Tuesday, April 09, 2019

menginap di grand puteri hotel, kuala terengganu

assalamualaikum and hi!

welcome, to grand puteri hotel :)

sooooo
biasanya sebelum pergi holiday dan tengah-tengah nak book hotel,
sy suka baca review orang kat blogs.
masalahnya blogging era is dying.
kalau kita google je, berapa kerat sangatlah blogs yang buat review penginapan secara peribadi (tak termasuk laman-laman macam trivago, tripadvisor semua tu yang lebih komersil).
sebab sy suka baca pengalaman orang kat tempat ni, tempat tu.
so pleaseeee bloggers or former-bloggers,
banyakkanlah balik blog entries tu.
walaupun sekarang dah ada fb, insta where people find it's easier to upload photos and tell stories there,
tapi percayalah.
kalau kita nak cari sesuatu,
kita akan google.
dan google akan ke websites dan blogsites dulu sebelum ke socmed sites.

dan untuk tu,
sy buat entry ni untuk sesiapa yang mencari penginapan di KTcity (kuala terengganu).
KTcity ni banyak hotel sebenarnya.
tapi hotel-hotel macam primula, grand con, tanjung vista kadang cepat sold out, lagi-lagi time cuti sekolah atau cuti perayaan.

kali ni kitorang stay di grand puteri hotel, kuala terengganu.
hotel ni adalah di bawah pemilikan JAWHAR-MAIDAM (majlis agama di terengganu)
jadi hotelnya berkonsep islamik, dari segi reka bentuk and kolam renang pun seperate lelaki-perempuan.
yang lain, sama je macam hotel-hotel lain.
harga sangat-sangat mampu-bayar dengan kemudahan yang banyak.
kedai-kedai pun sangat dekat, boleh jalan kaki je.
sebab lokasi betul-betul kat pusat bandar (dekat area masjid ladang & stesen bas. KFC pun dekat).


di pintu masuk.

parking disediakan di depan hotel.
ruang parking pun banyak.. no wories.

sampai-sampai, budak bell boy bersongkok siap datang ambikkan beg.
walaupun kitorang parking kat depan tu.
dia turun dari lobi and ambikkan beg kitorang *thumbs up!*


the building.

kali ni untuk 2 malam, kitorang book bilik junior suite.
ambik suite sebab nak ruang yang lebih besar.
bolehlah AAs berlari-lari kat dalam.. hihi.
harga memang sangat ok.. dalam RM500+ je untuk 2 malam.

deco bunga.



tempat beradu :D



yang extra dalam bilik ni adalah ada meja makan 3 kerusi.



kaunter top pun ada.. dapur je tak de. haha.

bilik air tak de bath tub ye.. just shower.
shower ada air panas-sejuk.. air panas cepat keluarnya (ni penting. sebab ada hotel yang kena tunggu 10 minit baru air panas keluar. lolx)
sabun yang banyak disediakan dalam dispenser.
sabun syampu dalam bentuk botol pun ada.

hotel ni jugak ada menyediakan al-Quran, sejadah.
ada satu dalam laci, satu lagi kat dalam wadrobe di bahagian atas.
bagus kan.
jadi yang memang rutin mengaji hari-hari tu,
jangan gusar dan risau.
tak perlu bawa dari rumah, sebab hotel ada sediakan.



malam pertama penginapan, kitorang order in-room dining je (room service).
sebabnya terengganu ni kalau malam dah menjelma, dia macam tidur bersama-sama dengan penghuninya *tidur awal.. haha*
so kedai banyak tutup.
pulak tu hari tu hari jumaat (hari cuti).
kitorang keluar jugak mula-mula tu nak cari kedai makan.
kesimpulannya kedai makan yang bukak kat tengah-tengah bandar, tak banyak choice.
kalau ada pun mesti kedai tu penuh gile (sebab tak banyak choice tadi) :P

harga in-room dining adalah murah ye compared to harga kat hotel lain.

nasi goreng kat menu RM18.. tapi naik harga sikit to RM20 kot.
tak ingat weh tak bawak balik resit. hahaha
tapi agak murahlah jugak harganya.




sarapan pagi juga adalah complimentary (percuma).
sarapan bagi bilik junior suite adalah percuma untuk 3 orang.


di coffee house.



tengah breakfast.

grand puteri hotel ni menyajikan nasi dagang pada waktu sarapan, setiap hari.
since nasi dagang adalah makanan utama negeri terengganu kan, di samping makanan-makanan lain yang famous.
selain nasi dagang, pulut kelapa dengan ikan masin dan ubi-ubian juga dihidangkan pada setiap pagi.


one with ariana bariana.



kepala anaqi yang tersorok tu. tengah merajuk ke apa tu. hahaha



with ariana again. dia je la yang rajin melayan tangkap gambar. anaqi dok menyorok pah ceroh.. lolx

seperti yang dinyatakan tadi,
kolam renang kat hotel ni dibahagikan kepada dua; lelaki-perempuan.
tapi since semua orang pun datang dengan family,
nampaknya ada je lelaki yang duduk kat tempat perempuan.
yang jenis ayah-ayah yang tunggu anak-anak dia mandi la.
belah lelaki pun sama.. campur je.
tapi mak bapak biasanya duduk tepi la tengok.

time ni tak ada orang. ada kitorang je. haha



budak berdua ni yang paling seronok mandi.



swimmm swimmm

channel tv boleh tahan.
banyak tak banyak, tapi tak jugak sikit.
yang penting channel-channel macam movie, berita, sukan tu semua ada.
astro ria pun ada. kartun tak ingat pulak.

so begitulah cerita kitorang kat grand puteri hotel, kuala terengganu.
acik bagi 4 bintang, kecuali time ambik pinggan room service.. ambik masa satu hari untuk clearkan depan pintu bilik tu.. kuat bau belacan.
(mungkin sebab bilik kitorang nun di hujung sekali?) lolx. tapi bilik depan-depan tu pun tak diambik pinggannya.
yang lain semua ok.
staff semua mesra-pelanggan dan murah senyuman (bukan staff je. i think all terengganu-ians semua macam tu. ramah mesra. kat KL tak denya orang nak beramah mesra dengan ko macam family kalau baru-baru kenal. haha. but that's what i like about terengganu ^^)

nanti kita sambung cerita kat pasar payang pulaknya.

till then!

makan ikan celup tepung (ICT) di terengganu

assalamualaikum and hi!



ahha kalau nampak perkataan 'Allah Peliharakanlah Terengganu' ni,
maka confirmlah yang kita semua dah sampai ke KTcity (kuala terengganu).

ni cerita ke terengganu pada dua minggu lepas.
sekejap je pun holidaynya.. 3 hari 2 malam.
husband, sy and our kids, ariana dan anaqi (AAs).
pergi pulak time-time cuti sekolah.
tapi oklah tak de jam teruk.
yang 'jam'nya kat kedai-kedai makan je.. ahaha.

dah bertahun kitorang tak ke KTcity.
pusat bandar pun dah banyak perubahan.. dah ada UTC besar tersergam kat tengah-tengah.

kitorang datang-datang tu ingat nak pekena ikan celup tepung (ICT) yang famous kat mengabang telipot nun.. warung pok nong.
warung ni memang dari zaman kerja lagi ada pergi.
tapi lepas siapa ntah viralkan, dah melampau ramai pelanggannya.
beratur sampai ke luar.
kedai ni bukak pukul 3pm.
kitorang sampai sana pukul 3.30 je pun,
tapi dah queue panjang kat luar macam ni:




kalau kat bahagian luar pun dah beratur panjang macam tu,
kat belah dalam apatah lagi.
kerusi meja semua memang penuh.
even warung ICT lagi satu kat depan sikit pun penuh.
kitorang panggil tu as.. warung orang-yang-kecewa-tak-dapat-makan-kat-kedai-pok-nong-sebab-dah-penuh. ahahaha. so diorang cari la warung ICT gantian. gitu :P
(serius. kalau ada yang nak bisnes ICT, tolong la jual dekat-dekat sini. at least yang kecewa tak dapat ke warung pok nong, bolehlah singgah ke warung yang lain.. hihi)




mengabang telipot ni lokasinya ke depan lagi kalau dari seberang takir nun (area airport).
disebabkan malas nak beratur,
kitorang pun pusing stereng pergi kat spot ICT lagi satu yang biasa kitorang pergi;
warung bidara - pok mang.
warung ni located betul-betul kat jalan belakang airport.
korang jalanlah sepanjang belakang airport tu.
nanti jumpalah.



kedai ni tenang sikit and ICT pun digoreng panas-panas prior to our order.
yang dah siap pun ada, tapi tak banyak. boleh request dipanaskan balik.
biasanya memang akan ambik order baharu supaya dapat makan yang fresh.
time kitorang datang tu tak ramai orang lain.
tapi beberapa minit lepas kitorang duduk tu..
fuh tetiba penuh! :P




fyi warung ICT yang famous kat area seberang takir (yang orang selalu pergi) adalah kedai pak long, dekat-dekat pantai.
so kalau dari kedai tu jalan terussss je sepanjang airport, nanti jumpalah warung pok mang ni.
sy suka jugak makan kat warung pok mang sebab serdak-serdak tepung dia sedap kot.
kalau yang kat pok nong viral tu, serdak dia besar-besar macam pisang goreng.
yang ni serdak dia halus-halus sikit.

hajat di hati nak makan ketam.
tapi ketam habis daa.

husband order 2 pinggan udang. sy rasa seekor je. nak makan lebih tak berani :D



keenakan udang celup tepung memancar daripada udang-udang tersebut.. ahaks.



kepok lekor pun ada. tapi time makan ni macam rasa kepok lama sikit.



sotong pun fresh dan lembut.



ikan kembung.



ikan pari celup tepung. mine! all mine!! bahahahaa (husband kata ni anak ikan pari)

taip ni sambil telan-telan ailio HAHA
insyaAllah raya kang kalau panjang umur murah rezeki,
balik ke terengganu,
bolehlah singgah makan ICT lagi.
tapi biasalah kalau time-time cuti raya,
harus penuh melampau.
kita doakan yang terbaik la untuk penjelajahan makan-makan kita nanti.. lolx

k till then!

Friday, April 05, 2019

balik kampunggg oho ho hoi balik kampungg

hahahaa kemain kan tajuk :P

yelah, cucunda ni dah lama kot tak balik.
bukan derhaka ye, tapi kekangan masa, kerja dan komitmen lain.
kampung pulak jauh beribu baru, hilang di mata di hati jangan, gitu :D

so bila dapat balik sekejap pun dah over-excited di situ. lolx

sebenarnya kitorang ni, sambil-sambil nak pergi bawak budak-budak bercuti jalan-jalan kat KTcity.
sebelum tu singgah metar di kampung tok ambe. tido situ dulu.
mama pun ikut sekali.
tapi mama kata tak join la holiday kat KTcity, sebab nak duduk lama sikit kat kampung.
insyaAllah raya tahun ni kita balik lagi nanti. dalam 2 months lagi je.

best kot terengganu.
siapa yang kata terengganu tak best, kita lempang dia laju-laju.
mat salleh pun suka pergi terengganu ok :D

(entry kat KTcity, kita cerita later)

alhamdulillah tok-tok kita dipanjangkan usia dimurahkan rezeki, umur dah 90s (92, 93 macam tu).
sakit-sakit tu memang ada, tapi semoga diorang diberikan kesihatan yang tip top selalu.


ni tangga depan rumah tok. ariana, anaqi dan tok yam.



haha anaqi ni memang bikin geram. banyak akal budak ni. hati-hati ye :PP



ni tok ki sy. happy je. ubat berkepuk, nampak tu :P

sekali telan, 6 biji ubat katanya.
haritu kena serangan stroke. mild stroke tak silap.
alhamdulillah ni dah ok. tetiba ok, tak pergi hospital pun lagi.
semorang suh pi hospital. hihi


tok yam kat dapur. dapur tu baru renovate ye.. haa :D

yosh ada la reno sikit-sikit area belakang rumah tok.
ada bilik air tambahan satu (now ada 3 bilik air umum HAHA untunglah raya kang tak payah berebut),
dapur pun dah upgrade konkrit. before this kayu.
duit kumpul-kumpul sesama kita, makcik pakcik and cucu-cucu untuk reno.
ni katanya nak tambah kabinet untuk simpan barang.
barang banyak, tok yam sayang nak buang. hihi


my beloved tok ki. anak-anak panggil nyang (moyang). sy suh panggil nyang ki. aneh tak aneh nama tu :P



bergambar sebelum gerak balik ke selangor. i will miss this home and of course, my toks.


time datang tu,
mama sy cakap; kenapaa masak banyak makanan niii dengan yang beli bawak balik kampung lagi. hahaha
sebab beliau pun balik nak masakkan untuk toks.
tengok-tengok kemain banyak makanan bekal-bekal dibawa balik kampung :P

pagi tu pulak, sy nak makan nasi kabu kampung tok (skang dah harga RM2 kot.. RM3 kalau dengan ayam).
beli kat pasar pagi.
tapi masak jugaklah untuk kat rumah tu (walaupun tak ramai orang, kita-kita je).
masak kwey teow goreng dengan nasi goreng.
memang kenyang habis kalau balik kampung ni.
tu belum lagi makan singgang ikang aya yang forever ada masak kat dapur tu.
almost everyday kot ada  (if you're a pure terengganu-ians).
sedapnyaaa balik ganu makan singgang. haha


kwey teow nipis. sy suka masak jenis nipis, lagi sedap & ada feeling-feeling kwey teow kat penang hihi



nasi gorengggg.



ni ha nasi kerabu RM3 dengan ayam berempah. husb belikan at pasar. nasi dagang pun ada, tapi tak snap gambar.


aight tu la saja entry kita untuk kali ni.
nanti sambung dengan entry lain pulak.
banyak betul cerita pending ni nak diupdate. HAHA

k till then! ciao!

Thursday, April 04, 2019

harith and durra's reception | 02.03.19

assalamualaikum and hi! :)

cerita sebulan yang lepas punya.. ahhaha.
mohon maaf para pembaca sekalian,
i was caught up with lots of things last month.
sibuknya ya ampun :P

so ni adalah cerita majlis kenduri kahwin my bro, harith & durra.
buat kat IDCC, shah alam.
baju pengantin warna dark purple.
dan tema baju untuk family members; rose gold.
we all love the color because it looked sweet and elegant at the same time.

oh. dan caterer haruslah dengan shahmie catering.
ayam masak merah dia sedap, kot!
turun tak berapa temurun since wedding sy lagi pada tahun 2012.. teehee.


the kids = AAs. memang saja bawak kaler untuk diorang ni supaya duduklah diam kejap :P

baju budak berdua ni, satu tempah (ariana) dan satu lagi beli (anaqi).
to those yang mencari baju budak-budak untuk kenduri dan nak cepat,
sila ke kompleks PKNS shah alam kat belah atas.
ada la a few kedai yang jual dengan harga yang sangat affordable.
sampin pelangi anaqi pun harga baru RM25. baju lupa harga, tapi murmur je :D


wafiy. kat belakang tu naqi. our young cous.



cangg!! ni lah dia barisan lauk-pauk daripada shahmie catering & event sdn. bhd.

tak puas hati kan tengok gambar kecik?
nah, kita bagi gambar close up pulak. haha

daging masak beriyani kot ni. lupaaaa haha. baru sebulan dah lupa. apakah ini semua :PP



my heaven on earth; ayam masak merah. serius shahmie punya sedap.



dalca sayur. yums!



untuk nasi putih, ada ikan sweet sour. yang ni ai is tak sempat rasaaaa. bizi kot. lololx



ni terpaling awesome jugak. acar buah!



buah-buahan dengan tembikai dilebihkan, kata caterer kami :P

ada jugak manisan, bubur pelbagai ubi ( i don't know the actual name hihi) dengan mi hun sup.
oklah sebab ada budak-budak kecik kan.
kot yang tak masak lauk sebab pedas, boleh makan mi hun sup.
ais krim kon pun ada jugak :)

my rose gold modern kurung.

warna dalam gambar won't do any justice.. lolx.
warna dia lebih rose gold di dunia sebenar :DD
bunga-bunga 3d tu sy beli kat kompleks PKNS, shah alam dan jahit sendiri.
looked nicer with the flowers.
hujung lengan adalah net (sebenarnya nak organza tapi tak sempat beli, so apa yang ada je la daripada kain lace tu = netting)
tailor tak buat lining kat dalam (bahagian lengan), so pakai lace hand socks la kita *tak nampak dalam gambar*


i think i gained weight that time. cuma tak timbang je HAHA. nampak tak, berisi daripada biasa *NOT pregnant! lolx*



with ariana, my precious.



with mama *hearts*



budak-budak ni dok makan ais krim je la kerjanya. hihi



look at anaqi! :P



ni lah mesin ais krim yang bertanggungjawab tu! HAHA. ais krim ni pun bawah shahmie catering.



goodies/weeding favors. untuk budak-budak punya, sy yang buat. i love packing gifts.



suasana di luar dewan. simple je.



luar dewan. bolehlah sambil-sambil tu tengok pemandangan bandar raya shah alam. kemain besor cermin tingkapnya.



my bro, faliq and mama.



faliq & ain.



guest book's table, set by me and team :D

memang seronok buat meja ni.
barang-barang kebanyakannya beli kat kaison.
pen-pen semua beli kat kedai RM2.10, dekat dengan rumah.
guest book pulak buat sendiri daripada buku RM11 yang dibeli kat kaison.. balut dengan glittery wrapper.
banyak yang DIY la.
save duit ai. wahhaha

pak su & cik su.



my in laws family. husb tiada di tempat kejadian ketika ni. floor manager tu sibuk :D



tq, en jit sudi memeriahkan majlis kami :) one of the nicest bosses that i know. dah bersara dah en. jit ni.



dewan yang sedang-sedang saiznya dan tak besar sangat.



ketibaan pengantin!! xD



bos dan rakan-rakan ofis pun datang. diorang ni datang daripada event rehearsal ok. esoknya ada event dengan Tun M. tenkiuuu.



the dais. harith nak yang simple dan tak terlalu over kerawangnya.



mama, mak ngah, pak ngah. sebelah tu husb as floor manager. hujung tu pulak pak su tengah baca doa.



kan dah kata! bz sokmo floor manager kita hari tu :P



kitorang-kitorang duduk kat depan untuk tunggu giliran nak salam restu.



erni, my close, good friend from university ^^



faizul, former officemate to me and my mom. ya, keciknya dunia bekerja dengan kumpulan orang yang sama :D



keluarga nenek dan atuk angkat sy. daripada sy baby ni diorang jaga. thanks for coming :)



kak ana from office, datang dengan husbnya yang jugak kerja kat ofis kami tapi kat bahagian lain. terima kasih datang! :)



my dearest cous, kak gee :)



dah petang-petang, budak-budak pun tidurrr.



mama's friends from work (now mama dah bersara).



snap gambar sikit dengan pengantin! again, husbandku tengah sibuk HAHA



ma bro and sis :P



ni former jiran and childhood best friend, awin. kira family friend kami la.



aunty safura, awin dan azreen kat guest book table.



with hubster.



with my artwork. lolx



ariana dan meja guest book kami.



di penghujung-hujung majlis, anne daripada ofis pun datang. pagi tu ada hari sukan anak dia :D



izrul, ummu, kak gee (semua ni cous-cous ipar) dan cik long (aunty).



my good friend, raja. datang dengan husb beliau. thanks rajaness!!



my aunt's fam, cik arah, papa and everyone! ^^



aunties and mama. oh. and tuah! :P



with my aunt, cik arah.



with cik arah and kak gee!



last but not least, bergambar dengan mama dan makcik-makcikku. ahaha

minta maaf kalau ada gambar yang tak termasuk dalam ni.
atau sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
and thanks to those who came,
or couldn't come but kirim salam, duit, hadiah semua.
you guys rock and were awesome!

andd to the pengantin; harith and durra..
congratulations, lovebirds!!
happy wedding's day to both of you.
cherish your marriage life, selalulah bersama-sama tak kira susah atau senang, sentiasa bertolak ansur, sabarunnah (esp on the first 5 years, as everyone says) and bring up beautiful, awesome kids to our family! haha

hari kerja kahwin memang penat,
balik tu collapse la kita sampai ke esoknya ahad. lolx
but it was fun.
dan habis dah kenduri adik-beradik sy.
alhamdulillah semua dah settle down.
lepas ni join wedding cousins je pulak (anak-anak kecik lagi)

till then!