengan bahan tumbuk (kunyit hidup, bawang putih, halia), garam, tepung beras/ubi kayu
  • sayur gaul sikit kunyit garam.
  • goreng semua



husband suka telur goyang. so ni dia masak sendiri telurnya. sunny side up.



sy punya version tak de telur goyang. tapi sayur dengan ikan bilis lebih. baru selera makan untuk berbuka. haha

the next day tu tak masak.
hari jumaat tak silapnya.
sebab fikir macam.. hari jumaat nak tutup dapur.
so ke bazar ramadan dengkil la kita.
sini best, tak besar, makanan banyak. senang nak jalan.
kejap je dah habis membeli.
jimat masa jugak la :D

bazar ramadan dengkil. dekat-dekat area uitm dengkil.


hasil tangkapan kat bazar:



memang tak makan nasi hari tu.
rojak, sate, popia.
tu pun popia berlebih.
kesimpulannya kalau masak sendiri lagi tak membazir kot.
kalau beli bazar tu ada je pembaziran.
next time mungkin kena bajet lebih berhemah.


haa yang ni habis. rojak kuah kacang :D

then hari sabtu, balik shah alam (rumah my mom).
ingat nak belanja serai sempena hari ibu.
tapi sebab nak mengejar masa and last minute pun decide nak makan (full house serai ni kalau time bulan puasa),
maka kita order take away je.
makan serai ramai-ramai kat rumah. sedap gils.
cuma ada tambahan lauk lain la.
serai punya lauk, habis licin.
tiada pembaziran. lololx

cucur tu harith suka makan. dia tu mcm abah sikit. abah kalau bulan puasa, suka benor makan cucur udang ni. hihi. al-Fatihah to abah. i know he's in a good place, insyaAllah.


oklah tu je kisah makan-makan kita kali ni.
tak berfaedah sungguh la entry ni kan. haha
tapi sy share untuk memories la.
cherish present for the memories in the future.
gitu :P

hope you have a great ramadan!

makan, makan jugak. solat terawih jangan tinggal. rugi beso tu.

toodles!

Monday, May 13, 2019

welcoming a new member in the house : aquahijaz water dispenser/filter


assalamualaikum and hi!

hari ni nak welcoming ahli baharu (tak baharu sangat la. haha) kat dapur rumah kitorang.
dalam bulan lepas jugaklah baru pasang mesin ni.. sekali dengan penapis air kat tepi paip dapur.
tapi sampai 'la' ni penapis tu tak kotor-kotor.
then rupanya sebab kitorang memang dah pasang pun penapis kat luar rumah! haha
penapis luar tu yang biasanya keluarkan air kotor warna teh susu :DD
so mungkin boleh dijadikan pedoman kepada yang lain
if nak beli penapis air, bolehlah decide sama ada nak pakai kat luar saja,
atau sekali letak kat dapur.

sebabnya,
kat luar tu walaupun bertapis,
masih tinggalkan sikit saki baki klorin untuk bersihkan air tu daripada kuman.
untuk mandi, basuh baju dll.
tapi kat dapur, kita biasanya akan guna air tu untuk minum dan masak.
so penapis yang kat dapur ni tapis klorin.

so back to our water dispenser here.
kitorang pakai local product; aquahijaz.
ambik terus yang 3 suhu air; panas, normal dan sejuk.
so far setakat pakai sampai hari ni, ok je. pH air alkali.

design wise, looks modern and chic.
sesuai untuk dapur-dapur moden.
warna pun hitam putih (black and white bukan warna boring! haha)
harga pun ok, RM900 untuk 3 suhu.
bayar sekaligus, tak perlu bulan-bulan.

kalau water dispenser yang berjenama, harga pun dah dekat 3 ribu atau lebih.
mahalnya sebab branding, import and bayar komisyen agen.
kami ni tak kisah jenama, asalkan function, kualiti dengan design tu ok.


being very very convenient to me.

memang sangat membantu mesin ni.
sebabnya sebelum ni, dok usung air minum berbotol-botol,
beli kat speedmart.
dulu tuang air tu dalam jug.
air habis je, kena top up.
air panas pun sama.
pakai thermopot.
bila air dah habis, kena refill dari sink, masuk ke dalam thermoport.
tunggu boil semua, then pakai.
agak banyak prosesnya di situ.
so kali ni pakai mesin, ok la.
kurang sikit kerja.


duduk di sisi dapur bersama geng-geng kuali haha

so kalau ada yang berkenan nak beli, boleh check out website aquahijaz.
:)

mom's day!



assalamualaikum and hi!

just want to wish a very hyped selamat hari ibu to my mama, hajah zakiah.
love ya till jannah :D

and the same wonderful wish goes to my MIL, puan h zabedah.
my late foster mom from program anak angkat, allahyarhamah puan fatimah (al-Fatihah).
to every wonderful moms out there (and dad! yang menjalankan tanggungjawab seorang ibu)
including mother cats, mother birds, mother elephants, all mothers lah. haha

and last but not least,
to my humble self dengan ucapan..
keep calm and watch the kids. HAHA

this year i bought my mom a phillip's pressure cooker *sebab beliau ada mention kot nak periuk ni hari tu*
then bila hadiah tiba, "eh wani beli apa lagi ni, rumah mama dah penuh barang, mama tak sempat nak pakai barang-barang etc etc" HAHA
ya la last time memang barang rumah je ai beli buat hadiah.
air fryer yang latest, sebelum tu robot menyapu *hahaha tabahlah ma* :'D
after this i'll only buy small gifts (literally), insyaAllah.
nanti tak de tempat nak letak dalam rumah dah. lolx

plus, flowers and chocs in a box.. with balloons that i bought in dengkil town.
sy perasan memang ada makcik indian dengan anak-anak dia ni dok menjual flowers as gifts sempena special occasions.
sebelum ni time valentine's day pun diorang ada.
bukak meja kat seberang KFC.. depan bank.
so hari sabtu tu beli la dulu sebelum balik shah alam untuk berbuka puasa kat rumah.

have a great mother's day to all mommies in this world!

tata.

Thursday, May 09, 2019

the next days of ramadan

2nd day punya lauk berbuka.

assalamualaikum and hi!

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa.

surprisingly, tahun ni terasa lambatnya hari berlalu. haha
ke semua orang rasa macam tu? :P
sebab still di awal minggu bulan puasa kot.

walaupun masa lambat berlalu *haha*,
setiap hari agak produktif jugaklah, instead of ni bulan puasa.
oh lupa nak habaq yang sy dah bertukar ke division baharu.
job rotation katanya.
sis layankan je and now belajar benda-benda baru pulak.
interesting la.
tu lenkali cerita.
ni entry pasal ramadan sahaja ye. kihkih

so seperti biasa, aktiviti masak-masak diteruskan :D


ikan senangin masak 3 rasa dengan kangkung goreng.

ok hari kedua tak la simple mana sebab ikan tu agak meriah kan. lolx
tapi konsep 2 lauk masih diteruskan.
yang telur dadar gambar atas sekali tu, untuk budak-budak je.

buah-buahan pulak memang dah deal;
husband akan potong.

memang puas hati la makan kat rumah.
tak mahal and ikut selera sendiri :P

resipi ikan senangin masak 3 rasa:
- ikan lumur dengan 1.garam dulu 2.serbuk kunyit 3.tepung jagung. goreng garing.
- masukkan serai yang ditumbuk dalam minyak yang dah dipanaskan. daun limau purut sikit.
- blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia. tumis.
- masukkan air
- masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis
- masukkan air asam jawa
- masukkan garam
- masukkan sayur-sayuran (sy pakai nenas tin, chopped carrot, timun dan tomato. semua tu chop chop chop)
- tuang sos ke atas ikan. siap!


hari ketiga pulak tak memasak kita, sebab ada majlis buka puasa kat ofis dengan YB menteri.
tapi sebelum tu pergi bazar dengkil, belikan gulai kawah dengan sambal sotong untuk husband.
beliau berbuka sendiri kat rumah
sebab tak nak adegan kejar-mengejar budak-budak di majlis berbuka. hahaha

dengan geng division baharu.. minus raja and husband. hihi. hasnah, mus, hirmi.


amy dengan mai.





yezza ni lauk berbuka hari ketiga; udang masak lemak (ai tak makan udang), asam pedas, ayam goreng ala KFC, sambal jawa, satu lagi tu daging kot (tak ambik) anddd buah oren. ada puding dengan air longan.



ahha budak ni mama bawak jugak.



jumpa dahh geng dia :DDD

majlis sambung ke solat terawih.
so around 10pm dah sampai rumah.
oh lupa. moreh makan sup kambing dengan roti.
sampai 3 roti ariana makan.
lapar la tu. hahaha


untuk tidak menghampakan peminat-peminat, ni ada gambar anaqi hari ni; ada majlis bacaan yasin kat taska dia. semua kena pakai baju melayu, baju kurung. hihi


oklah nanti sambung lagi untuk laporan hari-hari berikutnya :P
toodles!

Tuesday, May 07, 2019

my first day of ramadan

lauk berbuka day one; ayam masak kicap dan sayur goreng (kobis, carrot, kacang buncis).

assalamualaikum and hi!

salam ramadan, everyone!
i'm wishing you all a blessed ramadan, selamat berpuasa dan melaksanakan ibadah.
so how's your day one so far?
hope it's been good.

sy plan bulan ni nak simple-simple je.
sahur makan oat.
berbuka, masak 1-2 lauk (atau lebih-lebih pun, 3).
supper, pi surau ada moreh :D

kalau nak ke bazar ramadan pun, may be hari jumaat ke or weekend.
boleh rehat memasak, ye dak.
plus kat dengkil tu nampak ada bazar ramadannya.
cuma mungkin la tak sebesar kat putrajaya.
(this year bazar putrajaya kat area masjid besi or to be exact kat sebelah bangunan BHEUU, JPM).

i also plan not to watch much tv this ramadan.
nak tengok macam mana, malam tu pukul 10.30, 11 mata dah terkatup.
nasib baik la sahur makan oat je.
tak payah fikir nak bangun masak :DD
husband pun sama-sama nak makan oat. so yeah, ada geng! :P

ok tu je la.
bulan puasa ni balik dari ofis pukul 4pm (kalau masuk awal la).

till then!!

Monday, May 06, 2019

recap post : kuala terengganu

assalamualaikum and hi!

rasanya dah sebulan dah kisah kat KTcity ni.
photos kat bawah ni pun dah lama upload,
tinggal nak post dalam blog je (tapi asyik lupa) :P

semasa stay kat KTcity hari tu,
kitorang bawaklah budak-budak main layang-layang kat pantai.
disebabkan time tu cuti sekolah kot,
agak penuh jugaklah sepanjang tepi jalan kat area pantai batu burok.
lepas tu ada karnival superbike ke apa ntah kat belah-belah A&W sana.
so kitorang tak ke sana la, sebab jalan tutup.
main belah-belah tempat makan ICT tu je.


si ariana ni yang paling excited nak main layang-layang.



anaqi pun sama. lolx






lama weh tak pergi pantai batu burok!!



kalau dulu, pantai ni la tempat ai melepak melepaskan stress. haha. siap beli pizza lagi makan kat sini. kadang malam pun datang jugak.



babahnya tolong terbangkan layang-layang.



aman damai kan tengok.



wani ezryl on the sand.



selfshot dengan husband sekaliii. eh banyak kali sebenarnya!








then malam tu pergi cari dinner.
tak tau nak pergi mana, buntu.
last-last pergi satu kedai tomyam ni.. aiseh lupa nama.
fasya tomyam ke macam tu.
tapi zaman kerja kat terengganu dulu, pernah jugak pergi makan kat situ.


ariana dok mengeja and suruh babah dia dengar :P

so tu je lah kisahnya kat terengganu.
the next daynya kitorang balik dah.
singgah kampung tok lagi sekali, then balik.
till we meet again, terengganu :)