Sunday, November 04, 2018

pindah rumah dari putrajaya - part 1

penggulungan baju-ikat-getah secara berjemaah.

assalamualaikum and hi!
finally! haha. finally kitorang akan berpindah rumah lepas pelbagai drama bersiri berlaku dengan kontraktor, orang wiring dll :P
plan pindahnya on 4 nov 2018 (esok, ahad).
sebelum tu ada cerita cemas.
putrajaya dilanda banjir! *whattt*
kuarters kitorang tak terkecuali.
banjir agak berleluasa, sampai aras G dah jadi macam swimming pool.
lantas air tersebut masuk ke dalam lif.
lantas kedua-dua lif tak boleh gerak *agak dahh*
benda ni berlaku jumaat baru ni.
memang gigih sy, ariana, anaqi panjat tangga ke tingkat 9 lepas balik ke rumah dari ofis-pasar.
yang jiran2 tingkat 18 tu tak tau la apa cerita.
kitorang cemas.
sebab nak pindah ahad ni.
tetiba lif dua-dua tak berfungsi pulak.
lepas tu ada jiran speculate yang lif dapat dibetulkan on monday karang.
biar betulllll.
tabahlah kita di situ.
tapi alhamdulillah.
hari ni sabtu, maintenance lif sedut air keluar and dua-dua lif dah ok.
maka plan kita berpindah rumah.. ON!


carilah kotak-kotak terpakai untuk kesejahteraan sejagat.

untuk persediaan pindah rumah, boleh consider perkara-perkara ni:


  1. kotak
    cari kotak terpakai kat pasaraya/kedai.
    untuk orang yang tinggal kat putrajaya macam sy, sy dapatkan kotak terpakai secara percuma kat area kedai buku pustaka rawang & darussalam, presint 16.
    tempat lain mungkin banyak jugak. just kena rajin cari.
  2. beg jinjit berzip
    gambar beg ada kat bawah-bawah ni.
    beg macam ni senang kalau korang nak isi periuk belanga, baju.
    apa saja barang yang tak mudah pecah.
    untuk saiz besar, sy beli dengan harga RM5 saja kat kedai barang murah, dengkil.
    kalau kat kedai lain, mahal. MR DIY tak silap RM10 (beg cantik sikit kot).
  3. bubble wrap/plastik/kertas
    ni untuk cover benda-benda yang mudah pecah.
    macam pinggan, mangkuk, gelas kaca.
    bubble wrap sy beli kat kedai buku dengan harga RM4.90 satu. beli 5 set.
    kertas pulak sy beli kertas minyak, RM1.
    tapi kalau ada surat khabar, pakai surat khabar je.
  4. selotape/duct tape, marker, gunting, pisau
    untuk seal kotak, labelkan barang pada kotak/beg.
  5. masa dan tenaga yang banyak
    seriously, memang agak penat nak kemas dan packing.
    baju, memang satu-satu kitorang gulung dengan getah untuk mudahkan masuk dalam beg (kalau ada beg luggage, boleh pakai).
    pinggan, gelas kaca pun satu-satu wrap dengan bubble wrap/kertas.
    kalau boleh, biar seminggu sebelum pindah dah kemas sikit-sikit.
    bercakap daripada pengalaman yang sehari dua baru mengemas.
    pulak tu datang keadaan yang tak dijangka macam banjir, lif rosak (kepenatan lebih sebab daki tangga etc.), anak demam.
    so better prepare awal. if not, exhaustion.

bubble wrap berharga RM4.90 sahaja.



plastik-plastik ni ambik kat tempat kedai buang kotak-kotak terpakai. alhamdulillah, free semua ni.



kalau korang ada sticker fragile, lagi best. kalau tak de sticker, macam ni la gayanya kena tulis kat atas kotak :P

oh satu lagi.
kadang ada kotak yang siap-siap ada lubang pemegang kat tepi.
memudahkan untuk angkat nanti.
tapi kebanyakan kotak tak de.
so sy lubangkan sendiri dengan pisau.
lepas tu lapik dan selotape dengan kertas, supaya tak sakit tangan bila pegang nanti. (dalam gambar di atas, kertas yang warna merah tu).


barang-barang mudah pecah memang kena lapik satu-satu dengan bubble wrap. kalau cawan, senangnya sumbat dengan kertas je. haha



ni la beg jinjit berzip tu. entah apa nama betul dia.. tak sempat nak google.

so nanti kita sambung cerita pindah-pindah part 2 pulak.
berapa harga lori, berapa tan etc.
doakan dimudahkan semuanya untuk kitorang esok.
lenguh dah ni, nak rest dulu before esok.
zzz.

toodles!