assalamualaikum and hey! :)
sambungan cerita CH! and ni yang last! (untuk tahun ni). hahaa
sebagai recap, sebab dah lama sangat kan 😂,
kitorang ke CH pada 22-24 mei yang lalu.
hari kedua lepas ke agro market,
gerak ke kea farm pulak.
tapi masing-masing tak nak turun kereta dah, sebab tak de parking (tak cuti la giniii)
so i ols turun sorang dan pergi cari sayur goreng yang tersedap di CH.
nanti dalam entry ni, kita spill kedai sayur goreng yang paling sedap.
kedai lain, batter dia tak sesedap kedai ni.
ori cake house. kedai kek viral CH. |
lalu je, tak beli.
dulu pernah beli sekali.
sweet tooth ok la. sy tak minat manis-manis leting.
sy nak pergi cari sayur goreng je. haha
ni ha kedainya! tapi belah dalam. |
sila cari food court sinar hijjaz.
masuk dalam. ni ada satu kedai yang jual goreng-gorengan.
BELI KAT SINI.
luar pun ada jual sayur goreng, tapi sedapnya tak sama dengan kedai ni. serius tak tipu.
pemandangan dalam food court sinar hijjaz, kea farm. |
pintu masuk food court ni kat belah kedai-kedai yang berderet tepi jalan tu.
yang dekat hotel kea farm semua tu lah.
time sampai ni, tak ramai orang pulak.
lepas tu ada lot kedai baharu, baru bukak kat sebelah dia.
berapa banyak kedai daaa. patutlah bertambah jem and tak de parking kat kea farm. haha
tengah balik beli sayur, terjumpa harith and fams. |
ni ha deret kedai-kedai tepi jalan kat kea.. carilah pintu masuk food court kat sini. |
lepas tu nak cari pineberry (strawberi putih).
kalau strawberi, sy beli kat s corner je.
selalu dengar orang kena scam beli kat kea and pasar malam.
dalam bekas nampak berlambak,
tapi rupanya bekas tu ada macam bonggol kat tengah. so nampaklah melimpah strawberi.
padahallll...
kalau kat s corner, dia pek depan2 mata.
lepas tu dia tanya nak makan sekarang ke makan dulu?
kalau nak makan sekarang, dia akan pilihkan buah yang masak & boleh tolong basuhkan.
pada sy, transparent la. tak de penipuan.
buah pun cantik2.
s corner. |
susah nak cari pineberry. beli kat s corner je. harga pun ok. haritu sy beli bekas kecik, RM10. untuk makan terus. idoknya bawak balik. haha |
then balik hotel, washed up.
malam keluar lagi, nak dinner pulak.
haritu birthday durra.
so my mom kata nak cari kek.
merata la cari, mana kedai kek malam2 ni.
lepas tu nampak kedai dekat2 area masjid.
beli kek ni.. dia macam chocolate moist dengan cream cheese kot. harga pun ok. |
akhirnya sampailah kami kat restoran highland tomyam. |
restoran ni berada di brinchang.
famous jugak, tapi ni first time sampai.
biasanya kami makan kat tempat lain,
tapi tempat tu macam tutup dah ke, tak tau la.
so ada la rezeki nak try highland tomyam.
kedai dia besar, orang ramai.
ada stall sate jugak.
birthday girl. |
durra & ariana. bunga crotchet tu ariana hadiahkan utk aunty durra dia. |
bergambar sikit kat restoran, sementara tunggu makanan sampai. order sampai tak la laju sangat. may be sebab orang ramai. paling lambat, ikan siakap 3 rasa. rupanya order tercicir. adoii. |
me and qiqi. |
babah and ariana. |
durra and naim. |
harith. |
ordered sate. sedap. |
kan tadi cerita, ikan siakap tu termiss order.
banyak kali jugak la tanya.
lauk lain dah start dimakan.
then lepas tanya2, baru la sampai.
saiznya agak kecik untuk 5 orang dewasa makan 😂
next time, restoran kena bagi saiz set ikut bilangan set tu. kalau 5 orang, 5 orang la kiranya.
ke dia main bagi je.
nasib baik la memasing dah macam nak kenyang makan lauk lain.
so ikan tu pun berjaya la jugak dihabiskan.
now baru sy tau fungsi salad. nak menampakkan pinggan tu penuh, kalau ikan kecik 😂 |
set makan. rasa? ok sedap biasa kedai tomyam. |
sampai saat ni masih terkenangkan kedai tomyam yang kitorang biasa pergi,
yang dah tutup (kot??) kat kg. taman sedia.
dahlah harga murah, makanan dia semua sedap2.
tomyam dia boleh terbang sampai ke awan gitu, dia punya sedap. haha
so verdict untuk restoran highland tomyam, ok la. biasa2.
dengan ikan siakapnya sampai lambat, saiz kecik lagi. orang ramai, biasalah.
selain tu, kat CH ada restoran nik tomyam. biasa jugak kitorang makan situ.
tapi kualiti rasa dia dah tak sama macam dulu.
kalau dulu, macam makan terbang di awan jugak.. hahaa.
tapi last time kitorang makan kat nik, so-so je. dah le masin. kikiki
(ada juga cawangan nik 2.. dekat2 area hotel kitorang).
balik dinner, singgah centrum. |
ariana and anaqi di centrum mall. |
lepas pusing2 centrum, kita pun jalan balik hotel.
ni pemandangan dari tingkap bilik hotel.
funfair kat belakangnya.
esoknya masuk hari ketiga kami kat CH.
jam 9 pagi, jalan nak ke atas CH dan mulai banyak kereta.
hari jumaat tu.
tapi queue dia.. ya Rabbiiiii. panjang, gaes!
parking pun tak de.
so pusing dalam area kg. taman sedia jugak,
breakfast kat ayahman. ayahman ok jugak. pernah makan sini sebelum ni.
at ayahman's. |
ayahman. |
cumanya konsep kat ayahman dah berubah sikit.
air bancuh sendiri.
nak beli nasi lemak pun tak de ceduk-ceduk lauk sendiri macam dulu.
sekarang beli ikut set sedia ada.
stesen bancuh air. bayar RM3, pilihlah nak minum air apa. tapi tak boleh refill. haha (rugilah tokei wui) |
so ambiklah air yang mahal sikit.. macam air coklat ke kan. kihkih ni anaqi tengah tambah ais. |
nasi lemak ayahman. ayam berempah. sedapp. scone pun kitorang order buat rasa2. |
laksa johor di ayahman. sedapp. |
gambar bukti di pagi hari. |
then dah breakfast, kita balik lagi ke hotel. hihi
kemas2 untuk check out.
husband cuci baju kat dobi layan diri dekat2 hotel. |
lepas tu kitorang hantar my mom ke hotel century pines,
sebab adik sy, harith dok hotel tu.
mama akan balik sekali dengan harith.
kitorang pulak akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
ke mana tu?
haa nantikan di entry lain pulak 😆
bergambar dulu dengan nek yah. |
kitorang patut nak naik ke utara, tapiii jemnyaaa orang ramai-ramai nak ke kea. so kitorang turun balik ikut tapah. jimat masa sikit. |
nantikan pengembaraan berikutnya! ahax.
bye!!
No comments:
Post a Comment