Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, April 22, 2024

awin's wedding

assalamualaikum and hi! :)

ikutkan hati ni banyak benda nak update kat blog ni.
pelbagai events di sana sini.
tapi kita dahulukan mana yang sempat haha.

btw sy dah tukar saiz gambar jadi besar sikit.
kalau tak, nampak gambar macam pecah-pecah kan.
ni ha dah besarkan sikit 😁 amacam, ok tak?



haa kalau nampak gambar hantaran ni, tau kan majlis apa hihhii


20 april 2024, sabtu baru ni.

kitorang sefamili hadir ke majlis akad nikah dan kenduri kahwin awin & pasangan hatinya, rafid lokman.
bertempat dekat aje.. di masjid ubudiyah kejiranan kami.
masjid yang sama tempat ai nikah dulu-dulu. hihi. tetiba nak mengimbau pulak kan 😋

awin dan azreen adalah childhood neighboor kami.
sis and bro kami.
lain mak lain pak, tapi macam adik-beradik gitu laa.
la ni depa tinggal dua, paknya ada lagi. cuma mama mereka aunty safura dah kembali ke rahmatullah tak lama dulu. (al-Fatihah)

so azreen dah cakap sesiap,
pakai baju kaler pink.
baju pink tu tema untuk family side.
truly honored to be there as a family :)


tengah get ready nak akad nikah.


time ni pengantin lelaki tengah demam campak rupanyaa.
semoga cepat sembuh!
(yang pakai tanjak tu azreen)

skang ni masjid ubudiyah dah ada backgroud panel ye untuk majlis akad.
canggih dah skang. hihi


awin and bridesmaid. cousin dia kot kan.
mama kata time ni awin nampak macam rupa mama dia 100%.
mama teringat kat aunty le tu. moga dalam rahmat Allah selalu.



anaqi, tuah, ariana. budak-budak memang tak menghayati majlis-majlis ni. haha



durra.



ain & faliq.



wani & isz.


memang senang keje je kan buat caption nama je. hahaa

kite memang suka snap gambar orang, biar senang nak refer esok-esok.


harith.



nazrin. sorang lain childhood friend budak-budak ni.


alhamdulillah, awin selamat diijabkabul oleh ayahnya dengan sekali lafaz.

lepas tu, kitorang makan-makan kat dalam masjid tu jugak.
ada ayam masak merah, daging masak hitam, acar betik and etc.
air sirap sangat la sedap!


haa sempat pun bergambar dengan awin!



mama pun bergambar dengan awin.





hantaran.



anak-anakku dan cousin mereka seronok tengok gubahan duit.
materialistik! HAHA



family photo! :)



naim haikal tak de sebab dia 'melarikan diri' :P






doa sy untuk pasangan pengantin; till jannah ye, insyaAllah.


ariana and his baju raya. warna super soft pink.
kain brocade satin sebenarnya ni. beli kat jasmina.
ingat haritu nak beli sekali yang dewasa punya untuk diri sendiri, but so ketat! kebaya kan. so no thanks la though the design looks really nice.



dak-dak tak duduk diam 😂



ni naim haikal. suka lari-lari. susah nak snap gambar still dia. hahaha

 

oklah till then! :)

Thursday, December 15, 2022

jalan-jalan sungai petani

assalamualaikum and hi! :)

diri sendiri ni biasanya jarang2 sekali ke 2 kawasan dalam malaysia iaitu;
johor and utagha.
sebabnya kitorang tak de kampung atau sedara mara kat area tu.
kalau pergi pun, boleh jadi atas alasan melancong je. bahaha

tapi baru-baru ni, kitorang buat trip ke sungai petani, kedah.
sebab nak attend kenduri kahwin sahabat to my husb.

asal-usul cerita, tak plan pun nak ikut beliau.
sebab katanya dah plan dengan kawannya nak pi sana. plus, kenduri tu hari isnin *ai keje u ols. selangor je la cuti umum hihi*

tapi lepas tu kawan husb tak dapat follow.
memikirkan husb kang sorang2 drive jauh, me and the kids pun meneman la beliau ke sana.
last minute apply cuti hari isnin. nasib bos ok kan aje.


on the way tu, tau2 dah sampai menara eiffel malaysia. haha



sapa2 nk ferfeeling lovey dovey, bolehlah snap gambar kat sini. HAHA


perjalanan pada hari ahad tu agak clear.
sampai2 sana je, husb nak g makan nasi kandaq.
tanya la kat kawan dia hasan, kedai mana yang best.

hasan kata ada sau restoran ni memang famous la kat sungai petani,
namanya hussain nasi kandar. so let's lah.


memang menarik. banyak gile menu. puyuh pun adaaa. queue pun panjang sampai keluaq. haha


bila baca papan iklan gergasi restoran ni kat luar,
baru tau yang hussain nasi kandar ni terkenal dengan ayam bawangnya. hehhehee


kedainya bersih dan makanan dalam tray sentiasa di top up dengan garnish macam bawang goreng, dedaunan dan kekacang.


jangan tanya harga berapa, sebab husb yang bayar. lolx
kita pun ambiklah ayam goreng bawang dia. memang surrr weh.
nampak pulak peria goreng dia mengancam semacam, hah, ai ambik jugak. hihi

tapi this time sy tak makan nasi, sebab kenyang lagi. makan lauk je.


ni ha pinggan2 kitorang.



sy punya ayam goreng bawang dengan peria goreng. sedap gile weh.
tak tau nak cakap macam mana sedap dia. masyaAllah, super sedappppp.



plate husband banyak tulur. haha
telur ayam, telur ikan, telur sotong.



AAs pun kita bagi ayam bawang. tapi ayam ni pedas sikit rupanya.
berdesit2 lidah dak2 makan. haha



lepas makan tu, bergambar dengan burung2 merpati kat luar kedai.


lepas semua orang dah kenyang, kita gerak la ke tempat penginapan.
kali ni kitorang stay di hotel jerai.
yang ni stay for free, tajaan family hasan *tenkiu!*
katanya ada tetamu yang patutnya dok situ tapi tak dapat hadir.
kira rezeki kamilah. alhamdulillah.


ginilah biliknya. ada 2 katil.



ada basic stuff macam dressing table, kerusi, terendak lampu *lolx semua ai nak explain ka :P* dan tv.


wifi tak berapa kuat, so most of the time pakai data telefon je wehh.

tv pulak ada 3 channel je. bahaha. yang sy ingat, salah satu tu rtm. lepas tu ada la channel bola (piala dunia). ingatkan nak la tengok Netflix ke apa, tapi wifi tak ok. nak tengok tv, tv pulak ada 3 channel je *yang langsung tak menarik*. hahahaa


mini bar, iron semua ada.



ni pulak bilik air dia. sabun2 disediakan, tapi biasanya kitorang akan bawak sabun dan syampu sendiri.


esoknya time breakfast,
ada sekumpulan group ni chinese and indian kot,
nak check out pagi. sebab nampak beg bersusun2 banyak kat lobi.
so bayangkan pukul 7.30 pagi tu dah penuh semua meja kat coffee house. lolx

menggagau kitorang carik meja.
dah dapat meja, cari makanan pulak.
makanan dia tak la banyak sangat, bolehlah.
rasa pun ok2 je tak la super sedap.
disebabkan itu, tidaklah sy snap apa2 gambar dek kerana foodie ini agak kecewa dengan makanan yang dihidangkan ahahaa

ye la, nak gi makan bubur. bukak2 tutup periuk, sup rupanya. untuk kwey teow sup yang kwey teow dia pun tinggal cebisan2 je di dalam mangkuk *understood may be sebab ramai sangat guests pagi tu serbu serentak*

nak order omelette (telur), chef kebizian mula2 tu. tak de staff kat station telur.
ai tunggu le jugak. chef tu dok biar dapur dia terbukak, sampai staff situ tegur dia pi mana and kenapa biarkan dapur on je tak de orang. bahaya la kot kan *tapi diorang pakai api infra red aje*

lepas tu kan biasanya omelette ada bahan2 macam bawang, cheese, pepper tu semua.
time tu, ada la tinggal 4, 5 cebisan sosej dalam mangkuk bahan2 dia.
chef tu tak top up pun and pakai je apa yang ada ye.
next telur dia goreng lagi la, tak de bahan apa and kosong je.

ended up rasa telur omelette tu, bland (rasa kosong) habis.
tu yang nak pi makan bubur pulak untuk mengubati ketakpuasan hati makan telur bland HAHA
tapi rupanya bubur nasi pun tak deee *tak tau nak nangis ke nak gelak*


ni lah gambar keesokan harinya ketika ke kenduri kahwin hasan & najwa, kat hotel yang sama jugak.





the newlyweds. congrats, hasan dan najwa!



bergambar dengan pasangan pengantin baharu.
sebelum ni pernah jumpa dengan diorang kat genting dan kat wedding di side najwa.
sy suka couple ni, sebab gabungan nama diorang = nama sy. bahaha



lepas tu kitorang pun gerak la balik rumah.
ni saja snap nak tunjukkan kekamcengan AAs walaupun most of the time diorang ni selalu gaduh je. haha






gambar2 di bawah ni adalah bukti jalan jem gile2.
kitorang menempuh 11 jam perjalanan dari kedah ke selangor ye. hahaha

first time jem dari utagha macam ni.
may be sebab cuti sekolah and isnin tu pun selangor cuti am.
so mana2 yang balik utagha on saturday, balik semula ke selangor on monday. BERJEMAAH.

jem melekat rapat, tak de tanda2 nak surut. haha







kitorang sampai rumah around 1am.
lepas kemas2 semua, dapatlah tidur sekitar jam 2am. gile tak gile. hahaa

oklah tu je kisah kami ke sungai petani.

again, happy wedding's day to hasan and najwa.
semoga berbahagia sampai ke syurgaaa.

Thursday, April 04, 2019

harith and durra's reception | 02.03.19

assalamualaikum and hi! :)

cerita sebulan yang lepas punya.. ahhaha.
mohon maaf para pembaca sekalian,
i was caught up with lots of things last month.
sibuknya ya ampun :P

so ni adalah cerita majlis kenduri kahwin my bro, harith & durra.
buat kat IDCC, shah alam.
baju pengantin warna dark purple.
dan tema baju untuk family members; rose gold.
we all love the color because it looked sweet and elegant at the same time.

oh. dan caterer haruslah dengan shahmie catering.
ayam masak merah dia sedap, kot!
turun tak berapa temurun since wedding sy lagi pada tahun 2012.. teehee.


the kids = AAs. memang saja bawak kaler untuk diorang ni supaya duduklah diam kejap :P

baju budak berdua ni, satu tempah (ariana) dan satu lagi beli (anaqi).
to those yang mencari baju budak-budak untuk kenduri dan nak cepat,
sila ke kompleks PKNS shah alam kat belah atas.
ada la a few kedai yang jual dengan harga yang sangat affordable.
sampin pelangi anaqi pun harga baru RM25. baju lupa harga, tapi murmur je :D


wafiy. kat belakang tu naqi. our young cous.



cangg!! ni lah dia barisan lauk-pauk daripada shahmie catering & event sdn. bhd.

tak puas hati kan tengok gambar kecik?
nah, kita bagi gambar close up pulak. haha

daging masak beriyani kot ni. lupaaaa haha. baru sebulan dah lupa. apakah ini semua :PP



my heaven on earth; ayam masak merah. serius shahmie punya sedap.



dalca sayur. yums!



untuk nasi putih, ada ikan sweet sour. yang ni ai is tak sempat rasaaaa. bizi kot. lololx



ni terpaling awesome jugak. acar buah!



buah-buahan dengan tembikai dilebihkan, kata caterer kami :P

ada jugak manisan, bubur pelbagai ubi ( i don't know the actual name hihi) dengan mi hun sup.
oklah sebab ada budak-budak kecik kan.
kot yang tak masak lauk sebab pedas, boleh makan mi hun sup.
ais krim kon pun ada jugak :)

my rose gold modern kurung.

warna dalam gambar won't do any justice.. lolx.
warna dia lebih rose gold di dunia sebenar :DD
bunga-bunga 3d tu sy beli kat kompleks PKNS, shah alam dan jahit sendiri.
looked nicer with the flowers.
hujung lengan adalah net (sebenarnya nak organza tapi tak sempat beli, so apa yang ada je la daripada kain lace tu = netting)
tailor tak buat lining kat dalam (bahagian lengan), so pakai lace hand socks la kita *tak nampak dalam gambar*


i think i gained weight that time. cuma tak timbang je HAHA. nampak tak, berisi daripada biasa *NOT pregnant! lolx*



with ariana, my precious.



with mama *hearts*



budak-budak ni dok makan ais krim je la kerjanya. hihi



look at anaqi! :P



ni lah mesin ais krim yang bertanggungjawab tu! HAHA. ais krim ni pun bawah shahmie catering.



goodies/weeding favors. untuk budak-budak punya, sy yang buat. i love packing gifts.



suasana di luar dewan. simple je.



luar dewan. bolehlah sambil-sambil tu tengok pemandangan bandar raya shah alam. kemain besor cermin tingkapnya.



my bro, faliq and mama.



faliq & ain.



guest book's table, set by me and team :D

memang seronok buat meja ni.
barang-barang kebanyakannya beli kat kaison.
pen-pen semua beli kat kedai RM2.10, dekat dengan rumah.
guest book pulak buat sendiri daripada buku RM11 yang dibeli kat kaison.. balut dengan glittery wrapper.
banyak yang DIY la.
save duit ai. wahhaha

pak su & cik su.



my in laws family. husb tiada di tempat kejadian ketika ni. floor manager tu sibuk :D



tq, en jit sudi memeriahkan majlis kami :) one of the nicest bosses that i know. dah bersara dah en. jit ni.



dewan yang sedang-sedang saiznya dan tak besar sangat.



ketibaan pengantin!! xD



bos dan rakan-rakan ofis pun datang. diorang ni datang daripada event rehearsal ok. esoknya ada event dengan Tun M. tenkiuuu.



the dais. harith nak yang simple dan tak terlalu over kerawangnya.



mama, mak ngah, pak ngah. sebelah tu husb as floor manager. hujung tu pulak pak su tengah baca doa.



kan dah kata! bz sokmo floor manager kita hari tu :P



kitorang-kitorang duduk kat depan untuk tunggu giliran nak salam restu.



erni, my close, good friend from university ^^



faizul, former officemate to me and my mom. ya, keciknya dunia bekerja dengan kumpulan orang yang sama :D



keluarga nenek dan atuk angkat sy. daripada sy baby ni diorang jaga. thanks for coming :)



kak ana from office, datang dengan husbnya yang jugak kerja kat ofis kami tapi kat bahagian lain. terima kasih datang! :)



my dearest cous, kak gee :)



dah petang-petang, budak-budak pun tidurrr.



mama's friends from work (now mama dah bersara).



snap gambar sikit dengan pengantin! again, husbandku tengah sibuk HAHA



ma bro and sis :P



ni former jiran and childhood best friend, awin. kira family friend kami la.



aunty safura, awin dan azreen kat guest book table.



with hubster.



with my artwork. lolx



ariana dan meja guest book kami.



di penghujung-hujung majlis, anne daripada ofis pun datang. pagi tu ada hari sukan anak dia :D



izrul, ummu, kak gee (semua ni cous-cous ipar) dan cik long (aunty).



my good friend, raja. datang dengan husb beliau. thanks rajaness!!



my aunt's fam, cik arah, papa and everyone! ^^



aunties and mama. oh. and tuah! :P



with my aunt, cik arah.



with cik arah and kak gee!



last but not least, bergambar dengan mama dan makcik-makcikku. ahaha

minta maaf kalau ada gambar yang tak termasuk dalam ni.
atau sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
and thanks to those who came,
or couldn't come but kirim salam, duit, hadiah semua.
you guys rock and were awesome!

andd to the pengantin; harith and durra..
congratulations, lovebirds!!
happy wedding's day to both of you.
cherish your marriage life, selalulah bersama-sama tak kira susah atau senang, sentiasa bertolak ansur, sabarunnah (esp on the first 5 years, as everyone says) and bring up beautiful, awesome kids to our family! haha

hari kerja kahwin memang penat,
balik tu collapse la kita sampai ke esoknya ahad. lolx
but it was fun.
dan habis dah kenduri adik-beradik sy.
alhamdulillah semua dah settle down.
lepas ni join wedding cousins je pulak (anak-anak kecik lagi)

till then!