Sunday, September 30, 2012

gambar-gambar random

jyeah. mixture of everything.
sila saksikan :P

ikan selar kecik goreng garing. bumbu kunyit, bawang merah, bawang putih, cili hidup, garam sesudu setengah (sudu garam). luvluv!



sayur campur goreng berkuah.



ikan rebus untuk keju. stok ikan rebusnya tak pernah putus :P



this is keju's latest photo.



keju dengan karpet lebih kurang sama je.. tak de beza. hahaha (maksudnya sila sikat bulu-bulu ko, keju!)



azra. my DP*A bestie. time ni tengah berkaraoke dengan beliau.



lalala hahaha. besties.



ordered nasi ayam sweet sour kat tempat karaoke.



hari tu punya plate.. nasi putih, ayam goreng rempah, telur dadar goreng. yumminess.

ye. sy jenis yang boleh makan nasi putih dengan lauk tanpa kuah. macam ayam goreng kosong, telur goreng kosong.. tak ada kuah (kuah kari, masak lemak, sup.. anything) pun sy masih boleh makan. dengan cara ini dapat menikmati rasa ayam goreng itu secara lebih sensasi. depends on who's the hero of the dish ;)

ok. mari pergi mulakan hari ahad dengan separa produktif.
sebab semalam sabtu dah produktif sangat kan. hari ni kita tone down sikit. AHAHA

kbai!!


p/s: i'm using the new vaio adapter!! selama ni adaptor rosak asyik pinjam adaptor orang lain je. haha

nandos dos

hohha. hari tu ada orang belanja nandos. sempena kenaikan pangkat beliau *point to syida* :P tahniah, syida! dan trimas sebab belanja kitorang makan makanan lazat! hehe


diet air kosong je sekarang.. ataupun air suam/panas. air sejuk jarang dah minum. menjadikan suaraku lebih merdu. HAHAHHAHA *gelak sambil muntah hijau*


sebab malas nak letak caption, hah tengoklah photos makanan-makanan ni :






yang lassttt sekali tu plate sy. sy ambik angry mango ke apa nama dia.. iaitu hirisan ayam grill dalam roti pita. dalam tu ada potongan mangga. sedap jugak. biasa orang mexico letak dengan potongan tomato kan. makan dengan sos peri-peri.

counter.



buku menu.



min & azam. khusyuk woh tengok buku menu. menelaah dulu time universiti pun tak sekhusyuk ni, kan? kahkah



syida & i. ye muka sy memang berkilat. kilang minyak. haha (cahaya ok! cahaya!)



pamplet spaghetti yang ada resipi di belakang.



counter lagi.


time pergi hari tu kebetulan baru lepas hari keluar gaji.
hambik! punyalah penuh umat manusia.
lain kali nak makan luar, mari kita pergi makan time-time payday belum sampai kan. haha

k lah tu je. jumpa lagi!

majlis perpisahan min

happy ahad! (oh my bahasa!)

ni adalah new entry, but old story. haha

ok bagi yang tak tahu sangat pasal dunia perPTDan ni, esok, isnin, 1 oktober 2012, budak-budak batch DP*A baru akan start kursus. batch 2/2012 la kiranya. batch 1/2012 masih ongoing, dan dijangka tamat disember ni. they're going for OBS module soon, tapi ada sorang my friend tu katanya masih trauma dengan kejadian yang menimpa hari tu (kematian salah seorang peserta di kem watani*ah akibat lemas. al-Fatihah).

tapi kawan tu experience watani*ah dulu instead of OBS, no wonder persepsi dia tentang aktiviti lasak kursus DP*A adalah meruncing. kiki. i said OBS will be hell of fun. hell of good management. hell of tight safety. ye lah, kalau nak banding yuran OBS dengan bayaran nak masuk watani*ah, sendiri kira la. OBS ribu riban. hof kos you will get the best. bukan la nak cakap watani*ah ni tak best, tapi dengan duit yang sikit, ada la kurang here and there. ok tak nak cakap dah pasal tu. haha

yang penting! (mukadimah punyalah panjang :P). our colleague, min, akan start DP*A esok. congratz, min!! (betul tak ucapan tahniah tu? bahaha). oh i should say good luck instead kan. lantak pi. haha. so to min, enjoy every moment, sebab dengarlah testimoni daripada bekas peserta DP*A ni haa *gaya mak jemah*. DP*A best sebab bonding dengan kawan-kawan. experience yang ko takkan dapat kat tempat lain. walaupun asalnya rasa macam kena torture mental fizikal, tapi diorang saja buat macam tu untuk strengthen mental dan fizikal ko. esok kalau perisik luar negara kidnap ko, basuh ko suh pecah rahsia negara, tak ada la ko nak pecah rahsia senang-senang kan. sebab ko kuat dari segi mental dan fizikal. yeah!! *kan. HAHA*

jadi mari saksikan gambar-gambar majlis perpisahan dengan min. we gonna miss you, min! sobs.


yoshh itu dia min yang menongkat dagu tu. posing cover majalah jelita sangat :P



kekkkkkkk. white chocolate macademia!



mari kita tangkap gambar kek sikittt.



makan-makan kena ada. ni dua dalam satu, lepas meeting buat majlis perpisahan.



menu hari itu, mi hun sup. lazat!!



togetherness photo.



apa laa yang ai buat tu. sila jangan contohi :P



min potong kek.



min senduk koktail. ye beliau adalah watak utama. jadi harus la kena highlight. itu dr tengah ambik mi hun sup :)



watak tak berapa nak utama, wani. hahaha



my bowl of deliciousness.



dan hari tu jugak raja bagi wedding favours adik dia. congratz to adik raja!! :)


dan seperti kata kek white chocolate macademia itu, selamat pergi selamat pulang, min!!

Saturday, September 29, 2012

duitku duitku jua

hahah. selamat hari sabtu! :)
woish agak lama jugak tak blogging. tiga hari kot?! *cakap macam dah tiga bulan tak blogging. lolx*

maka dengan itu, kita akan mengalami sesuatu yang dikatakan.. reminisce entries.
atau dalam arti kata lain; entries yang dah lepas. kiki.

semalam pembentangan bajet 2013.
since masih panas macam baru keluar ketuhar, i would like to extend my gratefulness for this sustenance. alhamdulillah for everything.
seronok ada, lucu pun ada baca macam-macam feedback kat social media. kat fb la yang banyak.
betul ke social media cakap, pekerja swasta tak puas hati goverment servants dapat bonus? as i read, 50-50 la. ada yang 'ok je wa tak de hal punya', ada yang pertikai kenapa swasta tak dapat. ada kawan yang cerita experience dulu dia kerja swasta tak seteruk kerja kerajaan pun, yet masa kat swasta dulu bonus banyak gila. pun ada. ada yang positif, cakap as gov servants, don't take this personally. may be nak tengok dari sudut macro kot.

sy juga mungkin ada tengok dari sudut personal. blame it on me. mungkin sebab sy rasa it wasn't a fair judgement. sebab kita yang bekerja, kita tau macam mana we worked our ass off. yet orang lain dok suka-suki cakap macam gov servants tak cekap, malas, itu ini. hanya sebab dapat bonus (asalnya ai rasa diorang nak bonus jugak tapi tak dapat. kan). dapat bonus ke tak dapat bonus, i still enjoy my life and i'm still working.

but then sy muhasabah. ya, betul la tu kalau orang cakap, tak kan 100% salah. mungkin ada yang betul. part tak cekap, tak berwibawa tu memang ada. but perspektif orang ni may be diorang tengok yang bekerja di barisan depan, mostly pegawai khidmat pelanggan. yang jaga kaunter depan tu. how they treat customers, how they work. sebab diorang ni yang hari-hari berurusan dengan pelanggan (rakyat), itulah yang rakyat nampak. so they make a judgement from that. gov servants lain yang kerja belakang tabir, yang jarang jumpa pelanggan ni memang orang tak nampak macam mana gaya kerjanya. korang-korang yang non-gov ni pernah tengok tak macam mana pegawai kewangan proses baucer? kadang sampai ke malam pun ada. so sekarang fahamlah sy, orang tak puas hati itu ini sebab nampak dari mata kasar. nampak apa yang di kaunter. nampak yang di shopping kompleks. yang duduk kat kubikel, yang buat dasar sampai tak balik rumah, yang buat paper kabinet sampai ke pagi, yang pergi bagi talk kat kursus etc semua ni susah sikit nak nampak. fair enough.

lepas tu ada pulakk yang cakap "mana cukup duit sekian sekian ni. yada yada." pulak. orang dah bagi tu terima je la. siap cakap tak cukup lagi. oit ini namanya insentif. bukan tajaan hidup 100%. nak teruskan hidup, sila la berusaha. usaha tangga kejayaan kan katanya. haha. i tweeted, i said takkan makan pun nak bersuap. suaplah sendiri. kalau ko tak impared, takkan berak nak orang tolong cebok. basuhlah sendiri. lebih kurang macam tu la analoginya. if dapat rezeki, be content. jangan nak bising-bising cakap tak cukup. jangan nak bising-bising pulak cakap kenapa orang ni dapat lebih kenapa ai tak. dah kalau yu nak lebih, yu buka company, yu hire pekerja, yu cuba bagi la bonus banyak-banyak kat diorang. nak tengok berjaya ke tidak. (bos-bos syarikat besar tak pertikai pun sebab diorang ni jenis usaha sendiri. apa kes bonus! lolx. ada bagus, tak ada pun diorang dah boleh hidup atas usaha berterusan).

i enjoy bonus. i really do (siapa tak? kalau jawab tak, bak sini bonus hang bagi kat cek :P) as i said, tak ada bonus pun pekerja akan still standing. cuma dengan rezeki yang lebih, macam-macam orang boleh buat. untuk pendidikan anak-anak, ibu bapa dan sebagainya. bagi yang memang selama ni mengular saja kerjanya, ataupun layan pelanggan macam dirt, sila la ubah gaya kerja. sebab pekerja begini la, perspektif orang luar jadi negatif sebegitu. bagi yang kerja keras walaupun orang dok cakap tak kerja (orang tak nampak), keep up the effort. orang tak nampak, tapi Allah nampak. so bekerjalah untukNya daripada ko bekerja untuk orang lain. insyaAllah rezeki itu akan tiba (mungkin dalam bentuk bonus, mungkin dalam bentuk macam-macam). kan.

last phrase, enjoy the new budget plan and stop complaining. lolx

Tuesday, September 25, 2012

lunch @penang village

ni cerita semalam.
biasalah, pemalas lipas nak update. teehee

keluar makan time-time gaji belum keluar memang heaven sebab kedai, restoran tak ramai orang.


ceiling deco.



doc. mr dayat.



syida.



min & i.


tissue. logo dia tulisan jawi.. perasan tak?



and i love the glasses! macam-macam design ada. haha











and the fooood.

mine; penang char kwey teow.



doc's, mr dayat's and syida's; nasi goreng tomyam.



min's; chicken grill.

tengok, nak taip banyak-banyak pun apekah pemalas betul ni. akaka

sebab lapar. nak pergi makan kejap. daa!

lights

from the top view!










city lights.


//light ada 's' ke tak, heh?

Sunday, September 23, 2012

tailor hunt & foodsie

aim pada hari ni adalah untuk mencari my long lost tailor, ila. haha
sebenarnya dulu time duduk+kerja kat KTcity, sy selalu hantar kain kat ila ni untuk buat baju. sy suka hantar kain kat dia sebab murah pun murah, jahitan semua ok je and kemas. plus sy tak banyak songeh, kalau nampak baju tu ok, selesa pakai, sy pun A ok ;) ila beroperasi dari rumah parents dia, time tu kalau sepasang baju kurung pun dia charge RM25 je. and i really appreciate affordable things with expensive result.

tapi nombor telefonnya dah hilang masa handphone rosak hari tu!! lolx. siap pergi rumah parents dia tanya.. diorang cakap dia dah tak duduk situ.. dia ada kedai and rumah dia pun kat kedai tu jugak. thanks kat family ila, husband dia dan syiro yang beritahu lokasi kedai dia. at last i found her!! HAHA. harga dah naik RM5.. so RM30 untuk baju kurung and RM40 untuk kurung moden. ok cool, sebab kat shah alam pun mana nak dapat harga RM30 tu kan. kali ni sy bawak kain empat pasang untuk dijahit. lenkali kalau beli kain boleh hantar lagi wuah haha~

so i told her, ambik ukuran badan yang baru la sebab sy rasa macam kain kurung sy dah ketat.. confirm saiz dah membesar! haha. so ambik ukuran baru.. and memang betul extra inches! kikiki

tak puas la cuti dua hari. i want more! baru sekejap je jumpa husband, hari ni dah nak kena balik :'( kalau jadi housewife kan senang je ikut husband kat mana-mana. tapi sy ni bekerja, makanya marilah kita pulang ke shah alam malam ni. (husband, let's pray for your transfer to be processed soon! amiin).

so ni lah makanan-makanan untuk hari ni :


pagi tu breakfast nasi dagang bungkus daun pisang. menyesal ambik satu. sebab sedap, tapi isi sikit. haha



cangg! nasi dagangnya simple saja. nasi, ikan, kuah. tapi rasa dia superb.

macam kat kampung tok sy la.. nasi kerabu bungkus daun pisang yang harga RM1 ke.. RM1.50 tu.. tak ingat. nasi kerabu bodoh je.. nasi, ulam, sambal & budu. tak ada ayam rempah, tak ada keropok keping or solok lada. simple je. tapi rasa sedap nak mati. hahaha


beli mi hun goreng jugak. sebab nampak macam home made. cantikk je warna dia.



tapi rasa dia tak mencapai expectation.


noon pulak fetch husband kejap kat ofis, dia bawak pergi makan kat AZ selera timur kat area chabang tiga.


my plate.. nasi, ikan keli goreng, masak lemak telur itik, sayur kacang panjang goreng dan tembikai potong.



plate husband.. nasi, terung sambal, ikan cencaru bakar.



suasana di dalam kedai. ramai jugak orang.


tak ada wifi kat sini, so dok baca tweets orang kat firefox je la kan. baca la tweets awal ashaari.. dia RT (retweet) soalan fans dia. ramai tanya soalan yang sama; "kenapa scha kurus sangat sekarang?" hamboi sibuknya korang. gemuk salah kurus pun salah. sy rasa soalan macam tu tak perlu tanyalah kot. tanya macam la ko tu physical trainer (note : badan sendiri konon perfect sangat). haha

that's all about it. happy weekend, everyone! cya soon.