Showing posts with label graduation. Show all posts
Showing posts with label graduation. Show all posts

Monday, December 22, 2025

Ariana tiba-tiba dah grad

Assalamualaikum and hey! :D

Ha, kamu-kamu jangan nak scoff ke, menyampah ke dan seumpamanya
bila bukak socmed masing-masing dan nampak anak-anak Asia semua tengah grad.
Walaupun di tadika, walaupun di sekolah rendah,
mereka berhak untuk grad! :P ko apa tauuu. hahaha~

So cakap pasal grad ni,
20 Disember 2025 haritu, budak-budak darjah 6 ni grad.
Like, wearing robes, mortar boards and stuff.

Sapa-sapa makpak yang berkelapangan, bolehlah join.
Saya cuma mampu menumpang kasih gambar yang maknya-cikgu share kat group Whatsapp.
Kitanya kena ke parlimen *ai kan pegawai parlimen berjaya skang. Muah hahaa*
Husb pulak pi site visit kampung angkat ofis dia kat Kuala Pilah.. member nak buat majlis penutup kampung angkat tak lama lagi.

So layankan je la, Ariana.. makpak you ni busy bee.
Busy2 pun, ai tetap kepochi nak tau perkembangan anak jugak ye. HAHAA

Nahlah gambar.
Blog entry ni mostly untuk kitorang tengok je nanti-nanti.
Rasanya netizens tak nak tengok la kot.
Kalau gambar ramai-ramai macam kat bawah ni pun,
Netizens hanya akan cari gambar anak diorang je đŸ˜‚ *it's the truth.. admit it*


Ariana kat bunga matahari paling besar belah kiri.
Dia demam time ni. Kesian pulak. Tapi gigih nak pergi bergrad ye.




Tahniah, anak-anak! Dah berjaya tamatkan darjah 6!
Dah boleh kerja jadi influencer & instafamous! ikkiki~
(Nak kerja doktor, engineer, IT specialist.. kena pass univ dulu!)




Budak demam spotted. Korang kalau terrier, carilah. HAHAA
Kemain demam muka dia. Subtitle demam di situ :P











Dan lastly, ada gambar beramai-ramai photoshoot:
















Ok dah habisss gambar grad! *Thunderous claps*

Well, gambar banyak girls.
Tapi sy letak sebahagian je.
Bolehlah buat tengok-tengok je bila teringat.

Entry diakhiri dengan gambar kitorang berselendang organza.
Event apa? Maleh nak habaq. Hahaha

Toodles!





Apa tengok-tengok?? (Sy tak kata gitu. Sy santun orangnya. Kahkah)

 Bye sekali lagi!! ;)

Thursday, December 20, 2018

ariana's graduation day

assalamualaikum and hi!

bersiaran lagi kita selepas sebulan lebih. haha
memang lama betul masa diambik untuk update blog ni.
dasar malas update betul :DD

entry pindah rumah part 2 pun belum sempat nak buat lagi.

kita skip tu dulu.

ni, cerita graduation day ariana pada jumaat minggu lepas, 14 disember 2018.
percayalah, lagi nak sampai hujung tahun ni, lagi sibuk ofis tu entah kenapa. lolx
meetings semua dikejar-kejar nak buat hujung tahun.
tapi alhamdulillah, jumaat lepas dimudahkan untuk attend majlis ni.

(kalau tak, memang ada bengkel kena attend jumaat-sabtu. it's just that we have a really flexible boss. if kita tak dapat attend, ada orang lain boleh attend. macam tu la. my past experience tak begitu, kena paksa pergi kursus; i still remember. but then i ni 'ketegaq'. i kata A, A lah macam tu. maaf, ex-boss. i knew what's my priority and i stood by it. hehe)

ok balik ke cerita zaman sekarang :D
majlis tu started at 3pm macam tu, dah nak hujung hari, kebetulan kerja semua pun dah settle.
(pulun awal minggu superbanyak kerja. alhamdulillah now boleh bernafas sikit).
so kita ke auditorium.


everyone was there. babah pun. semua wajib hadir ye majlis keluarga. :P

sebenarnya gambar and vids banyak jugak.
tapi untuk blog, kita letak sebahagian je.

majlis ni bergabung dengan 1 lagi cawangan taska kat kementerian pelajaran.
(sadly baru tadi dapat tahu, 2 cawangan taska kat KPM & KPWKM akan tutup tahun depan.. sebab kementerian tukar tender baharu. nasib baik la yang kat ofis sy ni masih kekal. alhamdulillah).

majlis dimulakan dengan baca doa, nyanyian lagu deen assalam dan lagu taska.
comel sungguh budak-budak.
lagi-lagi part chorus deen assalam tu.
kemain kuat masing-masing lontar vokal. hahaha


ariana and four of her friends special sikit pakai baju kebaya sebab ada reading di pentas.



nyanyian merdu anak-anak.



meanwhile, si anaqi jumpa geng pulakkk si luth. masing-masing jenis pulun main kereta atas karpet, naik turun tangga audi tu dah biasa. hahaha



ariana's reading. baca buku tajuk 'shopping'. memang sesuai sangatlah tu dengan dia. hari-hari dok tanya nak pi pasar, nak pi alamanda, nak pi ioi. paling haru, nak pi jepun. haa :DDD



dapat certificate! gambar sekaliii dengan owner taska :)



tak lupa juga menempah bunga. ala-ala konvo. mak-mak macam sy memang over sikit. HAHA.

mana yang lama kenal sy, memang tau kot sy ni sukakan hadiah.
sy suka kumpul wrappers (muda-muda dulu la), balut hadiah, buat kad,
semua tu memang passion sy yang mungkin sesetengah orang takkan faham.
tu la kedai memory lane banyak dah tak de, sebab tak ramai appreciate nak bagi hadiah, kad.
semua pakat hantar mesej kat facebook je kalau ada birthday, sambutan dll.
so untuk graduation day ni, sy tak ketinggalan untuk hadiahkan bunga kepada ariana.
she loves pink, so i asked the florist to make a small, pink bouquet.
sukalah dia dapat bunga.


gambar (pre-photographed) dan sijil.



congrats, ariana!

kalau yang mana tak tahu umur ariana,
masa grad ni dia 5 tahun.
sebabnya taska dia sekarang paling tua, kelas 5 tahun la.
tu pun next year sampai 4 tahun je.
jadi next year 2019 ariana akan ke sekolah baharu.
insyaAllah, tadika daun biru. dah siap register ambik uniform pink-biru skirt-skirt dah. haha
babahnya eager nak hantar ke sekolah cina.. belajar mandarin dll.
katanya cara pembelajaran di sekolah cina lagi bagus.
we'll see.
tapi part mengaji muqaddam and iqra' tu nanti kena serahkan kat babahnya lah. hihihi


insyaAllah selagi diberikan hidup oleh Allah kat dunia ni, mama will come and support my kids in any occasion held. kejayaan anak-anak didukung oleh sokongan ibu bapa. ingat tu (mesej kepada diri sendiri jugak).

till then!
tunggu rajin nak memblogging nanti. hehe