Showing posts with label outstation. Show all posts
Showing posts with label outstation. Show all posts

Sunday, November 06, 2022

staying at swiss garden hotel, jalan pudu, kuala lumpur

assalamualaikum and hi! :)

this is a throwback entry, obvi :P
last week i went outstation to attend a workshop and stayed at swiss garden, KL.
it's located in Pudu, which is near Bukit Bintang area.

the hotel was nice,
just, it doesn't have lift from basement parking to hotel's lobby.
you need to drop your luggage at lobby,
the go park your car.
the rate is RM10 per entry if i'm not mistaken,
but mine's got waived, together in the workshop's package.

2nd night, i had that feeling of eating the hotel's nasi goreng (fried rice).
so here's a RM22 nasi goreng.
together with fried chicken, prawns, chicken satay, salads and crackers. yums.


so i took a few of my room's photo.
the room was nice. i enjoyed my stay.

open-wardrobe concept. just enough hangers for me :)



the bathroom. clean. rain shower head was there.



my beds.


some people might ask,
can i sleep on the first night alone in a hotel?
the answer is; yes, i slept safe and sound. lolx
to those who know me, i used to sleep anywhere, everywhere.
i can sleep at the laundry shop, on the road, on the grass. anywhere. haha

the dressing table.. or working table. idk. depends on your usage.
used this table as a dining table. and bed as my 'working spot'. lolx



here's where i slept, and where i did my work on my lappie.


truthfully, i didn't have a peaceful leave.
my workshop was until wednesday, but we'll be having a meeting on thursday.
idk what's on the bosses minds.
so layankan je. sambil bengkel sambil buat kerja. mehh.


had an android tv there. can screen mirroring with my phone. coolio.
but the channels were just okay. the usual cable-tv channels with some other channels.



the view from my window.
basically it's just buildings. haha



transparent looking mini bar. which i think not so cold at times.

 

guess that's all about it.
idk why everyone was doing courses and workshops on year ends.
i just want a freakin' holiday.
(i enjoyed the hotel stay, though).

cheers.

Friday, November 18, 2016

catnation

hai hai!

sy baru balik dari kuching, sarawak semalam.
ada meeting sehari.
had a good feeling sebab dah lama kot tak pergi sarawak *walaupun kali ni pergi atas dasar kerja*
tapi pergi for work pun tetap seronok sebab pergi seorang diri.
ye sy suka je jalan sorang-sorang.
boleh set nak duduk hotel mana, nak pergi mana.. masa pun ikut masa sendiri. buahaha

this time pergi dan menginap 1 malam je.
so pergi rabu petang, khamis dah balik putrajaya.
tak de lah budak-budak kat rumah tu kena tinggal lama sangat.

i was thinking of getting an ERL to airport.
sebelum tu, masuk ofis pagi, settle kerja, then balik rumah ambik beg, call teksi, pergi sentral.
sy suka naik ERL sebab laju and lagi cepat daripada naik kereta ofis/teksi ke airport.


there i was at klia2.

naik air asia.
flight pun pick sendiri.
sebabnya MAS punya flight dari kuching balik ke KL awal sangat.
takut tak sempat nak kejar lepas meeting.
yang ada air asia.
so air asia it was.
seronok jugak sebab AA flight kan ada hidangan untuk pemegang waran kapal terbang kihkih.
i could get a hot seat (seat depan sekali), no need to queue with others and i could get a free meal.
good enough.
cumanya ko kena menapak la sikit kat klia2 tu.
so sy memang bawak beg dan barang seminimumnya.
dan ambik TROLI.
walaupun begitu, beg untuk breastpump semua memang kena bawak.
bendalah tu beratlah sikit sebab ada ice pack dengan mesin pump tu kan.
tak pe, tak pe. apa ada hal.
kita hangkut semua. :DD


me at my seat.
memang kita akan dapat masuk dulu sebelum orang lain.
tengok, seats lain kosong kan.
depa tengah beratur kat luar nak masuk.

time flight ke kuching ni,
ada sorang stewardess flight ni.. pinggang dia kerengga gile!
seriously! sy macam kagum-kagum jugaklah.
terus teringat life barbie ok.
tak pernah tengok pinggang sekecil itu.. even from a stewardess.
ni tengok depan mata. so. oh wow. :)


pemegang tiket waran memang akan dapat 1 meal dengan snack box macam ni.

masa awal-awal dulu,
kita boleh pilih nak meal apa.
tapi rasanya sekarang tak boleh.
diorang akan set untuk pemegang tiket waran.
kiranya surprise surprise lah.
so this time dapat nasi dagang with chicken curry.
check buku menu, pun banyak menu baharu.
sebelum ni sy teringat yang pernah dapat green curry.
oh sy tak suka green curry tu. nasib baik dah tak de dalam menu. mah haha


this is how the nasi dagang looked like.

rasanya oklah. sedap.
cuma dalam kepala ni dah set kalau nasi dagang tu, biasanya dengan gulai nasi dagang la kan, preferably ikan tongkol HAHA
yang ni dapat chicken curry.
chicken curry pun chicken curry lah.
dah orang bagi free. makanlah engkau di situ. :D

sampai kuching around 4.30pm kot macam tu.
petang tu hujan.
nak keluar berjalan kaki cari souvenir pun tak dapat.

sy stay kat hotel waterfront.
hotel baharu ni.
interconnected dengan plaza merdeka mall.
sy memang saja pilih hotel ni sebab nak try hotel baharu and sebab ada mall.
senang apa-apa boleh turun pergi mall. hihi


bilik sy. agak besar jugak.

bilik macam ni berharga RM230 untuk satu malam.
harga yang berpatutan dengan kemudahan yang banyak.
so far memang selesa la biliknya.


ada tv flat screen yang besar jugak di situ.

channel tv tu banyak,
cumanya banyaknya bukan channel pilihan sy la.
i was looking for a movie channel.. HBO ke cinemax ke apa kan.
alang-alang kot ada vision four, channel movie kegemaran hotels semalaysia. hahaha
tapi tak de.
dia banyak selection untuk channel chinese.
mungkin sebab di sarawak ramai sarawakian dan chinese. kot.
ada la channel movie, tapinya channel RED by HBO.
RED ni pan asian movie channel.
sy tengok asyik menayang korean movies je. haha
then ada la 1 channel lagi sy tak ingat nama dia.. lotus ke apa.
itu ada tayang english movies dengan subtitle chinese.
tu je la.
tv biasa cuma ada tv9 dan 8tv.
surprisingly tv1, tv2 dan tv3 tak ada.
dah la petang tu ai nak tengok drama '7 hari mencintaiku' kan. bahaha
kenalah tengok streaming kat smartphone.

nasib baik ada wifi free ;)


by the window. city view from the window.



bilik air dia juga agak besar.



toiletries dan keperluan diri. cantik, macam kat spa.



since hotel baharu, design toilet pun baharu jugak. xD



haa nasib baik ada minibar!

minibar = peti sejuk kecik.
masa sy browse cari hotel kat kuching, memang nak hotel yang ada peti sejuk.
sebab senang untuk simpan stok susu.
it's quite a challenge for a breastfeeding mother to go outstation.
pada sy, 2 hari 1 malam bolehlah.
tapi kalau berhari-hari, kat mana ko nak simpan stok susu?
nak bawak box?
dah box nak simpan kat mana pulak?
nak bawak naik flight lagi.
memang mencabar sikit.
plus kat hotel bukan ada freezer yang sejuk beku tu.
dia peti biasa je.
so tak boleh simpan lama-lama.


controller dia semua digital. tekan kat sini je.



carpet. dah sama kaler dengan stoking ni dah kenapaaa :D



internet untuk laptop juga adalah free. tapi sy tak bawak ultrabook pun. jimat berat. lolx



hotel waterfront juga sangat generous dengan plug.

pernah tak ko stress out sebab hotel yang ko duduki hanya ada 1 plug saja??
plug tu la yang buat charge phone,
lepas tu kalau nak pakai iron,
ko kena cabut pulak charger phone, tukar dengan iron.
kadang plug entah kat mana, jauh gile dari katil.
nak charge phone 1 malam, pagi esok masa ko bangun nak tutup alarm,
terkumat-kamit pergi berjalan turun katil nak ke arah plug yang tengah charge telefon!
tu belum hotel kedekut yang hanya ada 1 plug.. iaitu plug yang digunakan untuk tv! HAHA
nak charge telefon, tak boleh tengok tv. haruuuu *ye sy pernah tidur kat hotel macam tu rofl*
tak convenient kan.
tapi hotel ni memang gile banyak plugs. semua berfungsi.
yang kat tv ni ada 4.
kat tepi katil ada 2.
syukorrrrr :P


bedding.

bantal empuk. ok la.
walaupun tak sesuper empuk bantal marriot, but still!
untuk bantal, hotel waterfront ni generous jugak.
1 katil ada 4 bantal besar, plus kusyen panjang kecik.
kat couch ada lagi 1 kusyen.

so lepas check in hotel,
lepas solat semua, sy turun ke mall nak cari kedai souvenir.
yes jumpa kedai souvenir.
nasib baik tak mahal.
so beli la sikit.
and tapau makanan sekali.
mula-mula ingat nak order in-dining room service,
tapi tengok nasi gorengnya tak ada sate atau ayam goreng *bahaha* terus cancel.
teringat secret recipe ada nasi goreng thai yang sedap.. sebab ada udang besar.
so lepas beli souvenir tu terus cari secret recipe ;P

mesti orang cakap, weh ko pergi kuching jauh-jauh,
pi la makan laksa sarawak ke, mee kolok ke.
celah mana nak cari laksa sarawak hujan-hujan rembang petang ni.. hihi
tapi tak terkilan pun sebab ni kali ketiga sy kat sarawak.
so dah pernah rasa la laksa sarawak dengan mee kolok tu.
hotel tu ada jual laksa sarawak.. RM30+ kot harga dia.
tapi tekak tak terasa nak makan laksa sarawak.
tekak mengada-ngada nak makan nasi goreng thai. lolx


sebab tapau, tomyam dapat sikit je dalam bekas kecik. boo hoo!

so malam tu duduk diam-diam dalam bilik hotel.
tengok movie, surf internet, tidur. hahaha
ye lah esok pagi nak bangun pergi meeting kan.
lepak-lepak je la.
tak pe tak pergi jalan pun sebab sebelum ni dah pernah pergi jalan kat sarawak.
ni datang kerja je. tak sempat nak berjalan jauh.


me, the next morning.

ni awal pagi sebelum pergi breakfast.
sarawak kan matahari cepat naik.
pukul 7 pun dah terang gemilang.
pagi tu sy turun kejap breakfast.

dah siap cop tempat dengan gelas air jus oren.
then pergi ambik makanan.
sampai-sampai meja, tetiba ada mat salleh nama paul duduk kat situ.
rupanya sebab kengkawan dia duduk kat meja berempat di sebelah meja sy.
so mungkin dia tak de seat, dia pun duduk kat meja sy.
ok fine duduklah.
said good morning to him, vice versa sekadar bersopan-santun haha *walaupun tak kenal*
then sambung makan.
lepas tu ada sorang lagi kawan paul datang.. chinese man ke philippine ke tak sure.
dia cakap nak tumpang duduk jugak.
adoila korang ni tak bagi ai duduk makan sorang-sorang relax-relax lolx.
ok duduklah.

lepas makan tu, sy pi ambik gambar kat luar.
sebab nampak bangunan DUN yang famous amos tu.
snap 1 kali.




teriknyaaa wuhui! :P



boleh nampak sungai kat sini. lawaaa.

lepas tu minta hotel panggilkan teksi.
naik teksi dengan sorang pemandu teksi yang bernama mr. goh.
dia agak friendly, rupanya pemandu pelancong jugak.
sambil drive ke tempat meeting, sambil dia dok bercerita pasal kuching dan bangunan-bangunan di kuching.
kira macam naik bas tour je rasanya hahaha.
then dia kata habis meeting boleh call dia, nanti dia datang ambik.
orait boleh je.
so sy pergi meeting kejap.

meeting.



lepas meeting, lawatan.

so habis meeting tu tak sempat makan pun.
call mr goh datang ambik.
nak terus ke airport.
sebelum tu, on the way to airport tu minta dia bawakan ke kedai souvenir.
nak beli souvenir lagi.
and kawan-kawan ada mengirim sikit.

dia bawa ke 1 kedai 2 tingkat yang memang macam-macam ada kat sini.
lada hitam, pes laksa, keychain, magnet, baju, cenderahati, macam-macamlah.
boleh accept credit card and debit card jugak.
sy lupa tangkap gambar tempatnya,
tapi yang nak ke kedai souvenir on the way to airport boleh try ke sana;

kedai nama SINPIAO.
di taman hui sing.
landmark, stesen minyak petronas.
nampak stesen minyak, masuk straight ke dalam di jalan sebelah kanan petronas tu.
straight je sampai nampak bangunan 2 tingkat di belah kiri korang.

ada kawan kirim ikan pekasam.
kedai tu tak jual.
alhamdulillah jumpa ikan pekasam kat airport.
so kalau tak sempat membeli souvenir, kat airport ada.
ikan pekasam, kek lapis, baju, keychain semua ada.
harga tak mahal pun walaupun kat airport.

said bye to mr goh.
kalau korang di kuching dan memerlukan perkhidmatan teksi, boleh la call mr goh ni:

mr. ric goh - teksi di kuching, sarawak
016-8899345

tunggu flight di airport kuching. flight delay setengah jam macam tu.

tu je la beg yang sy bawak.
nasib baik muat barang-barangnya.

lepas tu balik ke klia2, ambik ERL to putrajaya sentral.
call husband minta ambikkan lepas dia balik dari ofis.
then fetched the kids at taska.
hujan-hujan lebat petang tu.

what a day. hihi

Sunday, June 08, 2014

outstation in KK

rasa macam entries berpending-pending
sebab tak sempat nak menaip. haha
now ada masa,
so kita snatch sikit masa tu :P

ini kisah trip ke kota kinabalu, sabah.
best thing about my job is
kitorang boleh belajar macam-macam benda
dan pergi ke merata-rata tempat.
(dan kadang dibayar untuk itu. lolx)

tapi duit bukan semuanya.
yang penting tag 'jauh berjalan luas pemandangan' tu. HAHA

this is my third times to KK.
kalaulah tiket ke sabah ni murah dah banyak kali kot pergi.
sebab KK memang best!

pergi ke KK naik MAS.
balik naik air asia.

ni time pergi. awan kepul-kepul.



majestic.


naik MAS best;
satu sebab hospitality dia.
airlines lain tak boleh beat kemesraan cabin crew MAS.
dua sebab selesa.
cuma sy malas jalan jauh dalam KLIA tu. hahah
KLIA2 pun sama jauhnya.
kalau kat LCCT dulu dekat la sikit.
apapun subang airport still is the best sebab super dekat. huahua
ok sambung :P


dalam flight MAS ke KK ada hiburan akaka.

flight dua jam lebih.
sempat la sy menonton 'best in the world' raya special (rancangan makan-makan)
dan movie philippines 'bride to rent'. tapi tengok tak sempat habis.
sebab kapal terbang dah nak mendarat.
cerita dia kelakar and sweet hoih.
nak download la nanti :D

samapai di KK,
sy stay di hotel klagan.
hotel ni duduk kat tengah-tengah pusat bandar.
dengan shopping malls.
tapi sy tak singgah pun malls.
masa suntuk sebab sy ke KK satu malam je.
plan asal nak ke pasar filipin,
tapi tak sempat jugak :'(

hotel yang (hampir) serba lengkap. cermin besar.

sy kata 'hampir' sebab
semua dia ada,
kecuali fridge. HAHA
tapi may be sebab sy duduk di bilik standard.
the lowest i can get is RM190 per night.


ada safety box.



tempat iron, sejadah.

paling bosan kalau dapat hotel tak de iron.
ataupun kena menapak ke bilik iron sambil bawak baju.
itu tidak convenient sama sekali.
so i really appreciate the existing of iron in my room ;) lolx


design bilik air yang cantik.



tempat mandi di sebelah sinki.



shower head yang lebar macam mandi air hujan dengan satu lagi tu berbentuk silinder.



toiletries.



hair dryer pun ada. xD



towel rack.



the mirror. ye banyak cermin ok. :D



drinks station.



view bilik.



lawa kan? :)

despite of ni bilik standard je,
tapi selesa dan luas.










kalau bawak durian dan cempedak, kena denda pembersihan sebanyak RM1,000.



buku dine in menu. lupa nak rotate gambar. hahaha

malam tu pergi makan dengan kawan-kawan kat KK.
kawan-kawan yang kenal kat KK ada la a few,
tapi yang ini kira good friends la.
kalau datang je depa mesti bawak makan.
thanks, guys!

makan di chinese restaurant.



kat luar hujan masa ni. orang ramai gile kat restoran ni; luar dan dalam.

second day tu barulah siap-siap untuk bekerja. xD


snap gambar sendiri dulu apa-apa hal :DDD




good morning, KK!!



lawat projek, lepas tu ke ofis mereka. tu orang JK*R tengah tunjuk apa la tu. haha



the outcome team.

balik naik air asia.
tak de hiburan dan makanan yang ditempah dapat lain.
may be sebab their new policy untuk waran udara.
makanan standard, so tak boleh pilih-pilih.
k fine, lain kali naik air asia sy beli tiket sendiri.
dapat pilih makan.
(nasib baik dapat nasi goreng ikan pedas yang diorang bagi tu sedap. HAHA)

ok nanti sambung lagi.
cerita KK dah habis.
cerita lain pulak.

tata!!