Friday, June 14, 2024

PBAKL 2024

assalamualaikum and hey! :)

PBAKL atau pesta buku antarabangsa menjelma lagi!
this fest was soo hype, sampaikan sana sini full dan sesak! haha.
baguslah, at least anak-anak muda skang ni masih ramai yang minat membaca.

so this year, kami drive ke PBAKL (macam last year).. hari sabtu.
memang mengundang la pergi hari sabtu kan.
tapi sebab nak meet&greet penulis, kita singgah la jugak.

sampai-sampai WTC KL, kena pusing sebab parking belah atas dah tutup. belum jam 10 pagi lagi time tu.
then dapat masuk basement parking yang connected dengan hotel seri pacific.
tapi masuk2 terusss kena keluar, tak tau mana simpang nak belok dalam basement parking tu, sebab semua kena blocked. dia memang hala ke luar je terus.
saja2 je kena bayar RM4 macam tu keluar-masuk. sabo je le.
patutnya kurang 15 minit dalam kawasan parking, waive je la. itu pun kena caj. adoii.

so pusing sekali lagi, jalan jemmm gile.
slowww je.
last2 fikir, tak nak ah park kat WTC. sah2 jem and belum tentu ada parking.
so next choice is sunway putra mall parking.
at least tau dalam tu banyak parking. harga je la tak tau HAHA

ok dapatlah parking kat tingkat atas2. siap ada view KL lagi. bahaha

bukti view KL dari parking.




AAs sibuk nak ikut. orang kata nanti penat berjalan. nakk ikut jugak.
fine la bagi ikut. lolx (babahnya tak sanggup orang ramai, so kita tinggalkan di rumah untuk menikmati ketenangan dan pergi gim. haha)




disebabkan takut sesat, saya snap gambar dari parking sampai la ke hotel. ye dia sambung dengan hotel dan mall.


then kitorang bertiga jalan kaki dari parking tu, turun lif, masuk hotel, masuk mall,
keluar mall, masuk WTC. hahahaa panjang perjalanan dia.


WTC KL!


orang memang ramaiii tak boleh bawa bincang ye.
jalan nampak kepala je. ha gitu.
walaupun pergi awal time pesta buku baru bukak.


kadang2 budak2 ni duduk kat tepi2 sementara mamanya cari buku.




singgah dewan buku2 DBP dulu.
hari tu kak wan (DS wan azizah) ada datang merasmikan program. so ramai le orangnya.







sebagai seorang book enthusiast, memang rambang mata la pergi PBAKL ni.
digabung pulak dengan jualan makanan minuman, food trucks bagai kat luar.
sebagai seorang foodie, benda tu bonus ye. lolx

selain buku, ada jugak benda2 lain macam exploria ni.
basically exploria ni ada banyak benda berkaitan STEM (sains, teknologi, e tu apa??, maths).
AAs excited dengan VR.













nak beli sendiri mahall. so bayar je, mainlah korang. lolx




singgah booth satu bookstore ni, nampak buku ni cambest. snap dulu gambar and nak cari booth penerbitan dia. manalah tau kot dapat diskaun lagi murah.




datang PBAKL sebab nak beli buku baharu karya anuar darwisy. sang dewi.
buku2 AD biasanya best2.. horror genre (ai suka je horror, tapi tak bermakna hidup ai tak ceria ye! haha)




tengah queue nk dapatkan sign penulis.


berdasarkan pengalaman meet&greet tahun lepas di booth popular bookstore,
kena bayar siap2 buku, beratur and dapatkan sign penulis.
tapi tahun lepas memang panjang gile la saya kena queue.
tahun ni, saya plan sesiap tengok pukul berapa penulis sampai.
lepas tu bayar sesiap, beratur sesiap sebelum penulis sampai.
dapatlah queue number 12. hahahaa

tok ketua kampung; anuar darwisy.
AD ni humble je and bukan penulis yang suka tutup muka dengan face mask macam sesetengah penulis. wops.
tapi faham la, mungkin ada penulis nak menjaga kerahsiaan identiti mereka.
kalau saya ni penulis buku, mungkin saya pun akan tutup muka jugak sebab ai is pemalu dan tak sukakan limelight. haha




semasa meet&greet, ada pekerja popular akan bantu tangkapkan gambar kita dengan penulis.
so jangan risau kalau datang sorang.
tapi kalau tak de orang jugak, mintak je tolong orang yang queue di belakang. they're more than happy to help, sebab korang sekufu. sekufu dalam dunia buku. haha


AAs time ni saya suh diorang duduk kat tepi pintu.
takut bosan tunggu kena queue lama.
so diorang lepak tepi pintu je. senang nak cari.

"karya penulis ni memang best!" kata wani ezryl.




time kat luar tempat orang berjualan makanan.
ada pakcik ni yang jadi patung askar. so AAs ambik kesempatan bergambar. bagi duit sekali.


tang makan, kena bawak duit la atau QR pun bolehh untuk beli makanan.
tapi saya ada bawakan budak2 ni bekal sekali.
meja ada, tapi limited.
nasib baik kitorang dapat meja time tu.
kalau tak, duduk je kat pinggir2 jalan tu.

ada persembahan artis jugakk.
biasanya kat bilik karya seni publication ada artis.
ni ippo hafiz dengan izzue islam.


pesta buku ni kan ada anak2 muda.. diorang ni tak kenal tau artis2 yang bukan seusia.
so saya terdengar la ada budak ni tanya.. "eh siapa tu? tak kenal." lolx.
ye la sama la kita ni pun kadang tak kenal jugak, lagi2 artis2 baru.
lama dah menjarakkan diri daripada baca berita dunia2 hiburan.. kecuali kalau keluar news kat socmed.
kitonya bizi. lolx



hahahaa tergelak nampak buku ni. terus share kat husband. nama dia kan iskandar.
ambikkk ..milik aku: iskandar. famous betul nama iskandar ni. dalam 10 drama melayu, 8 kot akan pakai nama iskandar 😂 ye kami laki bini selalu cerita pasal ni. dulu la, masa ada astro. sekarang tak subscribe astro, tak tengok drama2 dah. lama dah tak jumpa dialog nama iskandar ni. HAHA


macam biasa, bila ke PBAKL ni, memang akan menapak jauh.
anak2 pun dah biasa kot. kalau ikut mama berjalan, memang akan berjalan kaw2 punya.
jalan yang literally BERJALAN ye, bukan naik kereta. haha

habis di WTC, budak2 nak pergi mall pulakkk.
diorang ni telan bateri ke apa. banyak betul tenaga.
layankan je. nanti cerita lain la kat mall tu.

tahun ni tak banyak membeli, sebab banyak lagi buku daripada pesta2 buku lain yang belum habis baca. so inilah hasil tangkapankuuu.


till we meet again, PBAKL! insyaAllah.

No comments: