Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Sunday, May 04, 2025

raya 2025

Assalamualaikum and hi! :)

SELAMAT HARI RAYA!
Ahahaa Syawal dah lepas, tapi masih gigih nak wish 😂

Ah, abaikan.
Ni blog sy kan, suka hati nak wish bila. Hahaa

So macam biasa, blog ni baru sempat nak update.
Macam-macam nak cerita, tapi masanya limited.
So kita dahulukan post hari RAYA dulu.

wajah penuh nur *harapnya* dua manusia di pagi RAYA.
Walaupun tak de make up lagi, harap filter telefon dapat membantu :P



So lepas solat raya, kita stalk mama kita tengah solat dhuha.


Being a girl on hari raya, it ain't easy ya know.
Time balik masjid tu la ko berlarian nak make up, nak panaskan makanan, nak hidang, nak makan, nak tangkap gambar.
Sapa boleh relate, kita geng 👏 *geng gigih katanya. Sapa tak gigih tu, sila ke tepi :P*

Macam biasa, kalau raya kat rumah, kite yang masak.
Sebab kite suka masak kot. Lolx

Zaman ni sy rasa zaman anak-anak muda dah yang masak.
Orang tua kita bagi relax je, beribadah, tangkap gambar. Haha
Ye la kat rumah in laws pun macam tu. SIL / biras sy yang masak.
Borak dengan budak ofis pun sama.
Dia cerita dia balik kampung, kenduri ke apa, dia yang kena masak.
Kadang dia cerita dia saja tak nak balik awal sangat, sebab apa-apa nanti dia yang kena buat. Lahh sabo je le hahaa. Kudos untuk beliau yang gigih!

Tapi ada je tempat yang masih merasa air tangan orang tua semasa hari raya.
Ikut tempat la.





Lauk-pauk raya kitorang sikit-sikit je.

Banyak sangat pun, siapa nak makannya. Esoknya nak balik kampung tok dah.

Btw, tahun ni kitorang beraya kat SHAH ALAM dulu. Petang ke BANTING. Then TERENGGANU.


Masak tu biar yang mudah-mudah je, tapi sedap di tekak sendiri. Lolx
Ni sup tulang, pakai rempah soto. Sedap bak ang. Tahun depan kalau ada rezeki, nak buat lagi la. insyaAllah. Makan dengan mi hun sup. Dah. Simple.



Ni pulak daging dendeng. Banano suka bethol makan dendeng.
So kita beli la HAHAHA. Beli, bukan buat.
Kanan tu rendang mak lang menu wajib. Walaupun namanya rendang mak lang, tapi sy yang masak. Resipi mak lang den (belah arwah abah).



Nasi himpit, kuah kacang, kek, sponsored by mama.
Kuah kacang sedap gak, order.



Ketupat palas, lemang, buah.
Hahaa kanan tu ketupat goreng deep fried. WAJIB ada. Sedap ye.



Air ribena laici.
Kekdahnya budak-budak ni kata tak minat ribena ada laici.
Si tuah (nephew) suka je air ni, tapi dia pulak takde, balik kampung belah tok mummy dia. Sapa nak, minum. Tak nak, bancuh air sendiri. Lolx *tapi diorg minum la jugak sebab dah terhidang hahaa*



Sup tulang close up.



Yums.



Raya hari tu tengah musim AI photo, ghibli studio.
So let's join the hype. Ni buat sendiri pakai chatGPT plus.
Gigih beli akaun sebab nak buat. Hahaa. Memang beza hasil daripada akaun free dengan akaun beli.



Sempat jugak buat action figure tak berapa action ni.. bahaha.


1st raya petang tu pergi BANTING (in laws),
pergi beraya la kejap. Lepas tyu gi rumah acik jiwan.
Then balik.
Ringkas je raya kitorang haha.

2nd day raya tu gerak balik kampung kat terengganu.
Alhamdulillah, ye kereta banyak, tapi tak jem.
Kalau orang yang balik days before raya, may be la jem.
Yang katanya sampai 10 jam tu.
Tobat acik.

3rd day baru keluar beraya lagi, kat KTcity (read: Kuala terengganu)


Baju raya ketiga lebih humble dan comel. Kihkih
Sesuai untuk jalan sana-sini. Ringkas, tak belengas atau ketibas 😂



Beraya kat rumah shah. Dia buat open house.



Kanan tu shah. Tokei kedai nasi dagang etc.
Memang rajin buat open house time raya. Semoga + murah rezeki shah sekeluarga.



Petang ke warung tok mang, makan ICT (ikan celup tepung).
Walaupun bukan setakat ikang; ketam, udang semua ada. haha



Lepas ICT, beraya kat rumah chu. Ni chu :)



Then ke rumah sebelah.. rumah mok jah dan pok ki.
Dulu ada arwah tok nun. Now tak de doh :'(



Photog masuk bergambar sekali.. haha



4th day. Sebelum balik, bergambar dengan tok yam.
Satu-satunya tok sy yang tinggal. Grandparents belah abah dah tak de, tok ki pun dah tak de. Tinggal tok yam je. Tu pun tok yam dah uzur, sakit orang tua. Harap tok yam terus sihat dan kuat. (Belah husband pun, nenek minem dah tak de. Memang sy ada 1 tok ni jeee)





Sayanggg tok yam!


And wajib acara bergambar kat tangga rumah,
Sebelum balik.
Sepupu sepapat semua memang gini kalau balik HAHAA

Time ni orang lain ramai dah balik.
Tinggal kitorang yang last.

Nasib ada tripod. So semua boleh masuk frame :P








Nanti kite sambung pulak cerita lain.
Penat dah la menaip. haha
Ni taip kat tab. So tak feel.
Laptopku skrin rosak. Belum sampai seru nak hantar repair, sebab mahal :P

Dahhh balik, balik! Hahahaha

Entry disudahi dengan poster raya PUSPANITA ofis kitorang.
Sy yang tengah tu. Sebab ketua keluarga 😂 *percaya la sangatt*



 

Thursday, April 18, 2024

jalan-jalan cari makan kuala terengganu

assalamualaikum and hi! :)

ni sambungan kisah beraya hari tu.
tapi sebab ni kes tak pergi berjalan raya,
kita letak kat entry lain. haha

memandangkan kitorang dah sampai kat terengganu,
maka let's jalan-jalan cari makan.
ICT (ikan celup tepung) itu wajibbb. 😌


sebelum tu, let's singgah kedai kopi buruk dulu.


kedai kopi ni asalnya durra and harith nak singgah.
so kita follow je.
fun facts; sy ni tak minum kopi.
jadi tak de la memesan. depa je hihi.
tapi jangan risau, air minuman lain ada kat sini.

yang specialnya tempat ni adalah suasana kedai dengan deco2 vintage.

raya keempat (sabtu) macam ni, kita pakai kasual je walaupun beraya.
baju kurung beli 2 pasang je gaes (dah habis pakai) 😆



husb. beliau order kopi.
sy tanya le camne verdict rasa dia?
ok je katanya, macam kopi biasa kat rumah tu. hihi


ariana manjang main phone 😁
yang penting cer tengok background radio dan tv old school belakang ariana tu. nice kan!




harith. punn posing jugak. haha




durra, candid kat sebalik tingkap kedai 😂
dia dok luar tu sebab menangkap gambar harith kat dalam. hihi




with SIL durra. sisters.




durra and harith.




kata-kata mutiara. ahax




suasana di dalam kedai kopi buruk.


ramai la jugak orang. almost full time tu.
belah kanan sana ada ruang meja-meja lagi.
kitorang dok la lepak situ kejap.
husb ordered lempeng dengan sambal bilis.
AAs minum sirap ais.
sy tak order pa pe sebab kenyang baru lepas balik open house.
haha



gambar kenangan dengan basikal tua kat luar kedai.
jangankan basikal, motosikal pun ada ye dalam kedai ni. haha



lepas tu kitorang gerak la ke teluk ketapang..
nak sambung beraya kat rumah mok jah (yang tu dah cover dalam entry sebelum ni)

so ada la singgah kedai kepok lekor bumbung biru BTB (bukit tok beng).
ala kedai kat simpang tu.
kedai ni kan famous.
tapi heran acik, datang2 je tak de ramai orang.
adakah sebab raya??
bahagialah beli tak yah queue panjang.
terus beli yang kepok vacuum 2x dengan rebus x1.

tepi depan tu ada jual kepok lekor goreng.
kena order dulu baru dia goreng panas2.
sedap weyyyyyyy. ha nampak tu panjang huruf Y. ahahahaa

crispy di luar, berasa ikang di dalang (dalam). haaa



balik dari rumah mok jah, gerak ke ICT (ikan celup tepung).
kedai biasa kitorang pergi; warung bidara @ pok mang.
belakang airport tu je.
boleh tengok pemandangan kapal terbang berlepas.


gambar ni nak tunjuk betapa beso nya udang dia bergolekan. haha


seafood fresh2, gaes.
sy ambik jugak udang sekor, sotong.. buat rasa2 lah walaupun kite ni terkenal allergik. HAHA

alhamdulilah tak allergik.
may be sebab betul fresh kan.


geng2 makan ICT.




order ketam jugak. tinggal ni je sekor. beso haaa. harga RM12 aje.
puas hati la makan, isi pejal (fresh). kongsi dengan harith sebab ai is kenyang makan sana sini hari tu 😆


buat yang nak merasa keenakan ICT di teluk ketapang, ganu,
jangan lupa mari ke warung bidara pok mang ICT.
memang sedap, goreng panas2.
warung dia kecik je, tapi ada peminat tersendiri.
kami la tu. kehkehh

plus, kedai pok mang ni rajin bukok.
rasanya raya kedua ke atau ketiga macam tu dah ada.







 

sampai jumpa lagi!! 👋

Tuesday, May 10, 2022

raya aidilfitri 2022

CAUTION : GAMBAR RAYA DAN MAKANAN BERTINGKEK-TINGKEK




assalamualaikum and hi! :)

first and foremost, rasanya tak terlewat untuk sy ucapkan SALAM LEBARAN TERKEJUT buat semua pembaca blog kecil2an sy. sorry for all my wrongdoings, salah, silap, terkasar bahasa, terkecik hati and whatsnot. ampun dan maaf dipintaaa.

apa2 pun, sebelum tu,
blog ni telah bertukar wajah setelah sekian lama pakai template lama! *woots!*
so tqsm, template lama yang dihiasi dengan javascript awan2, yang sangat la berjasa selama ni.
dek sukakan sangat template lama, itu yang sy pakai sampai bertahun2.. ahha!

tapi sebab ni dah hari raya, hari kemenangan,
plus hari kebebasan daripada virus durjana COVID-19 (hopefully),
kita tukarlah 'pakaian' baru sekali sekala untuk blog ini.
it's simpler and more neat.
melambangkan yang acik ni dah tua, tak de nak hassle2 semua.
nak simple2 je. haha

so enough ranting, marilah kita ke post HARI RAYAAAA!



yang dua2 kat atas ni adalah kad virtual selamat hari raya kitorang.
jadilah tu kan. haha.

yoshhh warna tema tahun ni adalah kuning pastel/cair/soft/slow :P
disebabkan tahun2 sebelum ni tak pernah lagi ada tema kuning.

dannn tahun ini dalam sejarah juga,
raya this time semua orang label sebagai raya terkejut, raya tiba-tiba, raya panik dan macam-macam lagi nicknames.
sebabnya, dalam kalender tulis raya hari selasa.
tapi bila tengok anak bulan, raya jadi hari isnin! haha.
maka berlari2an lah semua untuk meng-jive-kan planning raya yang dah lari sehari.

betullah, manusia ni hanya merancang. selebihnya Allah's plan. hihi

kami ni tak terkecuali la.
tahun ni raya kat BANTING dulu.. kampung in laws. ye dekat je haha.
so plan2 dia nak balik hari isnin tu la, nak masak2 dulu, bawak balik ke banting.
tetiba malam ahad tu dah umum isnin raya, terus tak sempat nak buat apa,
pack beg dan 'lari' balik kampung. lolx


tapiii rendang trademark ai saban tahun, iaitu daripada resipi mak lang ai ini telah berjaya dimasak awal. hahaha.


ye, rendang ni dimasak pada petang ahad.
masak 3 ekor ayam.
2 ekor nak bawak balik ganu later on (masuk peti ais), seekor tu buat makan berbuka sikit, selebihnya bagi ke jiran2.
jiran2 tepi ai ada yang indians, so every raya biasanya akan bagi diorang juadah raya sikit.

untuk side di banting, baru plan nak masak ayam masak bali, daging kunyit dan sambal goreng jawa.
tapi hajat tak kesampaian.
kita tak bawa balik rendang ke banting, sebab tau every year memang diorang ada masak rendang.
tu yang plan bawa rendang ke ganu.. sebab ganu tak masak rendang. biasa masak kari atau sate pagi2 raya.

ah, tak pe la. makan la apa yang ada. kihkih
sempat tu sy bawa balik sate kajang hj samuri yang ditemui dalam paket baharu.
just tinggal panaskan je. kuah kacang dan sambal dia, semua ada sesiap.


pagi 1 syawal. meriah juga meja makan walaupun raya terkejut.



bonceng motor dengan husband, pergi masjid terdekat untuk solat sunat hari raya.
lupa pulak tu pakai mask! nasib baik la acik2 kat tepi sy okey je. siap ajak share sejadah lagi sebab kena rapatkan saf.




rupa husb wife lepas solat raya. lepas ni ke kuburan pulak, visit kubur arwah FIL.


cuaca cantikk, panas molek.

balik2 dari kubur tu terus mandi balik sebab dah 'berkicap' rasanya hahaha

lepas mandi2 tu baru la siap2 berpakaian raya and get ready untuk beraya.


gambar raya kitorang dengan MIL yang ditangkap oleh ibal, BIL.




nah korang enjoy je la gambar raya ni kalau sudi. hahaha




ni gambar behave sikit. haha


lepas tu kita gerak ke rumah sedara mara terdekat.
biasanya raya2 ni akan ke rumah nenek dulu, tapi neneknya udah tiada,
jadi ke rumah sanak saudara yang lain.


beli mask warna candy ni. semua pastel2. cantik kannn.
tapi lepas tu baru perasan, Allah, tak de warna kuning! maka pakai mask lain. hihu




mask lain. cantik jugak mask ni. sekali sekala pakai mask corak2.


berita berkaitan COVID-19: mulai 1 mei, dah ada sikit kelonggaran dalam SOP.
contohnya optional untuk pakai mask kat luar.
tapi dalam building atau tempat yang sesak, masih kena pakai mask lagi.
lepas tu tak yah dah scan2 QR code mysejahtera.

so boleh kata, tahun 2022 ni merupakan tahun rakyat malaysia dapat beraya balik kampung tanpa sekatan. 2 tahun sebelum ni, beraya kat rumah masing2 je.
apa lagi, berpesta la rakyat malaysia.
jem kat lebuhraya tu jangan cakap la. haha
dengan PM siap bagi tol percuma pada hari sabtu dan ahad. *tq, PM!*
tapi disebabkan cuti tahun ni cantikk je tersusun,
maka orang boleh cuti lama dan tak terkejar2.


anak2. anaqi recycle sampin tahun lepas. kasut diorang pun yang sedia ada je.
dua2 sneakers.




nah! ni la dia rumah kampung yang saban tahun jadi tempat kitorang bergambar. haha




ni kak nora, SIL dengan anak beliau, bella.




mari sambung sesi bergambar!
orang lain dah berjalan ke rumah sebelah pergi beraya,
kita dok sini lagi bergambar tak sudah2. haha




banyak lagi gambar sebenarnya,
tapi kita share dua keping kat blog, sudahlah.
nanti muntah pelangi pulak pembaca dok tengok gambar raya kat tangga banyak sangat. lolx




susunan kasut2 rombongan kitorang beraya.




ini pun tak sempat jahit habis. hahaa
ye sy jahit bunga2an tu. ingat nak tambah pearl2 sikit. tapi tak sempattt.
[baju raya ariana]




time ni beraya kat rumah nenek sar.




tu ila, birasku tengah minum air.
dah cakap tadi, cuaca panas. semua orang kedahagaan.


haha memang ye.
setiap rumah kitorang dok minum air je.
tapi tak bloating pun.
may be sebab cukup2 je air tu dengan musim panas ni.



adik badik husb lepak2 di ruang tamu.




kasut wani dan sandal husb beliau :P


kasut tu asalnya bukanlah kasut raya sangat.
sebab memang tengah memerlukan kasut selepas kasut lama dihanyutkan banjir.
baru la sempat nak beli.
so alang2 beli time raya, jadilah dia KASUT RAYA, nak tak nak. haha

sy skang ni membeli apa2 barang pun secara praktikal.
baik baju, baik kasut.
beli yang akan dipakai selalu dan boleh dipakai bila2 masa.
kalau beli yang terlebih cantik, ntah bila nak pakai, kena tengok masa pulak.
kalau beli yang simple2, keluar jalan mana2 pun boleh pakai. ye dak.


di rumah wak udin dan wak indah.
disebabkan laman rumah yang cantik menghijau, kita buat sesi fotografi lagi.
walaupun time ni orang lain dah masuk dalam rumah untuk makan :DD




husb ai layankan je sesi gambar bergambar ni.
wak indah pun siap support and suh tangkap gambar di sana di sini.


sy ni bukan selalu bergambar posing2 and post kat media sosial.
tidak ye.
time raya ni la yang gambar terlebih sikit. lolx



lawa kan laman dia. ish rasa nak buat macam gini la.
tunggu ada bajet.




terimalah senyumanku yang tak seberapa ni. ahahha




disebabkan tak banyak gambar wefie berempat, kita wefie la sekali sambil2 beraya.


so alhamdulillah in a day,
settle la kitorang beraya ke rumah saudara mara terpilih.
kalau nak gi semua, sehari mana cukup woih.
tahun ni bersederhana je, lagipun family in laws baru kehilangan ayah (FIL).
kira tahun pertama beraya tanpa ayah.
side kami pulak, tahun pertama beraya tanpa tok ki.
so i told my husb, raya ni kita raya kat banting le dulu.
walaupun hat 3 tahun lepas dan sebelum2 ni juga ke banting dulu rayanya.
kita consider benda2 macam ni. no hal.
tak de nak rebut2 raya mana dulu.
tapi tahun depan raya side ai la pulak (kalau Allah lanjutkan usia ni sampai ke tahun depan). hihi
mama pulak, faliq hantar balik ke ganu lebih awal.
sebab ditakdirkan tahun ni semua anak2 beraya di kampung mertua dulu.


2nd day raya! bertolak balik ganuuu.


sempat la balik basuh2 baju, keringkan baju kat dobi dulu.
sempat jugak masak daging kunyit dengan singgang tulang jugak untuk bawak balik ganu sekali dengan rendang.. haha.
tak sangka, robotik jugak kitorang ni. bekerja dengan cekap dan pantas ;DDD

singgah beli KFC kat R&R.




singgang tulang, nukilanku. ahaks.


acik wani memang suka masak2 ni.
makannya tidaklah sangat,
tapi more kepada nak menjamu orang lain makan.
nak2 tengah raya ni, kita celebrate seadanya gitu.


daging kunyik, ganu styeee.
ada tambah kentang dengan carrot sekali.




rendang ayam kampung, bawak balik 2 bekas.
seekor sebekas. ni dipanaskan sikit untuk makan malam tu di kampung felda jerangau, terengganu.




ni lauk pauk yang dibawa balik.




ni pulak semua lauk pauk, ada yang cik mah (aunty) masak.
nampak tu ayam masak merah, ikan goreng.. sedap wohhh.



3rd raya menjelma. (rabu)

esok paginya, sambung panaskan rendang.
siap goreng ketupat palas lagi. ya Allah sedapnyaaaa. goreng garing2.


kalau tanya, tak muak ke makan rendang?
tak ye. rendang ayam resipi mak lang ni, sy tak pernah muak.
sy boleh makan berkali2. kikiki

masak juga nasi goreng ikan, buat breakfast pagi tu.


lepas tu kitorang ke kuala terengganu.
sempatlah beraya kat rumah kawan pejabat, hasnah di kuala berang.

hasnah yang tak putus2 terima kunjungan tetamu.
bizi wizi dia ni. hahah


lepas rumah hasnah, kitorang laju2 gerak ke teluk ketapang pulak.
lahh kedai kepok lekor tok beng tutup lagiii.
baru ingat nak beli kepok lekor goreng panas2. wihihi

lepas tu kitorang terus ke kedai ICT (ikan celup tepung) pok mang kat belakang airport.
memang port wajib ni.
kedainya kecik je, tapi nampak dah expand sikit.
bisnes maju.. alhamdulillah.

nah, gambar ICT buat tatapan semua.


kalau teringin, bolehlah beli tepung ICT pok nong.
ada jual dah lening (sekarang).
try cari kat shopee.


sy makan ikan pari celup tepung.




ni udang celup tepung.


lepas kenyang makang ICT, kita ke rumah tok nun (tok sedara) pulak.

haa ada rezeki dapat makan kepok lekor goreng.
alhamdulillah.


4th raya! (khamis)

kita masak2 pagi ni.. mi hun goreng. yum2.
ni pakai 1 paket mi hun.


kitorang plan gerak awal haritu..
nak balik dah.
plannya singgah ke genting bermalam 1 malam.
then baru heading back to dengkil.

kita snap gambar tok yam kita, jangan lupaaa :)


macam yang diberitahu kat atas tadi,
tahun ni pertama kali kami beraya tanpa tok ki.
baru je lagi tok ki pergi.. sebelum ramadan hari tu.
biasalah, sakit tua. tok ki dan tok yam, dua2 kami sayang.
al-Fatihah untuk tok ki. dan abah. dan ayah (FIL) juga.


ni pula pemandangan di dapur kampung tok.
with my makciks.
kanan ke kiri: me, cik long, cik arah, mama & cik mah.






with durra, SIL.
aiseh tak snap gambar naim haikal (anak sedara) pulak.




with ain pulak, SIL.




tradisinya memang gini,
bila nak bertolak balik tu, dok meriah2 kat depan ni.
bergambar, bersalam dan lain2 lagi.




the kids with faliq & ain.




the kids.




tata, semuaaa. sampai jumpa lagi, insyaAllah.




time ni kat mana ehhh.. temerloh ke..
tapi lepas2 tu, tak tak jem dah.
biasalah, tetiba kereta slow. lepas seketika, kat depan, tengok tak de apa2. hahaha



so settlelah sudah raya di kampung tahun ni.
kita sambung la dengan siri2 jamuan raya and open houses lepas ni.
mana2 yang nak puasa sunat syawal tu, mari2. banyak ganjarannya, insyaAllah.

dah, nanti kita sambung lagi insyaAllah.

toodles!