assalamualaikum and hye! :)
sebelum sambung cerita di cameron highlands,
marilah right-click banner iklan di atas dan open in a new tab 😂 klik-klik daripada anda semua yang baik hati, akan menyumbang kepada kemaslahatan blog ini.. hihhi.
so it's the second day!
mana nak breakfast?
hotel kita tak ada sediakan breakfast.
so kita pergi ke pekan brinchang dan breakfast di restoran naimah 1malaysia.
situ ada roti canai, nasi lemak dan kuih-muih.
sy ambik kuih je. 2 karipap dan 1 pulut panggang.
alhamdulillah sedap.
hari khamis, hari bekerja sebenarnya. so tak ramai orang lagi. |
nasi lemak dan kuih-muih boleh ambik kat stall di kaki lima restoran. |
roti canai boleh diorder di gerai roti canai, hujung sikit dari restoran. nanti akan dihantar ke meja. |
lepas masing-masing dah kenyang,
kami gerak naik ke arah atas.
hajat di hati nak singgah ke tempat baharu, agro market.
agro market ni belah-belah on the way nak ke atas.. belum sampai atas lagi.
so tak de la jem apa.
selesa je jalan. dah la hari khamis, kan. haha
luas. bahagian luar dia macam ni. parking pun banyak. kat luar ada kedai-kedai macam kat kea market. tapi ni agro market. harga pun ok. |
haa satunya, agro market ni nak masuk kena bayar. RM25 je untuk 10 tahun ke atas. kanak-kanak 4-10 tahun RM10, lain-lain percuma. |
memandangkan berbayar,
so kalau nak elak sesak-sesak orang ramai,
bolehlah datang sini. mungkin tak seramai tempat lain yang masuk free.
mom. taman bunga2an. |
bunga-bunga kat agro market dijaga rapi.
ada pekerja dia akan tegur untuk tidak bersandar pada bunga2an.
ariana. |
me and anaqi. |
luas tempatnya! bunga2 pun cantikk. |
cuaca tak sejuk pun ye.
masa kitorang datang bulan mei tu, masih musim panas.
matahari di langit membiru.
jalan pun boleh berpeluh. haha
climate change is real.
nek yah (mama) and ariana. |
kiddos with swing. |
banyak tempat OOTD ya sini. ni ha tangga2 cinta. lolx |
haiwan2 pun ada ni ha, cuma berpagar la dan jangan harap nak pegang 😂 |
bagus la, owner agro market ni sure dah dapat menjangkakan,
kalau orang ramai, habis haiwan2 ni semua kena serbu 😂 so dia letak dalam kawasan berpagar.
macam kat sheep sanctuary kan terbuka and boleh pet haiwan. sampaikan biri-biri semua stress.
alpaca ke namanya ni. |
bolehlah kalau nak tengok biri-biri kat sini.. walaupun tak banyak. |
kolam ala di rom. wishing pond kot. sebab ada syiling2. tahyul betul sapa yang percaya adoiyai. |
ok satu lagi yang best kat agro market ni,
ada mini santorini. boleh bergambar laksana di negara greece gitu.
actually ada satu lagi tempat kat cameron.. cameron santorini.
itu yang belah atas2 area lavender sana.
tapi situ nak masuk ke bayar lebih sikit, RM40.
ada la kawasan yang luas macam santorini dan kafe.
cumanya sy harap tiket masuk RM40 tu boleh turunkan lagi harga. mahal.
better fokus kuantiti. walaupun kelau letak harga RM20, sure lagi ramai pengunjung masuk, lagi banyak untung maa.
mini santorini di agro market. |
belah2 atas mini santorini, ada kawasan untuk arnab dan kucing2 comelll. |
husb and AAs tengah tengok kucing. |
the secret garden. cantikkk. |
layankan je la ye gambar kami semua ni hahaha. ni kat mini santorini. |
susahnya nak bergambar kat tangga ni! sebab ada 1 couple ni dok conquer tangga tu tak habis2 bergambar. posing yang sama je pulak tu. sampai my husb tegur, baru nk gerak. orang lain semua kebil2 tunggu. |
tangga percintaan. hahaha. nampak tu ada love locks. tengoklah kalau ada rezeki pergi tahun depan, dah bertambah tak agak2nya love locks ni.. *of course!* :P |
perspective. |
husb. |
stop for a while and smell the flowers. |
haha. ni bukti yang time tu cameron tengah musim lalat! 😁 |
ye, musim lalat.
kat group cameron, time tu hangat diperkatakan musim lalat ni.
sebabnya petani tengah membaja kebun.
so baja organik kan.. faham2 sendiri la 😂
lalat di sana sini katanya.
time kami datang tu, tak de la lalat sangat kat kedai makan.
mungkin dah nak penghujung2 musim lalat agaknya.
gambar kenangan kat sini satuuu. |
haa nursery pun ada! |
walaupun nursery pokok tak la sebesar mana,
tapi best jugak and harga ok ye.
sy siap beli pokok daun kesum dan daun sup. setiap satu harga RM10 je.
kalau kat selangor, RM15 dah tu sepasu.
yes, thank you too, agro market! |
puas hati jalan kat dalam agro market,
berbaloi-baloi beli tiket harga RM25.
lepas tu kami ke mana pulak?
[bersambung!]
No comments:
Post a Comment