Wednesday, December 31, 2025

My 2025 Highlights

Assalamualaikum and hi! :)

Hari ni dah 31 Dis 2025 weyyyy.
How time flies.

Before 2025 saying bye-bye,
let's go through this year's highlights! ๐Ÿ’œ๐ŸŒŸ

JANUARI :
Yang tak boleh lupa, travel labuan-sabah-sarawak (hampir ke brunei) for work.
Gila tak gila kitorang. Naik flight, feri, bot, 4wd.. you name it.
Experienced tangkap ketam. Memang best!



FEBRUARI :
Paling mencabar time tu sy memegang jawatan Pen. Setiausaha PUSPANITA & buat kerja SU sementara SU baru masuk.
Then bila SU yang baru masuk, macam-macam isu (too private to tell here).
But long story short, sy kena handle sendiri mesyuarat agung without SU sebab dia pi labuan kot time tu. Alhamdulillah berkat kerjasama AJKs, our AGM went well.
Sy memang sebelum tu tolak jawatan SU cuz I know how hectic it was tp sy sedia je bantu SU baru. Tp tu la, what an experience.
I will miss Datin and all the PUSPANITA JWP girls :')



MAC :
Highlight of course, birthday my mom! Haha. Hajah zakiah :)

Oh oh, pingat hari wilayah pun buat bulan Mac. Time bulan puasa.
Sebab apa ye, rasanya time tu YDPA ke luar negara & tak sihat.
Jadi postponed daripada 1 Feb, to Mac.
My last istiadat with JWP. Sy memang dah rasa restless buat pingat every year.
Asyik kena jadi LO je HAHAA. And ada yg sy tersilap this year masa jadi LO.
So I was like.. may be dah terlalu tepu dengan istiadat that I want a break from it. hihi
(Doaku didengari)

Selain tu, hari raya bulan Mac.

Ada 2 gambar dengan raja & aizza,
Sebab sy jarang jumpa diorang.
APRIL :
Bulan yang busy beraya sana sini. Haha

My cous, Nadia kahwin!

Pergi genting dengan big fam.

And 27 Apr kot sy dapat surat pertukaran.
So time jamuan raya tu sy jumpa kawan2 ofis dan bergambar dengan diorang.

MEI :
Round satu building ofis dari tingkat 7 (top mgm) sampai G (BKK), salam semua orang sebab dah nak pindah. Boo hoo.

Masuk ofis baru! Woots!
Dok kalut fikir kena jaga parlimen hahaha
(Sebenarnya banyak je kerja lain mcm jaga meeting2 besar)

And anaqi masuk sukan.
JUN:
bulan birthday ๐ŸŽ‰ (mine and Ariana)

Bulan banyak keluar berjalan.
Outstation dan bercuti :D


JULAI:
macam-macam.
Team bonding, parlimen, gotong-royong sekolah.
Anddd durian!
OGOS:
busy dengan parlimen sebab tengah musim RMK13.
but hectic was good sebab buat semua ni dengan good boss, team & friends :)

Anaqi suka hot wheels dengan serius sekali. Lolx

Merdeka!
Rajin pergi time raptai je haha
SEPTEMBER:
bandung-jakarta trip.
Selepas bertahun tak pergi. Haha
OKTOBER:
birthday month! (isz, harith, anaqi, naura -- new bundle of joy!)

Naura zahira (anak kedua harith&durra) was born! Congrats!
*Xtau la kenapa gambar dari phone terotate macam tu. Sorry gambar durra tak de sebab beliau tgh berpantang time ni*

Masuk ping pong tapi kalah. HAHAA

Ariana exam PSRA.

Anaqi masuk hot wheels race putrajaya, menang duit no, 1.

Gambar dengan bos (SUB), datang singgah INTAN bagi 'duit poket' time bosses tengah kursus jusa.. hihi



NOVEMBER:
Makan BBQ atas sungai.

Another majlis anugerah.

Team building in Port Dickson.

Gambar beg ala brik tu, kawan ofis baru ai, Jamie bagi :)

Andd gambar with Tan Sri KPPA.

DISEMBER:
Andd last but not least. Disember!

Lagi majlis anugerah kat sekolah.

Jadi bidang terjun pembaca ikrar time majlis perhimpunan bulanan ofis.

First time rasa cucur udang chef wan. RM38, u ols. Sedap! (Time ni cuti-cuti melaka)

Singgah shah alam.

Anddd last sekali, cuti-cuti kat genting. Ni malam ni countdown kat bilik hotel je la kita. Hahaha. Dah tua ni malas nak keluar *ye la tu* ๐Ÿ˜‹



Andd that's my 2025 highlights!

Alhamdulillah for the 2025 air that I breathe.
Lotsa stuff there. 2026 tak lama lagi. Hope Allah grant all the good things ahead (insyaAllah!)

Azam tahun baru? Nanti la later on kita borak dalam entry lain.

Nak melepak sambil bercuti je ni HAHAA

Till then! HAPPY NEW YEAR 2026, readers!

Xoxo.

Random things

Assalamualaikum and hey!! :D

May be ramai dah start cuti hujung tahun kan.
So did I :)
I'm having a straight 10 days break.. yah haha.
Sebelum kesibukan says hello back. Lolx

So ada free time tengah lunjur kaki atas beanbag di puncak bukit-bukau ni,
let's blogging kejap.
Nak pergi swimming pun tak boleh, hujan lebat kat luar.

Some photos from my gallery:


Ada time-time rasa nak makan bento.
Chicken teriyaki bento dengan prawn tempura.
Sedap weh, makan satu hidangan lengkap. Kenyang sampai tahun depan :'D



Ni plate husb.. roasted chicken.



Snapped this photo kat ofis baru. So far so good.
Ofis pun luas & cantik.



Husb balik outstation bawak balik ole-ole.



Ni ha ole-olenya. Ada 2 beg. Satu lagi beg MK, warna brown.
Chose it via video call. Dua2 lawa, I like ^^v



Sekarang tengah musim durian. Durian tengah turn harga!
Durian perak and red prawn.



Dumplings.



Haa ni memang fave. Nasi goreng and tomyam from serai :)
Biasa dua jenis je nasi goreng sy order; either nasi goreng kampung (ada sate) atau nasi goreng Thai (yang dalam gambar ni)


Cakap pasal Serai,
Biasanya kat resto Serai cawangan lain selain seksyen 3,
set tomyam diorang either ayam or seafood.
Dia tak de tomyam udang saja.
So that day sy pi la Serai kat IOI city mall tu kan.
Ada seorang staff perempuan attended me.
"Eh tak boleh tukar." Dia kata bila sy request tukar yang seafood to udang sahaja.
"Saya tak makan sotong ni. Sebelum ni sy request tukar, boleh je." I said.
Ko tak tau ke ai ni customer setia Serai sejak dari sekolah rendah lagi kat seksyen 3 tu??
*Yes, dia tak tahu AHAHAHA*
Tapi dia berkeras tak nak bagi. Fine. Sy beli je, then sotong tu balik, bagi kat husb.
Dah la hari tu dia kata setengah jam siap, after 1/2 jam sy tunggu, tak siap-siap. Lama gile.
Next time pergi sana balik.
Kali ni, staff lelaki pulak jaga depan tu.
"Boleh tukar tomyam seafood ni kepada udang saja?"
Tanpa banyak soal, "Boleh."
NAHHHHHHHHH.
Sebenarnya yang kat cawangan cyber pun boleh tukar. BOLEH.
Kesimpulan; next time order kat staff lelaki je.
Avoid staff perempuan at all cost (I know I sound like sexist over here HAHAA tapi ni berlaku pun sebab layanan yang diterima. Tak pe next time kita try dengan staff perempuan lain pulak).


Random selfshot, tak tau bila shoot ni. Mungkin weekend, sebab sy pakai tudung instant fave tu. ahahaa



Seriously, lurve gile dengan tudung ni.
Instant, senang pakai, boleh buat tudung biasa, boleh buat flowy you name it.
Tutup dada & belakang.
Beli from Indo, online. I have three.
Next time nak try beli warna lain pulak.


Ni gambar masa anaqi nak gi sleepover 3 hari kat rumah kawan dia.


Masa yang sama, kakak dia jugak stay rumah kawan.
Babahnya outstation.
So tinggallah myself sorang-sorang kat rumah. Hahaha
Memang sunyi rumah tu,
Tapi tau je la Wani e ni banyak aktiviti, despite tak de orang di sekeliling ๐Ÿ˜‚


Beli makanan kat jalan MOF hari jumaat.
Lurve, sebab strawberi dari Egypt tu cuma RM10 and manisss.


Kalau beli strawberi Cameron yang jual kat putrajaya,
Setakat ni tak pernah dapat yang manis. Masam je. Hahaha
So yang Egypt ni I recommend sangat ๐Ÿ‘
Lepas tu beli shine muscat 2 bekas untuk potluck jamuan kelas Ariana,
RM10 untuk 2 bekas tu. Gile murah.
Sy pergi jualan tu macam gi food fest ye.. minus harga mahal.
Semua murah dan sedap.
Memang dah lama la sy tak pergi food fest.
Sebab tiap minggu ke jualan je. hihi


Akhirnya, sy guna dan habiskan bantuan SARA MyKasih RM100 yang PMX bagi.
Hujung-hujung tahun baru nak pakai. Tu pun membeli kat jualan rahmah back to school.


Yoshh nampak tu ada beg sekolah,
Bawah tu baju sekolah. Lolx
Memang functioned sangat SARA ni.
Baki mana yang berlebih tu, sy minta husb topup ๐Ÿ˜


Discovering resipi mi hun goreng dengan rencah udang kering.


Sedap sungguh-sungguh la,
Sampaikan ada yang minta resipi.
Resipi boleh cari kat IG waniezryl.
Cumanya tau la ai ni allergik.
Everytime sy buat and makan mi hun ni,
MESTI ada SATU ZIT muncul kat pipi.


definisi satisfaction; kari udang dan ikan goreng garing.



Bila rajin, kita masak nasi lemak.


Sy ni time hari kerja kadang tak masak ye.
Sebab banyak benda nak buat.
So kalau cuti, baru sempat nak masak meriah-meriah gini.
Btw fun fact; sy hanya makan sambal nasi lemak yang dimasak sendiri.
Jarang sangat (hampir tidak) sy makan sambal nasi lemak dari kedai.
Biasanya sy makan nasi lemak dengan condiments dan lauk sahaja.


Kegilaan juga ni; kuih bom/bijan daripada kedai I love you.
Kedai ni je kuih bijan dia lembut dan sedap. HALAL certified.
Cuma tak boleh makan selalu, nanti gemuk. hahaha



Lastlyyy gambar phone holder untuk kereta yang dah ditukar
(Yang lama rosak). Cantik kannn.

 


Ok dah, habisss. The end the end.

Monday, December 22, 2025

Bila rakyat ofis berhimpun dan menelusuri pencapaian, melakar kecemerlangan

assalamualaikum and haiiii!!! *Wave*

Ya Allah, bantuin Nabila! (Sapa clueless, ni dialog famous sinetron haha)
Banyaknya lahai nak update blog niiiii.
Event demi event berlangsung.
Saya hanya mampu update mana yang sempat je.

Lain-lain, korang follow je la Facebook or insta rapat-rapat.
Tu pun kadang tak berupdate jugak ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜‚

Siapa je yang update blog zaman skang ni *me! Me!*
Tapi pentingnya blog ni, sebab bila Google search, kita nak baca first-hand experience orang. Bukan nak baca website official.
Contoh ko nak tau pengalaman orang menginap kat hotel V.
Kita tak nak pergi website jual hotel je. Kita nak baca experience orang yang stay kat hotel V!
May be that's why I'm still here.. blogging.
After so many years.
Plus, ai ni setia orangnya ekekee. (Setia=tak ubah rutin)

YA ALLAH PANJANG PULAK MENCECEH.
Faktor usia agaknya :DDD

Panjang-panjang mukadimah tak de kaitan ni,
sebenarnya nak cerita pasal haritu ada buat event perhimpunan bulanan ofis.
Turn bahagian kami la kiranya.
Tema biru-biru di laut membiru gitu.

Ni dengan artis jemputan. Rocco & Abang Ranum.
Diorang ni lawak pun lawak, nyanyi pun sedap.
Kawan si Iqbal (geng sebelah saya). Lupa dah nak tanya berapa payment kena bayar.
PT*D, yet dah upgrade jadi retis ye.



Selebihnya, gambar-gambar kitorang je yang mungkin-korang-pun-tak-nak-tengok HAHA
Biasalah my theory; dalam gambar ramai orang, manusia biasanya nak tengok gambar and muka dia sendiri, muka crush dia, atau muka family dia je. Bahaha. Betul ke teori ni??
*Not! Tengoklah wajah-wajah murni colleagues ai itu. Semua ceria, bersedia untuk bekerja! Lolx*



Mana ai? Tiga dari kanan!




Geng baju biru cerah. Sat lagi ada geng baju biru gelap pulak.




Ha, kan dah cakap! :P




Sis sebenarnya ganti pn. FH baca ikrar.

 

Kisahnya, meeting-meeting preparation perhimpunan ni sis tak pernah pergi, sebab busy pergi meeting la, pergi parlimen la, bukak bilik gerakan la.
So memang tak berapa terlibat and datang hari kejadian, ingat nak tolong-tolong je.

Tetiba time full rehearsal, kena ganti pn FH baca ikrar sebab pn FH tak datang, ada kematian family terdekat (innalillah & salam takziah). So gitulah ceritanya.


Habis perhimpunan, kita bergambar dengan big boss.
Siapa big boss kitorang? Itu diaa TKSU*K JP*M.
Boss yang baik dan best, pada sy. Jangan la pindah mana-mana. Dok sini je, boss. HAHAA
Sebelah boss, TKSU*P. Baru masuk jugak. Bosses ramai pindah-pindah skang ni.


Selebihnya, gambar kitorang je ni.
Boleh tak malas nak taip captions? ๐Ÿ˜†

Haihs, tulis la jugak caption.
L2R: acap, hazwan, en adi TSUB, anis, ariani, cc juma, kak fiza, alya, ayuPA, Khai.
Depan tu kalau korang tak kenal, memang saja la :P



Wani, ariani, alya, Yana, ayuPA.
Depan kaunter tu pengujung hahaha






Ni kenal kot tadi. Abang Ranum; alfian and Rocco.



Semua nak bermanja dengan kak fiza :P



atiqah, member baca ikrar sama-sama.









Back stage thang.



Abang Ranum performed. Woots!



Ada juga majlis pelancaran pelan strategik & pelan risiko.
Tau, tau korang tak berminat nak dengar benda-benda serius ni hahaha.
*Sila ambik perhatian jugak!!*




Emcee of the day; Jamie & Khai.


Untuk goody, alhamdulillah kitorang dapat banyak sponsors ok.
Ada minyak masak, ada beras, buku, travel toiletries bag, calendar, payung, eh macam-macamlah.


Dah-dah, tu je.
Macam nak mengantuk je ni *padahal ada hutang satu lagi entry ni. Ahhh esok-esok je la sambung! Tidur lebih penting! :P*

Tu pun biasanya time nak tidur tu akan golek 5-10 minit, baca thread la, aktiviti lagha semua tu. Aigooo.

So cakap pasal tu, now dah masuk rejab, guys!
22 dis is one rejab! So perbanyakkan amal ibadah, aight!!

Dah, ni betul-betul nak naik atas tidur. TTatahhhhhh.

Sekali-sekala kena random

Assalamualaikum and heyyo! :D

Whaddup?

Life's been okay.
Dah rembang tahun, baru nak catch up mengupdate blog.
Zis is busy wehhhhh.

Haritu kite balik shah alam, wee hee~
Shah alam di hati, walaupun alamat IC kat dengkil. ahahaa~


Agak love-hate dengan telekung travel ala parachute ni.
Sapa-sapa ada teltrav para-para Sakura gini, ko tau la kenapa.
Lagi-lagi bila ada kipas berputar hebat atas kepala ko.


Babahnya outstesen macam biasa.
Sejak jadi ongkuat big boss perkhidmatan aw*am (perkhidmatan je awam, wajah tak awam ye. Awas loe! :P), beliau memang otstesen ke sana sini.

"Kamu tak rengsa ke beliau asyik otstesen?"
Tidaklah, jawapanku kepada netizens.
Beliau kan keluar mencari rejeki doblas suap nasi. HAHAA
Lepas tu ada je update story gambar dia tengah buat kerja. Kita ni jenis tak tanya mana, tapi gambar berupdate tu sentiasa muncul.
Kalau bukan beliau yang update, kadang ada je mata-mata ai di sana sini.. lolx
So gitulah. Orang dulu pun keluar lama pergi berperang dengan berdagang.
So anggap je gitu. Tapi babahnya pergi 3 hari je gitu. So jangan nak dramatik sangat ๐Ÿ˜‚

Cousin berdua tengah main PS5 kat rumah nek yah.


Memandangkan adikku faliq tengah dalam proses nak pindah rumah baharu,
sementara menunggu rumah beliau kat seksyen XX tu siap,
diorg stay kat rumah nek yah ni.
That explains the PS5 hahah.


Main dari petang, membawak ke malam.
Nasib baik dah mandi.
Kalau orang dulu, tak mandi, kena balun dengan getah paip :P




Gambar depan gate pun jadiii.
Dulu kalau nak gerak balik, biasa bergambar dengan kucing depan ni.
Skang kucing pun dah tak de.. boo hoo. Nak cari kucing baru la.
Azam 2026.. eh. :P




Gambar selingan, nasi lemak ciast yang sedap.
Rendang kerang jangan dilupa.
Jangan ditanya kenapa sy makan nasi lemak tak de sambal.

 


That's all, beautiful people.
Random tak random, kan. HAHAA
Bye!!


DITAIP MENGGUNAKAN: Yunzii Actto Retro Keyboard B305.
*Ye saya skang gilakan mechanical keyboard*
//random lagi. Bye!