since malam ni agak free sikit,
jadi sy akan sambung cerita kat genting hari tu.
pada hari kedua, we planned to go up high to the first world plaza, genting highlands.
kan kitorang menginap kat hotel awana.
so dari awana, naik free shuttle bas,
sampai ke awana skysentral, terus interconnected dengan stesen kereta kabel kat tingkat atas sekali.
perjalanan dari awana ke atas around 10 minit macam tu.
bagi yang nak tengok view dengan lebih berani, boleh try glass floor gondola (tapi kitorang taklah! serun! haha)
sebelum tu, fyi, skycentral ni macam berpusat la.
kat situ ada kedai-kedai juga, termasuk restoran.
bersambung dengan GPO, stesen bas dan stesen kereta kabel.
memang convenient la.
tak perlu dah drive kereta naik ke atas genting sana.
just ambik shuttle bus, kemudian kereta kabel.
sampai-sampai atas terus bersambung dengan shopping mall kat first world plaza.
AAs menaiki kereta kabel. anaqi kelihatan agak risau. haha |
good thing naik kereta kabel, boleh nampak pemandangan yang cantik dan menghijau. |
kereta kabel lain yang melalui trek di sebelah kitorang. |
di dalam kereta kabel. |
with hubs. |
had a major zit issue that day.. lolx.
memang tak boleh makan pedas-pedas la.
kalau makan, tetiba keluar zits entah kenapa.
kalau makan seafood; contoh udang yang terlalu banyak pulak,
kena selsema, zits atau paling teruk, kena demam allergic.
so i tried my best to avoid udang and sotong for now.
dari atas kereta kabel, boleh nampak outdoor theme park yang belum lagi siap. |
husband ada cerita tentang isu pemilikan theme park ni.
yang asalnya milik 20th century fox, tapi lepas tu walt disney beli 20th century fox ni.
then macam mana ntah, walt disney tak nak teruskan pembinaan theme park.
sy tak follow pun isu ni.. so tak sure apa berlaku sekarang.
cumanya genting nak ambil tindakan la sebab walt disney tak nak teruskan for the theme park kan.
harapnya tahun ni betul la boleh siap bendalah ni.
delay dari tahun lepas kot.
so sambung! :D
lepas naik kereta kabel tadi,
kitorang berhenti kat stesen yang memang bersambung dengan mall kat atas ni.
pergilah ke tingkat 1 sama ada turun lif atau escalator, nanti jumpalah tu dengan skytropolis funland.
dah sampai! |
skytropolis ni baru dibuka pada bulan disember 2018 (tahun lepas).
time pergi ni pun, ada a few games/rides yang belum bukak.
tapi banyak la yang dah bukak.
kira berbaloi jugak la korang nak beli tiket.
ticket booth. |
harga tiket seperti yang tertera.. kalau nampak :D
boleh nak pilih sama ada nak bayar by game atau beli all-day pass.
satu game berharga RM10/RM15 (ikut time tak cuti/cuti).
manakala RM60 seorang untuk all-day pass, tak kira dewasa atau kanak-kanak, harga adalah sama.
kat sana ada disediakan pengukur ketinggian dengan nama-nama games yang boleh dimainkan berdasarkan height korang. |
so no worries kepada ibu bapa muda yang membawa anak-anak kecik..
asalkan anak-anak korang berketinggian 70cm dan ke atas, ada la tu permainan kat thempark untuk diorang.
cumanya kena calculate betul-betul la,
sama ada berbaloi beli satu-satu games ataupun all-day pass.
harga tix. |
ada juga dijual tiket secara kombo. |
kombo ni pulak untuk gabung bermain kat skytropolis dengan attractions yang lain.
contohnya cuba tengok combo A.
dengan harga RM70 seorang, boleh main kat skytropolis, boling dan senikame (art stuff i guess?)
nak main salji boleh ambik combo B.
kalau combo C tu mahal sikit sebab ada permainan virtual reality.
ariana tengah main bumper car. |
anaqi main pugin-pusing ikan. haha |
they also ride on a marry-go-round. |
bergambar kejap kat pintu di belah tepi skytropolis. |
lagi photo di depan papan tanda skytropolis. |
game bawak kereta. |
anaqi tengah makan gigantic lolly. |
lollipop tu harga RM16 ok!!
nak bitau di sini,
harga makanan kat genting memang diakui agak mahal sikit daripada kedai-kedai kat area bawah.
macam balls/nuggets secucuk (ada 3 ketul), adalah berharga RM6 secucuk.
itu dalam 3 kali ganda!!
tabahlah di situ :P
tapi sebab dah lapar, redah je la beli dulu untuk alas perut.. ahaks.
so petang tu lepas habis main,
kitorang pun balik semula ke bawah (awana) naik kereta kabel.
dah tak larat nak singgah makan tengah hari,
we decided to book for room service's in-dining.
mudah dan selesa kan *ada gambar dalam 2 entry sebelum ni*
so tu la cerita trip ke skytropolis, genting highlands.
tempat boleh tahan besar, budak-budak pun enjoy.
bagi yang mengharapkan rollcer coaster, bendalah tu belum siap lagi time kitorang pergi.
may be soon kot.
till then!