assalamualaikum and hey! :D
kembali lagi kita ke entry cuti-cuti cameron.
biasanya kitorang akan ke cameron highlands setahun sekali.
so untuk tahun ni, kitorang pergi pada 22-24 mei 2024 (rabu-jumaat).
rabu tu hari wesak, so ambik cuti sendiri khamis-jumaat.
AAs (kiddos) pun cuti sendiri, nasib baiklah minggu depannya tu cuti sekolah seminggu.
so diorang cuti khamis-jumaat ni tak affect sangat,
sebab sekolah baru je habis 2 events besar; i.e hari sukan sekolah dan hari guru.
kira khamis-jumaat tu just ada minggu BM dan pertandingan2 macam tu.
gitulah kalau nak elak jem kat cameron,
kena korbankan hari biasa untuk bercuti. tapi kalau nak cuti sendiri from school,
kena pastikan date tu tak de exam atau sekolah dah tenang2 sikit.
kitorang gerak pagi dan sampai dalam tengah hari macam tu.
macam biasa, tempat pertama dituju dan dilalui adalah cameron valley tea 2.
dan biasanya jugak, kitorang singgah just untuk bergambar kat kafe dia.
berlatarbelakangkan ladang teh yang menghijau.
back light don't care 😂 |
kalau tanya part cuaca,
masa bulan mei tu masih lagi musim panas.
so tak de gunanya pakai winter jacket ke apa siang-siang.
panas weh, siap berpeluh lagi. haha
lepas2 trip kitorang tu, baru la cameron start musim sejuk.
so kalau korang nak ke cameron sekarang, baru sesuai pakai baju tebal2.
isz and wani. and tea plantation. ahaks |
memang datang sini semata-mata tangkap gambar je. tak de makan minum apa-apa. hahaa |
mi familia. |
bayaran untuk masuk ke ladang teh dan kalau nak naik buggy. |
kalau naik buggy dari cameron valley tea 2, dia boleh jalan sampai ke cameron valley tea 1 kat sebelah.
kat cameron valley tea 1 ada air terjun.
port fave, kampung taman sedia.
that's our next destination.
kalau sampai cameron, kena ke opah strawberries and jams dulu.
memang dari dulu gitu. haha
kalau nak tunggu esok lusa, belum tentu dapat pergi.
sure ramai. haha.
so ni sampai2 terus la singgah.
opah pun dah buat sistem queue yang teratur.
kalau meja penuh, ada staff diorang akan ambik nama.
ada ruang menunggu jugak kat tepi.
kalau dah ada meja, nanti diorang akan panggil.
tapi tak la lama sangat tunggu.
walaupun staff tu mula2 cakap kena tunggu 45 minit and kitorg redo je bagi nama untuk tunggu.
dalam setengah jam or less la tunggu.. lepas tu diorang panggil, ada meja. ok la. cekap dan pantas!
ni ruang menunggu kat opah strawberries and jams. |
macam sebelum ni, order dibuat secara scan QR code kat meja. nak bayar online boleh, nak bayar kat kaunter pun boleh. |
so kitorang pun order la apa2 yang patut.
kat opah, tunggu harith, durra and naim sampai.
so tak lama lepas tu diorang pun muncul. haha
naim tengah makan waffle. |
bergambar dulu, sementara tunggu nasi lemak sampai. |
ye, opah strawberries and jams ni specialty dia pada nasi lemak strawberry (ayam goreng sedap dan murah!) andd scone dia.
tapi ada je menu lain kalau nak order.
baru2 ni, cromboloni pun dah ada ye.
harith, mama, durra, naim haikal di opah strawberries and jams. |
nahh tu dia, naslem dah sampai! :D |
kali ni tak de la order fancy2 macam set lengkap dengan serunding and sambal strawberry.
order nasi lemak yang biasa, + ayam goreng.
tu pun share sebab i ols tangki kecik.. haha.
even satu family sharing is caring sebab memasing makan small portion.
the whole family :) |
kali ni try scone onde-onde opah pulak. biasanya ambik butterscotch atau lemon. |
verdict scone onde-onde; biasa je.
tak berasa sangat rasa onde-onde tu, melainkan kuah gula merah kat atasnya yang manis leting. hahah
tapi tak de la kata tak sedap, sedap je. cuma nama onde-onde tu based on gula merah tu je. kita tak rasa macam makan onde-onde sebenar dari segi rasa. hihii
kalau nak bungkus scones bawak balik,
boleh queue kat depan.. kat house of scones dalam kedai opah.
tapi tak silap, kalau nak tukar daripada butter kepada fresh cream, kena bayar extra.
lepas makan, kitorang jalan-jalan kat sepanjang jalan depan kedai opah dan lain-lain kedai kat situ.
kat sini, scone ori harga RM22 berbanding RM25 di kedai opah yang berperisa. ni sebelah kedai opah je. open table. hahah |
ada jual strawberi cicah coklat, dan yang terbaharu.. ada tanghulu buah. |
settle di kampung taman sedia, kitorang gerak ke hotel untuk check in.
hotel pilihan kali ni adalah hotel wan alyasa di centrum.
kiranya cameron centrum kan.. tapi blok sebelah dia.
ada a few hotels jugak sini.. tempat baharu la jugak.
terpanggil untuk cuba menginap di sini
sebab baca positive reviews kat group CH.
lokasi strategik, harga ok tak la mahal sangat, tak juga murah sangat.
kalau bilik triple tu dalam RM200+ la.
yang penting, hotel muslim.
kat hotel wan alyasa banyak deco barang2 lama.. antaranya duit kertas lama ni. |
dalam 2.30 petang macam tu,
dah boleh masuk.
sejadah ambil di kaunter.
pilihan bilik, ada macam2. ada yang bertingkap, ada tak de tingkap.
so kami ambik triple room ada tingkap.
my mom ambil double room & saya request bilik kitorang sebelah-menyebelah.
harith and fam pulak menginap di century pines, bawah sikit.
katil di bilik triple, hotel wan alyasa. ok la besar katilnya. |
bilik tak la super luas, tapi ada la ruang untuk bergerak dan solat tu.
seterika / iron ada disediakan di luar. kat koridor.
bilik kitorang mengadap belakang. |
belakang hotel ni ada mini fun fair.
so memang meriah la sampai ke malam.. dung dang dung dang bunyi muzik. lolx
budak2 pulak pantang nampak fun fair, laju je ajak turun.
fun fair tu, petang dah start.
ni bilik double, hotel wan alyasa. my mom dok sini. |
toilet pun bersih, alhamdulillah. |
cuma jangan la expect macam hotel 5 bintang. sebab ni macam boutique hotel yang small size gitu.
cuma dari segi kebersihan dan kekemasan, memang tip top.
startegik pulak tu. kedai makan, kedai dobi, steamboat, mall semua ada. boleh jalan kaki je.
cuma dari segi kebersihan dan kekemasan, memang tip top.
startegik pulak tu. kedai makan, kedai dobi, steamboat, mall semua ada. boleh jalan kaki je.
parking? berbayar. tapi tak la mahal.
bayar per entry. RM3 kot? lupa dah hahahaa.
kalau parking depan hotel penuh,
boleh turun basement. melambak parking.
seperti yang diminta-minta, AAs akhirnya tiba ke fun fair belakang hotel 😂 |
kalau main bouncing castle ni, bayar RM15 seorang,
main la sampai tutup.
yes, dia unlimited dan boleh keluar masuk.
time ni tak ramai budak2 lagi. so diorang ni je la yang conquer. |
disebabkan hari tu hari wesak,
kitorang tak la berjalan sangat. plannya nak berjalan keesokan harinya.
hari rabu tu, kitorang setakat keluar makan tu je la.
jem tak?
tak berapa. jem light2.
sebab tak naik ke kea, kitorang pun tak tau la jem ke tak hahaa.
kitorang tak jem, tu yang penting 😂
ok till next entry!
bersambungggg.
No comments:
Post a Comment