assalamualaikum and hye! :)
bersambung kita ke jalan-jalan cameron highlands 2024! *yoshh penuh semangat!* 😁
tak sah kalau tak ke cameron tanpa makan steamboat.
steamboat dan cameron highlands berpisah tiada.. bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing.. haha
steamboat dan cameron highlands berpisah tiada.. bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing.. haha
last time kami try tempat lain.
this time, kami ke highland steamboat cheese and grill (cawangan 1 di golden hills).
ye, dia ada cawangan satu lagi kat area MARDI (cawangan 2).
cawangan 1 hanya boleh walk in sahaja.
kalau nak booking meja, cawangan 2 boleh booking. nombor dia: 011-11005529
(ini bukan sponsored post 😂)
dan ini kali kedua kami makan di sini :)
harga? dewasa RM40, kanak-kanak RM25.
warga emas, OKU, lupa pulakk harga. ampunn.
pilihan buffet dia memang banyak dan fresh-fresh. |
nak tau fresh ke tak, tengoklah seafoodnya. ketam gemuk-gemuk walaupun saiz biasa. dan yang penting isinya fresh. |
moh kita masak-masak! |
husb, AAs. kami ambik 2 pots, 2 kuah. iaitu kuah ayam dan tomyam. |
mama. |
naim. |
the whole clanz yang ke CH kali ni. |
datang awal sebelum jam 7 petang, masih boleh makan dan bergerak dengan selesa. |
'lorong' laluan di antara meja-meja tak la luas sangat,
tapi bolehlah lalu.
so memang digalakkan datang awal.
sebab bila dah ramai orang starting lepas-lepas maghrib,
kita akan berdepan dengan 'traffic jam' di situ. hahah
lepas kenyang,
kitorang pun balik la hotel.
buttt before that!
mari singgah centrum mall dulu!
ni datang jenguk-jenguk je.. tengok apa ada.
time ni datang dengan mama.
AAs sibuk nak balik hotel sebab nak sambung main bouncing castle.
so kitorang pusing-pusing je la dulu.
nak beli makanan lain, perut masih kenyang.
so naik lif ke kedai coklat ZNZ. coklat murah murahh.
hujan. so ramai berlindung di bawah bumbung. |
dah banyak ye kedai-kedai kat centrum mall ni. dulu datang tak banyak lagi dan masih lengang. now meriah kauu. |
bukti sampai ke centrum mall dengan mama 😁✌ |
ada kedai jual souvenirs sini.. harga pun ok jugak. kalau tak sempat beli souvenirs kat kea, beli sini pun bolehh. |
souvenirs cameron. |
ada mini 5d cinema. |
kedai comelness! |
lepas tu kami balik hotel wan alyasa.
mandi, tidur and esoknya kita sambung jalan-jalan cameron.. :)
[bersambung!]
No comments:
Post a Comment