Thursday, May 28, 2020

our raya aidilfitri 2020




assalamualaikum and hi, pretty people! :)

dah masuk raya kelima,
rasanya tak lambat sangat untuk wish semuaaaa HAPPY AIDILFITRI!
or eid mubarak! or the classic selamat hari raya aidilfitri.
mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri ni.
scoreboard 0-0 okeh! :D

raya tahun ni dikenali sebagai #coveid.
iaitu covid + eid?
iaitu raya sambil-sambil menghadapi pandemik covid-19.

PM pun dah beritahu,
korang-korang ni raya sehari je.
tu pun kalau nak berkunjung,
just dalam negeri yang sama saja (or in our case, dalam klang valley saja).
lepas tu tak boleh bermalam.
max 20 orang je dalam sehari yang ada dalam satu rumah.
aight kitorang pun follow je la.

walaupun husb & myself, dua-dua 'kampung' kat selangor,
sejak MCO start 18 mac hari tu, tak pernah gerak ke mana-mana ye (except ofis)
tak balik 'kampung' pun. just video call family.
tang raya ni baru laa berkesempatan nak balik.
skema jugak kitorang ni follow rules tak rentas sana sini,
tak bawak budak-budak keluar rumah. haha
yosh, demi keselamatan sejagat.
ya kalau dah nak kena, kena juga.
tapi at least kita dah ambik precautions, so tak la ralit sangat (mintak dijauhkannn).

walaupun raya ala 'kad' ini tahun,
baju raya beli jugak,
and juadah raya masak jugak. lololx

bulan ramadan hari tu sy rajin ambik gambar langit.
so here's gambar langit 1st of syawal ;


cantik kaler langit time raya hari tu *love*


lauk-pauk macam ayam dengan ketupat tu,
kita masak malam raya eve.
esoknya tinggal panaskan je.


juadah di atas meja, raya pertama.



sy memang suka gila-gila dengan raya dishes. the rendang, lemang, ketupat palas semua. awesomeness.



lemang beli, ketupat palas beli lepas tu re-rebus and goreng, nasi himpit mini nona, rebus jugak.



juadah baharu; ayam kicap berempah berkerisek.


ahha tahun ni masak ayam kicap berempah ni.
memang marvellous rasa dia-bukan-nak-puji-masakan-sendiri-tapi-resipi-ni-memang-sedap. bahaha
biasanya on hari raya biasa (bukan MCO),
bila kita berjalan-jalan raya dengan family husb kat banting,
akan sampai satu rumah sedara husb ni.
diorang punya menu every year is ayam kicap berempah dengan lemang.
memang ngam makan dua-dua ni.
biasanya kitorang datang ramai-ramai, makan siap bertambah.
sebab sedap sangat.
so tahun ni tak dapek nak makan, kita pun pi cari resipi.
tak tau la sama ke tak exactly, tapi dapatlah menghilangkan kempunan HAHA
nanti-nanti bila rajin, sy share resipi kat blog ok.

then ada satu rumah ni pulak,
akan hidang lauk dengan nasi putih. fuhhh
biasa akan ada la lauk macam masak lemak, ikan bawal kecik-kecik goreng garing, sayur campur semuaaaa.
aaaa i cannottt. haha

kalau kat ganu pulak, kampung tok ai,
pagi-pagi raya, menu kitorang is sateeeee.
malam raya eve tu dah berkumpul cucuk sate ramai-ramai.
then ada kari ayam cik mah masak.. yum2.
sy akan bawak rendang dari rumah.
pastu rumah sebelah tok pulak akan hidang nasi minyak sedap super sedap, ayam dia lembut mak aih.
tertelan-telan ailio cerita pasal makanan yang tak kesampaian on raya coveid ni. ahaha

tu belum kat nismilan. kampung arwah abah den.
mak lang punya rondang.. fuhh jangan cakap la.
tiada tandingan. ikiki

sebut pasal rendang, ni ha rendang ayam kampung yang sy masak tahun ni. harus pakai resipi mak lang. tapi 1st day raya tak kering sangat lagi. lepas-lepas tu baru berjaya dikeringkan. haha



kuah kacang express. cap jamilah mansor. sedapp! beli kat shopee.



fruits platter. mengenangkan asal raya je tak de sayur, so kali ni kita letak buah banyak sikit.



air ribena laici ni husband yang buat. time raya je sy minum ais. hari lain tak minum. lolx. sedap betul air ni woih.



ni ayam kicap berempah time masak malam sebelum raya. sedap betul, memang akan repeat lagi masak ni insyaAllah.



raya eve tu dah rasmikan dulu ayam kicap dengan lemang. wahhaha



ketupat ni beli dengan budak ofis, tapi sy suka goreng punya version. macam kat ganu.



gambar raya pun tak de la beria sangat tahun ni ye.
mana boleh je. haha
baju theme mint green.

kat rumah sendiri tak sempat bergambar, kita snap snap kat kampung banting je. jyeahh. with ariana.



tang posing tu kita cover belakang ariana lah, sebab kegemukan melanda. haha


time puasa turun 2kilo,
lepas tu menstrual, makan balik, naik balik 2kilo *tepek dahi*
macam tak de artinya diet HAHA


saranghaeeee. biskut sarang semuttthaee.



yeobo and myself. kemain korean panggilan yeobo bagai. hahah


*yeobo = honey in korean

petang tu, gerak ke shah alam pulak.
on the way, singgah rumah zaim kat sijangkang, sebab husb nak pi beraya sana.

lepas tu zaim bawak kitorang jalan ke casa rabiah.
syahma, wife zaim kerja kat casa rabiah ni. kira macam homestay resort gitu.

anaqi and pool. ariana tido ternganga dalam kereta time ni. haha



disebabkan ariana tertidur, kitorang bertiga je la ferfeeling gambar raya kat casa rabiah ni :P


then sampai shah alam, rumah mama pun dekat pukul 6 petang.
kenapa raya boleh sehari jeeee waaa.
mana sempat ni. rushing ok.

kat shah alam ada macam-macam juadah jugak.
yang penting ada nasi minyak ye, gulai daging, ayam masak merah, acar timun wahhhh sedap!
dan pelbagai lagi hidangan tapi macam tak de gambar je dalam kamera ni.
sempat tangkap igstory je haritu kot.
gambar tak snap. sibuk makan je. lolx

kad raya untuk family.



gambar raya sempoi bak ang dengan family ai. tu pun time nak balik baru bergambar hahaha


mama cakap dah tunggu nak bergambar sesama, tapi kitorang tak sampai-sampai, lolx
so diorang dah tukar baju semua.
jadilah ada gambar sekeping ni daripada tak de :P

then malam tu baliklah ke dengkil semula.
kemain ekspress raya kali ni.

sebelum entry berakhir,
ada jugak ni snap gambar juadah hari raya kedua.
walaupun beraya kat rumah sendiri je,
meriah tu tetap kena ada.
walaupun pakai tshirt je kita. haha

meja makan kecik je, tapi makanan banyak. guane tu?



raya kedua, husb request daging salai masak lomak cili api.



ni ha rupa bentuk rendang ayam kampung yang dah semakin kering. makin kering, makin sedap, seriously.

rendang ni memang jenis lagi lama lagi sedap.
jenis yang ko makan berkali-kali pun takkan muak.
rendang lain ai is tak tahu, tapi resipi mak lang memang tak lapuk dek hujan. haha


rendang kerang, bawak daripada banting. sodapp.



eh tetiba tersesat lauk ikan siakap goreng tiga rasa. ni makan buat berbuka semasa raya ketiga.


alkisahnya bahan basah banyak dah habis dalam fridge.
ayam habis terus. kedai pulak tutup lagi.
tinggal ikan je. ada siakap seekor ni, kita pun masaklah.
kat rumah ni memang suka makan ikan. haha

ok tu lah cerita raya MCO 2020 kitorang.
serba sederhana, apa adanya gitu.
sederhana tapi raya vibes tu ada la.

ha korang jangan lupa sambung puasa 6 ok,
banyak ganjarannya, insyaAllah.

till then, peeps!!
ciao cincau!

Thursday, May 21, 2020

the beautiful ramadan

assalamualaikum and hi! :)

it's 28th of ramadan.
and how's everyone?
i hope we would embrace every day with the best of amal.

since CMCO being regulated,
i think it is the best time for us to have quite a fruitful moments to perform and enhance our ibadah, insyaAllah.
i mean, we already #WFH (work from home) most of the time.
it should not be a hassle to wake up at night for qiam, since we save a lot of energy in broad daylight, not going out anywhere.
plus, we save a lot of money (at least from the petrol. or the moratorium.). we can use the extra money for sedekah.
hence, take this once in a lifetime chance to perform ibadah to the fullest (read: the utmost sincere).

ramadan would always be a special month for me.
the atmosphere is totally different than any other months.
it's a bit sunny at first, then become cloudy and soothing in the end.

this year, i don't get the chance to fully fasting at the beginning and the end of the month.
but alhamdulillah i managed to finished khatam the al-Quran, exactly one day before the mensy cycle.
23rd ramadan, 10.23am to be exact. the same date my abah's passing date. al-Fatihah to him.
it was funny, because i started a bit late, i think a week after ramadan.
i would like to chronicle it here to be a reminder to myself in the future.
this year, at first, i didn't have any intention to recite the whole al-Quran this holy month.
i just thought of doing my daily al-Quran routine like usual.

then suddenly one day,
i watched this as-seen-on-tv shopping channel.. lolx.
they sell a set of Al-Quran i think.
and this ustaz started to explain about how people are racing to finish or khatam their al-Quran on ramadan.
he said, if we look at overseas; like in saudi, everyone takes the opportunity to recite al-Quran anywhere, everywhere on their free time. be it on a train, while waiting for the bus, etc.
then i heard of how imam syafie khatam a lot in ramadan.
then it just hit me.
why i didn't start my ramadan reciting?
later, i just started on the first surah and racing myself to catch up.
since people are reciting 1 juz per day, and i'm already left out, i tried my best.
there's a day when i managed to finished 2 to 3 juz, alhamdulillah.
(of course, not that close at all if we compared to imam syafie, reciting a lot in a day.)
i also worried if i cannot finish it by the time my mensy cycle arrives.
but alhamdulillah, i managed to finish. i am very grateful and thankful to Allah for making this happen ^^

may everyone learn and gain something on this beautiful ramadan.
may Allah forgive our sins and grant us his rahmat and love.

of course it's a bit sad, knowing that ramadan will come to its end.
but i'm thankful enough that i managed to meet ramadan this year.
and hope we all have another chance to meet ramadan next year, insyaAllah.

have a blissful ramadan, everyone :')

Sunday, May 17, 2020

resipi rendang ayam kampung mak lang

assalamualaikum and hi! :)

ni kali ketiga sy up resipi. haha
this time sy bagi resipi full!
sila patrikan ke dalam jiwa dan raga ye :P


rendang ayam daripada resipi asal mak lang sy.



every raya, mak lang sy (kakak kepada arwah abah) akan masak rondang nismilan kat kampung tampin.
ada rendang daging dan rendang ayam.
jadi resipi asal-asalnya merupakan resipi daripada mak lang, yang sy improvised bahan-bahannya.
tapi resipi asal tetap tak lari.

dan selepas tu,
rendang daripada resipi mak lang ni menjadi menu wajib sy setiap kali raya (atau kalau tak raya pun sy buat, bila-bila teringin).

rasa rendang mak lang, pada sy sangat sedap dan berbeza dengan rendang lain yang kita jumpa di kedai atau yang dimasak di rumah lain.
kelainan rendang mak lang juga, tak letak kerisik.
rendang dibiar sampai kering dan tekstur serdak didapati daripada kombinasi bawang, rempah dan santan yang telah dikeringkan itu sendiri.

of course yang dimasak di tampin semestinya lebih delish sebab santan fresh kampung yang digunakan.
kat bandar ni, kita mampu pakai santan beli atau kotak je.
memang tak sama santan dia. haha
apapun rasa sedap tu tetap ada.

jadi ni lah resipi penuh rendang ayam kampung mak lang!



RESIPI RENDANG AYAM KAMPUNG MAK LANG

bahan-bahan:

ayam kampung 1 ekor - potong kecik

cili kering 12 tangkai - blend

bawang besar 2 biji - hiris
bawang kecik 10 biji - hiris
bawang putih 3 ulas - hiris

halia 2 inci - ketuk
lengkuas 2 inci - ketuk
kunyit kurus 2 inci - ketuk
serai 4 batang - ketuk hujung ke hujung




rempah 4 beradik:
kayu manis - 2
bunga lawang - 3
buah pelaga - 4
bunga cengkih - 4

rempah rendang:
serbuk ketumbar - 3 sudu besar (nak tumbuk/blend biji ketumbar pun boleh)
serbuk lada hitam - setengah sudu besar (nak pedas, letak 1 sudu besar)

santan 1 kg, atau santan daripada 3 biji kelapa

sedikit air

1 asam keping

garam secukup rasa - dalam 6 ke 7 sudu dadih (sila rasa tahap kemasinan)




cara penyediaan (rujuk gambar) :

masukkan ayam kampung yang sudah dibersihkan ke dalam kuali.



masukkan cili blend, serai, bebawangan, halia, lengkuas, kunyit dan rerempahan.




masukkkk.



then gaul seketika sampai ayam kecut.


tujuan tunggu ayam kecut ni adalah supaya ayam juicy di dalam.


then baru masukkan santan. tambah air juga. bagi tenggelam semua bahan tu.



ok dah tenggelam macam ni.



sorrylah warna gambar won't do any justice.. haha. patut warna kuahnya kuning keorenan. tapi dalam kamera jadi pucat pulak :P kemudian, perasakan dengan garam bila dah nampak menggelegak sikit.


kemudian, kerap check dan kacau.
makin nak kering, kena makin kerap kacau supaya tak berkerak kat dasar kuali.
then masukkan asam keping bila dah nampak nak kering sikit tu.
kacau lagi sampailah kering.
kalau nak masukkan kerisik, boleh juga. optional dalam 2 sudu besar.
resipi asal mak lang tiada kerisik.


tadaaa. dah akhirnya, jadilah rendang ayam kampung kita.



ni gambar close-up.


siaplah sudah resipi rendang ayam mak lang.
enak dimakan dengan nasi panas, lomang, kotupat, mahupun dimakan begitu sajo (sungguh enak dimakan begitu saja.. haha)

selamat mencuba!

resipi tauhu begedil sedap yang saya follow

assalamualaikum and hi! :)

bila cakap pasal resipi,
and bila kita nak cari apa-apa resipi,
banyak sebenarnya resipi kat internet ni.
tapi nak cari yang betul-betul sedap tu yang challenging sikit.

sebab tu bila dapat masak something yang betul-betul sedap rasanya (proven),
baru sy post resipi kat sini.
supaya esok-esok kalau nak rujuk, kita google je kat blog ni. haha

kali ni sy nak share resipi daripada limau nipis yang sy follow daripada youtube.
sy pernah try resipi ni.
verdictnya; sedap.
sy bawa tauhu begedil ni ke ofis dan potluck birthday family,
pun semua cakap sedap.
so kira proven, kita post kat sini ye. haha
terima kasih dan credits kepada limau nipis untuk resipi ni.
semoga Allah murahkan rezeki kerana berkongsi resipi sedap.


screen shot daripada youtube.



kedua-dua resipi tauhu begedil dengan sambal kicapnya sy try. both are good.


TAUHU BEGEDIL SEDAP RESIPI OLEH LIMAU NIPIS

1. Resipi Tauhu Begedil

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang holland - cincang
  • 1 ketul dada ayam kisar
  • 2 biji cili merah  - cincang kecil
  • serbuk lada putih
  • 1 sudu teh garam (ni ikut resipi sebenar. kalau sy buat, sy akan rasa jugak supaya balance. kadang sy tambah madu sikit)
  • 16 biji tauhu kering - dibelah di bahagian atas bentuk X, dibuang isi
  • 500g ubi kentang - direbus (sy pernah try, tp berlebih. mungkin sy akan kurangkan sikit next time)
  • 1 pokok daun bawang (dalam segenggam la yang biasa seikat kat kedai tu)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara penyediaan:
  1. panaskan minyak di dalam kuali. tumis bawang holland.
  2. masukkan dada ayam kisar.
  3. masukkan cili merah.
  4. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil). setelah masak, tutup api.
  5. di dalam mangkuk berlainan, lenyekkan ubi kentang yang telah direbus empuk.
  6. masukkan isi tauhu kering ke dalam mangkuk.
  7. masukkan bahan tumisan ayam ke dalam mangkuk.
  8. masukkan daun bawang, letak daun sup pun sedap ni.
  9. masukkan serbuk lada putih (1 sudu kecil).
  10. gaulkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk.
  11. bulatkan isi begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibelah.
  12. pecahkan telur dan campur dengan tepung jagung. pukul sebati.
  13. celupkan tauhu begedil ke dalam telur.
  14. goreng dalam minyak panas.

2. Resipi Sambal Kicap

Bahan-bahan :
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 150ml air
  • Garam
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 5 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaan :
  1. Masukkan sedikit minyak untuk menumis ke dalam kuali.
  2. Tumis cili kisar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan setengah sudu kecil garam.
  5. Masukkan gula melaka.
  6. Biar menggelegak kejap, lepas tu masukkan kicap masin. Kacau.
  7. Masukkan tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air. Kacau dan selepas itu, tutup api.
  8. Nak letak biji bijan pun boleh.

selamat mencuba!

Sunday, May 10, 2020

PKPB diteruskan

assalamualaikum and hi!

wuahh banyak peristiwa berlaku hari ni.

first and foremost; salam nuzul al-Quran dan selamat hari ibu!

kalau hari biasa (non-MCO), kita dah pi celebrate makan-makan kat Serai dah kot. haha
tapi pada hari pelik-pelik macam MCO, kita deliver bunga je la :P
*i love you, ma!*

nanti kita buat entry asing la hari ibu ni.
tunggu ada photo dulu. ahhaha

view dari tingkap rumah. view ni la yang dipandang setiap pagi. malah makin kerap pulak sejak MCO duduk rumah ni. lolx



so.
hari ni (10 mei 2020, 17 ramadan 1441H) PM dah umumkan yang PKPB or CMCO akan diteruskan sehingga 9 Jun.
and raya will be on 24th may.
jadi apakah maknanya tu?
maknanya semua orang (insyaAllah) akan beraya di perantauan (tidak terpakai kepada yang rumah atuk nenek sehasta jaraknya :P)

haa boleh dah pasang lagu dendang perantau tu.
tak pun lagu aisyah. lolx
and boleh dah book lemang rendang untuk yang tidak memasak lauk-pauk hari raya.
feeling raya tu tetap kena ada, walaupun raya kat rumah je.
masjid surau pun tak boleh pi lagi.

kami kat ofis, ada yang dah bukak order ketupat, dodol, wajik.
lemang, ai is dah booking.
rendang pulak, insyaAllah masak sendiri (cintakan rendang masakan sendiri. BAHAHA)
ni nak beli rempah beriyani jugak.. nak masak nasi beriyanilah kot.
husb sy makan rendang sikit je. bukan peminat rendang.
maka kita masaklah benda lain juga.
ehh apa cerita pasal raya ni.
raya pun lambat lagi.
fokus ramadan, wani! adoiyai. :P

lama tak snap gambar rumah. di sinilah tempat kami ber-MCO, insyaAllah tempat kami akan beraya jua.


tapi tak tau la kot ada kebenaran ke kampung berdekatan nanti.
wihihi (kot la boleh balik banting ke, shah alam ke. kan. kan)

and!
korang familiar tak dengan group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni kat facebook?
ahhahaaa.
yosh, time-time ni semua orang mengasah bakat eksperimental memasak masing-masing (boleh mental dibuatnya).
ada yang jadi, ada yang tak.
sy tak terkecuali try.
di bawah ni adalah my first time-ish dishes.

puding caramel.

tips buat eksperimen first time memasak; masak dalam portion kecik je.
apa-apa hal, ko boleh habiskan. haha
so puding caramel ni dapat resipi kat youtube.
dan sedap rasanya. lolx
(kaler gula tak berapa gelap sebab sy tukar gula perang kot. sihat sikit).


jyeah. onde-onde pun first time buat sendiri. boleh caya? silakan percaya!


sebab kita ni bukan pemakan kuih sangat,
jadi memang tak pernah atau jarang buat kuih.
onde-onde biasa my mom/bro masak atau beli.
so this time kita try la buat pulak.
ok la. gula tak berapa nak banyak. lenkali kena letak banyak sikit. hahaa
lain semua ok.

dahlah tu je.
nak pi berbuka kejap lagi.
nak masak simple-simple kejap.

happy mom's day to myself!!

Saturday, May 09, 2020

resipi macaroni bakar malay style

assalamualaikum and hi! :)

bertemu lagi kita. haha
bawah ni gambar selingan, anaqi masak youmee.
dek kerana terpengaruh tengok budak korea makan ramen *tepek dahi*
disclaimer : aktiviti masak-memasak dipantau dengan rapi oleh parent, yang merupakan former AJK keselamatan ofis. wahaha. jadi setiap aspek keselamatan telah diambil kira.
(don't try this at home without adult's supervision)

youmee ni sihat, tak de wax, tak de MSG dan banyak lagi goodness. rasa macam maggi goreng sedap. harga je la. HAHA

so!

berbalik kepada topik asal.
iaitu resipi macaroni bakar malay style.
(kalau western style, pakai tomato semua tu)

and resipi ni pernah dikongsi dalam blog ni sebanyak 2 kali kot.
sebab semalam ada buat,
dan rasanya sedap,
kali ni nak share resipi macaroni bakar untuk portion 1 cawan yang dah perfect bagi sy.
(sebelum ni dok buat eksperimen sukatan tu je. HAHA)

let's!

ni lauk pauk berbuka semalam. banyak yang diperangatkan. mac bakar satu tu je yang baru masak.

MACARONI BAKAR MALAY STYLE WANI EZRYL

bahan-bahan:

  • 1 cawan elbow macaroni - wajibulghunnah pakai kimball.. sebab lembut. korang nak pakai brand apa pun jalannn :D
  • 1/2 biji bawang holland, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, pun dicincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 200 gram ayam cincang (nak lebihkan pun no hal). - sama ada beli isi dada ayam dan blend sendiri (tanpa air), atau pakai minched chicken Ayamas. Ayamas je, tahu. ayam dia tak bau ayam frozen. ahhaha
    200 gram ayam cincang ni = setengah tube ayam cincang Ayamas
  • 1/2 batang cili merah, dicincang - portion tak pedas untuk budak-budak makan. kalau nak pedas, tingkatkan bilangan cili anda
  • garam dan sedikit madu untuk rasa
  • daun sup cincang - tidak wajib. ni bagi bau wangi
  • air untuk rebus macaroni / tambah dalam tumisan kalau kering
  • minyak untuk menggoreng
  • bawang goreng untuk hiasan dan kemanisan - saya pakai brand Nuha. sedap gils weh. tapi nak buat bawang goreng sendiri pun, dialu-alukan.
  • Mentega atau planta sikiiit je untuk disapu ke dalam bekas.

bahan-bahan untuk kastad:
  • 1 suku cawan susu cair - saya pakai brand Ideal
  • sedikit air - sikit je ni, dalam suku cawan
  • 3 biji telur saiz M
  • 3 sudu besar (membukit sikit) tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
  • mozarella cheese - tidak wajib. pakailah kalau ada. boleh tarik cheese. haha



CARA-CARA PENYEDIAAN MACARONI BAKAR MALAY STYLE WANI EZRYL :

3 steps; iaitu rebus, goreng, bakar (bukan kukus, grill, panggang ye. tu iklan Panasonic. lolx)

Rebus

  1. Didihkan air. (Sambil buat ni, dah boleh start prepare bahan lain dan menggoreng)
  2. Masukkan minyak sikit supaya macaroni tak melekat.
  3. Masukkan macaroni.
  4. Kadang-kadang sila kacau supaya tak melekat.
  5. Bila macaroni dah lembut, boleh diangkat, tos dan letak ke tepi. Tutup api dapur.


Goreng

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Tumis bawang holand dengan bawang putih cincang tadi, serentak.
  3. Bila bebawangan dah gold/transparent sikit, boleh letak air sikit dengan serbuk kari. kacau.
  4. Masukkan ayam cincang. Kacau. Pastikan isi tak bergumpal jadi besar. cerai-ceraikan dalam kuali.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan cili cincang. Kacau. 
  6. Perasakan dengan madu dan garam. Time ni boleh rasa kemasinan dia. (Sambil buat ni, dah boleh start panaskan oven. 180 darjah celcius, api atas bawah, masa 10 minit pemanasan).
  7. Last sekali masukkan daun sup cincang.
  8. Siap! Tutup api dapur. Ye, instruction tutup api pun ada supaya tak berlaku kehangitan makanan ye. LOLJK.
  9. Asingkan 1/4 daripada bahan yang digoreng. Letak dalam mangkuk. Letak tepi dulu.
  10. Masukkan macaroni ke dalam kuali. Gaulkan macaroni dengan bahan yang dah digoreng.
  11. Lepas dah sebati, masukkan ke dalam bekas yang dah disapu mentega atau planta.. supaya tak melekat. Nak pakai mangkuk kaca casserole boleh, nak pakai bekas timah pakai buang pun boleh.


Bakar

  1. Time for custard! Masukkan susu cair dulu. Masukkan air suku tadi. Pukul dengan mixer atau sudip, mana yang ada.
  2. Masukkan telur. Pukul.
  3. Masukkan tepung, sikit-sikit. Pukul.
  4. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Pastikan masinnya mencukupi supaya tak muak rasa susu.
  5. Lepas dah siap, tuangkan kuah kastad ni ke dalam bekas yang dah diisi dengan macaroni tadi.
  6. Taburkan lebihan ayam yang diasingkan tadi di atas macaroni, bawang goreng dan keju. nak tambah letak daun sup dengan cili cicang pun bolehhh, ikut suka ekau la jenab :P
  7. Masukkan ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi. 30 minitttt bakar! *muka bersemangat, sebab dah siap*


beginilah rupanya. super sedap, you won't regret it. aicewah. sebelah tu tak de kaitan. tu daging dendeng haha.

sekian resipi macaroni bakar malay style.
seperti kata-kata semangat tipikal yang akan sy laungkan; selamat mencuba! :D

tupai and kids!

assalamualaikum and hi! :)

good news and sad news.
tupai dah selamat melahirkan 5 ekor anak-anak yang kiut miut pada 7 mei 2020 lepas.

sad news; secara officialnya, semua meninggal semalam and today :'(

but sempat tangkap gambar kenang-kenangan.

here's the initial problem; anak-anak dia dok bergumpal lepas lahir.
and husb tak berani nak leraikan, takut injured katanya.

5 ekor cuteness!! seekor je color cerah. lain ada stripe macam tupai, ada ikut bapak dia kaler grey BSH. ada seekor munchkin kaki pendek.

then tau-tau je semalam,
seekor anaknya dah injured kat perut.
may be tupai nak angkat anak dia,
tapi sebab semua bergumpal melekat,
yang tu tertarik and perut dia koyak :'(
sampai terkeluar usus semua, so sad weh.
tapi time tu hidup lagi.

sebelum sempat husb gerak ke klinik (dah set appointment),
anak yang injury perut tu dah meninggal.

then bawak klinik anak2 yang lain,
doc pisahkan yang lekat-lekat bergumpal tu.
rupanya tali uri ke apa, melilit kat diorang.
then 2 ekor siap patah kaki sebab terbelit.
satu patah sebelah, satu patah 2 belah.

then lepas tu, yang patah sebelah meninggal.

alih-alih hari ni seekor, seekor meninggal daripada baki 3 ekor.
tak tau la cuaca, atau dehydrate atau apa.
supersad.
lepas ni if tupai beranak, kena terus bawa ke klinik.

salam takziah, tupai.
be strong ok.

time ni semua masih hidup. cuma dalam keadaan bergumpal.


a bit of video for memories.