Friday, November 27, 2026

birthday anaqi

assalamualaikum and hey hey! πŸ’œ

lahh baru sempat nak update birthday anaqi 30 oktober haritu 😌

birthday anaqi hari tu hari jumaat, hari sekolah.
so kita celebrate pagi buta tu sebelum dia ke sekolah.
itupun kitorang bertiga je sebab babah outstation. kakak pun baru bangun tidur πŸ˜‚

kali ni beli birthday creampuffs je. beli kek asyik tak habis je.
kek tak berapa laku kat rumah ni πŸ˜‚



petite creampuff set yang comel sangat ni beli online dengan dapomama.. pastu pick up kat taman topaz, dengkil. lalamove pun ada kalau rumah jauh.
pre-order 3-5 hari lebih awal,
korang boleh contact nombor sis ni kalau nak beli: 013-2422668 (fatin nadira).
selain creampuff, dia ada jugak jual kek pisang, kek marble, kek batik, brownies, cheesetart, kek choc moist, beryl.. ha macam-macam ada πŸ˜†


haa dengan baju sekolahnya kan πŸ˜‚


so malam tu kitorg nak pi la celebrate kita-kita aje kat sopoong d'pulze.
tapi jumaat malam sabtu tu jem teruk la kat cyber and d'pulze.
semua orang keluar makan kot. pulak tu baru-baru lepas hari gaji kan.
merata cari parking. pastu dok tunggu parking satu family ni, diorg masuk kereta tapi tak keluar-keluar wehh stress tunggu.
disebabkan lama menunggu, kitorang sampai sopoong dah lebih jam 9pm.
niat asal nak redeem birthday bingsu kat sana,
tapi staff dia cakap kedai dah tutup time tu wehh. macam tak masuk dek akal je kan, belum pukul 10, belum 9:30 pun, dah tutup.. hahaa. may be sebab dah full house.
pujuk punya pujuk, berbekalkan ilmu nego yang ada,
dapatlah jugak kitorang masuk πŸ˜‚

cumanya lebih jam 9pm, diorg dah tak buat bingsu. lohhh.
baiklah, kita makan je apa yang ada.


dapatlah satu seat kat sana.



cheese tteokbokki.



soy garlic chicken.


dah kenyang tu, bawak budak-budak main kat arcade.
orang pun tak ramai. kita celebrate sederhana je. yang penting enjoy. haha

arcade baharu kat d'pulze. cantik, warna-warni.



sampai buat macam rumah sendiri dah, melutut, bersimpuh, bersila semua ada πŸ˜‚


the next day hari sabtu tu pulak, kita bawak budak-budak ke jualan gudang mighty utan kat area elmina.
jauh rupanya elmina ni. jauh dari rumah nek yah kat shah alam.
makanya jauh sesangat jauh dari rumah kitorang kat dengkil.
rasa macam drive pi holiday je jauhnya. hahaha

tak de la beli banyak, sebab tak banyak yang menarik pun.
dapatlah fuggler, hot wheels gitu. dah le jauh jalannya. orang pulak ramai, sesak, padat.
next time beli online je la wani oiii.


pastu kelaparan, pergi kompleks PKNS, makan kat restoran FC yang legend.
dah lama tak makan chicken chop dengan coleslaw yang sedap tu 😽



pastu singgah rumah nek yah (my mom).
lepak-lepak jap, solat semua.
lepas tu pulang ke sarang. hahaha

anaqi, mama, ariana, wani.



akhirnyalah, nampak langit kembali biru.
kalau tak, berjerebu je.



cantik sebab macam painting.


disebabkan next weeknya tu dah nak exam UPKK,
tak de la nak celebrate sangat birthday anaqi ni ke mana-mana yang jauh.
babahnya pun outstation.
kita buat majlis bacaan yasin sempena anaqi nak UPKK dan sempena birthday dia jugak.
gambar bawah ni siap online dengan babah yang time tu tengah kerja memalam kat kampung angkat dia kat perak. hahaa




entry ditutup dengan gambar putrajaya bebas jerebu,
selepas sekian lama berjerebu. hahaa

 


byeee!!

Thursday, November 26, 2026

jalan-jalan bukit bintang beli squishy

assalamualaikum and hey! :D

throwback 3 oktober (sabtu) haritu,
kitorang satu family naik MRT / LRT ke bukit bintang.
aim nak cari squishy kat berjaya times square.
sebab orang kata situ murah-murah.
kan time-time tu tengah viral squishy.
so let's go!


kitorang ambik MRT di stesen cyber utara (PY40).
ni yang paling dekat dengan rumah di dengkil.


kalau korang-korang dari area berdekatan, boleh refer laluan ni untuk ke timesquare:

1. naik MRT Putrajaya Line (PY) dari Cyberjaya Utara - naik arah Kwasa Damansara.

2. turun di TRX (Tun Razak Exchange) - dalam 40 minit

3. kat TRX, tukar line - ikut signboard MRT Kajang Line (KG) - naik 1 stesen je ke Bukit Bintang.
*jangan confuse: kat Bukit Bintang ada 2 stesen. naik yang MRT, bukan monorail.

4. Dari MRT Bukit Bintang, keluar Pintu C (tanya kat kaunter kalau tak tau) - jalan kaki 5 ke 7 minit, terus sampai Berjaya Times Square ikut LaLaport.


nahh. know-know dah sampai kat bukit bintang! :P

papan tanda mc d besar yang ikonik di bukit bintang


kalau tak tau nak berjalan kaki ke mana,
bukalah google map, ikut je instruction dia ke timesquare.

sambil jalan kaki dari stesen MRT, sambil singgah-singgah.



budak-budak ni beli ais krim pistachio kat kunafa fingers.



sampai timesquare, kami naik tingkat 3. kedai toys park.


kedai ni memang dah lama bertapak kat timesquare.. sejak ai zaman single lagi rasanya dah ada.
sini sebenarnya banyak kedai jual squishies, kena masuk satu-satu and compare harga.
tapi kat kedai toys park ni, banyak yang murah-murah la.
especially squishy jumbo dia harga RM15 ke 20 je gitu.
tapi kalau nak kepelbagaian, sila la singgah kedai-kedai lain jugak.
lain kedai, lain squishy dia.


kitorang rambang mata weh dalam kedai ni!
walaupun kecik, tapi banyak gile pilihan!



sebab dah datang jauh-jauh, kita borong je apa yang nak. hahaa



bukan budak-budak je, mamanya pun sama naik :'D


yes, sy memang peminat squishy.
sebelum viral lagi dah ada a few squishies kat rumah.
ni bila dah ada macam-macam jenis and harga affordable, lagi la naik gila beli. hahaha









range harga. murah la daripada kat putrajaya/cyberjaya.



kalau ada yang nak berniaga, kedai ni ada jual harga borong jugak.



macam-macam ada, vaseline la, shaving cream, coconut oil, crunchy, ha apa lagi? sila listkan.






ni kedai happy boy. squishy dia tak banyak,
tapi ada some yang tak de kat kedai lain and harga ok.



ni ha squishynya. comelll.



ni harga RM15. lupa nama kedai, tapi sederet setingkat dengan toys park.
kedai dia banyak jual squishy and jenis roti macam ni kat luar.




kedai hot market ni jual barang-barang dengan harga rahmah.
banyak jual squishy roti. ni level 5 kot. korang boleh explore semua level kalau rajin.
kedai squishy ni merata-rata.. hahah



RM5 kot!!


lepas dah solat, makan dan kepenatan,
kitorang pun gerak la balik.
jalan kaki ke stesen MRT.
time ni ramai dah start moody sebab penat HAHAA
mama je yang masih bertahan, kaki kuat, semangat kuat :P


odw jalan kaki, singgah beli quesilla kat sidewalk. ni kedai arab.
sedap quesilla dia.



nampak tu muka semua orang πŸ˜‚



muka fresh awal pagi tadi dah berkicap πŸ˜„
tapi ai tetap semangat!


then balik rumah, rehat-rehat.
alhamdulillah.
squishies? ye, banyak gile beli.
ada la 2 plastik besar.
tu belum kira beli baju kat timesquare sekali. hahaa


entry ditutup dengan lukisan aneh-aneh oleh anaqi, di whiteboard ofis ai.

 

toodles!!

Tuesday, November 10, 2026

Kids' updates

Assalamualaikum and hey! :D

Ni pun satu lagi major throwback hahaha.

Entry ni khusus cerita pasal anak-anak je, tak de benda lain πŸ˜‚


Anaqi has this habit of inviting all his friends home. Itu uwais, seorang lagi ikhmal.
Hari tu diorang nak pergi karnival kat sekolah Ariana. All of them are 11.



Haa sampai dah! Ada petting zoo.



Wefie dengan snakey.. haha





Then the kids went fishing. Ramai orang weh, I cannot. Hahaa
Jiran diorang, Imran jaga tempat ikan ni.





Ariana and her friend, I forgot the name. haha





Agak panas ye cuaca hari tu.
Walaupun dah beli banyak kupon, I gave em all to Ariana and we went home.
Nak main games pun orang ramai sangat, tak sanggup nak queue.



last-last kitorang balik rumah and budak-budak ni sambung main.
Home schweet home. Yay!


Tamat! lolx
 

Catching up

Assalamualaikum and hey! :D

Just dumping a few major throwback photos,
sambil-sambil update kehidupanku yang sibuk ni πŸ˜†

The Paris photo.



Workstation in a shared room.
Me and my roommate, we're like ying and yang.



Joined a lumba Merdeka, tapi tak menang. Fine. πŸ˜‹
Itu ada ariani, wani, Iqbal & safwan. Our name is BUDAPEST.
Kanan sekali tu pilot, en Khalid.



Pusing satu putrajaya, on a 4wd.



Walaupun tak memang lumba Merdeka, I won a photog competition! (No. 2 je pun kau, waniii)



Went for a ceramah cuz our big boss tanya tak de orang pergi ke?
Me and room mate, we rushed there to support.
The introvert not so introvert me, siap tanya soalan.



Program cinta rasul in conjunction of maulud nabi.
Kami selawat. Tapi best selawat2 ustaz ni.

 

Ok I managed to finished this entry! Hahaa.

I typed this after a few days of cuti deepa.
So happy holidaylah people!

Toodles!!