Thursday, February 20, 2020

20.02.2020

assalamualaikum and hi! :)

cantik date hari ni kan!
kalau hari jumaat-sabtu-ahad ni, dah confirm2 ada yang hantar jemputan kahwin!
(but today is thursday! so :D)
haha saja je post entry ni. just because.

every week of 2020 seems to have the stories of its own.
macam-macam isu baru berlaku saban minggu.

cerita minggu ni so far;

1. ashraf sinclair meninggal dunia (18.2.2020)
who would expect, right? tapi itulah ketentuan Allah.
looved his acting on G&G. zaman-zaman teenagers kan.
and i bet most people love ashraf&BCL.. they're super sweet!
semoga Allah mengampuni dan merahmatinya.
salam takziah kepada seisi keluarga/sahabat.

2. baby 9 months meninggal dunia, tertinggal dalam kereta (pahang)
yup, the father forgot.
but please don't blame the father.
kita mak pak mesti faham kesibukan waktu pagi dan sometimes kita pun absent minded sebab banyak benda nak kena fikir.
insiden malang tidak berbau.
salam takziah juga kepada keluarga baby tersebut.

3. baby 10 months meninggal dunia, (this time..) ditinggalkan ibu yang pergi ke pekan (tampin)
juga insiden malang tidak berbau, tetapi bukan sebab terlupa.
i bet the mother was sane while doing it.
tinggalkan seorang di rumah (mungkin anggap 'alah kejap je') and minta tolong jiran sebelah 'dengar-dengarkan' kalau baby menangis.
left the baby in buai letrik.
tahu-tahu, jiran call cakap rumah terbakar.
baby 30% burnt. innalillah.
please parents/penjaga/anyone.
sy selalu jugak perasan benda ni,
some people suka tinggalkan baby sendiri kat buai atau mana-mana la.. unattended.
dengan pemikiran, baby tengah tidur, nothing would happen.
hey, he/she's a baby! mana boleh fikir macam tu.
babies are helpless.
anything can happen, walaupun dia dok diam dalam buai sekalipun.
pernah ada insiden baby tercekik di buai.
atau tenggelam dalam baldi bilik air walaupun ibunya baru berapa saat keluar bilik kejap.
atau kena serang dengan monyet kat ruang tamu (ye ni semua berita betul).
so please.
be a responsible parent.
tak cakaplah si ibu yang pergi pejabat pos kat pekan tu tak responsible.
i bet she loves her baby. cuma hat ni kecuaian sebenar.
yang kes bapa tertinggal anak dalam kereta, dia lupa.
yang ni tak lupa. tinggal gitu je. i'm not in her shoes.
so. hope she left the baby for a very very good reason.

4. isu harta, krisis keluarga someone yang baru sahaja meninggal dunia
tau kot siapa.
sy tak nak panjangkan cerita.
just nak cakap, silaturrahim tolong jaga.
berbaik-baiklah dan jangan cepat melatah.
harta tak bawak ke mana. okek.

5. viral fb : tips untuk ibu-ibu bekerja yang balik 6.30 petang tapi makanan wajib tersedia di meja makan jam 8.00 malam
ahhaha this one is quite.. interesting.
banyak sungguh kecaman-kecaman ditujukan kepada tips ini.
sebab tips agak rigid dan memenatkan para ibu.
tak salah nak layan suami sebaiknya,
tapi janganlah sampai aniaya diri.
apekah sanggup berlapar tak makan malam,
makan kemudian,
semata-mata sebab rules/tips masa dinner tu,
wife kena suap anak makan
lepas tu tak boleh makan sebab nak kena berbual-bual dengan husband?!
tak boleh ke sambil berborak kat meja tu sambil makan?
ketertiban apakah iniiiii.
good thing to all those sempoi families.
nak makan pukul 8 boleh, pukul 9 boleh,
makan atas lantai bentang saprah, or atas meja,
or depan tv pun (tau, keluarga tertib takkan approve yang ni! haha)

but the again, it's your rules and your tips.
ikutlah.

//

harapan sy, semoga minggu-minggu 2020 berikutnya,
more good news and things are coming.
lelah juga dengar berita sedih saban hari.
pasal kebakaran hutan, virus, etc. etc.
hope things would get better.
if not.
idk. hello, 1st quarter of 2020.

Thursday, February 13, 2020

pemakaian apolet dan georget baju no. 1 PTD yang betul (No. 1 dress)

assalamualaikum and hi! :)

buat PTDs awesome sekalian,
di sini saya titipkan cara pemakaian apolet dan georget baju uniform no. 1 yang betul.
supaya kita semua memakainya dengan elegant sekali dan tidak terbalik di sana sini HAHA
(ni untuk rujukan dan pedoman diri sendiri jugak, sebab kita ni pakai no. 1 setahun sekali je kan. boleh jadi akan terlupa atau terbalik).

di bawah ni adalah baju no. 1 bagi PTD.
warna off white (bukan putih suci).
georget tu yang di leher, manakala apolet yang di bahu.
saya lupa nak letak gambar topi.
untuk songkok hitam, logo akan berada di belah kiri kita sebagai pemakai.

pastikan 'pedang' pada apolet arahnya seperti 'memotong leher' pemakai. tu tips mudah diingat.



baju no. 1 PTD berbutang lima. 

bagi kasut, kasut bertutup hitam bagi lelaki dan perempuan (kasut lelaki cantik bertali dan berkilat. kalau tak ada tali, no problem).
berstoking (hitam/gelap bagi lelaki, skin color bagi perempuan).

"saya ada pingat, kat mana nak letak?"
untuk baju no. 1 lelaki kan ada poket di dada kiri.
ukur 2 jari (telunjuk dan hantu/index and middle finger) di atas poket.
untuk perempuan, di atas dada di bahagian kiri.

jika pingat terlampau banyak, pakailah 3 sahaja (yang ni ikut rules hari wilayah. rules negeri lain, boleh rujuk negeri tersebut).
dahulukan pingat persekutuan, diikuti pingat negeri.
jika pingat daripada negeri yang sama, pakailah pingat yang tertinggi penganugerahannya.

oklah tu je nak share hari ni tentang pemakaian dress no. 1 PTD.
semoga bermanfaat untuk semua brothers and sisters PTD.

toodles!

hari sukan sekolah ariana

assalamualaikum and hi! :)

rumah kuning kitaaaa.

di-Raja sangat rumah sukan ariana ni kan haha.
tak pernah dalam sejarah family kitorang, ada rumah kuning.
sy ni rumah biru dengan purple je seumur hidup :P

so. 2 februari 2020 yang lepas, sekolah ariana buat hari sukan.
bila bitau kawan-kawan, diorang, "eh awalnya sukan sekolah anak ko!"
yosh. awal-awal dah settle sukan.
lepas minggu orientasi, terus fokus minggu bersukan.
si bariana ni pulak terpilih untuk acara larian.
tiga acara larian, tiga-tiga dia kena masuk. tamak acara sungguh beliau. lolx


rumah kuning, a.k.a. rumah bendahara.



nampak kat baju dia tu.. tiga acara. semua tu dia masuk.

cumanya ariana tak de kasut sukan.
berlarilah dia dengan kasut sekolah yang gedabak itu.. haha.
lari berbekalkan kasut gedabak, macam mana nak merentas angin :P
mungkin lain kali kita beli kasut sukan ye.


penyokong-penyokong tegar di bawah khemah.

pasal makanan jangan risau.
pihak sekolah ada jual-jual.
nasi lemak, mi, ayam goreng macam tu la.
harga singgit dua ringgit je macam tu.


gambar ariana berlari, kemain pecah piksel HAHAA (zoom in habis)



pemenang pingat gangsa! lain semua no. 4. congrats!!

lepas ni kena bawak dia berlari-lari di tepian.
haha
congrats again, anakku!

bingkisan tahun 2020

assalamualaikum w.b.t and hi! :)

me on 2020. ntah kenapa gambar ni nampak slim tinggi.. kite ni rendang-rendang je HAHA

how's your 2020 so far?
alhamdulillah, tak sangka sempat kita sampai kat tahun 2020 ni.. haha
kalau dulu, dok fikir jauhnyaaa tahun 2020 ni.
siap congak-congak; nanti tahun 2020 kalau panjang umur, dah 36 tahun. mak aih tuanya 36 tahun! (masa tu la cakap :D) hahaha

apapun kita semua perlu bersyukur, Allah bagi peluang kita bernafas kat dunia ni sampai 'la' ni.

2020 belum sampai quarter year lagi, dah macam-macam news kita dengar:

1. influenza A (minta dijauhkan)
2. coronaVirus (minta dijauhkan)
3. lelaki transgender berpakaian wanita menunaikan umrah (minta dijauhkan)
4. kontroversi AJL34 (too scary?)
5. abam bocey meninggal dunia dengan amalan2 baik semasa hidup (minta dicontohi)
6. [baru] viral budak 2 tahun tercampak dari kereta di lebuh raya, 2 myvi berlumba (minta dijauhkan)

banyak pulak yang minta dijauhkan ye dak.
(termasuk kebakaran hutan australia hujung 2019, awal 2020. banyak beno insiden kan).
apapun macam yang stated dalam al-Quran,
segala kerosakan di muka bumi ni adalah hasil daripada tangan-tangan manusia juga.
sama-sama la kita mohon perlindungan daripada Allah untuk menjaga kita.
and new year would be the best time for us to become a better and kind person.

i was super hectic on 2020.. mungkin sebab ariana dah start sekolah.
jadi, ada benda-benda extra yang kena dibuat tahun ni.
macam basuh baju sekolah everyday, buat bekal sarapan, hantar-ambik beg kat transit dan check homework/beg.
disebabkan ada benda-benda tambahan, kadang ada rutin yang dah tak sempat sy nak buat.
macam sharing tafsir pagi-pagi (atau waktu lain) di igstory *i'm sorryyyyyy sobs*
sy akan cuba cari balik masa tu.
even nak buat cooking video yang proper pun tak sempat.
polly pocket berlambak lagi tak review.
ada birthday card yang tak siap-siap jugak.
lebih worst, anniversary sendiri pun terlupa nak beli hadiah dan buat kad.. haha.
(tu pun isz yang dok wish pagi-pagi then i was like.. "HAH? anniversary kita ke hari ni??")
hahahaa hecticnyaaa walahweiii

i will try to update from time to time.
walaupun baru bulan februari, rasanya macam-macam dah benda nak kena update. haha

k lah, jumpa lagi!! ;)

at istana melawati, putrajaya. february 2020.

Wednesday, February 05, 2020

nasi lemak paling sedap di dunia *tibee

assalamualaikum and hi! :)

ahhahaaa maafkan caption :DD
tapi bagi semua orang pun,
masakan kat rumah akan top off yang kat kedai.
sama la macam masakan mak.
semua orang akan cakap masakan mak dia the best.
sebab dia membesar dan dibiasakan dengan masakan mak dia.
palet rasa dia dah terbiasa dengan apa saja yang dia makan dari kecik.
hence; 'masakan mak aku paling sedap, weh.'
walaupun orang sebelah dia pun claim masakan maknya pulak paling sedap.
jadi isu ni takkan pernah habis. HAHA
kiranya taste is in the palate of the beholder. taste is subjective.
a.k.a in BM; mengikut selera masing-masing.

of course sy setuju nasi lemak CIAST seksyen 19, shah alam adalah sangat sedap.
tapi tetaplah jugak nak kata nasi lemak masakan sy yang biasa-biasa saja ni, adalah sedap mengikut selera tekak sy.. lolx.
sebab sy ni bukan pemakan sambal.
and my homecooked nasi lemak is the only nasi lemak that i eat a sambal with.
how about my mom's nasi lemak?
i also din eat the sambal, my mom said trylah, her sambal and nasi lemak is different than kedai.
i bet my mom's nasi lemak pun super sedap, since she's good at cooking.

so 'nuff bout sedap tak sedap,
let's on to the photos!

ni lah nasi lemak marhaen. as simple (but not so simple sebab siap ada ayam goreng) as it could be. lolx



the glorious ayam goreng berempah.
bahan-bahan rempah: bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, serai, biji ketumbar, jintan manis, daun kari, serbuk kari, garam, madu (menggantikan gula). ada yang tertinggal tak?

macam mana nak bagi serdak dia tak kecik-kecik macam ni?
adakah kena lebihkan serai?



bird-eye view.



my humble sambal nasi lemak. yang the only one yang sy makan, sebab dia lebih kepada rasa 'masak merah' (bawang lebih) ahhahaaa


yosh. kalau korang nak tau, sy ni TAK MAKAN sambal nasi lemak.. hahahaa *ampunnn peminat nasi lemak sekaliannn*
bukan sebab tak makan pedas,
tapi may be portion cili yang sangat banyak berbanding bebawangan.
then bau sambal tu.
tak taulah acik. lolx
maka sy buatlah sambal nasi lemak sendiri yang boleh dimakan oleh diri sendiri jua. kihkih
i also put blended ikan bilis in the sambal, for extra taste.
gula melaka for the darker color.
guhh teringin nak makan pulak bila taip ni :DDD
tapi kemalasannnnn.


ikan bilis goreng yang crunchy. taruk siap-siap dalam bekas. nanti terus tutup supaya tak lemau.

sy suka ikan bilis berkopek tanpa hitam-hitammm dengan kepala segala bala tu HAHA
kat kedai, akan makan bahagian badan je kalau mampu.
kalau ikan bilis jenis kecik, tak mampu, telan je la :DD

so yang version masak di rumah,
memang goreng yang berkopek siap.
goreng cukup-cukup untuk makan sehari tu je.
tak yah simpan-simpan.

hahaa goreng telur dengan kemalasan membuang minyak yang banyak dalam kuali.

minyak dia memang serius, tahap nak deep fry punya minyak.
tapi sebab nak goreng bahan lain,
so terus je la goreng telur tu ala deep fried.
patutnya kurangkan minyak sikit (sila jangan contohi).
tu yang rupa pun tak berapa nak semenggah.
but telur mata is always telur mata.
always tasty. bahaha
(sy tak suka telur rebus. sebab tu telur rebus tak dak)


banyak pulak gambar ayam goreng berempah ni dalam phone :P tak pe kita masukkan je semua dalam blog. hahaha



pinggan yang satisfactory nama dia :D

adoila pasal nasi lemak pun boleh buat blog entry HAHA

till then! toodles!