Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Thursday, February 20, 2020

20.02.2020

assalamualaikum and hi! :)

cantik date hari ni kan!
kalau hari jumaat-sabtu-ahad ni, dah confirm2 ada yang hantar jemputan kahwin!
(but today is thursday! so :D)
haha saja je post entry ni. just because.

every week of 2020 seems to have the stories of its own.
macam-macam isu baru berlaku saban minggu.

cerita minggu ni so far;

1. ashraf sinclair meninggal dunia (18.2.2020)
who would expect, right? tapi itulah ketentuan Allah.
looved his acting on G&G. zaman-zaman teenagers kan.
and i bet most people love ashraf&BCL.. they're super sweet!
semoga Allah mengampuni dan merahmatinya.
salam takziah kepada seisi keluarga/sahabat.

2. baby 9 months meninggal dunia, tertinggal dalam kereta (pahang)
yup, the father forgot.
but please don't blame the father.
kita mak pak mesti faham kesibukan waktu pagi dan sometimes kita pun absent minded sebab banyak benda nak kena fikir.
insiden malang tidak berbau.
salam takziah juga kepada keluarga baby tersebut.

3. baby 10 months meninggal dunia, (this time..) ditinggalkan ibu yang pergi ke pekan (tampin)
juga insiden malang tidak berbau, tetapi bukan sebab terlupa.
i bet the mother was sane while doing it.
tinggalkan seorang di rumah (mungkin anggap 'alah kejap je') and minta tolong jiran sebelah 'dengar-dengarkan' kalau baby menangis.
left the baby in buai letrik.
tahu-tahu, jiran call cakap rumah terbakar.
baby 30% burnt. innalillah.
please parents/penjaga/anyone.
sy selalu jugak perasan benda ni,
some people suka tinggalkan baby sendiri kat buai atau mana-mana la.. unattended.
dengan pemikiran, baby tengah tidur, nothing would happen.
hey, he/she's a baby! mana boleh fikir macam tu.
babies are helpless.
anything can happen, walaupun dia dok diam dalam buai sekalipun.
pernah ada insiden baby tercekik di buai.
atau tenggelam dalam baldi bilik air walaupun ibunya baru berapa saat keluar bilik kejap.
atau kena serang dengan monyet kat ruang tamu (ye ni semua berita betul).
so please.
be a responsible parent.
tak cakaplah si ibu yang pergi pejabat pos kat pekan tu tak responsible.
i bet she loves her baby. cuma hat ni kecuaian sebenar.
yang kes bapa tertinggal anak dalam kereta, dia lupa.
yang ni tak lupa. tinggal gitu je. i'm not in her shoes.
so. hope she left the baby for a very very good reason.

4. isu harta, krisis keluarga someone yang baru sahaja meninggal dunia
tau kot siapa.
sy tak nak panjangkan cerita.
just nak cakap, silaturrahim tolong jaga.
berbaik-baiklah dan jangan cepat melatah.
harta tak bawak ke mana. okek.

5. viral fb : tips untuk ibu-ibu bekerja yang balik 6.30 petang tapi makanan wajib tersedia di meja makan jam 8.00 malam
ahhaha this one is quite.. interesting.
banyak sungguh kecaman-kecaman ditujukan kepada tips ini.
sebab tips agak rigid dan memenatkan para ibu.
tak salah nak layan suami sebaiknya,
tapi janganlah sampai aniaya diri.
apekah sanggup berlapar tak makan malam,
makan kemudian,
semata-mata sebab rules/tips masa dinner tu,
wife kena suap anak makan
lepas tu tak boleh makan sebab nak kena berbual-bual dengan husband?!
tak boleh ke sambil berborak kat meja tu sambil makan?
ketertiban apakah iniiiii.
good thing to all those sempoi families.
nak makan pukul 8 boleh, pukul 9 boleh,
makan atas lantai bentang saprah, or atas meja,
or depan tv pun (tau, keluarga tertib takkan approve yang ni! haha)

but the again, it's your rules and your tips.
ikutlah.

//

harapan sy, semoga minggu-minggu 2020 berikutnya,
more good news and things are coming.
lelah juga dengar berita sedih saban hari.
pasal kebakaran hutan, virus, etc. etc.
hope things would get better.
if not.
idk. hello, 1st quarter of 2020.

Thursday, February 13, 2020

bingkisan tahun 2020

assalamualaikum w.b.t and hi! :)

me on 2020. ntah kenapa gambar ni nampak slim tinggi.. kite ni rendang-rendang je HAHA

how's your 2020 so far?
alhamdulillah, tak sangka sempat kita sampai kat tahun 2020 ni.. haha
kalau dulu, dok fikir jauhnyaaa tahun 2020 ni.
siap congak-congak; nanti tahun 2020 kalau panjang umur, dah 36 tahun. mak aih tuanya 36 tahun! (masa tu la cakap :D) hahaha

apapun kita semua perlu bersyukur, Allah bagi peluang kita bernafas kat dunia ni sampai 'la' ni.

2020 belum sampai quarter year lagi, dah macam-macam news kita dengar:

1. influenza A (minta dijauhkan)
2. coronaVirus (minta dijauhkan)
3. lelaki transgender berpakaian wanita menunaikan umrah (minta dijauhkan)
4. kontroversi AJL34 (too scary?)
5. abam bocey meninggal dunia dengan amalan2 baik semasa hidup (minta dicontohi)
6. [baru] viral budak 2 tahun tercampak dari kereta di lebuh raya, 2 myvi berlumba (minta dijauhkan)

banyak pulak yang minta dijauhkan ye dak.
(termasuk kebakaran hutan australia hujung 2019, awal 2020. banyak beno insiden kan).
apapun macam yang stated dalam al-Quran,
segala kerosakan di muka bumi ni adalah hasil daripada tangan-tangan manusia juga.
sama-sama la kita mohon perlindungan daripada Allah untuk menjaga kita.
and new year would be the best time for us to become a better and kind person.

i was super hectic on 2020.. mungkin sebab ariana dah start sekolah.
jadi, ada benda-benda extra yang kena dibuat tahun ni.
macam basuh baju sekolah everyday, buat bekal sarapan, hantar-ambik beg kat transit dan check homework/beg.
disebabkan ada benda-benda tambahan, kadang ada rutin yang dah tak sempat sy nak buat.
macam sharing tafsir pagi-pagi (atau waktu lain) di igstory *i'm sorryyyyyy sobs*
sy akan cuba cari balik masa tu.
even nak buat cooking video yang proper pun tak sempat.
polly pocket berlambak lagi tak review.
ada birthday card yang tak siap-siap jugak.
lebih worst, anniversary sendiri pun terlupa nak beli hadiah dan buat kad.. haha.
(tu pun isz yang dok wish pagi-pagi then i was like.. "HAH? anniversary kita ke hari ni??")
hahahaa hecticnyaaa walahweiii

i will try to update from time to time.
walaupun baru bulan februari, rasanya macam-macam dah benda nak kena update. haha

k lah, jumpa lagi!! ;)

at istana melawati, putrajaya. february 2020.

Friday, July 18, 2014

ramadhan ke-16 wani ezryl and sorrow news

assalamualaikum & hi, pretty peeps!

dah hari jumaat,
tapi baru nak mula bercerita kisah hari isnin lepas
(macam biasa lah, back dated issue.. hehe)

but before that.
salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat & taulan yang terlibat dalam kejadian yang menimpa MH17 semalam.
things work and happen in such a mystery ways.
such a devastating news, semoga Allah mudahkan dan tenangkan hati mereka.

akhir-akhir ni memang macam-macam berlaku.
try to digest em one by one.
apapun jangan berhenti berdoa.
Allah memang selalu ada untuk kita :)

oh! dah masuk 10 malam terakhir ramadhan.
malam ni adalah malam ke-21.
semoga kita beroleh berkat and sama-sama kejar malam istimewa yang tarikh and waktunya misteri itu. hihi

oklah.
now to hari isnin lepas.
since hari selasa cuti nuzul Quran kan,
so isnin tu tak de la mood mananya nak bekerja.
(walaupun wani e tak dapat kerja mana sangat. hihu)
sahur hasil belian di bazar shah alam pada hari ahad.
balik masuk fridge,
esok paginya panaskan aje.


ketam masak lemak berharga RM10 saja & ikan bilis goreng daun limau purut.



muka hari isnin.

mulai sekarang husband dah request nak makanan-makanan sihat.
means kurangkan nasi (atau tak de nasi langsung)
and berkalori rendah.
dia cuma akan makan nasi masa sahur.
sebab nak konvo nanti katanya takut baju tak muat.. hik :P

so isnin tu try resipi baru..
ambik daripada blog aziejaya. dia pun ambik daripada blog kawan dia.
ayam bakar berempah.
nampak macam sedappp je dalam blog dia.
so let's try.


masak selama 2 jam. tapi hasilnya memang puas hati.

walaupun ambik masa yang lama untuk masak,
tapi ayamnya.. fuh memang lembut gile.
isi tak lerai, tapi bila cucuk tu senang je nak leraikan. hahah
kulit luar ayam garing-garing sedap.
sebab few minutes sy bukak penutup and bakar ayam tu kasi garing di atas.
memang masakan sihat sebab berempah kan.
lepas makan terus berpeluh. hoh


ditemani oleh kangkung goreng.











sekian cerita hari isnin :)

Monday, March 24, 2014

MH370 whereabout

tiba-tiba ada press conference on MH370 pukul 10 tadi.

AAIB UK (air accidents investigation branch) melaporkan yang hasil analisis diorang, kapal terbang MH370 last sekali terbang ke laut hindi and ended there.

sy tak tau apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan flight tu terbang ke sana atau apa berlaku kepada penumpang and anak-anak kapal, but i hope for the best. whatever best Allah planned for us. pray for MH370.

husband menulis kata-kata sokongan di board PRAY FOR MH370. i did too.