Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, August 19, 2018

beli langsir dan karpet di nilai

assalamualaikum and hi!

truth to be told,
memang agak sibuk kalau tengah prepare nak masuk rumah.
semalam beli cat (half) untuk cat ruang tamu, master bedroom and bilik budak-budak.
beli cat easy wash (boleh bersihkan contengan), 5 liter dapatlah RM90+ tak ingat exact amount la haha. beli kat dengkil town je.

upah mengecat pulak, kita minta tolong sama rabiul.
rabiul ni bangladeshi yang kerja jaga area rumah kitorang.
dia ambik RM200 je.
semalam beli cat, hari ni datang-datang, tengok ruang tamu dah siap cat.
memang pantas. haha

so hari ni tugas menyiapkan rumah diteruskan.
kitorang ke nilai untuk tempah langsir dan cari karpet.

langsir tu nanti diorang akan datang rumah untuk ukur.
beli kat ninety six moda (nama kedai dia). area bandar baru nilai.
tak tau la harga pasaran langsir sekarang macam mana,
tapi untuk black out curtain, dia charge RM45 per meter. murah ke mahal tu?
day curtain pulak RM25.
blinds pulak harga by square feet. kitorang ambik yang RM25 saja.
untuk bilik budak-budak, sy skip dulu.
sebab tak de pattern kartun yang berkenan.
may be akan cari later kat ikea.
kot ada yang tengah nak beli langsir and nak estimate bajet/harga;
kitorang beli langsir, railing dengan eyelet (gelung-gelung langsir).. untuk ruang tamu, sliding door, 2 bilik tidur, blinds untuk dapur and tempat laundry.
semua tu dalam RM3k.

so anggarannya kalau rumah korang setingkat/apartment,
get ready with RM2k.
rumah 2 tingkat, RM3k - RM3.5k.
bergantung jugak pada jenis kain.

---

seterusnya kitorang gerak ke nilai 3 pulak untuk cari karpet.
tak de la survey kedai to kedai.
bawak budak-budak ni memang serbu 1 kedai je.
malas fikir dah HAHA

kitorang ke kilang karpet prima.
dari luar dah rupa-rupa macam gedung ikea dah.
sebijik sebijan tulisan dengan warna dia lolx!
(sebab tak snap gambar sangat, sy ambik daripada instastory sy je lah).


nampak tu.. dengan capture view sekali keluar. haha


kilang/gudang dia besar gile ok.
memang taklah jalan sampai ke belakang.
sebab dah tengah hari.
anaqi pulak dah tidur.
so ronda-ronda belah depan je.
hajat di hati nak cari karpet ala-ala design ikea.
i.e yang simple, geometric atau abstrak je.
sebab orang dok habaq yang kedai ni murah banding ikea.
memang betul pun.
satu karpet saiz 5x8 boleh dapat dengan harga RM150 je.
design pun cun-cun.
yang lagi murah pun ada, tengok jenis.
karpet bulu-bulu ada sy beli dengan harga RM30 je.. untuk letak kat area wardrobe.
murah kan!

design yang modern. salah satunya macam ni.. dan banyak lagi.



rambang mata ok!



karpet budak-budak pun ada. yang besar macam ni RM100 saja. yang kecik sikit RM40.

memang cun-cun la design semua.
tapi ai is beli laju-laju sebab kepanasan dalam tu. haha
memang menang membeli.
sy ambik karpet untuk living room, dining table, wardrobe, master bedroom (panjang punya, tak besar), dapur dan satu alas kaki.. semuanya around RM300+ je.
ni kalau ke ikea dengan RM300, mau dapat satu karpet je. haha
nanti rumah dah siap, dah bentang karpet semua, entry lain akan menyusul. lolx

balik dari nilai, singgah alamanda pulak.
sebab nak potong rambut AAs yang dah panjang gemilang terbilang.
solat, makan semua sekali kat sana.

lepas tu baru balik rumah putrajaya.
fuh memang produktif betul hari ni.

Wednesday, March 29, 2017

kedai mainan murah di nilai 3 - lotus century

hari tu masa on the way balik ke putrajaya dari port dickson,
kitorang singgah ke nilai 3 kejap.
nilai 3 ni bukan setakat ada kedai baju, kedai kain, kedai barang kahwin, kedai karpet..
tapi juga ada kedai mainan murah-murah :D

kedai mainan yang kitorang singgah ni namanya kedai lotus century.

memang banyak mainan dalam ni,
jauh lebih murah daripada kedai-kedai mainan kat tempat lain.

ariana pun rambang matalah tengok banyak 'car' dan 'motor' hahaha.
nak beli basikal, skuter basikal pun ada sini.
ada yang harganya on sale.



sy dok pusing-pusing tengok mainan lain,
ariana dok mengekor sambil tak putus-putus sebut,
"nak motor, nak motor."
selagi tak dapat, dia tak berhenti ok! lolx

akhirnya babahnya decide, oklah belilah satu untuk dia.
tengok muka penuh pengharapan kan. haha
tapi beli yang on sale je lah.
yang motor panda tu harga RM200 lebih..
yang minion dengan mickey mouse (2 warna pilihan).. ada sale harga RM119.
tu pun masa bayar dapat diskaun lagi.


"berapa yang ni?" tanya husband.



mana tak rambang mata si ariana ni!

nasib baik la anaqi tak mengerti sangat benda-benda material macam ni.. bahaha.
tu pun dia dok tunjuk-tunjuk nak mainan itu ini.
cuma choice dia tak lah nak motor letrik la, nak kereta letrik la.
choice dia lebih affordable.. kihkih.


haaaa comel sangat semua ni!!

tapi ariana tak heran sebab dia dok sibuk sebut motor, motor kan.
kita tanya nak tak ni, nak tak tu (mainan lain).. dia tak nak ye.
dia determined sungguh nak motor.


comelllllll

banyak pilihan la.
kalau nak beli mainan untuk anak-anak,
atau nak belikan hadiah birthday ke, boleh singgah sini.
harga pun ok.

kalau set macam ni pun tak silap sy below RM50.



bahagian mainan untuk baby.

tapi janganlah expect nak mainan jenama macam leapfrog ke, fisher price ke, lamaze ke.. macam kat toys r us yang agak mahal nun.
memang tak de la kat sini.
walaupun begitu, masih best dan banyak choice seperti yang sy bitau tadi.

nak lego (bricks jenama lain), kereta remote, robot, ultraman, drone pun ada.
roller blade ada, playmat ada, kids' tent, safety gate untuk baby, few barang baby ada jugak.
yang berdekatan tu bolehlah datang check it out :D
kalau dok putrajaya, kira dekat dah tu.


sy snap ni sebab tengokkan rocking horse/animals kat belakang tu.

harga rocking horse tu seratus lebih jugak.. RM119 rasanya.
oklah harga tu.
lenkali boleh datang beli. haha
(anaqi suka naik ni)


wajah keceriaan lepas dapat motor. aicehh. haha

Friday, December 16, 2016

#AIF

what is #AIF?

haha it's actually 'alhamdulillah, it's friday!' xD

and as i know it, friday is my casual day.
so if there's no meeting *usually no meeting on friday*, i'll be wearing casuals.
cuma tak pakai seluar jeans la. hahah
kalau kat private dulu, hari jumaat boleh pakai seluar jeans :P


selfshot, or DBP calling it as 'swafoto'.

kan baru-baru ni viral tentang perkataan-perkataan bahasa melayu yang derived daripada bahasa harian kita.
so keluarlah 'swafoto' ni untuk menggantikan selfie.
sy tak tau hat mana datang perkataan swafoto.
is it being created by DBP or memang dah ada masyarakat yang guna perkataan ni secara meluas??
tapi macam tak pernah dengar lagi kan.

ada satu perkataan yang sy kurang hadam sikit.. iaitu bunting.
ye, bunting yang kita gantung atau put it on a stand tu kan.
kalau dalam BM, perkataannya adalah 'gegantung'. hihi.
pelik kan bunyinya?
tapi terima je lah dah DBP habaq lagu tu :P

tak berapa lama dulu, i was raising this word in a meeting yang orang dok pakai tapi salah faham maksudnya.
word tu adalah 'kolaborasi'.
selalu kan kita dengar. joe flizzow collabo dengan rappers mana-mana ke. haha
eh taklah, bukan collabo yang tu.
sebenarnya dalam dunia penulisan di ofis, orang selalu guna kolaborasi ni untuk menyatakan dia nak buat kerjasama dengan pihak lain kan.
while maksud sebenar adalah macam.. kerjasama dengan pihak musuh, macam pakatan jahat.
something like that.
tak percaya silalah semak kamus DBP tu. kihkih
sy tau ni pun sebab ex-boss dulu ada beritahu.
ex-boss ai kebahasaan sikit orangnya :D
so, makluman sy tu mendapat response daripada sorang boss dalam meeting ni.
dia cakap "narrow minded." berapa kali dia dok ulang narrow minded tu.
dia kata kat DBPlah kot words pelik-pelik maksud pelik-pelik.
well i don't know. sy cuma beritahu apa yang sy tahu.
nak komen narrow minded ke open minded ke, terpulang. lolx


sebenarnya nak cerita *cerita hari ni panjang sikit, sebab #AIF kan. hahaha hartamas*
hari tu kan lazada ada buat flash sale.
flash sale masa online revolution/cybersale.
yang first one is on 11.11.
second one pulak baru je berlangsung; 12.12-14.12.
lepas ni christmas sale pulaknya. macam-macam sale. haha
tapi sebenarnya cybersale ni boleh tahan murah jugak, cuma kena tau tengok baranglah.
contohnya masa 11.11 hari tu barang maybelline semua 50%. yang itu murah ok.
eyeliner harga RM69 jadi RM30 lebih je, ko bayangkan.
phillips pressure cooker pun turun jadi RM299.
kalau sale hari biasa, harga dalam RM315.

memandangkan blender sy kerosakan hari tu,
so gigih cari blender kat lazada.
beli pulak hari rabu sebab boleh dapat diskaun lagi kalau bayar guna kad kredit maybank. buahaha, jimat banyak tu.
beli magic bullet je senang.
sebab kita blender tak banyak mana.
magic bullet kan cup kecik-kecik.. senang nak blend.
memang teringin nak beli food processor; jimat masa chopping.
tapi tu lain kali lah, sebab food processor mahal sikit.
so lepas habis cybersale tu checklah balik.
tak ada dah blender magic bullet dengan harga RM80+.
semua back to RM130+.
and ada satu lagi item yang sy terperasan murah time flash sale.
dia jual penghujung hari 14.12.
iaitu tv LED sharp 40 inci. harga RM899 daripada harga asal RM1,500.
wowwee gila tu.
tapi tak belilah sebab sy tak nak beli tv.
husband yang kata nak beli hari tu. nak buat main games katanya.
bila tunjuk ke dia, dia cakap oh tak pe nanti hari lain ada lagi sale. ekeke
sy jugak membeli hadiah-hadiah untuk dihadiahkan kepada orang di lazada cybersale ni.
barang lebih elok, harga lebih murah.
so memang cybersale kali ni puas hati la membeli.
eh ehh tak de 'alah membeli menang memakai'.
ni 'menang membeli' sebab sy sekarang ni biasanya beli barang keperluan dulu no. 1.
yang kehendak tu tolak tepi.
kalau ada extra money baru beli barang-barangan kehendak.
tapi biasanya tak lah.
beli barang yang diperlukan aje.
contoh macam haritu kasut kerja dah macam hazabunnah kan.
tu je la 1 kasut ada. belah dalam dah tercabut-cabut alas.
pergi la beli baru. beli bata comfit. comfort je, best pakai. harga tak mahal.
alangkan zeti aziz pun beli kasut bata kan *motif nak samakan beli bata dengan zeti aziz?? HAHAHA*

baru-baru ni juga kitorang dok plan holiday pendek untuk hujung tahun ni.
untuk waktu cuti krismas dan cuti tahun baru.
gigih mencari hotel yang harga ok.
ok pun tak ok lah sebab peak time kan.. cuti umum, cuti sekolah.
tapi masih reasonable.
so just go for it.
kalau tak, sampai bila tak bercuti.
macam lama kot tak bercuti. dalam negeri pun ok.
nak keluar negara for now, tak de la lagi sebab nak kena mengangkut budak-budak kecik.
husband ada ajak tahun depan tu dia nak pergi turki.
tapi back packing.
memang tak de la den nak membawak budak-budak ni berjalan jauh wui.
so biar husband pergi berback pack dengan kawan-kawan dia nanti.
kita kirim fridge magnet je. hahaha
sy kalau sorang-sorang memang boleh kalau nak dibawak jalan.
sy ni naturally kaki jalan. HAHA
bukan kaki travel. means boleh jalan dengan cepat dan jauh. jalan kaki.
kalau kita dok jalan belakang orang yang jalan sangat slow.. macam, wakhh cepatlah sikit hui ko jalan slow-slow tu kenapa. laju la sikit! dah la block laluan, jalan slow pulak tu! macam tu :DD
tapi dalam hati ni nak comfort je lebih.
kalau bercuti, biarlah yang selesa dan dapat berehat lepas penat bekerja.
more to vacation, not travelling.
atau prefer parking dekat depan pintu dan sebagainya. menjana lemak sangat. kahkah
itulah maksud sebenar COMFORT. ngertik? :P

so tu lah.
esok dah saturday.
jadinya.. yay!

jumpa lagi!

Friday, November 11, 2016

friyay!

hoyeah it's friday! *or friyay as some say. hihi*

sorrylah lama pulak abandon blog ni.
time nak update tu, kemalasan menjelma.
ataupun sebab tengah seronok tengok movie, tu yang malas nak update.

the kids were alright.
ariana went well with the potty training.
i managed to buy her a small telekung *finally! after ages!*
anaqi berjaya ambik chicken pox's vaccine umur setahun (ariana dulu tak sempat nak ambik dah kena chicken pox. hihi)
anaqi taklah berjalan secara steady lagi, tapi ada la 2-3 steps ahead tu.
dia ni seorang yang agak kelakar sikit.
word yang dia selalu sebut adalah "ehh!" "ehh!" HAHA
ko kena dengar dia kata eh ehh tu memang macam kelakar lah.
lepas tu kalau dia tak dapat sesuatu benda tu, kemain obvious dia tunjuk devastation HAHAA
contohnya tak dapat capai barang ke apa kan. nanti dia bising-bising.
kalau tangan tersangkut dalam towel pun punyalah cemas dia macam towel tu dah sedut tangan dia. hahaha


time ni ariana tengah suap anaqi makan calciyum.



budak kuat makan tapi badan maintain (kanan) LOL!


cerita lain.
hari ni 11.11, 'jualan murah' online adalah berleluasa.
so pergilah kat lazada.
tengok ada flash sale.
flash sale ni adalah dia akan keluarkan 4 item baru setiap jam, and harga boleh tahan murah la.
contoh tadi ada milo 1kg 2pek, harga dalam RM20.90 ke macam tu.
pressure cooker phillips yang harga RM599 pun jadi RM299.
benda-benda macam tu memang laku and cepat habis.
sy dok beli barang maybelline je.. sebab memang murah diskaun 50%.
kalau check harga kat website lain pun, memang betul yang kat lazada ni half price.
ko beli lipstick dapat harga belas-belas ringgit je. jimat banyak tu.
sy suka beli lipstick maybelline sebab tak melekat, senang ko nak basuh untuk solat ke apa.
ada orang suka make-up yang tahan lama berjam-jam kan.
tapi nak membersihkannya tu leceh la nak pakai make-up remover lah apa.
then kalau nak bersihkan, kena check betul-betul sama ada dah bersih atau belum.
kalau tak nanti ambik wuduk, bawa ke solat, tak sah.
tak lah, sebab teringat hari tu ada tengok video prof muhaya.
dia kan ada klinik mata yang buat lasik tu.
dia cakap masa check mata patient (biasanya ada mesin check mata tu kot.. yang boleh nampak mata secara super dekat)
dia nampaklah bekas-bekas mascara kat mata patient dia.. tak bersih betul.
so benda-benda yang nampak simple macam tu pun boleh menghalang air daripada kena kat kulit.. boleh jadi tak sah solat.
sy pun teringat kalau kita pi surau awam.. macam kat mall ke, R&R ke..
if pakai telekung yang ada kat situ,
kan kadang ada bekas bedak coklat-coklat.. or mascara hitam terpalit kat telekung. tak tau la siapa punya.. yang pakai sebelum-sebelum ni.
maknanya make-up tak bersih betul-betul.
a reminder to everyone to make sure we are clean when we perform ablution (wuduk).
eh jauh pulak daripada cerita sale bawak ke cerita berwuduk haha.
tapi betullah tu.
make up, make up jugak. tapi time nak bersihkan muka, make sure betul-betul bersih.

oklah nanti sambung lagi.

siapa-siapa yang nak bershopping tu, sempat lagi before today ends.
tapi berbelanjalah dengan bijak.
tak semua barang yang diclaim as murah dalam sale tu; murah.
ada lah yang betul-betul murah,
tapi kadang ada yang harga sama atau lebih kurang sama je dengan harga pada hari-hari biasa.
so kena rajin-rajin compare.

okie dokie..
tata!

Thursday, March 31, 2016

GBS warehouse sale, PJ

recently i was looking for a new, affordable car seat for anaqi.
yang dia pakai tu dah 'mengecil' kot.. habis terjulur, terangkat kaki semua bila duduk.. ahaha

tapi bajet around RM300 je.. tak nak beli beribu.

last weekend ada GBS warehouse sale kat PJ.
since kitorang balik shah alam weekend lepas (sebab husband ada kursus kat luar),
so mengajak la family shah alam pergi sana.
nak tengok apa yang ada.

faliq&ain pergi baby expo kat midV.
sy tak larat nak pergi mengharung lautan manusia kalau bawak budak berdua ni.
kesian ke depa la nanti. haha

so let's ke PJ aje.


antara yang dijual kat sana.



banyak brand graco untuk stroller dan car seat.

tapi dah nama warehouse sale untuk barangan branded;
semua pakat harga ribu-ribu.. even dah after discount.
kalau toys tu may be la boleh dapat murah sikit.


ariana sempat main lagi.. haha

mainan hape ni memang best gile.
best dan berkualiti la.
tapi mahal kot.
kalau setakat tengok and main kat sana boleh la.
tapi kalau yang collector, puas hati beli.
sebab banyak mainan hape ni less RM100.
harga dia beratus kan.
so kalau mainan yang harga 599 boleh la dapat 499 camtu.





kat luar pun ada jugak.



tengok, boleh tahan best discount dia. mainan baby brand lamaze pun banyak.



barbie's.



ariana kemain ada gaya main mini grand piano tu hahaha



i want this! in my dreams! lolx

satu sebab harga dia mahal.
dua sebab i'm not a kid anymore.
beli pun buat hiasan je la. akaka

car seat?
dapat jugak la, tapi beli kat tempat lain. lolx

lepas kat warehouse sale tu, pergi memburu makanan di SACC mall.
makan kat de palma.



Monday, December 21, 2015

stroller hunt

happy monday! (which is not so 'blues' to me. lolx)

ye, disember ni bulan sale.
sale sale sale di mana-mana.
bukanlah semuanya nak beli on december,
cuma kebanyakan barang memang harga akan jual lebih murah daripada asal.
sebab nak ambik stok baru tahun depan.
so penjual banyak nak habiskan stok tahun ni.

we're looking for anaqi's stroller.
yang sekali dengan car seat carrier supaya senang nak hantar dia ke nursery nanti.
nak travel ke mana-mana pun senang.

sy bukan tau sangat kat mana ada sale ni.
so biasa tengok kat online store internet.
memang banyak sales, ok.
even beg storksak yang sy mention sebelum ni pun turun harga (turun pun tak murah jugakk T_T ada la dari 600+ jadi 499 macam tu haha)

kebetulan ternampak promo untuk stroller halford.. sekali dengan carrier.
and kebetulan online store tu ada physical store.

so ingat nak pergi tengok dulu.
besar ke tak.
sebab kereta ai kecik je, kang beli besar-besar mana nak muat kan.
yang stok tayar besar macam quinny ke apa toksah mengada-ngada nak beli. lolx

sabtu siang tu pergi la kedai tu.
belum bukak lagi. rupanya bukak petang.
so pergi kedai lain dulu kat seksyen 11. one baby world.
tak de yang display untuk stroller tu.
kalau nak tengok kena terus beli, baru dia boleh bukak kotak.
ehhh boleh pulak macam tu.
dah la tak de display, kena beli dulu pulak. then macam mana nak tau saiz dia semua macam mana.
ended up tak beli stroller kat situ.
tapi beli barang baby lain la.


strollers oh strollers.



bawak jalan tapi tidur. biasalah tu hahahaaa



yang kiri tu carrier saja.. bukan bersekali dengan stroller.

so postponed dulu hajat nak beli stroller.
tunggu kedai comel baby kat seksyen 7 bukak dulu, baru pergi tengok.

ok ni cerita hari ahad pulak (semalam).
tak de kaitan dengan stroller pun haha
pagi tu teman husband breakfast nasi lemak ciast.
lama kot tak makan ni.
sepanjang confinement mana boleh makan kan.
ni pun asalnya tak nak makan kerang.
tapi datang pun dah lambat pukul 10, ayam dah habis.
yang ada kerang.
roti canai tak jual pulak semalam.
so nak tak nak, orderlah jugak.

sedapnya nasi lemak ciast dengan kerangggg yum2. baru nak pantang seafoood. tihdakkkk.

hahaha.
dah, lepas ni kurangkan seafood.
ni kira makan terpaksa :DDDD

then semalam husband nak pergi outstation ke *******
so dia nak balik putrajaya dulu kemas-kemas beg.
ariana pulak dramatik habis menangis-nangis nak ikut babah dia.
sampai ke pintu lah dia menangis.


pilunya hati iniiiiii. aicewah.

dia memang manja lebih sekarang.
nenek dia nak keluar pun, kalau tak boleh ikut memang dia menangis kesedihan macam tu.
bergenang air mata. lolx


then mama and harith pergi la kedai baby tu lepas breakfast.
sy call dulu kedai, tanya ada display ke tak sebab nak tengok dulu.
turned out ada. yes!
time tu sy duduk rumah la jaga ariana and anaqi.
sebab babah diorang dah balik putrajaya kan.
malas la pulak nak bawak semua ramai-ramai pergi kedai.
so bila mama kata ok stroller tu, not so big, saya minta tolong belikan je la.


belum pasang lagi. nanti dah pasang mungkin kita akan nampak lagi di blog ni. haha

sy ni noob sikit pasal stroller dengan carseat baby.
tak tau mana brand ok mana tak.
sebab banyak kot brand.
even stroller sekarang ni, yang ala-ala imitate pun ada.
macam brand baby zen yoyo.. ada je brand lain macam yuyu lah apa. haha
kira yang lebih murah la daripada original.. but still okay.
harap halford ni ok la kan.

dan entry disudahi dengan gambar anaqi baru lepas mandi.
haha

toodles! :)


oh helo hai!

Monday, November 09, 2015

buying online - tropika baby herbal cream


haa dah sampai.
kalau kat kedai ni harga RM39.90.
beli online time promotion, dapat RM30 each.
campur postage masih kira murah lagi. xD
simpan buat stok. haha

bagus krim ni, pakai sejak zaman ariana lagi.
elok untuk kurang/elakkan demam selsema batuk kembung perut baby etc.
virgin coconut oil based.

ni dok rumah tak dapat keluar,
beli online je la kita haha.

ok till then!

Sunday, September 06, 2015

siap sedia beli barang baby

today dah masuk week 30.
plan nak beli barang-barang baby sikit demi sikit *lama-lama jadi bukit. fuahaha*
semalam baru sempat beli first batch.
mula-mula ke kedai manjaku kat bangi.
ingatkan ada la diskaun or harga murah daripada tempat lain.
rupanya kad diskaun maternity dia dah tak ada.
and harga memang standard macam kedai lain or even lagi mahal.
so tak jadi nak beli kat situ.

kitorang gerak ke jusco cheras selatan untuk beli apa yang ada.
tapi tak de sale apa pun. sebab merdeka sale baru je lepas.
tak kisahlah tak de sale pun, kita beli je haha
asalkan tak bersesak, tenang sikit nak shopping :D
plus, harga kalau tak sale pun lagi murah kot banding dengan kedai manjaku.

so ni lah few items yang berjaya dibeli semalam :

tak banyak mana, tapi habis jugak RM300+. wuwu T_T

thanks husband sebab belanja semua ni. lolx
berjaya beli :

  • 5 baju tidur
  • 4 baju lubang-lubangan
  • 5 mittens & booties (sarung tangan/kaki)
  • 1 set stoking bentuk kasut comelness!
  • 2 towels
  • 2 barut perut
  • changing mat
  • syampu, sabun, pengorek telinga, pemotong kuku, sikat, penyedut hingus
  • wet tissues
  • nursing pads
  • maternity pads


ada barang yang tak jumpa lagi macam bantal, krim ruam etc.
bantal tu kira nak beli baru.
tapi ada jugak certain things yang kita akan pakai mana ada from ariana punya dulu.
contohnya lampin, selimut, baju-baju, tilam, termometer etc.



barut perut yang 'terpaksa' dibeli sebab comelness sangat!


haa tetiba terjumpa penyedut hingus yang pakai tiub ok.
harus la beli. xD

dengan penuh kekaguman mengambil ni dari rak :P tapi harapnya tak de la guna sangat bendalah ni. hope less runny nose occurs eh. aamiin.



cara guna macam dalam gambar ni. oo begitu rupanyaaa

apa-apa hal nanti kita minta husband yang sedutkan ok.
ai is kena baring rehat je time tu kikiki

and walaupun changing mat dah ada,
tapi 'terpaksa' ambik jugak yang ini sebab gorgeousnya lahai i couldn't help it!!

harga RM15 je so mari kita ambik!


nanti nak cari/beli baju yang lawa jugaklah untuk baby.
selain baju tipikal lubang-lubang haha
at least sepasang baju super comelness to welcome the baby.. aicewah.

tapi barang untuk diri sendiri tak beli sangat pun lagi.
tak pe lah one by one ok.
nasib baik ada yang boleh di-recycle daripada maternity/delivery experience yang lepas.

ok lain kali shopping lagi.
haha
till then!

Tuesday, August 04, 2015

hari-hari mau pergi ikea

helo!
wuah macam biasa, dah beratus abad lamanya barulah sempat nak up entry. kihkih

weekend haritu kitorang ke ikea, semata-mata sebab nak pergi makan.
so pagi-pagi tu dah bangun awal, siap-siap pergi.
orang boleh tahan ramai. parking ada, tapi hujung sikit. yang dekat pintu semua full.
ingatkan lepas-lepas raya ni tenanglah sikit ikea kan.
hoo sama je :P

nah gambar.

ariana bariana dan kek badam. badam's good for your brain! :D



love this guy. kikiki



me, as usual dengan chicken wings ikea. kali ni tambah fries. sepinggan dia bagi.

ikea ni go green sikit.
tak ada tisu and tak ada plastik apa kalau nak tapau.
nak tapau sila bawa tupperware sendiri.
so dah siap-siap bawa tisu dan tupperware dari rumah.
in case makan tak habis and nak tapau bawa balik. lolx
but luckily semua habis dimakan hari tu :D


ma love.


ariana kalau jumpa paper and pencil memang suka dia.
biasalah kan budak-budak,
fasa melukis sudah mariii.

tak tau la budak sebaya dia yang lain, tapi dia ni memang khusyuk melukis.

even kat kaki sendiri pun dia suka conteng-conteng,
ni kan pulak kalau jumpa kertas.
ni dia lukis atas kertas ikea tu. yang untuk tulis kod barang yang nak dibeli tu kan.


dari sofa turun ke meja kopi pulak. sambung melukis.

baguslah, memang nak menurunkan bakat melukis pun kat dia. kahkah
*baru-baru ni dia lukis atas ultrabook ai. huuuu haru. nasib baik guna pensil je* T_Tv

with his phone.



selfshot sekali! xD



naik atas sofa balik, buat macam rumah sendiri. lolx

tak de beli banyak barang pun.
more to window shopping.
sebab niat asal nak makan meatballs je haha
(tapi ada la sikit grab barang-barang kecik macam sudu garfu mangkuk gelas).

time ni ariana dah ketidoran sambil peluk panda bear.

murah je plushies kat ikea ni.
panda tu baru 11 ringgit lebih.
soft and fluffy lagi.

dan entry ni diakhiri dengan gambar meatballs ikea dan rakan-rakan. haha






bye!