Thursday, October 26, 2017

celebrating the birthday

birthday sape lagi kalau bukannn. kihkih
yosh macam yang ai cakap dalam entry sebelum2 ni,
time birthday husband, beliau tak de di rumah.
beliau outstation.
tapi malam tu balik la.
malam, flight dia.
tapi delay.
so sampai rumah dah tengah malam.
kami masih setia menanti (budak berdua menanti jugak, tapi anaqi sorang dah tidur HAHA)
despite of waktu tidur sy pukul 10pm paling-paling.
kutunggukan jua. :D

so sebelum tu memang rushing sikit sana sini.
petang tu fikir-fikir;
macam mana nak pergi ambil kek kat ioi lepas balik kerja ni, kalau budak-budak AAs ni ikut.
nak pegang kek, nak kejar budak-budak lagi.
impposibru. lolx
memang rushing la sy balik ofis tu terus pecut gi ioi dulu.
singgah booth kedai party kat ioi.. diorang tak buat belon helium.
zomg.
lantas pi ambik kek dan pecut pulak patah balik ke taska (kat ofis) ambik budak-budak.
lepas tu pecut sekali lagi, kali ni ke alamanda pulak untuk beli belon helium.

anaqi baik hati nak tolong pegangkan belon. nasib baik AAs tak sugar rush sangat hari tu. lolx

costing for the balloons;
kalau yang kosong tu RM3.50.
yang ada tulisan happy birthday, RM6.
tak masuk labour charge lagi.
kira upah dia ikat-ikat belon tu semua.
kalau nak belon foil (tahan 3 hari), harga ikut design.
tapi beli belon biasa je lah. tahan 8 jam katanya.


kek tu kat dalam kereta siap letak seat belt lagi ye, takut terjatuh time brake! hahaha. ni dah siap-siap letak dalam fridge.


tunggu punya tunggu,
balik jugak babahnya pada tengah malam lepas birthday dia. bahaha
kira dah terlepas hari, tapi apa ada hal.
celebrate tetap celebrate. :D

happy birthday, hun!



kek ni memang tema lollipop. lilin sy beli sendiri. lilin kurus-kurus.

lilin tu mampu letak 5 je.
macam susah je nak nyalakan banyak-banyak, sebab tak de lighter. haha
ada yang percik-percik macam bunga api, tapi kejap.
yang percik-percik tu habis glitter lilin dia kena atas kek.
lenkali tak nak pakai dah lilin ni. hahaha


upacara potong kek.

sy ingat lagi,
tahun lepas kunun kek buat sendiri.
yang no bake-mango cake tu kan.
yang kek runtuh tu. hahaha
sy memang fail la buat dessert ni.
pernah buat puding jagung custard, pudingnya jadi macam bubur. HAHA
sebab dah ambik iktibar dan pengajaran :P,
kali ni kita beli je lah kek.
mau makan kek runtuh lagi ke?? :DDD

kek red velvet. tapi icing supermanis. hihi

birthday gift dah beli awal sebelum tu.
sebab husband terus pilih hadiah (kasut) kat kedai sukan.
belikan kasut running untuk dia.

oklah tu je.
till next year pulaknya kalau panjang umur murah rejeki.

tata!

berjalan-jalan di kafe wondermilk

have you heard about wondermilk?
wondermilk ni adalah sebuah kedai kek yang menjual kek dan cupcakes yang supercomel!
kek-keknya juga sedap bak hang (cuma kadang ada icing yang terlebih manis. mungkin sy ni bukan sweet tooth person).
yang penting comel dan interior kedai yang hipster, ala-ala scandinavian :D

kedai wondermilk yang paling dekat dengan tempat sy,
adalah di IOI city mall putrajaya.
ia berlokasi di aras G, lif tengah.
kalau ko ke parking, elok parking area A-C di belakang-belakang sikit.
ada lif direct ke situ.

baru-baru ni sempatlah ke sana dan snap gambar sikit.
sebenarnya datang untuk ambik kek birthday husband yang dah ditempah sebelum tu.
kalau nak tengok kek untuk ditempah, kat website dan instagram wondermilk pun ada.
harga range RM90 ke atas macam tu.
tapi kalau nak custom design, lagi mahal.
and tak dijual kek fondant. semua dilukis dengan icing tetapi as i said previously; supercomel.


barisan cupcakes dan ada la kek sikit.

kalau masuk ikut pintu kafe,
jalan straight akan ke kaunter.
tepi kaunter tu ada cupcakes macam gambar kat atas ni.
bolehlah beli.
sebiji cupcake kalau tak silap sy.. dalam RM4.90.


deco di kaunter depan.



deco di dalam kafe. cantik kan! siap ada lampu gantung-gantung.



cookies pun ada.


konsepnya kalau nak makan kat dalam kafe wondermilk,
order je kat kaunter depan tu.
bayar dulu.
bawah ni gambar buku menu.. kalau nak tengok-tengok.
sy tak pernah lagi makan kat sini.
tapi nampaknya menu adalah makanan fast food/western.





kat situ juga ada ruangan untuk anak-anak bermain.
tak besar, tapi mencukupi untuk entertain the kids while the parents eat. lolx




dapur masak-masak pun ada ha! :D

may be satu hari nanti sy akan cuba pulak makan kat kafe wondermilk ni.
setakat ni datang membeli kek je haha.
kawan sy ada share; kalau kita membeli-belah kat ioi city mall dan ada resit RM50 ke atas (boleh gabung rasanya),
kita eligible untuk redeem cupcake wondermilk ni secara percuma.
just pergi ke kaunter informasi untuk redeem.

aight that's all for now!

toodle-loo!

Monday, October 16, 2017

someone special's birthday



yosh, hari ni birthday husband sy yang tersohor lagi awesome itu. hahah

would like to make a shout out;

a very happy birthday to my hubster, mohamad iskandar nordin.
semoga Allah sentiasa merahmati hari-harimu.
long live, good health, prosper and always be happy.

he's on his outstation now.
i remember that since sebelum kahwin pun,
time birthday dia biasanya dia akan ada kerja kat luar. hahah
kadanglah.
but he will be getting home today! jyeah.

will be updating later!

cya!

Sunday, October 08, 2017

AAs' updates

hai hui!
macam lama tak cerita pasal AAs kan.. specifically.

memandangkan hari ni hari ahad,
and sy banyak free time melepak kat rumah je (dan house chores semua dah settle by now- 12pm),
sy transferlah sikit gambar ariana and anaqi dari dalam phone to computer.

memang nak keluar rumah pun macam malas je ni,
sebab lenguh kaki, hasil main badminton semalam agaknya:P


bersiar-siar dan bertebaran di pasar (malam/tani) putrajaya.

update edisi pasar;
kalau sy seorang bawak budak berdua ni memang jenuh.
ada je nak menyinggah (gerai mainan selalunya :D).
ni husband ikut sekali, ok sikit. sorang jaga satu. kihkih


breakfast minum air milo kat depan taska.

haa ni lagi satu.
recently ada hari-hari dia (ikut mood) bila AAs tak nak ke taska dari ofis mama,
ataupun tak nak balik dari taska ke rumah.
etiher way.
puncanya satu je, sebab syok bermain.
kalau kat ofis, hey tak tau lah apa yang seronok ofis mama tu. kahh.
kalau time balik petang, lagi-lagi kalau ada geng, kemain meriah main kat playground depan taska.
sampai tak nak balik dan kena call babah diorang untuk datang ambik.
kadang akan dipujuk dengan ayat-ayat seperti nak pergi pasar, nak beli ice cream mc d dsb.
hua memang ai bersenam hari-hari macam ni (dukung anaqi sambil berlari etc)
anaqi dah la berat :P


ariana

ariana..
i can sense her wittiness growing.
kadang wittiness yang kita geram ok, walaupun ko tau kalau budak-budak kecil ada trick macam-macam, tu tandanya diorang smart.
hahaa.
trick macam mana tu?
i can't recall all of it.
tapi contohnya kalau kita kata tak boleh, nanti dia cakap boleh lahhh. boleh lahh.
ataupun pura-pura tak pandai buat benda supaya kita buatkan.
macam-macam lagi. tapi acik dah tua, acik tak ingat semua :DD
acik redakan jua. lolx



ariana kemain suka dengan yaya dalam kartun boboboi ni.

her fave is pink, frozen (zomg dah masuk fasa frozen. kuingatkan dia sampai forever and ever tak main dengan frozen ni. boy i was wrong! LOL), yaya boboboi, pj masks & my little pony.
haa semua tu dia suka.


ni diorang bergambar dengan boboboi pulak.



pika pika!


hantu durian?
yes, both AAs are.

pesaing makan durian.



geng di taska.

kat rumah,
kadang baik, kadang gaduh. haha
biasanya kalau gaduh, sy suruh diorang berdua salam and hug.
then akan ok balik serta-merta.
tapi kadang ikut kepala diorang jugak :DD


lepak di dataran putra (depan masjid putra, putrajaya)

anaqi sekarang dalam phase terrible two.
kalau mak-mak ni tau la terrible two tu macam mana.
kalau orang tak biasa atau tak tahu,
memang akan menganga kekaguman melihat budak kecik berusia dua tahun mengamuk-ngamuk hajat tak dapat, atau tetiba je mengamuk tak de sebab.
kadang orang luar akan fikir kita mak bapak ni mendera anak :'D
tapi sebenarnya tak.
memang ini fasa budak-budak berusia 2 tahun yang bila diorang upset tak dapat apa yang diorang nak (tak semua budak, tapi kebanyakan budak),
diorang tak dapat nak suarakan atau kenal pasti apa emotion diorang untuk keadaan tu,
alih-alih diorang salurkan secara mengamuk. atau nama lain, tantrum.
mengamuk di sini means diorang akan menangis dengan kuatnya dan kadang akan jatuhkan diri ke lantai sambil bergolek.. haha.
ko peluklah dia camne pun, dia tak nak.
until dia dah puas menangis and penat, barulah layan kalau kita nak peluk.
and barulah akan bertenang balik.
kadang solution dia, sy suh mandikan je.
biar cool down sikit.
sebenarnya sy sendiri pun kagum,
sebab anaqi sorang baby yang relax tepi complex.
nampak tenang je.
tup-tup nak masuk 2 tahun ni kemain lagi dia pulak bergolek-golek tu. HAHA


memanglah orang cakap, nak beli mainan for two, beli 2 unit ye. beli 1 macam ni la.. kena share. mula-mula rebut, tapi yang bagusnya sy slowly ajar diorang cara untuk berkongsi and take turns.



sy bawak diorang ke dataran ni sebab tempat luas.. haa lari la korang puas-puas kat sini :P



into both sweet and savoury.

bab makan,
anaqi ni senang sikit.
walaupun dah nampak dia pandai pilih and beritahu apa yang dia nak makan / tak nak makan,
tapi kalau nasi ke, mee ke, insyaAllah dia makan.
coklat semua tu tak yah cakap la.
budak-budak kan, haruslah suka.

ariana,
ada few things je yang dia makan sungguh-sungguh.
contoh keropok keping, pizza, roti canai dengan kuah dal..
atau nasi dengan selected lauk aje yang dia suka (macam daging kunyit, sup ayam..)
benda pedas sikit dia tak boleh makan. haha

tapi tak pe, sebab semua orang ada favor masing-masing.
dan kepelbagaian dalam pemilihan makanan.


time ni anaqi tengah potong rambut dengan babah. babah dia kena pangku.



tengah nak buat peace sign tapi tengah belajar lagi. kikiki

yang sy kelakar pasal anaqi ni,
dia pandai marah ye.
bukan marah apa.
kalau orang usik dia kat playground contohnya,
dia boleh toleh and macam sound balik.
amboi sangat, tak padan kecik.
kalau kat rumah, gaduh adik-badik dengan ariana,
kalau ariana usik dia, maka siaplah kau..
tak kena gigit, kena tarik rambut.
last-last kakaknya yang menangis. hahaha
ok ok sy tak patut ketawa,
tapi sy tengok sendiri depan mata,
so kadang fikir, kelakarlah budak-budak ni.
kecik-kecik pun kemain lagi diorang deal dengan isu.

ariana bariana kesayangan kami (anaqi pun! dua-dua kami sayang)

so yeah,
lain anak lain character dia.
memang tak sama.
kalau ko ada 8 anak,
rasanya 8-8 tu lain gayanya.

so sampai jumpa lagi.
nak bermalas-malasan je ni kat rumah. haha

babai!!

badminton match

our office is having this sports carnival for 2017.
some sports were already conducted; like the indoors, the volley, explorace, football and more.
only two games left before the gala night; that is the badminton AND the bowling.
each members much participated at least in ONE game,
or maximum TWO games.

i already entered the indoor game last time (ping pong).
and yesterday, i was with the badminton team for the match.

mee lee and i.



warming up first! (i already warmed up playing the badminton previously. lolx)

the first game started at 9.50 am..
and finished around 11.40 am.

good news; our team won!

medal time!









with the girls (and of course a boy :P. that's adam, siti's son. he followed his mom to our badminton trainings)

farini, siti (+ adam), me, mee lee and linda.
hazlin and puan raha was not in the photo.


group photo. taken before the game.



haha only mee lee and i made the mini-love pose :DD



that's a wrap for me (this year! lolx)

Thursday, October 05, 2017

AA's art project : building

last month ariana dan anaqi dapat assignment daripada taska.
buat projek seni; bina bangunan menggunakan bahan-bahan recycle dengan satu family.
kiranya 1 family, 1 building.

dan macam biasa, mama diorang lah yang gigih lebih.
kalau mama tak gerakkan team ni, memang tak menyiap bangunannya.
dengan babah sekali siap kena join. lolx

we made a castle.

sejak awal tahun tak silapnya, sy ada kumpul beberapa kotak.
lepas tu baru-baru ni pergi ikea, mintak kadbod yang diorang tak pakai.
mostly untk buat base dan pagar batu istana tu.

disebabkan masa tak cukup mana,
jadilah istana sebuah gedebuk macam tu.
we made it in two days.
jadilah tu. haha



kali ni bagi mengelakkan rumah berkecah secara extreme (masih berkecah, cuma minimum :P),
kali ni kitorang tak pakai paint.
kitorang pakai kertas warna dengan selotape/gam je.

tang berposing memang menang habis dua orang ni.
hahaha





anaqi.. ada la 1 part yang dia tolong buat kat istana tu.
yang lain mintak ariana buatkan. lolx








gunting rumput siap.



ikut instruction mama tulis satu-satu. kalau tak, dia memang tak belajar lagi eja nama anaqi.



taraa! ni la dia hasilnya. tali je tak jumpa, nak letak kat pintu tu. haha

Wednesday, October 04, 2017

octubre

hui, cepatnya oktober dah!

bila check-check entries punya archive kat blog ni,
satu bulan tu ada la 2-3 entries.
sejenis kemalasan apakah ini.
tapi tang instastory tu, rajin pulak sy post hari-hari. wah haha.

yang super malas adalah nak transfer gambar.
macam-macam gambar ada dalam phone ha.
tapi tak ditransfer lagi.
balik rumah pulak dah sibuk buat itu ini.
bila pulak nak transfer.

so!
ada la 2 keping gambar sempat kuupload kat phone via blogger.


badminton training.

match sabtu ni.. 7 oktober.
so gigihlah kitorang train.
ofis memang ada routine punya training, setiap isnin dan rabu malam.
tapi malam macam susah sikit.. (ada la pernah pergi sekali).
so ambik inisiatif sendiri, book court pada waktu petang. lepas office hour.
ada la geng-geng yang tak dapat turun malam, turun waktu petang.
especially kami geng-geng perempuan atau mommies yang bertangan sotong (macam-macam nak buat bila balik rumah). bahaha



bersiar-siar kat tepi tasik putrajaya.

sabtu lepas, kitorang sefamily sempat ke tepi tasik putrajaya, lepas breakfast.
ingat nak keluar ambik oksigen sikit.
asyik-asyik pi shopping malls je kan. HAHA
pulak tu area rumah kuarters kitorang, every morning bangun dok bau asap.
tak tau la asap apa.
so kesesakan nafas di situ.
pagi-pagi kalau tak selsema, tak sah (hidung ai sensitif)
tu yang pi cari pokok lebih.
putrajaya ni banyak tempat-tempat rekreasi.
so bolehlah pergi.


ok.
cerita lain sambung lain kali!
haha. nampak tak kepemalasannya berblogging di situ.
yang nak fast update, boleh check instastory ai.
hari-hari ada post situ :D
ezrylpark.

ok toodles!

Monday, October 02, 2017

BANDUNG TRIP : Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo & Airport

yoshh!!

akhirnya entry bandung final menyusul!! kahkah.
setelah lebih sebulan kot. ke dua bulan??! :P

ni semata-mata cerita tentang hari kelima, atau hari akhir trip kitorang ke bandung.
a.k.a. hari mencari ole-ole.
bandung ni terkenal dengan ole-ole makanannya;
paling famous macam brownies dan pisang salai.
kerepek-kerepek pun ada.
so kena beli hari terakhir, barulah fresh.


kartika sari adalah tempat yang agak terkenal untuk beli ole-ole sebegini.

kartika sari ni ada beberapa cawangan kat bandung.
kitorang pun tak tau yang kitorang pergi ni cawangan mana satu.
ikutkan aje supir yang bawak.


bahagian dalam kedai.

husband kata ingatkan super besar kedainya.. rupanya kecil aje.
sekali pusing gitu :)
kat rak-rak tu memang ada macam-macam jenis kerepek.
gula-gula, mainan pun ada.
tu yang kena 'bertarung' dengan budak-budak dulu.
pantang nampak mainan kan. haha


kat dalam ruang kaca, ada kek dan brownies.

hasil reckee reckee blog lain,
orang kata kalau nak beli brownies, beli kat amanda.
pisang salai pulak beli kat kartika sari.
so pisang salai sy beli untuk diri sendiri, family dan ofis daripada KS.
and brownies.. beli kat amanda selepas tu.

tapi sebelum sampai ke amanda.. kita singgah makan durian dulu!
*mata bercahaya. bahaha*

sekarang bukan musim, so tak de la banyak sangat duriannya.

harga pun tak murah, sebab bukan musim.
tapi masih murah banding dengan di malaysia.
kitorang beli durian tembaga.
rasa so-so saja, tapi isi banyak gile.
kenyang kami makan durian aje. lolx




anaqi dah tidur. rugi anaqi, rugi. :P



satu family kitorang, semua sukan makan durian. haha

lepas tu gerak ke amanda pulak.
kedai brownies amanda ni lagi la kecik.
masuk-masuk nampak kaunter.
lepas tu boleh terus order.




variasi brownies yang dijual. sy ambik yang original (coklat).





bila dibawa balik ke malaysia dan dimakan,
memang sedap browniesnya.
tak terlalu manis. just nice.
untuk pisang salai / cheese pulak,
dipotong nipis-nipis dan rangup.
bila makan, rasa macam makan pisang goreng pun ada. sedaplah.
tak rugi beli.
harga? dah lupa. bahaha. dalam RM7 ke RM9 kot duit malaysia.


dan sebelum berangkat ke airport,
kitorang singgah sekali lagi ke wong solo.
sedap kot! harus la pergi dua kali! ikiki.


harga makanan untuk rujukan korang. lolx






tauhu goreng diorang memang sedap. rangup weh!



ada jugak delivery. nampak tu nombor telpon :P



anaqi je yang beraksi, sebab kakaknya ariana dah tidur. hahaha. tag-team diorang ni, tidur ganti-ganti.



kali ni sy dapat set ikan.. hari tu nak beli, tapi ikan dah habis. alhamdulillah, this time ada ikannya.

sedap wuih.
ikan tu digoreng garing.
rasanya sampai ke tulang-tulang nak gigit. hahah
ada rasa macam bawang-bawang putih dalam tepung dia. sedap!


husband punya.


lepas makan, gerak ke airport.
say bye-bye to our supir.
sempat snap sekali.

gambar kenangan husband and AAs dengan iwong. terima kasih atas layanan baik pak iwong!



beli kudapan mee enaaak. makan kat airport dan 1 paket lagi bawak balik. macam mamee ni. sedap! ah apa je yang tak sedap kat bandung ni :P semua sedap.



snap photos sebelum kapal terbang berlepas.



ni time atas langit sana :P ada order flight meal.



anaqi memang tak boleh duduk diam ye dalam kapal terbang. hahaha. tabahlah kita :P



husband yang jugak dah kepenatan macam ai. lolx



dah larut malam dah ni. sempatlah kitorang solat dulu kat aiport bandung sebelum tu.


sampai KLIA, ambik beg, tung tang tung tang tengok dah pukul 12 malam.
sempat ke kedai telefon dan tukar balik simcard malaysia.
nasib baiklah sy apply cuti keesokan harinya.
bolehlah rest lebih sikit.

anaqi pun dok sibuk nak tolak troli. AHAHA!

begitulah percutian kitorang ke bandung.
sebelum ni melancong berdua je,
ni dah berempat.
memang agak keletihan mengejar budak-budak and whatsnot.
but we enjoyed our trip nevertheless.
souvenirs pun ada la beli sikit-sikit untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.

ni t-shirt bandung yang dibeli kat cihampelas sky walk. cantik kan design dia! recommended beli kat situ kalau nak pakai untuk diri sendiri. tahan lama and berkualiti.



ni pulak brownies dan pisang salai / cheese yang sy bawak ke ofis the next two days (1st day ai cuti. wahaha)

till next family trip!



OTHER BANDUNG ENTRIES:

DAY 1 - KLIA

DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas

DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur

DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe

Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir

Day 4 - Farm House Lembang

Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk

Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo & Airport