Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Thursday, January 02, 2025

Short vacay di PARKROYAL A'Famosa Resort, Melaka

Assalamualaikum dan selamat tahun ba(ha)ru 2025, para pembaca blog yang budiman! Hahaa kemain kan ayat 😆

Walaupun dah masuk tahun 2025,
Terdapat beberapa kisah 2024 yang masih pending.
Kisah di takuk lama yang tak la berapa lama sangat :P

Banyak gambar bulan November 2024 belum sempat upload lagi.
So cerita sambutan new year tu kita tunda dululah sampai habis upload yang 2024, ok!😁

Kita mulakan dengan kisah 22-24 Nov hari tu.. Jumaat sampai Ahad di Melaka.

Kalau korang nampak sy selalu jalan sana-sini tu,
Kadang memang holiday.
Kadang tu sendiri outstation atau ikut husband outstation.

Kali ni kita ambik cuti sehari dan ikut husb outstation :D

Selamat datang ke parkroyal a'famosa Melaka resort!


Parkroyal ni asalnya hotel a'famosa resort..
Agaknya dah jual kat parkroyal and rebranding, refurbished la semua.
Memang lawaaa resort dia.








Ni gambaran dari pintu masuk.






Sejadah pun ada disediakan.









Memang banyak amenities dalam bilik ni.












Ni dalam bilik air. Ada cermin zoom in zoom out :P



Toiletries.






Luas jugak bilik air dia & dibahagikan kepada bilik shower & toilet.






Plugs.




Tong sampah untuk recycle.


Kitorang memang lepak dalam hotel je tak keluar sangat.
Sebab serba-serbi dah ada.
Breakfast buffet pun makan kat hotel, sebab ada dapat voucher sekali.


Husb ai minum teh tarik yang ditarik khas oleh staff parkroyal secara live.



Encik roy, penarik teh hotel parkroyal a'famosa resort Melaka.



Dari jauh nampak stesen teh tarik bergerak ni..
dan Encik roy akan buat aksi tarik teh live depan guests.



Ni belah-belah pastries. Donut dia nampak gebu sangat!



Yang bestnya, buah-buahan kat parkroyal ni ada macam-macam jenis.
Tu ha, buah longan pun ada. Memang sy 'petik' la sikit buat breakfast.. haha. Manis ye!



Cereals pun ada macam-macam.



Cheese section. Peminat-peminat cheese, sila serang!!



Ha, ni lah dia pinggan sy. Mix and matchkan je.



Telur section. Pilih je nak yang mana satu. Semua dah ready.



Bahagian western breakfast.






Roti canaiii.



Kari tu nampak sedappp.



Naslem (nasi lemak) :D



Condiments bubur. Sy ni kan pencinta bubur hotel.
Tak boleh kalau tak ambik, kena jugak ambik :P



Kembali ke bilik hotel. Siap bawak keyboard baru beli. Hahahaa
My thonky keyboard.. perkenalkan!! *Thunderous claps*


Lepaking with anaqi.



Fyi, shuttle bus ada disediakan dari hotel ke a'famosa water park.
Tapi ada time dia.
Sebab tak dapat nak ikut time tu, kitorang gerak sendiri ke water park.
Dia tak la dekat sangat macam jiran sebelah, haha.. memang kena naik kenderaan bermotor nak ke sana.

Hah, sampai dah!!



Luas tapi tak terlalu luas. Bolehlah buat tempat lepak dan main air untuk anak-anak.


Rasanya a'famosa water park ni dah lama ada kan.
So nampaklah keadaan dia seperti sebuah water park yang tak la baharu sangat.
Cuma, elok bersih la diorang maintain.

Budak-budak paling suka main kat sini.. alah lupa nama tempatnya,
tapi akan keluar ombak ganas dari mulut patung kat hujung tu.
So nanti ramai-ramai akan kena tolak dengan ombak la. Memang best!



Tengok budak kat belakang tu.. sampai ternampak 😂



Tube ni free je eh. Ada double, ada single. Tak yah bayar kalau nak pakai untuk lalu kat 'terusan' ni.



Penat main, kita makanan.


Makanan main dish dia agak limited sikit.
Dia ada set-set and tinggal pilih je.. diorang dah siap pack.




Sy ambik set nasi dengan Kari ayam.
Yang tak suka nasi, pasta. Gini la set dia.
Sy share dengan anaqi.



Settle 3 hari kat parkroyal! Byeee!!

Wednesday, October 30, 2024

Bertam Resort & Water park, Penang

Assalamualaikum and hi! :)

Bersambung kita ke cerita jalan-jalan Bertam, Penang.

So untuk hari Jumaat,
husband sambung kerja kat hotel, meeting kot.
So sy plan bawak AAs ke water park kat sebelah.
Ye, sebelah, dekat je.
Sebelum tu, let's breakfast.


Sempat la snap gambar pintu bilik. haha



Untuk buffet breakfast, tak mahal sangat.
Dewasa RM58.30 dan kanak-kanak RM31.30.
Ok sangat tu dengan buffet spread yang banyak dan pelbagai.
Rambang mata weh.. macam-macam ada.
Hari tu yang sy ingat ada mi goreng, English breakfast yang biasa ada sosej, kentang tu semua, nasi lemak, bubur, telur, buah, salad, keju, roti canai, pastries, apom lenggang, kuih serabei pun ada!
Eh banyak lagi la, tak tersenarai.

Tengah tunggu omelette.




AAs meneman. Anaqi makan cereal, susu and roti jala.
Hesy rugi masuk buffet makan itu je 😂
Ariana makan pasta, roti jala, roti canai ai pun dia makan. hahaa




Wani e on breakfast.




Special, ada apom lenggang. First time makan.
Cicah kari ikan.




Station bubur is always my fave at any hotels. Ni condiments dia.








Suasana restoran hotel.











On the way balik daripada breakfast,
budak-budak ni nak singgah play room / games room / apa ye nama dia.. 😂
So singgahlah seketika.
Nak masuk kena touch kad bilik hotel.

Play room dia spacious ye dan banyak permainan untuk budak-budak kecik je sini.




Walaupun mainan untuk budak kecik, tetap la diorang ni cari bola nak main. Haha.




Play room, karaoke room, game room (ada snooker) semua kat area B, area swimming pool ni. Nampak tu luasnya area dia. Pool dia pun luas.


Kalau nk cakap pasal play room,
pada sy yang kat melaka hari tu (park royal a'famosa melaka) lagi best,
ada beanbag, ada tempat hang out untuk parents and TV semua. hahaa
Sana pun ada staff hotel jaga & buat aktiviti.
Yang kat Bertam ni more for kanak-kanak 7 tahun ke bawah kot.







Lepas lepak-lepak kejap kat play room,
kitorang naik bilik and get ready untuk ke water park pulak.
Water park bukak pukul 10am.
Kitorang ambik buggy dari hotel ke water park kat sebelah.
Dekat je hahaha.
Sebenarnya ada laluan dari blok bilik hotel kitorang terus ke water park..
tapi diorang block laluan tu.

Bukti gigih naik buggy :P



Price wise pun ok sangat harga tiket Bertam Water Park ni.
Kanak-kanak RM35, kalau dewasa IC utagha pun tengah promo RM35.
Dewasa IC luaq, RM50plus something. Haha
But still, masih murah pada sy. Nak banding dengan Sunway atau water park lain. Mih  mih.


Ombak tak berenti. Kalau kat Sunway, ada time time dia je.
So memang best kat Bertam ni.




Yang penting, harga ais krim 2 kali ganda 😂








Repeated menu; fries and nuggets.
AAs suka ni.




Bersantai di tepi 'pantai'. Hahaha
Bahagianyaa tak kerja di hari bekerja 😁😆




Theme tempat ni macam kat Morocco, maghribi la gitu.
Sebab tu ada unta, pokok palma semua. haha




Nampak menakutkan.. tapi Ariana ada try slide ni.
Anaqi nak try, tapi tak lepas ketinggian bawah 120cm.




So Anaqi duduk di tepian je la ye.
Dah beritahu dia, makan banyak sikit supaya boleh lepas naik semua slide.




Sewa pelampung single, main kat ombak.


Pelampung ni RM20, deposit RM10.
Disebabkan ketinggian Anaqi tak lepas naik slide-slide besar,
maka single buoy (pelampung) dengan slide-slide keciklah jawapannya.


Slide kecik. Which is nice, sebab yang ni macam mini version
of slide torpedo yang saya dan Ariana naik kat situ.
Bolehlah buat raso-raso. hihi




And tak ramai orang pun! Tak yah beratur.
Naik je tangga (tangga pun tak tinggi mana) and terus dapat main.
Ada jugak pekerja water park jaga situ, sama macam kat slide besar.




Sis mengambil langkah selamat, lepak tepi most of the time.
Ada a few times je la naik slide besar. Malehh panjat tangga tinggi bawak pelampung double yang berat ituuu 😂




Budak-budak ni memang bahagia main kat sini.





Ni satu lagi mini version of the bigger slide.
Yang slide versi besar tu dia macam drop jatuh ke bawah, sis tak berani naikk. hahahaa




Member naik ni banyak kali kot.


Bertam Water Park tutup jam 5 petang.
So nanti akan ada pengumuman before 5pm.
Boleh je nak main lagi waktu tu.
Tapi kalau lambat naik, beratur le dikau kat changing and shower rooms. hahah

Dah siap bersihkan diri dan tukar baju kering.
Bergambar kenangan sebab tempat ni best!
Mujur je jauh. Kalau tak, datang tiap-tiap bulan dah kot. kihkih




Balik hotel nak buggy.


Kisah hari Jumaat tak habis di situ lagi.
Hahahaa.
So petang tu kitorg keluar cari dobi layan diri.
Dekat je dengan hotel, naik kereta.
Husband sambung ada dinner ofis kat hotel.
So me and AAs je la keluar.

Sementara tunggu baju dibasuh,
nampak macam ada night market dekat-dekat dobi tu.
Macam jual makanan-makanan viral pun ye.
So terulah kitorang menapau dinner.

Ais krim gulung. RM15.
Vanilla, strawberry + crushed kit kat + choc topping.
Anaqi nak. Layankan je sebab tengah holiday.







Sambung kat dobi. Tunggu baju dikeringkan pulak :P




For myself, sy beli dumpling. Ai memang Chinese jadian, bab-bab Chinese food ni. wihihi




Selain Chinese, sy jugak boleh menjadi Mexican 😂
My recent favourite food is of course, tacos barilla.




Sejenis tak boleh tengok baju berlonggok lama.
Dekat dobi tu jugak ai lipat terus! :P


Suka ke dobi time holiday.
Supaya tak pening and stress balik rumah karang,
sebab nak kena basuh banyak baju 😂
Lagipun agak lama kitorang kat Penang kali ni.. around 4 days.
So at least stock baju 2, 3 hari dah siap terbasuh dah.

Baju-baju yang dah siap kering dan berlipat ni sy masukkan semula ke dalam laundry bag dan simpang siap-siap dalam kereta.

Jumpa pulak kek ketuk kunafa pistaschio ni.
Anaqi nak jugak, sebab dia kan suka bendalah sweet, sugary and viral gini. Lolx
RM15.




Balik bilik hotel, baru sempat makan mi kuah udang yang kiri kat husband time beliau ke Pulau Aman. Ni beli kat Jeti tu.


Sedapnya mi kuah, masyaAllah!!
Sy dah lama nak gi makan mi kuah ketam Simpang To'Kun (Bukti Mertajam (BM)).
Tapi tak dapat lagi la setakat ni.
Bertam pun tak dekat sangat dengan BM.
Kalau sy drive sendiri, boleh je sampai around 30+++ mins.
Tapiii.. masa mencemburui. Tak sempat kekdahnya.
Next time la ye kalau sampai umurnya.
Kalau nggak, gwe request nanti di syurga. insyaAllah. hihi


Lastttt!!

Esoknya, hari Sabtu pun menjelma.
Hari ketiga baru sempat nak mandi pool.
Pool resort ni luas and besaq gilaaa bak ang.









Actually kan, baju renang muslimah sy ni dah lama gile rasanya beli.
Dah pudar warna dia due to excessive use in the water la kot. Haha
Tapi tak dapat dapat lagi beli yang baharu.
Tau je la baju swimming mahei-mahei.

Banyak barang sy dah pudar, lusuh.
Sebab kite ni mendahulukan makanan daripada barangan.. hahaha.
Satu lagi, mendahulukan anak-anak daripada diri sendiri.
Gitulah ceritanya.

Kira percutian ni hadiah birthday untuk anaqi je lah.. boleh ye! Hahaha
Pibedey, son!! :D

 


Dah, tamat sudahhh.
Nanti kita sambung cerita odw balik dari Penang ke Selangor pulak.
Singgah Ipoh, weiiii.
I always love Ipoh.
Nanti kita sambung k. Till next entry!! Da-daa!