Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, January 30, 2019

festival light and motion putrajaya (LAMPU) 2018

orang ramai yang dah mula memenuhi festival LAMPU putrajaya.

assalamualaikum and hi!

ni sambungan lepas entry dorsett sebelum ni.

malam 29 disember hari tu, kitorang pun gerak ke festival LAMPU putrajaya lepas isyak.
jalan kaki je dari dorsett.
keluar-keluar dari tepi hotel tu, terus ada area food truck.
kat sana ada 2 area food truck ni.
satu lagi kat seberang jalan sana.
so ni yang seberang jalan sini.
tapi dua-dua sy pergi. foodie katanya. hahah


ramai jugak orang. maklumlah, sabtu malam ahad. nak dekat-dekat tahun baru pulak tu. aunty belakang tu siap photobomb lagi. kahkah

budak-budak sukalah kan,
tengok arca-arca berlampu,
beli mainan-mainan lampu.


bergambar dengan dinosaur.

agak best tahun 2018 sebab dapat masuk area VIP.. ada beanbags dengan kerusi semua tu.
tempat tu berpagar, ada orang jaga.
budak-budak pulak (AAs) sedap tidur.
time kat rumah, tak nak tidur awal.
kalau keluar jalan-jalan gini, nak pulak tidur awal.
hahaha

gelap gelita je. nampak gigi je HAHA. (yang kat belakang tu dah tidur sambil pegang belon ok) :P




tempat ni betul-betul kat tengah-tengah gerbang perbadanan putrajaya tu.. so view sangat ok.

dapat tengok light projection betul-betul kat centre,
lepas tu tak sesak sangat macam kat tempat lain.
light projection ni ditayang 5 kali.
5 kali benda yang sama.
so kalau tertinggal tayangan pertama, jangan risau.
nanti lepas habis satu pusingan, dia akan tayang balik.



salah satu light projection yang ada.



lawa kan!



dinosaur.



themepark!!

banyak lagi la snap gambar dan video,
tapi just letak a few je kat sini.


ni lah area VIP tu. kitorang duduk kat kerusi belakang sana.



banyak orang jual barang-barang berunsurkan lampu. nice!



saya beli flower crown ke apa namanya ni. tahun lepas ada beli jugak, tapi yang tu dah hilang, budak-budak buat main.

so tu lah cerita festival LAMPU kita.
overall we had fun, tapi slacknya sebab budak-budak tidur.
tak dapat nak berjimba lebih HAHA
lepas habis tengok semua projection,
dukung budak-budak balik hotel.
then sy keluar balik ke LAMPU untuk cari makan kat area food truck.
orang potong queue sangat melampau.
main terjah je.
tu la habit manusia kita dapat tengok kalau dalam ramai-ramai orang macam tu.
bukan dari putrajaya kot. mesti orang luar ni.
orang putrajaya selalu nampak berhemah. kihkih
(jangan marah, orang luar putrajaya. kalau korang tak potong queue, korang tetap awesome posum!)


till then.
toodles!

a stay at dorsett putrajaya

assalamualaikum and hi!

rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan.. HAPPY NEW YEAR 2019!!
*ahhaha 'rasanya'?!*

life's been hectic, hari ni baru sempat nak post entry pertama 2019!
hailah komitmen blogging sy semakin ke laut~
(nak letak aspirasi tahun baru = 'kerap blogging' pun macam malu nak letak. kihkih)

so!
back to our (backdated) story.

we had a stay at dorsett putrajaya during the LAMPU fest.
LAMPU fest ni adalah satu festival tahunan nak dekat-dekat tahun baru.. always being held in putrajaya.
nama penuhnya adalah lights and motion putrajaya.
yang tu kita cerita kat entry lain ok.

alkisahnya tahun 2017 dulu kitorang attend jugak LAMPU ni..
tapi bersesak teruk la dan agak jauh jugak nak menapak dari parking lot.

so tahun lepas (2018) sy berazam.. not another traffic jam anymore! lolx
kitorang decided untuk stay kat dorsett.. iaitu dekat-dekat area boulevard / perbadanan putrajaya.
so boleh jalan kaki je dari hotel dan skip the traffic-stress part.

ni kali pertama sy menginap di dorsett.
tapi kali kedua sebenarnya ke sini.. sebab sebelum ni pernah datang untuk site visit dengan big boss lama.
lawa la hotel ni. a pleasent place to stay, really.


bilik agak luas, katil king dan yang paling best ada balkoni mengadap pemandangan jalan belakang dan tasik putrajaya + masjid besi.

parking dorsett putrajaya ni terletak kat basement di bawahnya..
tapi agak limited la.
kalau time-time ada festival macam LAMPU,
silalah datang awal sikit.
tapi selain tu, semua nice. parking pun free je sebenarnya.
tak perlu validate tiket parking pun sebab tak pakai tiket.. bahaha.


bilik air. design moden dan baharu. memang lawa la. this is the second time i state 'lawa' kan? HAHA



a big mirror on the wall. lit.



ultraman muncul! :P



ni cermin besar kat wardrobe, tak silap. nampak macam kelebaran ai di situ. kihkih



hotel toiletries. comel-comel and sabun dia pun bau best. macam kat spa je rasa.

sy memang gile appreciate benda-benda kecik.. even the scent of a body shower or shampoo.
sebab ada hotel-hotel yang suka pakai sabun bau lemon.
bau lemon tak best dibuat sabun ok. hihi
jadi bila dapat toiletries dengan pleasent smell macam kat dorsett, sujud syukur di situ :D


barang-barang yang biasa disediakan di hotel. packaging pun comel. ikut tema burung.

fyi, putrajaya ni terkenal sebagai bandar habitat burung.
ribuan ke jutaan ntah burung-burung datang dari seluruh dunia and ended up menetap di putrajaya.
sebabnya ada habitat yang diorang suka.
ada tasik, taman dan alam semulajadi macam tu.
agaknya ada kaitan tak tema burung kat dorsett putrajaya ni?
just my humble theory :)


peeking depan cermin toilet. wahhaha



fahaman ultraman telah tersebar! *tekup mulut, terkejut*



barang-barang di dalam almari pun agak lengkap.

ada peti besi, sejadah, hair-dryer dan bantal extra.



ada cornered lounge sofa macam tu yang mengadap ke balkoni. boleh lepak-lepak tengok pemandangan putrajaya kat luar. nice!






peminat kereta jugak, selain daripada ultraman.



alah terlupa nak rotate. kalau rajin, bolehlah telengkan kepala dan baca. haha

sebenarnya kat atas ni mention tentang bantal.
yes, bantal! *muka excited*
kat dorsett putrajaya ni boleh request beberapa jenis bantal mengikut keselesaan kita (subject to availability).
betapa dorsett mementingkan pelanggannya, sampai jenis bantal pun diorang boleh sediakan.
cool kan.


ni pulak channel tv yang disediakan di dorsett putrajaya.



selfshot kenang-kenangan dengan si dorsett ni. haha



nombor bilik kitorang. cute kan? memang sini pakai tema burung. and tengoklah detailing kat nombor bilik.. macam ada texture kulit kan.



the corridor.



ultraman lagi. haiyo. haha. nak tunjukkan pool dia kat belakang yang best tu. infinity ok. view pun cantikk.

bummer sebab tak bawak baju renang budak-budak.
kesian diorang, dapat tengok je la kekdahnya. hihi

great view from here.


dorsett ni located kat bangunan suria mall.
ada hero hypermarket kat bawah tu.. ada 7e jugak.
in case la nak beli apa-apa.
cumanya suria mall ni tak de la meriah mana.
banyak kedai tak bukak. kedai makan je boleh survive kat sini.
yelah, mall dok kat tengah-tengah kawasan ofis kerajaan kan.
waktu malam kat pusat pentadbiran ni manalah ada apa.
orang pun tak de, semua dah balik rumah.
so memang tak 'hidup'lah suria mall tu.
kecuali time-time ada event macam LAMPU; haa baru meriah sikit.

kitorang stay satu malam kat dorsett, semata-mata nak tengok LAMPU. haha
walaupun satu malam je;
for a satisfaction rate, sy bagi 9 out of 10.
sebab sy suka semua yang ada kat dalam dorsett ni.
be it interior, amenities, detailing macam bantal pun diorang ambil kira.
so next time kalau panjang umur murah rezeki,
bolehlah kita ke dorsett lagi kalau nak tengok LAMPU fest.

aight that's all for now.
sy pun dah mengantuk ni.
nak tidooo.

k nyte2!