Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, November 02, 2015

the hospital experience

hi, everyone! :)

pantang day FOUR.
biasanya awal-awal ni memang berselera la makan singgang, ikan bakar, biskut semua tu.
everytime is lapar time haha *i should watch my eating, really! :P*

the baby tak ada nama lagi,
tunggu husband registerkan nanti. biar babahnya fikirkan nama.

the story of my labour experience. *untuk rekod, macam biasa*

pagi jumaat around 4am = start sakit contraction. at first ingat sakit biasa je but bila kira-kira sakit tu datang dan pergi selang 10 minit, then semakin kerap every 5 minutes, terus kejut husband bangun, siap-siap nak ke shah alam.

singgah rumah parents di shah alam, sempat solat subuh semua, baru pergi SALAM specialist. belakang rumah tu je ha. lolx

after register, terus naik ke labour room (LR). around 6.38am time tu.

makan breakfast, tunggu kat LR. lepas prosedur semua baru husband boleh masuk. beliau duduk di sebelah.

while the while terus baca surah maryam. lepas habis baca, pasang bacaan surah yang sama via phone. time tu dah macam semakin sakit. nurse suruh sedut wap untuk kasi mengantuk and lupakan segala kesakitan dan tipu daya dunia hahaha *ye exaggerate je tu*

time tu dah lost in my own world, tapi masih sedar jugak la.

tetiba dengar suara doktor. eh doktor dah sampai! time tu sedut wap bila tang sakit contraction datang je. and it got frequent. time ni berserah kat Allah la segalanya.

and around 10.45am, alhamdulillah delivered the baby boy secara normal. i always call my baby 'ahmad' sejak di dalam perut lagi. nama glamour dia.. hee. so they put ahmad in my arms *awwwww* dan lepas bersih-bersihkan baby semua, husband keluar LR pi azankan ahmad.

then lepak hospital 1 malam, makan makanan hospital (sedap!), duduk sesaja tengok tv, makan ubat, macam tu je la rutin kat wad. husband temankan tidur kat wad, dia bawak comforter and bentang tidur kat bawah.

thanks to my husband yang selalu ada di tepiku, my mom yang tak penat lelah *penat sebenarnya* menjaga sy and all my fams yang always be there for me. :') only Allah can repay you guys and your unconditional love. aicewah.

later on lah kita cerita pasal ahmad ye.
dia pun tengah tidur tu.. nanti tersedak pulak dia kita cerita pasal dia lolx

till then.
thanks for reading! :)


my precious number two.

Sunday, October 25, 2015

the time has not yet to come

hari ni ke SALAM lagi.
sebab lepas check up semalam kan ada bleed dengan liquid tu.
diorang suh terus naik ke labour room untuk check.
dipasangnya mesin tak-tau-nama-haha.. lilit kat perut.
20 minutes jugak la.

check-check memang belum ada contraction apa pun.
sy dah bitau kat nurse dah tak de sakit contraction,
cuma sakit tekanan kat bawah bila nak jalan.
may be tak dapat nak ke ofis, nak minta MC nak rehat baring kat rumah.
memang kalau dok rumah tu la kerjanya baring. haha. dasar.
(kalau duduk lama akan menjadikan tekanan kat bawah; tu yang buat sakit bila bangun and time nak jalan)

gigih diorang check, lepas tu check bukaan lagi *part paling tak best haha. doktor check best soft+sejuk je, nurse check apsal sakitttt lolx*
(for those yang tak tau, check bukaan adalah masukkan jari ke dalam vagina untuk check sama ada laluan bersalin tu dah buka ke belum)
ye kalau my gynae check, kejap je dia seluk and sejuk je rasa.
ni nurse seluk macam lama siap fikir-fikir berapa cm agaknya. haha

turned out dah 3cm.
nurse suh dok ward. nanti diorang boleh jaga.
sy cakap tak pe la, tunggu sakit contraction nanti datang balik.
lagipun rumah parents dekat je kat belakang tu.
nak balik putrajaya lagi ambik baju semua.
tapi nurse suggest jangan balik or pergi jauh-jauh.
standby je katanya kat sini.
jadinya husband je la balik sorang-sorang ke putrajaya tadi.. sobs.
tak nak la duduk wad kalau tak sakit lagi, kebosanan hoih nanti kat situ haha

nurse tanya jugak, kalau nak bersalin esok boleh je.
nanti diorang pecahkan air ketuban semua.
ai suspect diorang nak induce.
ehh tak pe lah. biarlah dia sakit normal dulu.
orang induce-induce ni biasanya kalau dah cukup 40weeks tapi tak de tanda-tanda lagi kan.
or ada komplikasi ke apa.
ni baru 37weeks. boleh tunggu lagi.
(lagipun kos induce tu mahal. kikiki. ye la, if tak perlu tak payah la guna, kan)

so baliklah sy ke rumah shah alam ni.
duduk berehat je sambil tunggu if ada tanda-tanda sakit tu.
kalau tak de jugak esok, kita balik putrajaya masuk ofis dulu la.
gigih lagi tu nak masuk ofis. bos harus bangga. hahahhaa hartamas :'DDD
tapi malam ni nak pi SALAM lagi. tengok kalau diorang boleh bagi MC esok.
jangan la tetiba kena tahan wad pulak kan.
ai don't like the warddddddd.

kbye.

Saturday, October 24, 2015

when oh the contraction and serai cyberjaya

sebelum sy update kisah beberapa hari lalu (iaitu pergi makan kat serai cyberjaya),
eloklah diupdate sekali kisah hari ni.
yang latest. ahaha

today pergi check up lagi kat gynae.
now memang every 2 weeks pergi check up.
so bitau doktor tentang kesakitan kat bawah.
doktor pun tak jadi scan, dia terus nak check bukaan laluan.
and she said dah 2.5cm!
i, dengan muka confusenya lagi noob bertanya "sepatutnya buka berapa cm baru masuk labour room?"
"3 to 4 cm," ujar beliau. hihihu
patutlah sejak semalam sakit semacam.. rupanya dah nak keluar!
ikutkan 'sejarah' sebelum ni, lepas doktor 'seluk' je mesti tak lama lepas tu akan bersalin.
i don't know yet either i'm right or wrong about this,
but now dah bleeding (bukanlah darah mencurah-curah tu, just liquid merah sikit-sikit je) dari lepas jumpa doktor tadi sampai sekarang ni.
tapi tak ada la rasa sakit senggugut tu lagi,
so hope and pray semoga esok je lah kalau nak contraction pun. wihihi boleh pulak macam tu.
sakit tu memang sakit, sebab tekanan kat bawah.
sama macam sakit yang dirasai semalam.
so now i'm confuse either ni sakit tekanan ke atau sakit contraction.
kalau contraction sakit lebih sikit. now tak sangat kot.
jadi buat kesimpulan sendiri, belum masanya nak menjengah balik hospital tu.
bagi ai tidur-tidur dulu malam ni :P
lagipun mama cakap, lepas bleeding biasanya contraction within 24 hours.
maknanya bukan la tup-tup terus nak bersalin.
oklah macam tu. kita rest habis-habisan dulu la macam ni. haha

berbalik kepada makan-makan kat serai cyberjaya hari tu,
dalam kepulan jerebu yang menghiasi dada langit *juga dada tak langit*
kitorang pergi ke sana. makan sempena ai is naik pangkat kiranya hahaa
kira dah habis tempoh setahun probation. so now it's confirmed.
jadi mari makanlah, apa lagi :DDD

good news jugak harini,
husband juga berjaya naik pangkat.
jadi mari la kita naik pangkat berjemaah jyeah!

buat kesejuta kalinya sy nak melaungkan;
sy suka makan kat serai.
be it serai seksyen 3 ke atau kat cyber *walaupun cyber ni mahal sikit la. may be sebab location?*
makanannya semua sedap.
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. eh wah tetiba kan.

group photolah. senyum masing-masing!!



tu air calamansi soda husband punya. mine; jus tembikai.



couple photo!!



teethy photo!!


order tak banyak pun,
tapi cukuplah untuk 2 orang setengah makan.
(setengah tu = ariana).

deep fried brinjals.

memang akan order bendalah ni kat serai.
terung yang kat cyber lebih nipis dan crispy. sedapppppppp
meleley air liur hoiiii


ikan siakap sos samrot (3 rasa). like no other.

asalnya sy nak ikan kerapu.
tapi habis.
selalu risau dengan ikan siakap, sebab kadang ada bau lumpur ke apa kan.
tapi yang ni tak de ok.
digoreng garing dan portionnya elok je untuk 2 orang makan.


sedap sedap sedappp x10juta


then ambik ni; buttered prawn.
seperti yang diketahui,
serai adalah terkenal dengan buttered prawnnya.
udang besar ok. udang galah ke udang harimau ni? not sure.
noob udang. lolx

serdak butter+telur dia adalah sangat generous!! lazat!



ariana dok ratah terung goreng je. haish tak boleh jadi ni, ada pesaing :P


makan sedap, tapi bil keluar punyalah kagum.
tak yah la bitau jumlah, tapi udang tu je sepinggan dah RM52!!
haha ha ha haa.
nasib baik sedap :DDD
tapau pavlova satuuu bawak balik :)
yumminess.

next time akan pergi lagi. haruss!!!
tapi bukanlah selalu.
kena time special-special, baru la rasa special. lolx

di kesempatan ni,
nak minta maaf kat semua.. atas salah silap sy.
doakan perjalanan melahirkan baby kedua ni berjalan lancar.
all the best to me.

toodles and good night! :)

Friday, October 23, 2015

quite a pain.

hanya untuk rekod,
harini kesakitan kat belah bawah perut adalah melebihi hari-hari biasa.
sambil duduk dalam toilet ofis, sambilku calculate hari ni beza berapa hari lagi dengan EDD (EDD tu tarikh jangka bersalin).
so ada lah dalam 23 hari lagi.
calculate pulak beza hari bersalin ariana dengan EDD yang dulu.
15 hari lebih awal.
each and everyday semakin berat pressure di bawah and semakin sakit nak jalan setiap langkah.
especially if nak buang air. kadang tak banyak mana pun urine tu. tapi seksanya rasa seperti minum 2 gelen air lolx
ni pun on off je sakitnya.
harapnya menyurut la.
may be braxton hicks je tu sebab tak de bocoran ke apa haha.
but still, akurasamacamtaknakkerjadannakbalikrumahjeniiiiiiiiiiii.

kbai.

Friday, October 16, 2015

jalan-jalan di IOI city mall

macam ni la orang yang tinggal kat putrajaya.
kalau tak alamanda.. IOI city mall. kalau tak IOI city mall.. alamanda.
tak pun mydin. hahaha

ni hari rabu lepas time public holiday tahun baru maal hijrah
*salam maal hijrah!*
kitorang ke IOI city mall untuk pergi membeli hadiah birthday husband yang akan kunjung tiba tak lama lagi :D
ye sy tak de nak surprise-surprise..
tanya je apa yang husband nak, nanti kita belikan.
sama la macam family members lain.
nanti surprise sangat tak terpakai pulak hadiahnya.. lolx.

sebelum tu let's go eat.. dah lunch time kan.
tak tau nak pergi mana..
singgah kat manhattan fish market.
lama tak makan kat sini.

bergambar dulu macam biasa ;)

ramai gile orang, ok!
dah beberapa ketika menunggu, buku menu pun tak dapat lagi!
so lambai-lambai kat adik waiter tu, mintak buku menu dulu.
tu pun tengok menu tak tau nak makan apa.. hahaha.


kemain peace budak ni. kena ajar dia teknik posing lain la pulak :D



wani in brightt purple-pink.


lepas ambik order tu,
later-later sampai lah makanan kitorang.
kita tak ambik seafood platter yang besar tu.
kita order asing-asing. small portion la kiranya.

ni husband punya.. apantah nama dia. ada ayam, scallop, fries dengan apa lagi tu *jenguk dengan muka tak tahu haha*



mine. kari udang dengan sayur macam goreng tempura ke apa tu with roti :D

haha nama menu pun tak ingat ok.
canggih sangat or may be i'm too old to remember.

then ke parkson untuk beli hadiah husband.
al-kisahnya husband nak kasut.
sebab hari tu dia terbuang dua-dua pasang kasut baru dia wah haha.
dia bawak pi outstation.
then bubuh dalam plastik hitam.
balik rumah, letak plastik hitam kat tepi.
datang mood rajin, dia kemas rumah and buang sampah.
terbuang dengan plastik hitam berisi kasut-kasut tu haha.
so this time kita belikan dia kasut-kasut la sebagai hadiah birthday ;)

baru dapat sepasang ni kasut kerja,
sports shoes tak beli lagi.


sementara tunggu husband pilih kasut, melayan ariana kat kerusi.

ada la budak-budak lelaki main-main kat situ.
tua lagi daripada ariana.
sekolah rendah kot.
dia sibuk kacau depa.
buat macam kenal pulak tu.
nasib la budak-budak tu baik, merelakan je kena kacau. haha

apa lagi, nak mengira la tu!



kemain suka ko ye dapat keluar jalan. ahahah


then nampak dinding lawa kaler grey *i love grey!*
why not snap gambar sikit.
kenangan pun sebab tak banyak snap gambar time pregnancy ni.

ariana my mutup pomel and i. haha



i'm on my 8 months journey, peeps! jyeah.

next week dah masuk 9 months dah.
gile la, how time flies.

tu ariana paksa buat peace jugak. hadoii haha

siap perhati tu, nak pastikan mama buat peace. ahkaka

then sempat la singgah dua kedai lain,
lepas tu balik.
penat wohh berjalan ni, selang berapa minit je asyik nak ke toilet.
lepas tu bladder tak boleh menunggu langsung pulak tu.
if dah sampai panggilan toilet tu,
setiap langkah tu mesti rasa sakit menekan kat bladder. seksa woih.
tabahlah ibu mengandung di hujung trimester haha.
memang tak boleh keluar lama-lama la.
kena balik rumah, di mana toilet adalah beberapa langkah saja dengan anda ;)

ok sambung lagi nanti.
da daa!!

Sunday, October 11, 2015

my saturday

semalam pergi check up kat SALAM.
now every 2 weeks memang kena pi check up.
dah week 35.
EDD will be on november 15th.
tapi semalam doc cakap position baby dah 'masuk' sikit kat bawah.
patutlah kebelakangan ni rasa pressure sikit bawah.. sakit sikit la kadang-kadang tu. sebab pressure tu kan.
btw semalam sampai shah alam lambat
sebab berpusing-pusing dalam putrajaya tu..
ada hari sukan negara kan.
so most of the roads were closed.
ni kalau emergency, jalan banyak tutup susah jugak.
jauh nak pusing wooo.

so bila dah sampai SALAM tu giliran no. 12.
last 2 weeks no. 3 ok sebab sampai awal.
tunggu lama sikit la.
dalam 2 jam baru settle kat sana sebab ramai orang.
tapi jumpa doktornya kejap je..
check rekod lepas tu scan.
tak nampak muka baby sebab dia tutup dengan tangan.. haha
tengah tidur.


duduk menunggu sementara tu.


then ada tempat main untuk budak-budak kat corner tu kan.
ariana dok la main situ.
elok je dia main.
ada budak-budak lain jugak.
tapi ada la budak lelaki ni 3-4 tahun kot. dah besar sikit.
jenis yang tak nak share.
kalau dia nak main tu dia tak bagi budak lain main.
tapi bapak dia punya la baik, tegur anak dia.
ariana kalau orang tak bagi share, dia selamba je blah pi main benda lain pulak.
tak de la dia nak rebut sangat.
tapi kadang kalau tak puas hati, dia akan cakap "nooo.. noo.." siap angkat telunjuk lagi.
macam la budak-budak tu faham kan. hahaha


main sambil siap menopang dagu.

sy perasan si bariana ni kalau main jenis yang suka nak belajar sekali.
sambil main dia sebut huruf la mengira la.
bayangkan kalau dia minum susu tu pun,
kejap lepas minum dia keluarkan botol dari mulut dia.
dia tenung botol tu.
ingatkan apa la.
rupanya lepas tu dia mengira ruler yang kat botol susu tu!
ahahaha kelakar la dia ni.

tapi dia jugak yang paling tak dok diam kat hospital tu.
budak lain tengah main mainan tu kan.
ada time dia lompat-lompat (sendiri la, tak kacau orang)
pastu nak buat aksi terjun dari kerusi la.
babah dia la jadi mangsa kena menyambut. lolx
tu belum masuk babah dia menyakat dia.
punya la nyaring si ariana menjerit sebab tak puas hati. hahah

ni time elok main sama-sama.

around 11.30 pagi tu habis check up.
balik rumah nenek atuknya.
dekat je pun kan.. sepelaung dekat eh. haha
then ariana tidur.
kitorang keluar pi lunch lepas solat zohor, tak bawak ariana pun sebab tidur.
makan kat PKNS je, kat restoran FC.
kalau datang sini memang suka makan chicken chop dia la.
tak pun chicken burger dia. sedapp.
sejak kecik kot makan kat sini.


hampir penuh la meja-meja kat sini. ramai ok orang makan sini.

restoran FC ada buat make over kot..
ada wallpaper baru, tukar lampu semua.
nampak lagi terang la kedainya.


seperti biasa, chicken chop ai!

yang paling heaven of course coleslaw dia.
yang paling sedap di alam semesta.
tak percaya pi order sana. :D

husband order chicken lasagna.
lasagna ni kira menu baru jugak la, tapi tak berapa nak baru.
sebab zaman dulu tak de pun menu ni.
ni pun kira first time husband order.
sy rasa-rasa la jugak.
tak menepati citarasa la kot sebab masam tomato sangat.
husband yang hantu cheese tu pun cakap cheese dia tak banyak.
may be menu tempatan, jadi rasanya macam tu. ntah.
tapi next time memang tak order la lasagna kat sini.
yang sedap chicken chop, burger, ayam, kebab pun ada.
yang mee dengan laksa pun sy jarang try.


chicken lasagna.

kebetulan semalam and harini kat SACC convention centre ada karnival hartanah bumiputera.
buildingnya pun belakang PKNS je.
why not kita pi jenguk.
walaupun tau tak denya rumah yang berkenan nanti.
nama je hartanah bumiputera, tapi rumah harga sejuta.
kegilaan apakah ini.
yang harga 500k pun biasalah, kat nilai sana.
yang apartment lagi la.. seunit je dah RM$400++ per kaki persegi.

tapi sy rasa pemaju-pemaju ni dah sedar,
market demand lagi banyak nak rumah harga 400-500k yang landed.
macam sime darby semalam btau,
unit yang ada sekarang harga 600k ke atas.
tapi lepas ni diorang nak buat projek more to rumah 400-500k ni.
ha tau pun.
not sime darby la, tapi pemaju-pemaju lain pun.
korang buat rumah juta-juta ni buat apa.
siapa nak beli banyak-banyak tu.
REHDA pun dah habaq hari tu,
banyak rumah menggapai awan yang harga mahal ni tak laku.
same as rumah landed juta-juta.
tengok la majoriti pembeli siapa.
bukan setakat orang yang nak invest je,
tapi middle class income family yang baru nak start hidup berfamily.
mana la mampu nak beli rumah juta-juta.
and kebanyakan nak yang landed supaya anak-anak boleh main kat tanah.
ni tak, fikir nak untung je.

satu contoh is rumah ecoworld kat cyber.
rumah kecik je. stok teres 2 tingkat standard.
harga sejuta ke atas ye.
tak kisahlah la pemaju tu pemaju besar ke well known ke.
patut syarikat besar dapatlah cut cost sebab projek mega kan.
ni jual macam tu punya harga.
apa nak jadi.
good luck with the buyers, tu je la nak kata.


tak ramai orang time kitorang datang.


memang agak lengang la time tu,
even dah pukul 3 and VIP dah rasmi semua.
time tu VIP tu ada lagi tengah lawat-lawat booth.


suasana.

boleh banding kalau baby expo kat sini haritu..
nak jejak kaki pun tak dapat sebab kat luar pun dah berderet kereta jam.
may be hebahan tak banyak or bukan priority orang mencari rumah sekarang sebab ekonomi etc.
(atau orang boleh expect dah harga hartanah bila ada karnival-karnival hartanah macam ni)

then malam tu dating kejap kat subang parade.
tengok wayang aje..
sebelum tu dah makan kat rumah (beli kebab kat pasar malam) and solat maghrib semua.
ada la dalam 2 jam je ke subang.
tengok hotel transylvania 2.
best jugak lah. seronok tengok.
ariana tinggal kat rumah dengan atuk and nenek.

MBO ni kita ada kad member dia.
so dapatlah beli tiket kat lorong untuk VIP.. tak yah beratur.
kat situ terus beli kupon popcorn semua.
so sampai kaunter popcorn je terus ambik popcorn.
nak masuk dalam pun dia bagi laluan VIP tak yah naik tangga. lolx


dapatlah bergambar sekerat je sebab ada makcik dengan anak-anak dia berdiri kat tepi tu :P

kombo popcorn dia dapat air large ok.
risau je nak minum banyak-banyak takut nak terkench kat dalam wayang haha
sy memang tak boleh, minum sikit je mesti rasa nak ke toilet je sekarang ni.
jadi nak minum kena hati-hati. hahaha

kalau kat subang parade ni, cermin dia ada kat belah atas lif :P

then habis tengok wayang, terus balik rumah shah alam.
ingat nak singgah parkson ke mothercare tengok barang baby.
tapi time tu lagi 15 minit nak pukul 10.. kedai pun nak tutup and ada yang dah tutup pun.
jadi tak sempatlah kita.
balik sajalah.
tengok movie kat ultrabook, tidur.
lolx

Sunday, September 27, 2015

weekend kita yang berjerebu

assalamualaikum and selamat hari ahad. xD

haze gets worsen.
ni sekarang ada kat shah alam, rumah parents sebab balik beraya and semalam ada first check up kat SALAM.
dah transfer daripada check up kat kerajaan ke swasta sebab nak bersalin kat SALAM, insyaAllah.
kat sana kalau check up just ambik BP, timbang berat, urine and scan.
so far semua ok and harini dah masuk 33 weeks.

tadi pun dah kemas-kemas sikit bilik,
buang mana barang yang tak nak sebab nanti nak letak barang baby pulak.

today tak keluar ke mana sebab kejerebuan yang melampaui batas. ahahah

pagi tadi lapar, masak nasi goreng daging.



nasi goreng daging awesomeness.

semalam ada la keluar kejap petang ke klang.
husband jumpa kawan dia kat kedai kucing..
sambil dia tanya tips penjagaan kucing.
sebab kawannya and kedai tu pernah masuk tv.. kena interview semua.
so kita tanya pada yang pakar :D


ariana seronok main kat kedai kucing.

kucing banyak situ.. gebu-gebu pulak tu.
tu yang ariana seronok siap lompat pusing-pusing semua.
tapi kat luar memang jerebu teruk la.

lepas tu kitorang pergi jalan ke AEON bukit tinggi kejap.
tengok apa lagi barang baby yang boleh dibeli.
tak banyak mana la, just beli baju dua pasang dengan barang lain.
lepas tu makan, then baru gerak balik shah alam.


vain snapshot kat fitting room. hahaha. now dah 8 months pregnant.

memang agak jarang snap gambar sendiri.
sebab malas kot. lolx
boleh kira la kot berapa kali snap gambar sendiri time pregnant ni.

balik rumah tu ariana penat, tidur dia sampai keesokan harinya.
12 jam kot tidur! wuahhh.

and kat bawah ni gambar yang lepas..
time raya kedua haritu masak, tapi tak post entry lagi.
tepek terus je la kat sini kan. xD

sebenarnya dah lama plan nak buat nasi minyak.
tin-tin susu sejat, minyak sapi, tomato puri semua dah lama ada kat dapur tu.
ariana siap hangkut ke hulu ke hilir buat main susun-susun la apa.
berbulan kot. ahahah
raya ni baru la sempat nak buat.
ai is tak tau and tak pernah buat nasi minyak ok.
google je resipi.
tapi resipi ni tak letak garam.
jadi macam tawar la pulak kan.
bila balik shah alam ni (bawak balik sikit) mama cakap eh ada lah letak garam.
resipi mana wani ambik ni? hahaha
ntah kita try and error je kan.
tak berapa jadi pun kita bedalkan aje :PP


cangg!! nasi minyak tak masin. hahaha


dan di-accompany oleh ayam masak merah.
ni first time masak ayam merah tak guna sos.
ai guna tomato puri dengan bahan-bahan biasa yang lain.
husband tolong gorengkan ayam (macam biasalah kitchen helper sy yang awesomeness itu).
turn out super sedap ok.
lain kali boleh la guna lagi tomato puri tu.
asalnya pakai pun sebab nak menghabiskan tomato puri dalam tin tu.


ayam masak merah sedap. tak pe lah nak puji masakan sendiri pun hahaha



buat acar mentah jugak.

lauk-pauk tu masak petang.
ingat memang nak masak gulai daging sekali, tapi hari tu kepenatan sungguh.
so makan dulu nasi minyak dengan ayam merah je.
nak masuk malam tu baru masak gulai daging pulak.
kita repeat makan la nasi minyak sebab masak banyak, 3 cawan beras.

gulai daging guna rempah gulai dan rempah masak cap ros.

so memang repeat la makan,
sampai ke shah alam pun makan nasi minyak lagi haha

everything in one plate. tambah rendang ayam pencen sekali.

begitulah kisah raya and weekend kita.
esok isnin sy cuti lagi.
eloklah tu, jerebu-jerebu ni malas sungguh la nak keluar.
sekolah pun banyak tutup kan esok sebab bacaan jerebu teruk sangat.
bilalahhh tukang bakar-bakar ni nak insaf.
peluh-peluh ni ha, bukak aircond pun lepas keluar bilik boleh peluh lagi. haha
camtu sekali dia punya panas.

oklah sampai jumpa lagi.
sat lagi lepas asar nak balik putrajaya.

toodles!!

Wednesday, September 16, 2015

braxton oh braxton

now pukul 2.38 pagi.
*apa, wani tak tido lagi??!*
sebenarnya dah tidur awal lepas solat maghrib tadi.
lepas tu bangun balik, mandi, solat isyak then sambung tidur.
ntah pukul berapa dah time tu.
tapi time tu ariana datang come and go macam tu.
kejap dia masuk bilik, baring kat sebelah, 'borak-borak'.
dia punya style la borak-borak tu haha.
lepas tu dia keluar, masuk balik bawak botol susu, minum susu.
then dah minum, keluar balik main kat luar.
then masuk balik golek-golek ajak borak lagi.
pastu sy buat-buat tidur pejam mata, tepuk dia sikit, baru dia nak tidur.

dalam pukul 12.30am macam tu tiba-tiba perut rasa tak selesa.
baby gerak semangatnya hoih dalam perut ni.
then perut mengeras, rasa kekejangan dalam perut macam tu.
tak pernah lagi kena braxton hicks, ni first time.
masa pregnantkan ariana dulu tak pernah kena kot.
tapi ada baca la jugak pasal BH ni.
now dah kena, ai pi google balik sebab ingat-ingat lupa. hahah

it said there that BH ni macam persediaan untuk bersalin nanti.. kecutkan rahim something like that.
dia macam acah-acah nak bersalin tapi tak pun.
and sakit or perasaan tak selesa tu datang sekejap je.
if nak bersalin betul, sakit tu akan semakin kerap.
ni alhamdulillah dah ok balik and perut dah tak mengeras dah.
tapi kadang tu rasa tak selesa perut jugak.
dia suggest baring mengiring ke kiri and minum air.
so sy tengah mengiring la ni sambil menaip blog entry.. kihkih.
ada air suam segelas kat tepi ni, husband tolong ambikkan.
dia pun tak tidur lagi dok main games haha.

yang bagusnya bangun-bangun tidur tadi, pergi ke depan living room ni tetiba tengok bercahaya je ruang depan ni.
sebab apa?
sebab husband dah kemas susun semua benda, yang plastik2 shopping semua dia dah asingkan and buang. nampak clean la rumah. lolx
nak mengharapkan wani e yang penat dan tertidur ni, memang esok-esok je la mengemas jawabnya.
fuahaha. dasar. :P

oklah tu je.
nak merekodkan kena BH je ni.
first time evah.
lenkali boleh sambut anniversary BH 16 september. kihkih
ok not funny.
tak nak lah, sakit kot.
kbai! :)

Thursday, September 10, 2015

what a tiring day

hari ni rasa kepenatan betul.
mungkin sebab duduk berterusan 4 jam dalam meeting room,
jadinya back ache plus mengantuk betul lepas tu and lunch pun lewat sikit.

balik rumah nak masak pun tak larat mana,
just panaskan ikan singgang semalam untuk ariana makan (dia pun balik dari taska memang dah tidur. lama jugak la dia tidur, sampai pukul 8pm).
then marinate ayam untuk di-grill je and makan dengan nasi panas.

time pregnant and kepenatan macam ni memang the helps from the husband sangat-sangat dihargai.
teringat borak-borak dengan kawan-kawan kat meja bulat that day;
from a guy's perspective, diorang straight to the point.
kalau nak minta tolong buat apa-apa, sila beritahu.
and from a woman's perspective pulak, sorang kawan ni cakap if dia lipat baju and tinggalkan kat situ, diharapkan husband boleh faham sendiri and ambil baju tu simpan dalam almari.
but in the end baju tu duduk situ je tak berusik. haha
it's true how men and women's thinking differs.

it's quite true tentang guys yang straight to the point ni.
sy kalau nak minta tolong husband buat apa-apa, sy bitau.
be it basuh baju ke sidai baju ke etc.
and it's a bliss to have him yang super ringan tulang kat rumah.
kadang teori kena bitau semua kat lelaki ni kurang terpakai jugak in our household.
sebab kadang kita tak minta tolong pun, husband tiba-tiba vakum rumah la, tukar pampers ariana bariana la, buatkan susu and even lipat kain without being asked pun pernah!
tadi pun time grill ayam, kita tinggalkan ayam tu kejap.
lepak bilik golek sana sini main internet.
then back to the kitchen tiba-tiba tengok dia tengah take over masakkan ayam-ayam tu. lolx
memang i really appreciate it, lagi-lagi time tak berapa nak larat sangat macam sekarang.
he even offers to hantar and jemput ariana pergi balik taska and suruh sy rehat.
how thoughtful of him.

good thing esok dah jumaat.
i need a good rest on weekend.
walaupun jenis tak duduk diam kan,
tapi kalau dah penat macam ni kadang kena jugak duduk diam-diam.
lolx
till then!

Sunday, August 16, 2015

entering the third trimester

hahah sendiri pun baru tau yang ini adalah 3rd trimester!
minggu ni dah masuk week 27, betapa tak perasan langsung.
major thing happened is i'm having a back ache.
patut pun back ache beria. kalau 2nd trimester biasanya tak de apa sangat.
sy dah lah jenis berjalan tak dok diam.
so bila jalan laju sana sini tu, duduk lama-lama pun boleh sakit belakang. adoii
hope Allah will ease this new trimester.

sekarang ni musim durian.
and i had durian a few times.
kadang ada orang tanya, orang pregnant boleh consume durian tak?
jawapannya boleh, tapi jangan la lebih-lebih.
makan sikit buat rasa je.
my limit is around 4 ulas je, lepas tu minum air masak.
nak makan lebih tu tak berani, takut badan panas, kesian baby.
and tahap ketahanan badan orang ni lain-lain.
jadi time nak makan tu ingat-ingat lah haha

dah plan kali ni nak deliver kat tempat yang sama juga deliver ariana 2 tahun lepas.
sebab tempat ok and dekat dengan rumah parents.
hari tu dah call tanya, diorang suh set appointment after last check up kat klinik kerajaan.. and that will be after the end of august.
kira hujung ogos la paling akhir buat check up kat KK dan my first experience nak minum air gula.
nak minum air gula ni kena puasa malam sebelum tu.
dan ianya bertujuan untuk check reaksi badan kita terhadap gula.. so ada diabetes ke tak.
tapi so far sy or family tak de history diabetes.
sy pun tak berapa suka makan benda-benda manis.
i am more to a savory person. lolx

oklah nanti sambung lagi.
husband request tempe goreng tu. kihkih
nak solat asar pastu pi goreng tempe :D
tata!!

Friday, August 07, 2015

a bun in the oven vol. 2

volume 2 katanya. macam album lagu pulak :DDD

yeap i didn't make an early announcement about it sebab ai is malas nak buat announcement. lolx
fam and friends yang dapat tau pun if kitorang jumpa kat mana-mana.
so prolly the close ones who got the early news. xD

i am about 25 weeks pregnant now dan bagi yang malas nak mengira *macam sy jugak hoahaha* estimated dalam 6 bulan macam tu.
(and i want to blog about it because i want to record it).

tak banyak snap full close up photos pun.
baru perasan, banyak photos adalah gambar separuh, tak pun gambar tengah duduk. tak pun ada ariana bariana menghadang di hadapan.
jadi kalau post kat fb ke memana, mana la nak nampak sangat kan.
ni ada la sekeping time raya hari tu. wah haha


heylo! kesopanan dan kesusilaan sangat gambar ni. jangan nak percaya sangat.. hahah

recap and non-recap of this pregnancy :

  • tak ada mabuk/nausea sangat, sama macam time mengandungkan ariana dulu
  • but on the first trimester, macam biasa, adalah meletihkan. aku-rasa-macam-nak-baring-je-hari-hari-malas-gila-nak-kerja. tapi semorang kata cargas tak nampak macam orang lain yang pregnant letih-letih. ye lah. ai letih tahu tak! haha
  • tak pernah lagi muntah la setakat ni. at least not beacuse of the pregnancy. pernah muntah sebab salah makan ada lah.
  • first trimester terpaksa makan asam sebab tekak rasa tak best. macam dah lama kot tak makan asam!
  • masuk 2nd trimester, kecargasanku kembali! kihkih.
  • check up kat kk p18. new place. government, tapi service tip top. nurse, doc, semua baik gileee.
  • setakat ni baru 1 kali scan, i.e time awal-awal pregnancy dulu. so tak tahu jantina lagi ye jangan nak tanya :D
  • hujung ogos ni baru nak scan sekali lagi.
  • EDD 15 november 2015. but if it comes earlier, bulan oktober pun ada kemungkinan.
  • tak de prepare apa pun lagi. boleh?! :P
  • berat naik 1 kg sebulan lebih kurang. kali ni daku tak segemuk dahulu. haha (now dah naik dalam 6kgs)
  • sudah feel the movements. quite active, i could say. precious2 (precious1 was ariana hahaha) rajin bangun subuh, tengah hari, petang, tengah malam.
  • aktiviti harian sama je. tak de allergic, tak de tak boleh nak masak ke or tak boleh bau this and that. semua ok je. masak macam biasa, makan pun macam biasa.
  • tembikai. tembikai is my ultimate food. bayam jarang makan pulak.
  • kali ni suka menonton thriller movies dan baca buku thrill. haha
  • tak de aktiviti merangsang minda sangat kecuali main games :DDD

nanti later sy akan update lagi for my own future reference.
but so far semua ok, alhamdulillah.
doakan semoga pregnancy kali ni dipermudahkan dan dapat deliver dengan jayanya. haha

hokey. byebye!!