Showing posts with label snow. Show all posts
Showing posts with label snow. Show all posts

Monday, December 24, 2018

wani e at snow world, genting

assalamualaikum and hi!

macam yang diceritakan sebelum ni,
area first world plaza, genting masih dalam renovation.
yang bukak cuma a few kedai dan snow world.
ada mall jugak, sky avenue.
tapi mall tu macam tak meriah.
mungkin sebab tak de indoor themepark (yang tengah reno).

-ini backdated entry, harap mak long-

:P

back packku yang sangat berjasa.

kitorang gerak ke first world dari hotel grand ion deleman dengan menaiki shuttle bus yang disediakan. free je ni.


pemandangan turun bukit. lawaa. dengan kabus-kabus.



in the bus.



sampai-sampai je terus snap gambar sebab nampak pokok lawaaa (lampu tu yang lawa kat pokok. haha)



tu babah and anaqi.



snap angle lain pulak. dasar sangat :DD



haa ni la shopping mall sky avenue tu. agak tak havoc di situ sebab banyak kedai kat first plaza, termasuk theme park tengah reno/construction.



datang sebab nak main ni je :P

snow world, genting ni sejuk gile gile sejuk ok.. around -8 degree celcius macam tu.
kalau korang tanya comparison dengan yang kat iCity nun,
kat genting lagi sejuk.
sejuk tahap mulut ko kebas dan habis keluar air hidung semua sebab sejuk sangat. bahaha
of course lagi selesa kat iCity la, sebab ai is tak tahan sejuk.
tak mampu nak dok oversea macam ni :P


mi familia.



with hubster.

lagi satu, area kat snow world ni agak besar jugak la..
dan bertingkat-tingkat. 3 tingkat kot macam tu.
so korang boleh explore sana sini.
tapi ada time masuk dia.. bukan boleh masuk the whole day.
boleh google la nanti kalau nak tau timing dan harga tiket semua.
sy dah lupa dah berapa, sebab dah agak lama berlalu. lolx


boleh main slide pelampung. ya ni ariana main. kitorang ni penonton je :D (ada pekerja-pekerja dia tunggu kat bawah)



just a selfshot.



ruangan snow world yang agak luas, boleh main bola sepak macam ni :P



boleh naik tangga ni untuk ke tingkat atas.



macam budak jepun ke korea pulak dalam gambar ni. kalau tembam sikit lagi, mesti jadi. HAHAHA mak kejam :P



sejuk dia toksah cakap la. mulutku dah kebassss! tapi masih gigih bukak glove sebab nak snap gambar. haha



boleh jugak bergambar kat props kedai-kedai ala-ala kat perancis.



kedai-kedai ni ada di tepi tangga. props je ye.. bukan kedai betul.



ni yang AAs suka.. main salji. haha



ada seseorang (yang kecik) dalam pondok telefon.



gambar dua orang ni jangan lupa.. haha.



ok tak tahan dah. jom keluar!



tahan pulak budak-budak ni pegang ais.



the end of photos :)

overall, a nice experience.
sejuk sampai nak tergolek. haha

till then!

Tuesday, September 04, 2018

budak-budak main salji

"nenoo nenoo!" kata anaqi.
neno tu snow! lolx


mencari-cari kasut yang sepadan, macam cerita cinderella. everyone is cinderella here, i guess. HAHA

assalamualaikum and hi!

kejadian ni dah dua minggu kot berlalu.
macam biasalah, tuan blog malas nak update on time :P

tidak keruan mendengar budak-budak bersyair di tepi telinga nak ajak main snow,
maka kitorang, mak pak mithali *lah sangattt :P* ni kena la bawak.
walaupun daku ada masalah dengan suhu rendah, tapi kuredahkan jua.

the destination; snowalk, iCity, shah alam.


kehairanan dengan tangan sendiri yang memakai 'baju'.



again, anaqi akan check keperfectan dia membuat peace sign. wah haha.

that day, kitorang beli tiket untuk 1 hari.
all-day pass la kiranya.
means boleh pergi main di kebanyakan tempat dalam iCity ni.
tapi lepas tu hari hujan.
so mana-mana mainan outdoor terpaksa ditutup sementara.
dahlah kitorang datang petang, bukan pagi. masa agak limited.
dapat main yang indoor je la time tu.
moralnya; next time nak beli all-day pass, sila check weather forecast dulu :P

but we did have so much fun in the snowalk!


bergambar kenangan dengan snowman yang sentiasa ada positive vibe. haha



ala-ala ko main salji kat salt lake city ke.. sapporo ke.. walhal. kat negara bersuhu 32 degree jua. hihi

tapi tapi!
suhu dalam snowalk ni adalah bawah negatif 5 ye.
just bear with the coldness.
anaqi relax je nampak.
ariana pulak nampak slide, terus tak ingat dunia.
ai main slide sekali.
lepas tu ais masuk dalam boots.
terketar pijak ais.
tobat tak nak main slide dah. brrr.


last time pergi berdua was on 2011. ni kira 7 years later. hohho. how time flies. (alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu balik dengan sesalji ni).



babah and anaqi. serius, anaqi steady je. may be sebab dia pakai baju 3 lapis. gloves dia pun 2 lapis.



enjoying the snow. dia ni la yang paling ketegaq *how to spell??* tak nak balik, while orang lain dah menggeletar kesejukan.



ariana ferfeeling main snow kat eropah. wah haha.



dia ni kaki main slide. pah dia, dia. pah dia, dia! haha



nampak siling tu! ikiki. langit berwarna kelabu krom.



anaqi dok tarik sled.



our awesome posum, little family.

tengok gambar ni,
teringat gambar family shah alam time main salji kat genting dulu.
mama, abah, me, faliq & harith.
we have a family photo in a snow like this too.
good old memories :)


oh bagi yang nak tau harga,
kalau korang tak beli all-day pass,
dewasa per entry is RM25 (11 tahun sehingga 60 tahun).
kanak-kanak above 90cm is RM20.
below 90cm is free.
tak silap, harga lepas jam 6 ptg, lain pulak. mahal sikit.

tapi kalau korang nak rasa pengalaman bermain salji di bumi malaysia,
why not.
harga tu priceless kot. :)

ok guess tu je untuk kali ni. tata!!