Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

anaqi day 44


anaqi on his day 44! seriousnya muka hoih :D

hoyeah hari ni anaqi dah berusia 44 hari!
means today is also my last day of confinement!! yiehhhhha *hahaha gelak petir*

i posted this photo of anaqi in fb,
and most of the feedbacks said that he looks more like me.
i guess so.
kalau tengok, may be hampir sama dengan rupa sy time baby dulu.
*tapi sy dulu tak handsome macam ni kakaka*
tengoklah kalau rajin nanti kita korek-korek album lama.
sy kata KALAU RAJIN ye. lolololx

so anaqi,
if you read this,
you on your 44th day adalah A okay.
sejak beberapa hari ni time tidur dah boleh adjust.
means malam tidur, siang mostly berjaga (ada jugak tidur tapi tak lama).
jadi malam-malam mama adalah indah belaka dapat tidur dengan baik kebanyakannya. kihkih
hope it lasts longer.
tapi nanti kat nursery nanti tak tau la kalau diorang asyik nak tidurkan baby je siang-siang.
hope not :P


ariana and anaqi.

your sis ariana loves you very much.
well i dunno either she knows what is 'sayangkan adik' or not, but she's getting there.
i heard stories of toddler brother or sister yang jealous dengan adik,
or suruh mommy dia letak adik dia kat luar rumah *that was funny and cute!*
tapi ariana tak begitu. haha
mostly dia akan tengok anaqi dengan keseronokan.
asyik nak pegang, asyik nak dukung anaqi.
kita pulak risau cam ne lahhh budak kecik ni nak pegang adik dia.
sometimes ariana suka pegang kaki dan tangan anaqi.
with amuesement agaknya sebab kecik sangat :PPP
"baby cik!" (baby kecik) she said.
she also knows your name is anaqi.
dia ni kejap je kalau ajar vocab. cepat je absorb.
jadi janganlah ajar dia vocab yang bukan-bukan. hahaha


babah and anaqi.

sorrylah tak ada gambar mama dengan anaqi.
sebab yang latest semuanya kat rumah and tak pakai tudung.
so kita simpan dalam phone je lah gambar tu :D
tak de gambar pun, you know i love you so, alright.

selamat hari ke-44 untuk kita berdua!!
ke arah hari-hari yang lebih awesome!

siap main skateboard lagi anaqi! tee hee

Saturday, December 12, 2015

day 43 yang tak berapa nak confinement

happy sabtu!

cerita hari ni tak de la sangat.
malam ni ada piala malaysia; selangor vs kedah.
sebagai sorang shah alam citizen (dulu la. hometown ai niiii. haha), harus la support selangor.
menang ke kalah ke kita tetap support.
ni tengok dah 2-0 dengan kedah. :D
untunglah kalau menang, rakyat selangor boleh cuti isnin ni.
sy tak pe, sy cuti je hari-hari. kahkah

today hari pantang yang ke-43.
wuah tak sangka nak habis dah.
tapi tengah hari tadi dah keluar pergi kenduri kahwin. #jangankecamsaya LOL!
dekat je berapa langkah dari rumah pun.
anaqi, husband jaga kejap.
sy pulak time tu memang dah tahap kebuluran tak makan dari pagi.
pagi minum horlicks je.
so pergilah kenduri.
turned out tu kenduri kawan time tadika and sekolah dulu.
naik van sekolah sama-sama.
kalau tak jenguk ke tingkap, memang tak tau ada kenduri ke apa.
kalau ribut apa pun tak tau kot sebab orang pantang kan.. duduk terperuk je dalam rumah.
ni keluar baru la nampak matahari sikit :P
so makan nasi putih lauk ayam rempah, kuah lemak daging (ambik kuah je dengan kentang), sayur sambal jawa dengan ulam. buah oren jangan dilupa ;)
air pulak memang tak la ambik yang ais.
minum air kosong je. nasib baik ada air kosong atas meja.
tetiba jadi orang yang jaga kesihatan sangat, minum air kosong
*tangan di bahu mata ke atas* :'DDD

so kepada yang tak berpantang, tak breastfeed, tak tua, tak de condition yang menghalang,
makanlah ais krim dan minuman-minuman sejuk selagi ada masa ni.
haha apa punya nasihat la ni.
ye la, sedap kot ais krim.
selagi sempat tu makanlah korang ye.

dahlah nak sambung tengok bola.
esok boleh celebrate hari ke-44. hoyeah!!

tata!

Friday, December 11, 2015

makan wishlist

wahh kemain.
just because i saw a friend on her confinement buat list makanan yang dia nak makan lepas habis confinement; and i somewhat have my own list too.. why not put it in here just for fun kan. lolx

makan wishlist yang akan didapatkan sooner or later :
(gambar courtesy of google. thanks!)

1. NASI BERIYANI INSAF
aaaa memang akhir-akhir pregnancy dulu dah teringin nak nasi beriyani insaf ni, tapi tak sempat nak pergi. tapi tak de air liur baby drools ke apa ye sebab sebelum tu dah pergi makan dah. cuma lepas tu nak lagi. haha
Image result for nasi briyani insaf


2. MAGGI KARI
nak maggi kari bodoh sesaja je macam ni. tak yah udang ke sayur ke apa (telur tu boleh la! haha) sebab recently ada orang-orang dalam rumah ni masak maggi ok. kalau tak, tak de la teringin sangat :P mama, abah, husband. semua masak maggi. lolx
Image result for maggi kari


3. SANGKAYA
lepas tengok majalah 3 episod pasal ais krim tu lah, teringin nak makan sangkaya ni. sebab nampak sedap sangat hoih. kita ni dah la suka air kelapa & coconut shake. harus ais krim kelapa thai ni sedap jugak kan. wahhhh *drools* tapi dah terbaca yang kena pantang ais selama setahun. means no ice cream for me??? tihdakkkkkkkk.
Image result for sangkaya


4. CHURROS
tau kewujudkan spanish 'cakoi' ni sejak sebelum dia famous lagi. sebab suka tengok food channel kan.. nampak kat situ la hahaha. tapi sampai la ni tak pernah makan churros ok! nanti kalau jumpa kat mana-mana memang nak beli, nak makan. nak buat sendiri tu macam tak sampai seru lagi :P
Image result for churros


5. TELUR MASAK KICAP W/ NASI PANAS-PANAS
aaaaa sedap sangat ni!! nampaknya inilah makanan terhampir yang boleh direalisasikan dalam masa terdekat hahaha. pecah telur dalam kuali, angkat, tumis bawang cili dalam kuali, air, garam sikit, masuk telur balik, tuang kicap. voila! tazabar nak makannnn :P
Image result for telur kicap




dah tu je lah lima.
tak ada la crave nak udang ke nak ketam ke. tak de pun.
nak benda-benda simple seperti di atas je, yang tak tau dapat ke tak makan ni (especially ais krim tu tak tau bila. may be akan ada ice-cream-cheat-day.. who knows? hihi)

my pantang 44 hari will be over in two days.
TWO freakin' DAYS!! yiiiehhhhh!
sama-samalah kita menjayakannya. xD

Monday, November 23, 2015

day 25 : confinement

wow it's almost a month already!
and i managed to get through it so far. heh he.
at least tekakku masih menerima singgang ikan, ikan bakar, sayur sawi dan biskut-biskut semua tu.
walaupun kadang memang la nak makan benda lain, tapi tak de la terliur ke apa. tak kisah sangat kot. asalkan ada makanan. (since sy ni cepat lapar hoahh perut raksasa sangat!) :P

pulak tu sekarang ni musim hujan. (alhamdulillah, i love rainy season!)
jadi cuaca adalah sejuk, cozy.
perasaan je 'sejuk' bila nampak hujan kat luar.
tapi hakikatnya hari-hari ai is berpeluh-peluh ok.
tak tau la sebab orang yang tengah berpantang ni badan panas ke kenapa.
everyday is like working out day. terbakar kalori-kalori semua ni. padahal tak de bersenam pun.


tengoklah tu depa ni conquer katil, macam mana mama nak tidur! :B

ariana memang penconquer katil berjaya haha
rasanya budak-budak baya dia banyak macam tu.
tidur tergolek sana tergolek sini.
asal-asalnya tidur lurus, tetiba sat lagi jadi melintang. :'DD
husband awal-awal memang dah tempah tiket tidur kat tilam bawah-tepi katil tu.
mana muat pun dia nak tidur kat katil.
tu time dia ada la. kadang dia balik tidur kat putrajaya sebab nak pi kerja.
tinggal sy la dengan anaqi, ariana tidur dengan nenek atuk.


haa siapa kata orang pantang tak boleh makan meatballs ikea?
ambik ni! :P

semalam diorang-diorang ni pergi ikea; kirim meatballs.

tak de la sy makan sorang semua tu.
sy makan 3 ketul je dengan nasi.
yang lain bagi husband and ariana makan. hahaha
apapun memang heaven sekali sekala dapat makan selain daripada ikan. wah hahaa

orang tengah berpantang, makan ni je la mampu. kakaka


then semalam mama bakar roti ban signature family hajah mariam (nenek ambe) :D
makan jugakk 2 ketul. haha
makan tang panas-panas sambil tengok muzik-muzik separuh akhir (tengok hazama punya lagu la best), memang awesome.

mama offer lagi, tapi tak pe la, ai berdiet katanya. HAHAA

husband ada beli penimbang baru, sebab 2 penimbang kat rumah kitorang dah rosak. (kasihannn)
so nak timbang jugaklah tengok berapa berat lepas bersalin.


before pregnancy : 47 kg

last weight on pregnancy : 58.5 kg (dalam 11 kg naik)

check up doktor a week after delivery : 52 kg

penimbang husband baru beli : 49 kg


yiehha maknanya dari 52 kg tu dah turun 49. tinggal lagi 2 kg nak diturunkan untuk ke berat asal!!
(ntah dapat turun ntah tak tu)
sebab tengok kebiasaannya kan orang akan bertambah berat lepas bersalin.
doa-doakan la dapat turun.
sebab sy ni bukan stok orang tinggi ye.
kang berat lebih-lebih, jadi pohon nan rendang je. kikiki

oklah tu saja untuk kali ni.
nanti kita update lagi.
tata tutu!

Thursday, November 12, 2015

tired wired

hari yang super duper memenatkan.
mesti "aih mengadanya dia ni, apa yang penat? duduk rumah je pun."
memang duduk kat rumah je, tapi seriously penatttttt ok.
since bangun pagi sampai ke petang macam tak de gap untuk rehat betul-betul.
kena ambik maid philippine la macam ni bahaha
ended up terkelepek petang tadi. tu pun nasib sempat la tidur dalam sejam lebih.
lepas tu macam down jugak la sebab penat sangat.

may be start-start awal hari dah lambat breakfast,
hajat di hati nak breakfast awal semua.
tapi anaqi bangun awal than usual. mandikan semua.
lepas tu ariana pulak bangun. melayan dia nak itu ini.
tak masuk nak kena breastpump selang dua jam ke camne, kalau biar je tak pump sakitnya hoih tak pun leaking, bertambah stress pasal tu je.
then pukul 10 sempat la breakfast sambil tengok repeat 'tuan anas mikael' kejap.

pukul 11 lebih dah masak bubur, bagi ariana makan.
then sendiri dapat makan on the afternoon.
ariana sepahkan bedak kat ruang tamu. habis bersalji ruang tamu tu haha
nasib baik faliq ada tolong vacuum afterwards.
anaqi berak tu biasa la. harini time nak tukar tu, kencing lepas, terkena towel comforter semua *faint* :'DDD

petang ariana kenapa ntah buat bising dalam bilik.
anaqi dah la tengah tidur.
sebelum tu ariana dah tidur, tapi check-check dia berak.
suruh jugak dia bangun, mandi sekali.
lepas mandi tu dia buat bising.
kita kata jangan bising, dia bising lagi. habis kena marah.
menangis-nangis dia, dah pujuk pun makin kuat menangis.
haiyo. mama dah la penat sangat ni woihhh
dah lepas tu buatkan dia susu, tidur sampai petang.
then dengar cretttttt anaqi berak. lolx
nampak dia dah bangun, around 4.30 mandikan dia.
bagi minum susu semua, dia tidur balik baaaaaaru la mak you ni dapat rehat. haha
nasib baik la anaqi bukan jenis banyak ragam.

banyak gambar dia tengah tidur je.
sebab time dia jaga, mana sempat nak snap gambar kan lolx

gambar hari ni. bawak dia turun ke ruang tamu. ai is baru sempat nak makan time ni.



ni ariana lepas mandi petang tu. tengah makan oren sambil tengok minions.



ni gambar anaqi latest. kejut bangun langsung tak bangun. tidur pengsan sambil tekup telinga pasang 'headphone'.. lolx

alamak anaqi dah bangun pulak hahahaha
sambung nanti la.
mujur bangun kan. nanti midnight tidur nyenyak sikit ye, anakku :D

later!

Tuesday, November 10, 2015

taking care of danial anaqi

hey, peeps! bertemu lagi. ahax

sebelum kelewatan, would like to wish happy deepavali to those who' celebrating.
biasanya time-time deepa ni banyak tamil movies best. :D
tapi saban tahun macam makin berkurang celebration. ada movie pun kat astro je la. tv2 ada la sikit.

today dah masuk hari ke-12 confinement.
so far so good. family were taking a good care of me.
mom's the most la.
husband pun ada, he's being very helpful with the laundries, mandikan anaqi and bangun pepagi buta bila dikejutkan oleh sy. haha
but i'm a bit geram with his superior yang dok nak menghantar dia kursus sini sana walaupun tau dia baru dapat baby. not being selfish here, but bos punn. understanding la sikit.
husband told me asyik dia je kena pergi and selalu kena hantar pi kursus/meeting yang tak de kena-mengena.
and today yang public holiday ni pun, dia balik putrajaya kejap tu nak siapkan kerja.
kesian kat dia la dok ulang-alik putrajaya-shah alam.
rabu-jumaat ada kursus kat PD. sabtu onwards for a week or two kot, dia kena bertugas for this ASEAN thingy. busy banget tu.

good thing i can slowly manage myself and anaqi.
at least kederat tu dah ada la kalau my mom and husband go to work and tak de orang sangat kat rumah. (abah and my bros ada kat rumah biasanya, tapi tak de la diorang nak mandikan anaqi segala kan haha)


si nyenyak tidur.

being a baby, anaqi sleeps most of the time.
ehh tapi tak jugak.
kalau dah bangun tu memang terkebil and melilau mata dia lolx.
ambik masa before he sleeps back, tapi bila dah tidur, memang lama and nyenyak.

i don't have any fuss taking care of anaqi.
dia sorang baby yang sangat mudah. i mean, seriously!
tali pusat dah tertanggal on day 4; lebih mudah uruskan tukar pampers semua.
berkhatan hari tu pun dah sembuh minggu ni; dia langsung tak meragam sakit ke apa.
he seldom cry, walaupun malam-malam rutin dia bangun around 12midnight then dalam pukul 4-5pagi bangun jugak kejap, tak de menangis apa. just bangun minum, tukar pampers, lepas tu kebil-kebil. kendong dia kejap, lepas tu tertidur balik.
dia cuma tak suka dibedung je. free and easy. lebih suka tangan terkeluar macam tu haha
kalau you bedung dia, memang dia akan struggle sedaya upaya nak keluarkan tangan dia.
quite much of joy to watch sebab cute sangat. ahahaa


sleeps like a king. ikut suka dia tangan nak terkeluar ke apa.

anaqi kadang suka buat sy terkejut.
contohnya dia bersin kuat gila ok. macam orang tua! hahaha
ada sekali tu dia berak dalam pampers bunyi crettt dia kuat gile, i seriously was in shocked macam dengar bunyi letupan ke apa! *cries and laugh at the same time*
cuma kalau nak dengar dia menangis, try la letak dia dalam air.
time mandi. jyeahhhh.
aku-syak-dia-anti-air. haha
but sometimes dia diam pulak time mandi. ikut suka dia je.
but one thing, kadang dia akan creett time kita dah bersih-bersihkan and tukar pampers dia.
ada sekali tu i changed his diapers for four times! sebab setiap kali tukar baru, tetiba dia berak lagi. haiyo.
kencing tetiba jangan cakap la.
dah few times kena basuh towel and changing mat sebab dia kencing tak sempat kita nak pakaikan pampers dia :'DDD
now sy lebih hati-hati and laju-laju pakaikan anaqi pampers. apa-apa hal pakaikan pampers dia dulu kalau tak nak kebocoran! haha


awwww adik-beladik dua olang ini.

ariana so far was being nice to anaqi.
tak de kejadian tepuk muka adik macam dalam facebook tu ye. haha
biasanya ariana akan usap-usap or kiss kepala adik dia.
lepas tu dia sambung buat kerja dia sendiri.


kadang tak sempat nak entertain budak ni. but i try my best kalau sempat. lolx

nasib baik ada uncles+auntie dia. and nenek atuk.
diorang la yang rajin melayan ariana.
kalau sy nak melayan dia 24-7 memang tak sempat.
if babah dia ada, babah dia pun jagakan jugak si ariana bariana ni.
nasib ada ramai orang dalam rumah ni yang boleh tolong-tolong.
you guys rock!


sesaja snap gambar ootd (outfit of the day) anaqi hari tu.

pasal confinement,
kebanyakan kawan-kawan akan larang sy tengok gambar makanan yang diorang post kat fb.
lahhh kenapa pulak. takut sy terliur la tu haha
no worries sy ok je makan lauk berpantang ni.
setakat ni masih teguh iman la.
walaupun sy ni bukanlah stok yang berdisiplin sangat; makan VCO pun kadang-kadang missed, pakai krim muka pun kekadang malas..
tapi time berpantang sy memang jaga makan ok.
at least for 44 days memang tak kan makan segala bala benda yang tak boleh dimakan.

but yesterday ai dah start makan daging yaww.
*tepukan kemenangan HAHAHA*
kalau tak, seminggu ni mengadap ikan tenggiri aje. haha *sedap apa ikan tenggiri!*
semalam dapat makan sup daging.
hari ni sup ayam kampung pulak.
oh syorga sungguh rasanya dapat makan something different :P
sebab luka pun dah ok, so dapatlah kita makan daging semua ni.
alhamdulillah~

sup daging yang dimakan semalam.

this time sayur-mayur pun memang sy makan banyak gile.
portion sayur memang super banyak.
buah pun sy makan sangat sangat banyak.
ntah apsal memang nak makan buah aje.
eloklah makan serat-serat supaya tak de constipation.
this time cerita ke toilet tak de la sescary dulu lolx.


hari ni pulak dapat makan sup ayam kampung. menangis kegembiraan seperti mendapat oscar.

ok tu je nak mengarang hari ni.
karangan katanya sebab panjang berjela hahaha (anaqi tidur boleh laaa) :PP

selamat bercuti kepada semua!
tata!

Sunday, November 08, 2015

thanks for coming!

harini ada yang datang melawat anaqi kat rumah.
last weekend mak (MIL) and makcik-makcik sy ada datang.
hari ni mak datang lagi with fams yang tak datang last week and ada jugak kawan-kawan sekali.
terima kasih datang visit kitorang ok! :)


kak ida, adam & 'ammar.






ila & siti and their kids.



my mak, yang hujung tu BIL isa. yang terbaring tu BIL ibal, kesian dia kerja shift malam tu. last week dia datang jugak jadi driver, kitorang suh dia baring sebab tau penat baru balik kerja.



mak and anaqi.



family side husband (cucunda haha)



my biras, ila and anak no. 2nya, qesya.



durra, her mom and her bros juga ada datang.



selfshot dengan siti. orang berpantang memang muka sememeh macam tu (alasan). hahaha

tqsm kepada yang datang! :)

Tuesday, November 03, 2015

makanan berpantang

hahaha time confinement ni pun gambar-gambar makanan tak dapat dipisahkan :P

lauk-pauk pantang everyday adalah sama je.
but i enjoy it much.
may be cause it's the first week.
dah masuk 2nd, 3rd week tak tau la macam mana kan. haha

awal-awal ni elok la makan ikan dengan sayur sawi je.
later bila luka luar dalam dah ok, bolehlah nak makan ayam ke apa.
tu pun ayam kampung je kan. ayam bandar tak boleh.


option di hospital; singgang ikan atau ikan bakar. ni set singgang ikan.



for breakfast kat hospital, ada roti dan air milo. minum petang pun sama.

sy tak pernah skip meal kat hospital.
semua sy makan; pagi, tengah hari, petang, malam. lolx


ni set ikan bakar kat hospital.



sup sayur sawi close up.



ikan bakar hospital close up, dengan buah oren dan ulam pegaga.


manakala kat rumah pulak,
chef 'pantang food' is none other than my mom ^^
hari-hari dia la masakkan.
walaupun hari ni my mom kerja, dah siap-siap singgang kat dapur tinggal nak panaskan.
husband pulak tolong masakkan sayur mengikut instruction yang chef 'pantang food' berikan. lolx


this is what i eat everyday. kadang tukar singgang dengan ikan bakar. tu la dua menunya. sayur tu husband masak.

ada nampak orang share lauk berpantang kat fb.
variety menu dia.. tapi heran tetiba ada lauk ikan bilis goreng.
bukan ke tak boleh makan goreng-gorengan yang banyak time pantang?
mungkin jugak tu lauk untuk hari ke-30 kot.. dah later on punya lauk haha.

tapi so far tak de crave nak makan bukan-bukan,
may be sebab seminggu before deliver tu dah pulun makan buttered prawn la ketam la apa.
so now chillex makan makanan berkhasiat je la kita.
haha

till then!! :)