Showing posts with label dengkil. Show all posts
Showing posts with label dengkil. Show all posts

Sunday, January 09, 2022

kesan banjir

assalamualaikum and hi! :)

lepas banjir hari tu,
it affected a few things in our household and sampai sekarang masih affected.

antaranya macam dapur masak belum 100% dapat digunakan,
so most of they time, we dine out atau tapau melalui grab/food panda.
dan benda ni agak costly jugaklah banding masak sendiri kat rumah.
selain tu benda ni agak tak healthy sebab tau2 je la masakan kat luar dengan minyak recycle dan MSGnya. i can also feel it affect my health sometimes.

time banjir haritu jugak, jambatan dengkil runtuh.
alkisah van sekolah ariana, cik ita tu tinggal sebelum area jambatan.
dan dia kena pusing jauh untuk ambik budak2 sekolah.
selagi jambatan belum siap repair/bina,
we have to pay extra RM100 per month untuk van sekolah.

banyak bekas2 dan plastik2 dah dibuang/tak boleh pakai.
so agak sukar juga nak store benda kecik2.
even nak buatkan bekal sekolah untuk ariana pun, baru je terfikir tadi.. eh tak ada bekas.

part baju2 pun sama. since mesin basuh perlukan masa untuk dipulihkan dan kering,
sementara waktu ni kami pakai khidmat dobi layan diri.
benda tu jugak costly, selain time consuming.
(tapi biasanya kalau sy pergi dobi, sy tinggalkan je and pergi jalan2 ke kedai. husb selalunya rajin menunggu).
1 circle basuhan dah ambil masa hampir setengah jam.
nak keringkan pun dapat setengah jam juga.
jadi perlukan sejam untuk basuh dan keringkan baju.
itu belum dobi penuh lagi.
disebabkan banjir, hampir separuh mesin2 basuh rosak.
jadi kita kena queue jugak untuk basuh baju.

part kereta, kereta sy masih tersadai kat bengkel.
orang kedai kata ada dalam 150 kereta dan baru 30 kereta selesai.
i know post-banjir ni, kereta akan meninggalkan bau (that's what happened to husb's car yang baru settle baiki haritu), dan ada effect tersengguk2 kalau berhenti (kena frequently tukar minyak hitam kot).
so i really hope tak banyak perubahan to my car.
especially part computerized dan censor dia.
haritu, time sy balik dr kerja, hujan.
sy nampak sorang lelaki ni jalan kaki dari depan berpayung.
lepas singgah ambik AAs kat daycare, nampak pula lelaki tu dok ambik anak dia kat taska and jalan kaki balik (tak tau rumah dia mana).
so prolly dia ni mangsa banjir jugak dan tak de kereta nak ke mana2. so jalan kaki.
kesian memang kesian.
so these are some things yang banjir tinggalkan kesan kepada kehidupan orang.

sy fikir, kalau kami ni alhamdulillah Allah mudahkan.
ada kerja, ada orang tolong, kereta pun ada yang baik hati bagi pinjam.
macam mana dengan keadaan mangsa2 banjir lain yang lebih teruk kondisinya.
yang separuh rumah hanyut, yang berniaga sebagai punca rezeki, yang tak ada kereta extra untuk bergerak, yang diuji OKU, sakit kronik.. macam mana dengan mereka.
harap Allah juga mudahkan.

apapun life goes on.

esok insyaAllah sekolah dah nak bukak balik. (lepas tangguh seminggu sebab banjir)
mana2 yang baju, buku2 sekolah terkesan banjir, dah bagi siap2 list kepada pihak sekolah.
boleh pakai baju sukan juga ke sekolah.
selamat masuk sekolah, anak2!

tu je la kot. toodles!

Tuesday, January 04, 2022

edisi pasca banjir : cuci-cuci rumah

assalamualaikum and hi!

baru sempat nak recap balik kisah cuci-cuci rumah lepas banjir hari tu. 
caution : banyak gambar. haha
tu pun dah pilih2 and letak mana yang utama.
sekali appreciation post, untuk semua yang turun padang (fizikal / virtual) membantu kami.
alhamdulillah, we really really appreciate it.
bantuan tenaga, barangan, cash, makanan dan info-info berguna.
semoga Allah kurniakan ganjaran terbaik untuk kalian.


ni dalam 2, 3 hari lepas banjir surut and dah ada letrik/air yang laju sikit.


1st day datang tu, kitorang buang barang sikit2 dulu,
lepas tu baru sesi cuci-cuci.
sebab mula2 tu air tak berapa okey. slow sangat. nak cuci camne pun.

tips cuci banjir : cuci semasa lumpur masih basah.
kalau dah kering, hazabunnah nak cuci.
kalau tak dapat cuci lagi, baling2 air tu sikit biar kekal basah.


anaqi dok cuci toys dia yang berjaya diselamatkan. haha



masuk tengah hari, Allah hadirkan delivery nasi beriyani gam daripada kak zanariah.
memang ngam2 time tengah lapar and tak de apa2 untuk dimakan. alhamdulillah.
thank you, kak zana ^^


the next day tu baru ready untuk cuci2 rumah,
kelab KESWIP daripada ofis pun ada cakap nak datang tolong.

sumbangan plastik sampah heavy duty.
dapat daripada fiza, hajar dan abun. terima kasih banyak, korang.
sy dok tanya dalam fb, terus diorang datang hantar plastik. yang abun tu, dalam2 baru lepas surgery, dia dok hantar via grab. Allahu. baiknya kawan2ku. semoga cepat sembuh, abun.
fiza pulak sama mangsa banjir, tetap mai tolong. hajar, on the way nak tolong staff ofis dia kat kawasan  banjir jugak.




with hajar. sampai 10 paket plastik sampah heavy duty dia bagi.
masing2 pakai swimwear je sebab senang nak mencuci. haha


tips : pakai baju daripada kain licin / kain baju renang untuk mencuci kesan banjir.
senang nak cuci bajunya nanti dan cepat kering, insyaAllah.


ni team KESWIP (kelab kat ofis).
team pertama mai tolong kami cuci rumah. terima kasih banyak, korang.
tak terbalas budinya.




KESWIP juga bagi sumbangan pek kembara (best ni, sila google hihi)
dan diorang bank in sumbangan wang tunai juga. tqq KESWIP.





team azlia ajid, tuan herman (husband azlia) dan anak2 muda berjiwa besar daripada KUIS.
diorang adalah sukarelawan yang asalnya nak tolong cuci rumah jiran kami dan nak ke area lain,
tapi Allah hadirkan ke rumah kami sebab rumah jiran tu dah ramai yang membantu, sama jugak dengan area lain tu.
alhamdulillah. di saat2 ni, Allah banyak sampaikan pertolongan buat kami. sobs.




ini team ikhtiar foundation, bersama our friend, KAO (khairul azar omar, ongkuat PPTD).
sebelah sy, cik ija. ada juga DO bagan datuk.
mereka datang menjenguk dan bagi sumbangan makanan untuk dimasak. terima kasih.




gambar kenang2an team bahagian sosio ekonomi (BSE, ofis sy) dan team azlia ajid.
team ofis dikepalai oleh cik ija.. hihi. tqsm korang datang tolong, 2 hari tu datang bantu cuci2.
appreciate sangat. siap bawak makanan semua.


trivia : yang datang rumah kami siap2 bawa makanan, air, kelengkapan mencuci, sabun semua. Allahu, memang Allah je dapat balas. tak terbalas oleh kami ni.


antara barang2 dari tingkat bawah yang dibuang.. termasuklah perabot daripada serbuk kayu.
lembik gemalai jadinya kayu2 itu. hihi



with BSE peeps, AAs pun ada sekali.





sorrylah, tak tau kenapa gambar tak ikut sequence.
nak susun semua, macam tak rajin. haha
so tengoklah gambar berlumpur semasa day 1 ini :P



keadaan dalam rumah selepas dicuci.
ni dah hari ketiga kot selepas rumah dicuci.
lepas2 ni memang gambar tak ikut sequence. korang layankan je. haha



durra and naim haikal.
time ni familyku datang ke rumah, bawak SERAIII jyeah. (bukan pokok serai)



harith dah siap sedia nak makan.



yeah tu dia mama dan masakan special daripada restoran SERAI,
restoran turun temurun family kitorang haha.
bayangkan time post-banjir pun makan serai.
time birthday, time buka puasa, time lepas kahwin, semuanya SERAI. SERAI di hati :P



snap satu kaliii. air jagung pun ada. nasi mama masak dari rumah.
periuk tu siap bagi lagi. tapi haritu dah test periuk nasiku yang dilanda banjir, alhamdulillah dah boleh pakai. nanti pulang balik la periuknya, ma. hihi. tenkiuu.




ni barang2 yang bffs bawak.. alatan untuk cuci2 the rest yang belum settle dicuci.
sankiu sankiu.



ni hari kelima rasanya. KFC tu sumbangan AJK surau ofis.
bersama2 fam bam dari banting. tqq datang dan bagi pinjam kereta (kereta kami dua2 masuk bengkel).



ni lah ustaz2 dan AJK surau yang sudi datang menjenguk, balik daripada solat jumaat
dan tanya kalau perlukan team bantu cuci2. sy kata tak pe, alhamdulillah rumah dah siap cuci.
ni pun siap bagi ayam KFC satu kotak. terima kasih banyak2.



ni pun hari jumaat. bffs ku datang menjenguk dan makan2 sekali.
tqq elia belanja 4fingers, azra bawak nasi kukus ayam berempah, mardia bawak air.
dan barang2 mencuci.



hari jumaat tu pun pagi2 lagi team ofis husb datang tolong post-cuci,
iaitu cuci barang2. kerusi, meja, kipas stand, pokok hiasan tu pun kena cuci jugak. hihi
tq byk2 tau korang.



raja dan che dah jugak datang visiting dan bagi sumbangan.
tqtqq. tq raja bagi se-beg barangan, termasuk extension plug, makanan kucing dll barangan berguna. hihi




geng2 BSE. bosskur pun datang jenguk dan bagi sumbangan.
tqq banyak, korang and bos hj din. ni 2nd day tau team BSE datang bantu. terima kasihhh.



ni time mak (MIL) dan fam banting datang hari khamis.
(tu la sy cakap, gambar kat blog ni tak ikut sequence. geram je kita. lolx)
mak bawak nasi dan lauk-pauk.. yums. tqq semuaa ^^



bersama my boss hj din dan husb fiza yang datang tolong and check elektrik.



RORO bin dah penuh sungguh2 time ni, sampai tergolek carseat dengan kusyen satu.
tak muat. hahaha


truthfully, tak de la super sedih dengan barang2 yang dibuang.
benda luar kawalan kita kan.
cuma part sayang tu, macam sofa, sebab sofa tu selesa betullllll susah nak jumpa sofa selesa macam tu haha. (skang dah discontinued productionnya).
lagi satu ada buku pop up book mega yang kawan hadiahkan dari jepun rasanya.
habis lunyai buku tu. (ai bukan boleh bab2 buku ni.)
bila tengok orang dok share, buku2 book xcess 2 juta kena buang sebab banjir kat gudang buku, pun tumpang sedih.
buku tuu.. ilmu ok.
alhamdulillah la buku2 dan kitab2 kami yang dok atas2 dalam kabinet buku, selamat.
buku2 belah2 bawah la (banyak buku AAs) dan fail art anaqi semua tu, kena buang.
masa nak evacuate dari rumah time banjir, sy letak al-Quran kat almari paling tinggi kat tingkat atas.
masa letak tu, bergenang air mata ok. macam nak berpisah apa je.. haha.
nak bawak naik bot tak dapat, bot kecik je. bawak baju je time tu. dengan harapan al-Quran, laptop semua kat almari tu selamat.
husb dok kata, tak de la banjir tinggi sampai gitu sekali.
tu la, mana nak tau kan.


ikhtiar foundation.



ni gambar time team BSE bantu cuci rumah. tqq gais! sobs.
(pencucian rumah buat 2 hari, double cleanse).



team rewang, cuci pinggan mangkuk. hihi



husb, AAs with tuan herman dan jiran kitorang, arif.
tuan herman ni geng arif.



gambar anaqi dan anak kucing kt kedai dobi layan diri.


memang laundrybar dan kedai2 dobi layan diri dah jadi rumah kedua skang.. bahaha.
sampai le mesin basuh direpair nanti.
doa2kan la kesejahteraan mesin basuh kami :P


ni pulak, gambar makanan kucing yang kembang dimasuki air.
tapi tetap bagi makan kat diorang (kucing2) sebab tak de makanan kering lain dah.
kucing ni bukan boleh suka2 tukar makanan kering, nanti tetiba ceri beri haha.
nak tukar pun kena slow2 sikit2. tapi tengok, diorang ngap je makanan kucing perisa air banjir ni.. haha. memang kental kucing2ku. bravo!



bayangkan pek 7kg ni husb baru beli, dah seal bertutup pun, dimasuki air banjir.
tak pe la nanti beli lain (updated : husb dah beli).



so sementara tingkat bawah tu banjir,
kitorang jadikan bilik tempat tidur AAs as PPS (pusat pemindahan sementara) diorang.
makanan, air dan pasir semua dalam toilet, pintu toilet terbuka.
bila banjir beransur pulih.. wallah! tu dia bau bilik semerbakkkk.
ai dok cuci pakai 4 jenis pewangi kot. serius! pi pasaraya semata2 nak beli pewangi sebab tak dapat nak hilangkan bau kucing dalam bilik ni. gile busuk ok hahaha.
cadar tu buang terus :'DDD



gambar ni ada cerita dia.
ni gambar kat ofis ai.. time lepas maghrib ni (sambung cerita di bawah).


masa ni kami masih di PPS presint 10.
tapi haritu keluar balik rumah, cuci rumah semua.
time nak balik kembali ke PPS, balik asing2 dengan husb sebab bawak 2 kereta and husb nak pi urut badan dia sakit2 and nak cuci baju kat dobi dulu.
sampai2 PPS, pintu kunci.
family yang last keluar tu kata ada sorok kunci kat somewhere.
dok cari2 tak de. dah call pun tak dapat cari juga.
bateri pulak mati dan2 tu. sempat la msg husb kejap btau bateri nak dead dah.
so sebab dok kejar nak solat asar, bawak kereta dengan budak2 ni, pi ofis.
tumpang solat sampai solat maghrib.
AAs pun bahagia sebab dapat tengok youtube kejap HAHA
ye la phone diorg 2 biji terendam banjir (phone free, bukan beli. but still, phone).
wifi, apapun tak de.
so bila dapat wifi kejap tu, bahagia la mereka. 

dah lepas2 solat maghrib tu, balik ke PPS..
alhamdulillah pintu PPS dah buka. haha


tu la pengalaman banjir, kupatrikan di blog ni.
nak zahirkan kesyukuran yang amat banyak,
sebab ramai insan2 berhati mulia yang datang membantu,
yang datang bagi macam2 sumbangan.
kami lemas dalam kemewahan hati kalian.. ha gitu ayat puitis ;)
tapi serius la, semoga berbalik kebaikan yang banyak untuk kalian semua.
alhamdulillah, Allah mudahkan sepanjang2 urusan kami.
appreciate sangat2, family, friends,
yang tengah dok sakit, yang sendiri pun mangsa banjir, yang dok jauh berbatu2 pun membantu kami dengan cara tersendiri. Allah, terima kasih banyak2.

ok la nak stop menaip dah.
laptop ni pun macam nak hang je.
tanda2 suruh update windows la tu (baik..baik.. sy update skang! bahaha)

Tuesday, December 28, 2021

edisi banjir : pindah ke PPS

assalamualaikum and hi!

edisi banjir bersambung. lolx
alhamdulillah, walaupun dilanda banjir,
Allah memudahkan urusan kami sekeluarga.

lepas2 turun dari trak ATM, kami tunggu kt bus stop depan sekolah.
masa tu bateri phone husb tinggal berapa percent je.
sempat dia call orang PPTD cakap 'saya tunggu dekat bus stop depan sekolah, baju singlet merah.'
haa merah kau :D lepas tu.. tup! phone was dead.

buat sementara waktu,
kami menumpang teduh di pusat penempatan sementara (PPS) banjir di rumah PPTD, presint 10, putrajaya.
PPS yang agak selesa pada sy, sebab setiap keluarga diberikan sebuah bilik.
walau bukan bilik tidur, tapi tetap selesa, alhamdulillah.
kami tumpang kereta orang juga untuk ke sini.
tqq to PPTD, diorang tunggu dari pagi kot sebab time tu kan kita dapat news,
nak evacuate pagi.
rupanya malam baru dapat keluar dari area banjir.


bilik kediaman kami berempat di PPS.


PPS rumah pptd ni bukan untuk mangsa banjir di kalangan PTD saja tau,
siapa2 pun boleh berteduh kat sini.
masa kami tinggal kat sana, PPS ni boleh memuatkan 10 buah keluarga.


Allah bagi PPS yang selesa, sebuah banglo yang berjiran dengan rumah PM pulak tu.
segala puji hanya bagiNya.


rumah PPTD ni mungkin digunakan untuk aktiviti AJK PPTD.
untuk meeting, berkumpul. begitulah.
dan dengarnya rumah disewa oleh PPTD dan menempatkan mangsa2 banjir.
tqq PPTD.
siapa suka kecam PTD tu, sila insof. PTDs ni baik2 tau. hihi
(termasuk penjawat awam. siapa kata penjawat awam dok dalam bilik aircond time musibah banjir? penjawat awam turun padang jadi sukarelawan tau. right now budak2 ofis dah kat pahang, tolong mangsa banjir).


AAs berposing di depan PPS sebagai tanda kenang2an.


truthfully, kami seronok berteduh kat PPS rumah PPTD ni.
jumpa kawan2 baru, yang sama2 senasib banjir dengan kami.
budak2 pun ramai kawan2. nampak la diorang enjoy kat sana.
tang makan, minum, toto alhamdulillah semua cukup.

tu yang bila kawan2 tanya nak makanan ke apa2.. sy btau, alhamdulillah makanan semua ada sini.
tak perlu bawa makanan banyak2.


en nor shah, SUB dasar ada jenguk di PPS dan sumbangkan makanan minuman untuk ahli2 di PPS ni.


kami yang terlibat dengan banjir ni serius tak memilih,
tapi nak habaq yang barang2 en nor shah bagi ni sangat2 praktikal untuk PPS.
ada air minum botol (nampak family2 bawak air botol masuk ke bilik masing2. mungkin untuk minum bila2).
ada biskut, tisu, jajan dan juga roti. kiranya snek.
sangat2 sesuai, sebab PPS dah sediakan makanan 'basah' macam nasi dll.
jadi makanan kering boleh dimakan in between.
budak2 pun suka makan (budak2 ramai).
jadi makanan semua habis dimakan.
terima kasih kat en nor shah.


azra, my bestie juga ada datang lepas balik kerja.
tanya perlukan apa2 tak. kirim baju sikit, sebab kami evacuate bawak baju 2 helai je macam tu.


bukan takat baju, buku, mainan untuk budak2, milo, ribena, biskut pun ada.
buah oren, pisau, pinggan semua. very thoughtful.
terima kasih, bestie :)


ni baju2 yang disumbangkan oleh bestie. hanya Allah dapat membalasnya.



ni pulak minyak gamat dan mc d yang bff, mardia belikan.
tapi time ni kami tak de kat PPS, kami dok cuci rumah kat dengkil.
balik semula ke PPS malam tu baru makan. tqq mar :)


kami di PPS juga dibekalkan dengan toto, bantal, towel, sabun mandi, syampu, ubat gigi, berus gigi dan baldi untuk 1 keluarga.
boleh bawak balik semua.
ya Allah, murah hati PPTD dan rakyat Malaysia. tqq banyak2 atas sumbangan.

antara sumbangan.



antara sumbangan.



ariana bergambar kenangan di depan PPS.


kawasan PPS ni tenang, aman damai je.
belakang tu macam hutan. so sejuk2 je gitu.
rumah pun seketul hujung jalan.
memang tak de rumah lain kat situ.


sahabat gamer kepada husband, mark sherman dan family datang jenguk dan bagi sumbangan baju budak2, makanan dan kewangan. mark berbangsa filipina dan berkahwin dengan rakyat Malaysia. sama macam mark adam kot. hihi


terkejut sebab family mark bagi barang2 premium.
baju untuk budak2 semua stok bawak jalan2 hat branded.
makanan pun sama, macam yang dibeli kat grocer2.
tqsm mark and family. Allah je dapat membalasnya.


kat pusat banjir pun tetapp bermain. budak2 kan.



husbandku dan anak angkat barunya.. haq :DD
haq ni memang ikuuttt je husband ke sana sini. haha



biasanya hall bawah ni la tempat semua orang berkumpul/makan.
tengok la anaqi tu. among us katanya. lolx



:'DDD



rosak le baju tu anaqi oii.



time ni, sampai bantuan beras.
ahli2 PPS dok bantu-membantu passing beras.

 

macam2 le AAs ni :DD



makan burger mc d yang aunty mardia beli.



ariana dan kawan baik di PPS, hana.



berpusing2 atas kerusi.



ada ke disuruhnya imran yang baru lepas khatan tu tolak kerusi. haha


all in all, tq to PPTD sediakan tempat perpindahan sementara untuk kami semua.
kami amat2 hargainya.
it was really a pleasant stay.
memang tak macam PPS lain yang tak ada eletrik pada mula2nya, duduk dalam tent, bersesak ramai2.
syukur selalu Allah mudahkan journey ini.

nanti kita cerita part cuci2 rumah pulak lepas ni.
part yang letih jugak la.. haha.

till then!