assalamualaikum and hey! :)
bersiaran lagi kita.
ini post throwback 2 minggu lepas sebenarnya.. haha.
percutian pendek kitorang kat parkroyal a'famosa melaka resort.
rupanya parkroyal a'famosa ni baru-baru jugaklah beroperasi.
six months? macam tu la.
patutlah time saya datang tu, semua nampak baharu.
dinding semua cantik bercat. mode resort-resort gitu.. i like.
al-kisahnya 8 jun (sabtu) hari tu, me and the kids pi ambik grab ke melaka.
melaka tak melaka bandar sangat la, more to sempadan melaka-nismilan kat a'famosa nun.
tambang grab disponsor oleh hubster *thanks, bang! 😁*
maka sampailah kitorang ke resort.
time tu husband tengah kerja, dia ada program kat sana.
so kitorang just jumpa kejap ambik kunci bilik hotel and tadaa!
ni lah bilik kitorang. luas jugak, ada 2 katil queen. flat tv sebesar alam dia bagi. |
loove the interior. |
dengarnya parkroyal a'famosa ni asalnya dulu hotel lain.
ke hotel a'famosa?? lepas tu PR beli and reno ikut standard dia.
so interior bilik hotel memang marvellous!
bilik dia ada something 'extra' berbanding hotel-hotel lain.
dia punya detail tu.. sampaikan beg sanitary (plastik untuk guest buang sanitary pad) tak letak sekali dengan amenity kit dalam kotak kayu tadi.
beg sanitary dia letak kat toilet. barulah betul.
hanger dia pun extra ye. siap berkusyen dan beriben. |
tv flat screen. banyak jugak la channel. |
tapi apa ada hal.. pekerja2 housekeeping dia standby di mana-mana ye.
kalau kita lalu di sepanjang blok tu.. sana sini ada pekerja housekeeping dengan troli yang bawak barang2 pembersihan.
bantal diaaaa. empuknyaaaa. macam bantal marriot. so this is bantal parkroyal. ehehe |
nak kata dia punya extra tu.. peephole (tempat intai orang kat luar) kat pintu pun ada penutup ye. haha |
tv yang 'tertanam' di sebalik wooden wall. |
kalau tengok review pengunjung,
parkroyal a'famosa disukai kerana kolam renangnya.
and itu adalah sangat-sangat tepat!
the pools are extravagant.
memang mode resort percutian sangat.
kolam dia banyak and besar, cabana pun banyak, ada slides untuk kanak-kanak.
jakuzi je kot tak de.
nak ambik towel, tak de nak tulis-tulis.
beritahu nombor bilik je then ambiklah towel.
nka sewa peralatan lain pun ada macam pelampung, mainan kolam etc.
AAs dah excited nak mandi pool. walaupun minggu depannya ada exam ye. tetap mode bercuti onz. |
boleh nampak kolam renang kat belakang tu. |
selain kolam renang, ada juga playroom/kids room. |
ya Allah, cozynya kids room diaaa.
ada buku, permainan, tv, ada tempat lepak-lepak untuk parents juga.
dan seorang staff hotel di pintu masuk.
nak masuk kena buka kasut.
nowww back on the swimming pool! ni je baru kolam kanak-kanak ye. |
first day, ai is malas nak mandi. so lepak-lepak je bawa tab, tengok kdrama. hahaa kerusi pun banyak kat sini. cuma petang tu panas sikit la. dek nak meneman budak-budak ni mandi punya pasal. lolx |
lobi hotel juga tersangatlah besar ye.
ada restoran kat situ.
ada juga orang jual kain batik, which i bought on the last day hihi.
lupa nak cerita jugak,
yang hotel ni kids' friendly.
di dalam bilik hotel, ada diberikan 2 kad ala-ala untuk treasure hunt la.
anak-anak kena isi kad passport tu dengan maklumat nama etc etc
dan pergi ke tempat-tempat di sekitar hotel seperti kids room, pool, reception counter, restaurant.. lepas tu dapatkan cop.
ada 6 cop. kalau lengkap 6 cop, dapat mac n cheese.
4 cop dapat ais krim rasanya.
so AAs berjaya dapatkan semua cop.
cuma ariana order mac n cheese, anaqi nak ais krim je dengan cookies.
lobi hotel yang luas dan banyak tempat duduk. |
ni ada lagi ruang tempat duduk. |
rocking chair. suka la budak-budak ni. |
luar lobi. luas jugak. |
kat luar lobi ni, ada blok dewan.
lepas tu ada buggy.
ada juga bas shuttle percuma.
staff hotel kata beritahu je diorang nanti diorang akan call bas tu datang.
bas akan ke tempat-tempat macam a'famosa waterpark, zoo tak silap dan ada satu tempat lagi.. lupa dah hahaha
so kitorang memang tak keluar dari hotel.
lepak hotel, makan malam pun beli grab je.
memang vacay habis la kat dalam hotel tu.
so the next day, AAs nak mandi pool lagi. this time, kita join.
kitorang kat pool tu sampai nak dekat tengah hari hahaa
AAs ni kalau jumpa slide, macam-macam aksi dia. |
one of the best experience.
ok time ni nak check out dahhh. |
till we meet againnn. insyaAllah. my healing moment, cuti 2 hari pun jadi. |
husband yang masih bekerja sehingga ke akhirnya hahaa. the kids and i je la yang banyak menikmati kemudahan-kemudahan kat hotel parkroyal a'famosa yang awesome ni. kihkih |
ok last pic! sebelum beransur balik dan sedar diri esoknya budak-budak nak exam 😂 |
nasib baik la AAs ni jenis sekali explain terus faham.
cuma mamanya je la kena spend masa jadi ustazah kejap kikikii.
kesimpulannya ko nak bercuti and prep exam at the same time, boleh!
work hard, but play harder. hahaa gitu.
till then.. bye!!
No comments:
Post a Comment