Showing posts with label cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label cyberjaya. Show all posts

Friday, May 27, 2022

makan-makan di serai shaftsbury, cyberjaya

assalamualaikum and hi! :)

pending entry dalam 2 weeks ago, makan-makan di serai shaftsbury, cyberjaya.

alhamdulillah.
tujuan makan2 adalah meraikan kemenangan pertandingan ideas4portal hari tu.
dapat hadiah sedikit wang tunai, so kita buat jamu keluarga aje le. hihi


L2R : husb, anaqi, ariana, me



same people, different shot.



us four.



sweet potato fries. sedap. harga dalam belas-belas. RM16 ke 17 macam tu.



spag for the kiddos.



menu wajib. lolx.
tang ikan sam rot tu husb belanja, sebab tak termasuk dalam bajet :P tqq belanja!



pemandangan burung terbang *bird's eye view*

 

dah tu je. nak letak gambar je sebab makin banyak pulak gambar dalam galeri ni.
kalau tak share nanti, tetiba hilang pulak.
banyak terjadi sebelum ni (hard disk rosak, cloud server kena banjir, etc. haha)
so yeah. nanti sambung lagi. toodles!

Monday, September 07, 2020

tempat permainan kanak-kanak di d'pulze, cyberjaya

assalamualaikum and hi! :)

memang banyak lepak cyberjaya je la sekarang ni,
sebab duduk di dengkil haha.
dulu duduk putrajaya, lepak alamanda yang lebih.
malam-malam pun boleh pergi alamanda, sebab dekat sangat dengan rumah :P

so!
untuk yang tak tau,
ada satu ruangan baru yang dibuka di aras 2F,
pintu masuk dia sebelah Mr. DIY tu je.

dalam tu macam kids heaven sikit la.

ada free playground, ada pet shop, ada kedai mainan, kedai bubble & bath macam tu.

sabtu baru-baru ni, dok mengangkut AAs ikut ke d'pulze,
sebab babahnya masuk ofis.
bawak diorang main kejap.

tempatnya memang cantik, simple dan kemas.
orang pun tak ramai.


haa ni la AAs! kalau korang tak kenal :P ariana and anaqi.



anaqi main kereta. penggila kereta dan ultraman. haha
memakai janggut face mask.


macam mana laa nak suruh budak-budak ni pakai face mask selalu.
diorang selalu suka nak bukak.
rimas agaknya. haha
(kita yang pakai ni pun rasa lemas dalam mask tu kan).


monkey bar.


kat sini nak selit tentang kerisauan parents.

ya parents ni memang ada satu penyakit iaitu risaukan anak-anaknya.
risau tinggalkan anak kat daycare, risau lepaskan anak ke sekolah, risau anak ke playground dengan kawan-kawan tanpa pengawasan parents (tau la zaman-zaman ni kerisauan tu camne).
macam-macam risau lagi la.

sy tak terkecuali merasai kerisauan tu. haha
risau tanda sayang, ye tak.
tapi lepas-lepas tu sy fikir,
tak de gunanya risau berlebih-lebihan.
kita mengharap pada manusia (i.e diri kita, anak-anak kita, kadang atuk/nenek, cikgu, caretaker) untuk jaga anak.
tapi even ada je kes parents sendiri terlepas pandang dalam menjaga.. contoh kes tertinggal anak dalam kereta, anak sesat jalan sorang kat pasar malam.. etc etc.

semasa kita, as parents ni ada,
bolehlah kita jaga anak-anak.
tapi bila anak tak de depan mata? e.g. pergi sekolah, pergi tadika/taska..
bila kita tak de dengan mereka?
macam mana pengharapan kita?

yes, pengharapan itu kita serahkan kepada Allah semata-mata.
sebagai ibu, sebagai bapa,
keraplah berdoa mohon supaya anak-anak dijaga dan dilindungi Allah di mana saja mereka berada.
hatta mereka ada bersama kita, atau tak.
sebab kita tau, limitation kita as human.
kita takkan selalu ada dengan anak-anak.
yang mampu menjaga anak-anak hanyalah Allah swt (dan dengan usaha kita sebagai 'alat' or medium).

kalau kita selalu berfikir macam tu,
dan selalu berdoa untuk perlindungan daripada Allah,
insyaAllah, Allah akan jaga anak-anak kita,
and kerisauan kita as parents tu pun akan berkurangan.

selalulah mengharap dan bergantung padaNya semata-mata,
hati akan jadi lebih tenang.


nampak cantik dinding ni, so kita snap satu kaliii.




peluncur handalan.



lepas dah kepenatan main, kita bawak makan kat 4fingers; kedai ayam goreng yang sihat sikit. HAHA


yoshh, trylah 4fingers ni.

dia geng-geng kyo chon, iaitu ayam tanpa suntikan antibiotik, ayam sihat.
yang tak sihat tu sebab bergoreng je. haha

(tapi biasalah, bila ayam sihat, harga pun 'sihat' jugak :P)
nak makan hari-hari tak dapek, walaupun ariana berkali-kali cakap, "sedaplah, sedaplah." bila makan ayam ni. lololx

//

tambahan:

untuk tempat permainan kanak-kanak lain,
boleh didapati juga di Aras UG, d'pulze.
kat situ ada molly fantasi dan arcade,
juga kedai yang jual mainan untuk collector.

arcade lagi satu, ada di aras 2F juga,
bersebelahan dengan panggung wayang.

tu je kot tempat-tempat mainan di d'pulze yang sy tau.

dah tu je coretan untuk kali ni.
sampai jumpa lagi!!
 

Wednesday, March 11, 2020

makan-makan slash dating at volcano shabu-shabu, shaftsbury cyberjaya

assalamualaikum and annyeonghaseyo! :D

backdated sungguh post ini.
rasanya cerita bulan lepas. haha

one fine day lepas balik daripada urusan di pejabat tanah dan daerah petaling,
husb ajak pi lunch.
kitorang pun singgah la volcano shabu-shabu kat shaftsbury cyberjaya.
salah satu tempat makan fave beliau ni.. lolx

that day hari isnin.
rupanya volcano SS tak de lunch buffet on monday.
dia nak promo premium ingredients dia,
so dia buat macam ala carte set.
bolehlah pilih set ayam, set seafood semua (tak ingat nama satu-satu).
so kitorang pun ambiklah set masing-masing.
me, set ayam. and babahnya, set daging ostrolia tak silap. ke silap? HAHA
maklumlah cerita bulan lepas. detailnya gwe ngakk ingat semua :D
tapi tak de la mahal. dalam RM30 to RM50 kot, ikut set.


glorious dan banyak sungguh bahan-bahan dalam 1 set. terlantar kekenyangan macam ni.



1 set je dah dapat dua ketul mi (mi tu korang pilihlah nak yee mee, instant noodles atau soba). memang tak habis semua ni weh.



disebabkan banyak dan perutku tidak mampu menghabiskan semua, especially balls semua tu tak makan, maka boleh minta tapau sebab ala carte kan.



kemain berkilau muka. minyak sekilo agaknya. hahah

thank you to husb belanja VSS.
next time kita datang lagi okek. wah haha


antara bahan-bahan yang dibawa balik, dibuat masak sizzling yee mee untuk diorang makan dinner. jyeah.

ok sekian kisah makannnnnnn. :D

Wednesday, October 02, 2019

sizzling saturday

assalamualaikum and hi!

ni cerita sabtu lepas.
asal-asalnya nak pergi jengah #prelovedmadnesssale kat picc.
tapi dok pusing-pusing dengan ariana tak de parking,
so gerak ke IOI city mall.
babah ada bowling game dengan ofis dia kat sana.
singgah le kejap.
rupanya ada 2 lane kosong.
dua-dua lane kita sapu main.
tapi kejap je, sebab tak breakfast lagi.
ai is kebulur.. hahaa.
so tinggalkan je game tu kat budak-budak ofis babah untuk sambung main.

ariana dok rampas kamera. hahaha



singgah kejap, lepas tu lapar :DD

memandangkan tempat boling tu dekat je dengan 4fingers,
and baru nak masuk tengah hari.. tak ramai orang queue,
maka kitapun pi makan kejap kat 4fingers.
ordered chicken salad dia.
sedappp.
yang sedap tu ayam dialah.
sayur, macam tu je la rasanya. HAHA

disebabkan tengah #roadtoringan tapi teringin nak makan 4fingers, maka order la yang healthy sikit = salad :P


lepas tu budak-budak ni sibuk nak pergi main.
bawaklah pergi molly fantasy,
tapi main kat luar je.
tak naklah main kat dalam, nanti lama pulak berjam nak tunggu.
si anaqi ni dah lah max tidur tengah hari pukul 3pm.
so kena cepat-cepat sikit main tu. lolx

game air hockey ke apa namanya ni.. memang gila. token 1, tapi main tak berenti macam tak de penghujung. haha. untung banyak main macam ni :DD



ko bayangkan, diorang berdua ni main. lepas tu sy masuk main dengan ariana. lepas tu anaqi masuk balik main. tak habis-habis jugak.


then bawak diorang shopping, jalan-jalan IOI tanpa arah tuju.
hahaha

tengah gila benda-benda cute dengan unicorn sekarang ni.

malam tu ada event lepaq kat tamarind square, cyberjaya.
event ni berlangsung setiap hujung bulan.
kira sebulan sekali hari sabtu.. dari 12noon sampai malam.. tak ingat 11pm ke atau 12am.
tapi malam ada tayangan movie terbuka la.
kali ni diorang tayang movie tomb raider.







meja-meja agak penuh jugaklah.



yang lampu-lampu tu, orang bukak meja jualan.

tapi be cautious la,
makanan and barang-barang kat event ni agak pricey sikit la.
biasalah food truck memang mahal sikit.. haha
yang meja jualan tu pun sama.
hot wheels car je dah RM15.
kat luar harga hot wheels ni antara RM5-RM10.. paling-paling yang canggih sikit boleh tukar warna tu baru RM16 kot.
yang ni standard kat luar RM9.90, tapi harga RM15 fuhhh
beli jugaklah sebab ada hantu hot wheels di situ :P (read : anaqi)

makanannn
sy beli wantan noodles dengan ayam dalam RM9.. okaylah. rasa normal, ayam macam ada serbuk paprika di atas.
air kelapa cup RM6.
then babah beli nasi lemak with 1 lauk dalam RM8
air mango ori RM5.
harga tak murah, tapi tak super duper mahal untuk makanan.
cuma satisfaction ko time makan tu biasa saja.
tapi dapatlah makan sambil tengok movie.. jyeah.





ariana makan meatball, tapi tak tanya pulak harga. yang tu babah beli.



ni jalan-jalan belakang building tamarind. ada kedai-kedai makan kat sini. suasana cantik jugaklah malam-malam.


kat tamarind square ni ada kedai buku bookxcess.. yang buat event big bad wolf tu.
so nak beli buku murah, boleh ke bookxcess.
ada village grocer (mahal sikit), ada kedai BMSorganics,
watson dia best sebab ada benda-benda yang tak de kat farmasi watson tempat lain, ada kat situ.
contoh deodorant yang natural2 (tak de anti perspirant semua tu) haha.
tempat lain jumpa nivea je banyak.

oklah done cerita. HAHA

till next time!

Monday, September 26, 2016

makan tomyam

sabtu lepas kitorang ke serai shaftsbury, cyberjaya.
tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng dia dengan tomyam sedapp.
fuh time type ni pun dah drooling, habis keyboard banjir HAHA JK.


tangan pensebok ariana bariana dok tunjuk-tunjuk kat nasi goreng sy.. hahaha



kali ni cuba order pisang goreng panas dengan sos gula melaka dan ais krim vanilla untuk ariana.

hanya sebab ariana nak makan ais krim dan tak de menu ais krim satu scoop. haha
lagipun budak tu makan pisang goreng jugak. why not.
gemuk-gemuk pisang dia. nice one.


tak order banyak pun, secukupnya dengan kapasiti perut. lolx



haa ni la yang kuidam-idamkan. tomyam! (ayam). ye, order ayam instead of udang sebab nak menjaga kemaslahatan kulit muka yang zits sana sini.



ariana, enjoying her pisang goreng.

anaqi ada.. husband tolong pegangkan sambil makan nasi lemak serai.
sy ni tak multi-tasking macam beliau.. sambil pegang sambil makan. haha

lepas tu kitorang ke ekspo aquapets kot kalau tak silap namanya.
tak tau pun nak ke sini, tiba-tiba husband pusing stering ke mines.
ramai juga yang datang bawa anjing.. comel-comel siap groomed la letak dalam stroller.
tapi kitorang pergi kat tempat pertandingan kucing.
ariana suka la tu dapat tengok cats.
sy suka yang flat face se-flat-flat-nya. comel nak picittttt!

sy paksa ariana bergambar dengan kucing. hahaha

then dah habis tu, balik.
ahad tak ke mana pun, pergi pasar je beli stok bahan memasak untuk seminggu sebab malas nak beli kat pasar selasa. :P

ok till then!

Friday, June 24, 2016

happy birthday to me!



hai hai!
entry ni sedikit lambat daripada yang sepatutnya.
sebab wani e dah oldies sikit, malam pun nak kena tidur awal, jadi tak sempat nak blogging *dan jugak sebab asyik sibuk tengok game of thrones. haha!*

i'm 32, alhamdulillah.
have the chance to still breathe this air and cherish this wonderful life.

memandangkan acik bukan lagi remaja berusia sweet 16 *tak ada sweet 32nya! lolx*,
maka sambutannya pun serderhana saja.

we had our bite at serai shaftsbury, cyberjaya that day.
husband belanja. wee~
kami buka puasa. ramai jugaklah orang buka puasa kat sana.
biasa malam-malam kan macam lengang sikit.
bulan puasa ni semua tempat meriah. ^^

husband, anaqi & ariana. anaqi tu kenapa ntah tak dok diam tu. ariana pulak sibuk melipat tisu kot.



babah's daughter, as they always say ;)



makanan dan sy. sy dan makanan. hahah
kami order biasa-biasa aje.
tak ada nasi putih atau ikan siakap sam rot kali ni.
tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng thai kat serai.
rasa dia tak sama rupanya dengan yang kat seksyen 3.
yang kat cyber ni more to belacan-ish. tapi still sedap jugak.
kat serai ni apapun yang tak sedap, semua sedap.



keseluruhan hidangan yang di-order.



mine; nasi goreng thai. ada udang 2 ketul kat atas. haha. lain-lain tu telur strip, ikan bilis kecik, minched chicken kot tu, acar timun dan kerabu mangga.



ours; tomyam seafood, request tukar kepada tomyam udang. i always love their tomyam. masuk selera kot. haha



terung goreng garing / deep fried brinjals. sedap gils ni.



husband pulak order nasi lemak. tapi special ni, ada sambal udang & ayam quarter goreng berempah.



for ariana, we ordered this kids' meal.. spaghetti creamy carbonara kot. lupa namanya. :D

nak beli berry pavlova serai, tak ada pulak hari tu.
so balik tu singgah secret recipe beli sepotong kek chocolate indulgent.
sepotong je cukup kitorang kongsi bertiga (husband, me & ariana).


potongan kek. sedappp.

then lepas solat maghrib kat surau shaftsbury (kat area parking),
kitorang singgah ke d'pulze.
bawak ariana main kejap. lepas tu balik rumah.
biasanya sy pukul 9 atau 10 malam dah zzzzzz.

ok tu je nanti sambung lagi. haha
byessss.

Sunday, December 20, 2015

serai satay bar on december

ahaha hari ni rajin sikit nak spamkan blog sendiri dengan photos.

malam semalam (sabtu) kitorang pergi makan kat serai satay bar, shaftsbury, cyberjaya.
sy, husband, ariana and anaqi dari banting jumpa family in laws.
the rest dari shah alam.





faliq and wife, ain.



husband, ma mom & anaqi :P



harith and myself.

(eh gambar abah tak de sebab abah keluar jalan mana ntah time tu)


ariana fall asleep in the car. 'great' timing, daughter. haha



husband.

kitorang ni masuk dalam restoran tu dah macam makcik pakcik yang sememeh habis ok.
tak de gaya nak masuk restoran langsung :'DDD
husband dukung ariana tengah tidur dengan kaki seluar jeansnya lipat senteng macam redah banjir (there's a reason behind it.. tapi ai lupa. lolx)
dengan bawa lapik and bantal anaqi.
me, holding anaqi dengan tudung ntah betul lipat ntah tidak.
hahaha
excuse us :P


air sirap selasih husband punya. looks tempting.



sirap bandung kot.

then lepas tu anaqi berak.
cirit. hahaha
sampai bocor seluar *poor him*
so me and husband kena turun bawah (restoran kat tingkat atas), ambik pampers semua dari kereta and bersihkan kat toilet.
jadi tak sempat nak snap food photos.
so semua gambar makanan apa kat bawah ni are courtesy of mama's phone. xD


oh ni je satu sempat snap guna phone sy. tu pun gelap gambarnya. lolx



buttered tiger prawns.



buttered tiger prawns.



deep fried samrot seabass.



the seabass again.



tomyam dan rakan-rakan.



buttered prawn and tomyam. (hahaha apa2 je la caption ni :P)



sotong tepung.



kangkung belacan and deep fried brinjal.



ikan close up. matanya laksana bulan purnama :P



tomyam ayam.



mee goreng mamak.



seafood char kwey teow.