Monday, August 31, 2026

Merdeka 69

Assalamualaikum dan selamat hari kebangsaan ke-69!

And yosh, tahun ni sy pergi ke sambutan hari kebangsaan kat putrajaya.. mah haha *gelak kak mah*

Korang tau la betapa gigihnya kesungguhan insan-insan yang nak  pergi sambutan Merdeka ni. Kena bangun awal pagi. Ada tu yang siap berkampung (dan bercamping) sehari sebelum event lagi, demi mendapatkan spot yang cantik *a.k.a. depan sekali*


Merdeka! 


Truthfully, sy tak plan pun nak pergi awalnya.
Sebab sy tau sesaknya macam mana.
Sy hanya consider nak pergi time full rehearsal je, macam tahun lepas.
Lepas tu hari kejadian, tengok kat tv. Selesa, kan. Hahaha

So I asked my kids, and diorang kata tak nak pergi yang raptai.
Ho, ok la tu. Lagipun sekarang musim jerebu. Tengok TV kat rumah lebih afdol :P

Tapi tetiba tu Ariana kata nak pi tengok air show.
Nahh terpacak la kami kat putrajaya pagi-pagi buta itu πŸ˜‚

Punch card hadir!


Serius, sy tak gigih untuk tidur di dataran sehari semalam.
Jadinya pagi-pagi 31 Ogos 2026 tu jugak kitorang gerak dari dengkil. 4.30 pagi to be exact.
Sampai putrajaya 5.00 pagi.
Pusing-pusing cari parking strategik, semua penuh tepi-tepi jalan wehh.
Korang ni datang pukul 3.00 pagi ke apaaa.. haha.

Last-last dapat parking spot baik punyaa kat dalam taman pancarona, presint 18.
Ni kira parking terpaling dekatlah ni untuk stock rakyat marhaen macam ai.
Kawasan tenang, dekat tepi dia ada kafe kecil bercahaya.
Dan yang penting 1 minit berjalan kaki ke shell (nak pi solat subuh dulu).

Lepas je solat, gerak dalam 600 meter ke tapak event.
Jarak ni dikira dekat. Sebab kereta lain park laaagi jauh.
Sampai ke highway pun ada.
Sebab jalan tahun ni, ditutup kaw-kaw.
Area core island tu memang tak boleh masuk parking langsung.
Tapi tak terasa jauh pun sebab sepanjang jalan tu ramai orang lain berjalan,
and ada banyak meja-meja tepi jalan, bukak jualan. Meriah ok.


Ni la spot tempat duduk kitorang, kat area KBS.


Mula-mula tu dah gerak ke area istana kehakiman.
Situ la pentas VIP semua. So kalau duduk situ, dapat tengok semua la, termasuk human graphic.
Tapi raaamai gile, 'ramai' yang tahap ko akan sesak udara kalau dok situ.

Itu yang kitorang berganjak ke KBS pulak. Haha
KBS selesa bak ang.
Ada jualan makanan, ada toilet, ada trak J&T bagi freebies πŸ˜‹


So duduklah kami di situ, enjoy the show.
Walaupun orang super ramai, masih boleh bernafas di sini. hihhi



Sekali-sekala sy singgah ambik freebies kat sini :P


Dan disebabkan aim kali ni nak tengok pertunjukan udara,
Kita fokus ke situ la.

Nampak clear dari tempat kami duduk/berdiri.






Air show, checked.



Untuk  perbarisan, sy tak dapat semua shot.
Mana yang lalu situ la.
Macam aset/jentera, banyak lalu dari arah seberang sana.. across the street.
Jadi tahun ni sy tak berapa dapat enjoy that show. Dengan orang ramainya lagi. Tapi meriah la *sebab tu sy suka pergi time raptai. Boleh tengok full depan mata, semua*
Tapi yah, layankan je la.
Next year kalau masih hidup dan bercita-cita nak pergi, mungkin akan try book hotel awal. Atau pergi raptai je. hahaa

Kita selfie sekali tanda semangat!!



budak yang nak pergi sambut merdeka tahun ni.



freebies yang berjaya diperolehi :D


Selamat hari kebangsaan ke-69, semua!

Merdeka!!

Friday, August 21, 2026

PBAKL 2026

assalamualaikum and hi! :)

harap blog ni tak dilupakan la.. (agak di'ter'lupakan. hahaa).

ni pun cerita bulan jun lepas.
simpan sini buat kenangan.

lawatan ke pesta buku antarabangsa KL (PBAKL), ikut rombongan ofis.

sy ni memang (insyaAllah) setiap tahun ke PBAKL / KLIBF.
walaupun buku dah menimbun meminta-minta untuk dibaca.. πŸ˜‚
kalau tak de rombongan, saya ambik cuti drive sendiri.
cuma tu la, sy ni tak berapa rajin nak drive ke KL. tau-tau je la jem dia.


naik bas rombongan cik kiah dengan ayuPA dan ariani, colleagues di ofis.
colleagues yang lain naik kereta ofis.



urus setia (pihak library JP*M) bekalkan kitorang nasi goreng dan telur mata. kuih juga. dan air. yum2. 



sampai!!



siap beli beg troli, semata-mata ye πŸ˜ƒ



di booth fixi.
sy tak banyak buku fixi. boleh dibilang dengan jari.
antaranya siri 'gantung' / 'musketeer'.



gambar ahli-ahli rombongan. hahaha



lukisan dan tulisan sy di board. "kenapa suka membaca?" lebih kurang gitu soalan dia.



ni colleagues yang naik kereta ofis tadi :P puan arfah, acap, cc juma.



iqbal, acap, yana.



ni magnet. selain buku, ada banyak stationeries dan artsy stuff. so nice.



kalau tanya sy, booth mana yang diserbu ramai orang?
jawapannya booth sumie ni. sy tak tahu sangat, tapi tak silap sumie ni channel youtube viral kegemaran kanak-kanak malaysia.



peningkatan tahun ni, ada 'naskhah selak/belek', yakni buku sample. buku lain dalam plastik.
yang menariknya, naskhah macam ni ada tagging dan catatan pada pages yang penting. menarik!



mencari novel seram 'kurungan ajal' daripada maria kajiwa.
selain tu, buku 'cold case' nukilan azmeer shah juga jadi buruan ramai.
paling penting, sy cari buku baharu karya puteri nor, 'kemboja untuk huneyra'. walaupun buku puteri nor tak banyak, tapi biasanya cerita dia berkualiti dan detail.


ada la a few books dalam list sy yang berjaya dibeli. alhamdulillah.

ada juga penulis-penulis kesukaan sebelum ni, tapi dah tak beli.
sebabnya penulisan mereka semakin boring.
sy ni dah la tak banyak masa nak membaca buku, jadi kena la beli buku yang betul- betul best. kan.


lenguh kaki sis.



antara yang berjaya dibeli. buku untuk AAs pun ada.




 

sekian.

Lokasi Surau Sunway Putra Mall

assalamualaikum and hey! :)

kembali lagi kita dalam rancangan di mana surau? hihi

kali ni kita cari surau kat sunway putra mall.

surau ada di tingkat 3 dan 5. tapi yang besar, tingkat 5.

naik sampai tingkat 5. kalau nampak escalator ni, gerak ke depan (ikut anak panah).



ni dari pandangan escalator. lepas ke depan, belok kiri.



jalan terus je dan follow anak panah ni, ke kiri lagi.



akan nampak deretan kedai-kedai. ada kedai semua.
teruss je.



nampak papan tanda surau, sebelah kedai baju batik tu. masuk.






masuk terus dan akan lalu lorong ke surau. ikut je tanda surau.






surau kat hujung ni.



jumpa dah pintu surau!



suraunya luas, bercermin kaca.
time kitorang datang tu, panas sikit.

tempat wuduk cantik!!


sekian eksplorasi ke surau.

sampai jumpa lagi! insyaAllah.