Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, October 15, 2019

be grateful of the plates on the table

assalamualaikum and hi!

koleksi gambar makanan muncul kembali! hohho.

sebelum tu, sama-sama kita ucap alhamdulillah.
alhamdulillah kita ada pinggan yang terisi di atas meja makan rumah kita.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menghilangkan kelaparan.
alhamdulillah kita dapat makan untuk menguat dan menyihatkan badan, supaya dapat menjalankan ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dengan baik.
alhamdulillah.

sedikit sharing;
apabila Allah beri rezeki,
jangan lupa berkongsi sedikit (banyak pun tak pe kalau mampu.. ahha) dengan yang memerlukan.
yang dimudahkan urusan rezekinya..
yang makan kenyang, duit pun ada,
jangan biasakan budaya meminta-minta. memberilah lebih banyak daripada meminta.. sebab ko mampu memberi.
always have faith, bila kita memberi,
rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita sedikitpun tak akan berkurang (disebabkan pemberian itu).
malah akan semakin subur. wallahu a'lam.

habis dah sharing,
kita kepada gambar menu-menu masakan kita beberapa hari yang lepas.. hihi

ketam murah masak lemak cili api pedas light-light je sebab pakai 20 biji cili. haa tu dia tajuk menu panjang gils! :P

ketam murah ini dibeli di pasar malam dengkil pada hari selasa.
lokasi pasar area-area lepas simpang 3 balai polis dengkil.
RM25 sekilo. fresh. ai is pengsan sebab harga boleh tahan ok.

penjual yang sama.
pasar tani hari ahad pula (tak beli).
tapi dia juga menjual secara pinggan.
1 pinggan ketam ni.. banyak gile, adalah dalam 6 ekor kot.. RM20 sahaja. fresh.
tapi sy ada beli udang galah. RM15 sahaja sepinggan. fresh.
nampak, sy letak perkataan fresh tu :P
PRnya juga bagus. so.
next time insyaAllah akan beli lagi dengan penjual ini.


ayam kampung masak kicap, sayur lambakkan bersama.

kat atas ni namanya menu agak tak rajin.
sebab malas nak masak 2 lauk (ayam 1, sayur 1), kita sekalikan 2-in-1. lolx
daripada nama 'menu tak rajin', sy akan menukarnya kepada 'menu brilliant'.
sebab jimat tenaga, masa dan gas dapur :P


ikan goreng (senangin dan tenggiri) masak ribena madu.
sebab nama pelik, nah resipi:
bawang merah + bawang putih + cili hidup = cincang kasar dalam food chopper.
tumis diorang dalam minyak.
masukkan ribena.
masukkan garam.
masukkan madu.
siap, tuang atas ikan goreng terbabit.


mi buatan muslim yang tak ada rasa kapur -goreng.



nasi goreng daging batang pinang. lazatnya tak terkara. haha

serius daging tu lembut gile. fresh.
beli kat pasar tani dengkil jugak.


ni lauk masak semalam.

kemain pedas ikan merah masak susu cili api tu (bukan masak lemak, sebab santan keras frozen, terpaksa tukar dengan fresh milk. rasa lebih kurang sama je -cuma tak berlemak santan.. haha).
masa makan tak la super pedas.
tapi semalam masa tidur, rasa sakit weh bahagian perut mencucuk-cucuk.
tobat dah nak masak pedas-pedas macam ni.

nasi goreng ikan, sayur bergelimpangan. ni bawak bekal ke ofis hari ni.

semoga makanan yang masuk ke perut kita, halal toyyiban.
yang bagusnya memang masakan dari dapur rumah sendiri..
sebab kat luar tu tak tau diorang boh apa, pakai minyak apa, bahan apa.
pada sy, even mi goreng yang tak lulus EC (eat clean) sebab bergoreng yang dimasak kat rumah,
adalah 100 kali ganda lagi berkhasiat daripada yang beli kat luar, insyaAllah.
tapi tu la, tengok rajin tak rajin je.
sy ni kadang boleh tahan jugak tak rajinnya. ahahaa

k till then!

anak-anak penyejuk mata, pendamai jiwa

assalamualaikum and hi! :)

wah wah kemain tajuk :P
tapi betul tu, our children are our happiness.
terima kasih, Allah sebab bagi pinjamkan diorang untuk kita.
terima kasih, ariana and anaqi (AAs) sebab selalu ada.. buat mama, babah, atuk, nenek & semua happy.
(tang mama marah sebab bersepah ke apa tu, korang abaikan je la ye HAHA)
ya, mama minta maaf juga kalau mama ada marah korang, usik korang melebih-lebih *haha* atau ada buat korang sedih.
sometimes it's just a life lesson, sometimes i was just plain tired dan lepas tu menyesal sebab termarah. sindrom mak pak asian, macam tu lah :P
lepas ni nak jadi tenanglah sikit.. hahahh
apapun i always love you both :)

used to called her my precious masa dia baby dulu. still my precious.



the cheeky anaqi. keluar tak sah kalau tak pow mainan. haha



time ni ambik cuti, jalan-jalan dengan budak ni.



anaqi and a lego bike.



ariana dengan lollipop super besar. rupanya dalam tu ada banyak gile lollipops kecik. tapi mama bagi makan satu je :P



kat tempat makan kegemaran kitorang; ramai seafood :D



sementara tunggu order sampai. lambat sikit la sebab ramai orang time ni.



pantang nampak kamera.. haha



one more take!

oklah, nanti ada gambar, mama tepek lagi :DDD

remember this AAs, i leviuuuuu.
semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi anak-anak mama.
Friday, October 11, 2019

bila kau menang swafoto merdeka

assalamualaikum and hi!


ahhahaa tajuk tak boleh blah, kan :D
menang hadiah saguhati lahhhh which memang sy aim saguhati. hihi
alhamdulillah, from 22 participations, 8 were selected for winners.
hence, i put em here for good memory :)

tq kat my husb and AAs for being part of it :)

oklah tu je.
nak tepek gambar ambik hadiah je. hahaa
kbye!

DATE : 10.10.2019 (khamis)

with our secretary general (KSU). KSU last dah 10.10. beliau akan cuti dan bersara.



with em winners, KSU, secretariat and sponsor (KESWIP). tq all!

Thursday, October 03, 2019

terlebih asam pulak singgang ikang ni :P

assalamualaikum and hi!

#roadtoringan
tapi makan ikut kegemaran dan kata hati je HAHA

so hari tu kata hati nak makan singgang, so singgang le kitaaa.
ada pulak stok ikang tenggiri beli separuh kat pasar.
ambik 2 ketul buat singgang. yums.
(tapi terlebih asam keping pulak! nampak kuah pun dah tau. hahaha)

so kekdahnya, kuah dia tak dapat la nak ferfeeling hirup-hirup. just letak sikit je atas nasi sebab masam :P tapi sedap jugak le.



bayam dah nak layu dalam fridge, kita beningkan siap-siap.

pergh kesihatan betul menu ni, semua rebus-rebus je :DD
haa yang bawah ni tak rebus, tapi air fry lepas tu tumis sikit dengan bawang.


cendawan goreng kunyit air fry. tumis bawang dengan olive oil.

tapi menu cendawan ni kalau nak lagi sihat,
air frykan je sekali bawang cili, tumbuk, campur dengan cendawan.
so tak ada yang bergoreng langsung. HAHA
tapi extreme sangat tu.
badan kita ni perlukan minyak sikit jugak sebenarnya.
good fat, orang kata.
nak good fat, boleh pakai olive oil atau coconut oil pun ok.

dahlah tu je nak rambling saja-saja.
hahaa

berat sekarang dalam 51.8kg waktu pagi.
tapi pernah dapat paling rendah 51.5 beberapa hari lepas.
tapi lepas tu melantak nasi lauk pauk sedap, naiklah balik :DDD

ok happy eating and exercising, peeps! :)
tum
Wednesday, October 02, 2019

sizzling saturday

assalamualaikum and hi!

ni cerita sabtu lepas.
asal-asalnya nak pergi jengah #prelovedmadnesssale kat picc.
tapi dok pusing-pusing dengan ariana tak de parking,
so gerak ke IOI city mall.
babah ada bowling game dengan ofis dia kat sana.
singgah le kejap.
rupanya ada 2 lane kosong.
dua-dua lane kita sapu main.
tapi kejap je, sebab tak breakfast lagi.
ai is kebulur.. hahaa.
so tinggalkan je game tu kat budak-budak ofis babah untuk sambung main.

ariana dok rampas kamera. hahaha



singgah kejap, lepas tu lapar :DD

memandangkan tempat boling tu dekat je dengan 4fingers,
and baru nak masuk tengah hari.. tak ramai orang queue,
maka kitapun pi makan kejap kat 4fingers.
ordered chicken salad dia.
sedappp.
yang sedap tu ayam dialah.
sayur, macam tu je la rasanya. HAHA

disebabkan tengah #roadtoringan tapi teringin nak makan 4fingers, maka order la yang healthy sikit = salad :P


lepas tu budak-budak ni sibuk nak pergi main.
bawaklah pergi molly fantasy,
tapi main kat luar je.
tak naklah main kat dalam, nanti lama pulak berjam nak tunggu.
si anaqi ni dah lah max tidur tengah hari pukul 3pm.
so kena cepat-cepat sikit main tu. lolx

game air hockey ke apa namanya ni.. memang gila. token 1, tapi main tak berenti macam tak de penghujung. haha. untung banyak main macam ni :DD



ko bayangkan, diorang berdua ni main. lepas tu sy masuk main dengan ariana. lepas tu anaqi masuk balik main. tak habis-habis jugak.


then bawak diorang shopping, jalan-jalan IOI tanpa arah tuju.
hahaha

tengah gila benda-benda cute dengan unicorn sekarang ni.

malam tu ada event lepaq kat tamarind square, cyberjaya.
event ni berlangsung setiap hujung bulan.
kira sebulan sekali hari sabtu.. dari 12noon sampai malam.. tak ingat 11pm ke atau 12am.
tapi malam ada tayangan movie terbuka la.
kali ni diorang tayang movie tomb raider.







meja-meja agak penuh jugaklah.



yang lampu-lampu tu, orang bukak meja jualan.

tapi be cautious la,
makanan and barang-barang kat event ni agak pricey sikit la.
biasalah food truck memang mahal sikit.. haha
yang meja jualan tu pun sama.
hot wheels car je dah RM15.
kat luar harga hot wheels ni antara RM5-RM10.. paling-paling yang canggih sikit boleh tukar warna tu baru RM16 kot.
yang ni standard kat luar RM9.90, tapi harga RM15 fuhhh
beli jugaklah sebab ada hantu hot wheels di situ :P (read : anaqi)

makanannn
sy beli wantan noodles dengan ayam dalam RM9.. okaylah. rasa normal, ayam macam ada serbuk paprika di atas.
air kelapa cup RM6.
then babah beli nasi lemak with 1 lauk dalam RM8
air mango ori RM5.
harga tak murah, tapi tak super duper mahal untuk makanan.
cuma satisfaction ko time makan tu biasa saja.
tapi dapatlah makan sambil tengok movie.. jyeah.





ariana makan meatball, tapi tak tanya pulak harga. yang tu babah beli.



ni jalan-jalan belakang building tamarind. ada kedai-kedai makan kat sini. suasana cantik jugaklah malam-malam.


kat tamarind square ni ada kedai buku bookxcess.. yang buat event big bad wolf tu.
so nak beli buku murah, boleh ke bookxcess.
ada village grocer (mahal sikit), ada kedai BMSorganics,
watson dia best sebab ada benda-benda yang tak de kat farmasi watson tempat lain, ada kat situ.
contoh deodorant yang natural2 (tak de anti perspirant semua tu) haha.
tempat lain jumpa nivea je banyak.

oklah done cerita. HAHA

till next time!
Wednesday, September 25, 2019

bila jerebu


assalamualaikum and hi!

musim jerebu menjelma lagi! lolx
by the time entry ni ditaip, insyaAllah jerebu dah semakin berkurang.
monsun pun dah nak tukar ke timur laut keeee ah, lama dah tak belajar geografi :P

kita as muslim, disarankan untuk mengambil perhatian dan pengetahuan (anddd pengajaran) atas apa juga kejadian alam yang berlaku kat sekeliling kita.. termasuklah jerebu ni.
kalau dalam al-Quran, salah satu rezeki daripada Allah selalu diberitahu, iaitu dalam bentuk air hujan, yang menyuburkan tanam-tanaman.
manakala ujian Allah (sometimes azab, disebabkan oleh manusia sendiri) datang dalam bentuk tanah yang tandus kekeringan.
jerebu for me, is part of ujian. it is a reminder as well.
reminder untuk kita jaga bumi, jangan rosakkan bumi.
nampak teruk kan kebakaran hutan ni.
harapnya yang bakar sampah domestik hari-hari depan/belakang rumah pun boleh fikir macam tu.. yang membakar ni tak baik dan mencemarkan alam kita (walaupun kuantiti kecil).
harapnya yang bakar rokok pun fikir macam tu.
kita ni pun tak tahan nak hadap jerebu every year.
hopefully tahun 2020 nanti ada la perubahan yang lebih baik.
insyaAllah.

bila balik shah alam

assalamualaikum and hi!

yes, i'm a proud shah alam-ian :D
shah alam kampung halamanku.. ahaks.

so haritu balik shah alam,
makan tak ingat dunia la, apa lagi.
diet entah ke mana-mana.
*hai, mama!! - wave wave*
untuk rekod -  durra harith ada, faliq ain tuah pergi bercuti kat pulau perhentian - bertolak ahad pagi.

from amsa's kedai makan. ikan siakap 3 rasa makmur kuah, puyuh goreng masak pedas, kangkung goreng biasa dengan telur dadar.

amsa ni memang makanan dia sedap-sedap.
kedai orang klate, for sure sedap. HAHA
MSG dia tak tau sy nak cakap, sebab bila makan ok je.
tak de mengantuk.
sy ni kalau makan kat luar,
kalau tiba-tiba dahaga dengan mengantuk gile lepas makan,
maknanya makanan kedai tu banyak gile ajinomoto/MSG.
so far amsa ni tak de macam tu la.
serai ada. ahahaa (serai ni fave jugak. tapi, ah pejam mata je la sebab sedap :PP)

tu malam ye.
pagi esoknya pulak lepas balik dari kubur abah,
singgah kat depan ciast.
nasi lemak ciast la, apa lagi :P
yang tu husband ai eat-eat.
ai dah beli mi hun goreng sedap seksyen 20 (suspect banyak aji jugak. tapi sedap)
so bawak mi hun bungkus tu, makan kat depan ciast.

ni anaqi. dia dengan kakak dia makan donut gula.

lepas habis kat ciast,
bawak budak-budak nak komuter KTM.
lama gila gilaaaa tak naik komuter ok.
zaman-zaman belajar ni.
pengangkutan ruji. haha

sekarang canggih,
dah pakai kad instead of tiket kertas.
tu untuk dewasa.
budak-budak pakai macam token kuning.
so just top up je la kad tu. harga dalam RM7 per kad.

so kitorang dari shah alam pergi stesen subang,
then patah balik :P

family.



ni kat stesen subang, nak balik dah.

besar ok stesen subang jaya sekarang.
siap interconnected ke LRT ikut laluan kelana jaya.
coolllllll.


ariana dengan baju tidurnya, siap angkut 2 baby dalam 1 stroller. what the. :DD


tengah hari pulak.
pergi PKNS tapau daripada restoran FC.
ni pun satu restoran sedap zaman-berzaman.
dari kecik makan kat FC pkns shah alam ni.
our face dishes macam pizza, chicken chop, kebab, ayam goreng, burger ayam.
ah semualah sedap. haha

balik dari PKNS, singgah pulakkk pisang goreng azmi.
haru sungguh la semua benda nak makan.
mengundang lemak sungguh :P

sebab masih jerebu teruk,
beratur sambil pakai mask.
ya, masih panjang queue macam dulu.
and aku-sorang-je-pakai-mask.
whattta.

heaven on earth orang kata. haha

sekarang harga dia RM1 x4 keping untuk pisang awak.
RM1 x2 keping untuk pisang-pisang mahal lain, keledek, sukun.
RM5 untuk berapa ntah cempedak.. lupa. tapi time pergi ni tak de cempedak. lolx


nah. belanja gambar chicken chop restoran FC. tambah coleslaw extra sebab pada sy, coleslaw dia tersedap di dunia. bahan-bahan fresh, terasa manis bawangnya.

toodles!

review on the new youmee's fragrant shallot noodles

assalamualaikum and hi!

tak sangka, dua paket dah masak. sedap kot!

mengimbau sangat zaman-zaman makan maggi, mamee punya mi segera.. haha.
sekarang dah off instant noodles, off fast food (kadang ada la cicip-cicip tapi tak banyak macam dulu).
back to healthier eating (tak 100% healthy - sebab masih makan makanan bergoreng, but going there lah).

so. youmee ni adalah mi kering (air dry, bukan bergoreng) versi sihat walafiat. hihi
i've been buying it before.
memang serious sihat sebab tak ada wax, perasa tiruan semua tu.
walaupun versi sihat, rasa dia sedap weh sama je macam versi tak sihat (tapi yang ni sihat! faham takkk HAHA)
perisa terbaharu, fragrant shallots (bawang goreng) daripada youmee ni mengingatkan sy kepada mi segera goreng yang berada di pasaran. so memang sedaplah.
tapi bila makan tu tak rasa bersalah sebab bahan-bahan semua semulajadi. lolx


setiap kali order, dia akan sampai dalam bentuk kotak yang kemas macam ni.



each box ada 6 paket mi, harga RM15.80.

memanglah mahal daripada maggi,
tapi dah namanya makanan healthy berpaket :P
kalau healthy masak sendiri lain cerita. tu memang murah. wah haha


sy memang suka packaging youmee. nampak kualiti dia kat situ. and nampak tu logo. mi ini halal ye adik kakak abang :D



bahan-bahan semua memang natural. tu yang sy suka.

sy ni jenis yang kalau makanan tu mahal sikit tak pe,
tapi make sure sedap dan baik la. (halal toyyiban)
memang banyak makanan halal kat malaysia ni,
tapi nak cari yang halal dan BAIK tu tak mudah.
eh mudah kot, kalau kita masak sendiri.. hihi.
tapi kalau nak beli kat luar, agak mencabar jugak.

contoh yang halal tak toyyib (baik)
-fast food
-mi segera yang ada wax, bahan pewarna perisa tiruan
-junk food
-ajinomoto/MSG

contoh yang halal and toyyib (baik)
-ayam no antibiotic/kampung/organik
-garam bukit
-sayur, buah yang tak de bahan kimia
-makanan kat kedai BMS organic.. lolx

tu contoh sikit je, untuk bagi gambaran.
jadi mari berfikir sejenak.
makanan yang kita makan hari-hari tu,
adakah halal dan TOYYIB?

untuk yang allergik apa-apa, boleh baca ni. termasuk juga kebaikan mi ini.



selain fragrant shallot, ada beberapa perisa lain. yang mi kosong pun ada untuk masak sendiri.

tu je review youmee sy. haha
mi ni boleh dibeli secara online kat lazada/shopee.

tata!