Tuesday, May 18, 2021

kisah raya 2021

assalamualaikum and hi! :)

selamat hari raya aidilfitri, korang!! *virtual salam, sebab skang tengah covid. lolx*
ampunkan salah silap ai pada bulan yang mulia iniii.

nah, tengok gambar rendang in progress dulu :P

rendang ayam nismilan sedang dimasak, sehari sebelum hari raya.


raya tahun ini, serba sederhana.
memang tak ke mana.
bukan setakat sebab kesihatan diri tak mengizinkan,
tapi sebab tengah PKP 3.0 haa.. start 12 mei till 7 jun.
raya 13 mei.
tu pun ramai yang sayu, pilu sebab tak dapat balik kampung.
(ai pun sayu pilu tapi tak over sangat la, sebab mama ada datang ke dengkil sebelum PKP hari tu.. since sy tak sihat kan, and babahnya outstation. so sempat jumpa, alhamdulillah. tq ma! leviu!)

rentas daerah tak boleh, kunjung-mengunjung tak boleh.
tapi pergi mall boleh.. maka ada artikel and news yang cakap,
jangan jadikan mall tempat keluarga bertemu, hahaa
ada juga bijak pandai yang beraya ramai2 kat mall kan :'DD

apapun, harap turunlah kes covid bila ada PKP 3.0 ni.
korang pun jangan nak keluar beraya pulak.
stay at home diam2.


kelainan tahun ini.. rendang ayam hijau kuning nismilan. bukan kedah tau :D


rasa.. sodap!
main buek yo, tengok beberapa youtube, lepas tu gabung2 resipi ikut suka hati.
alhamdulillah menjadi.
den pun masak tak banyak, setengah ekor ayam je.
biasanya every year akan masak rendang mak lang (cili kering).
tapi tahun ni kurang sihat.
raya pun berempat je. yang makan rendang, 2 orang je pulak tu (me and husb HAHA. budak2 ni mana makan sangat, kecuali kalau tak podeh).
so, masak rendang nismilan ni jimat masa dan tenaga.
tak ambik masa berjam-jam macam sebelum ni.
nanti PKP dah habis, insyaAllah kita masak rendang mak lang ye. rai tetap rai :P


2nd time masak kuah kacang from scratch.


yang 1st time masak dulu2, tak berapa menjadi kuah kacangnya.
ni jumpa resipi kat youtube (jugak), eh menjadi resipinya.
tahun lepas, tak silap beli je yang instant. boh dalam kuali, boh air.
tahun ni terlebih rajin. masak pun dalam 500g kacang. sikit je.
cantik kejadian kuah kacangnya, alhamdulillah.
nanti2 kita share resipi dalam blog, insyaAllah kalau free.


ni pagi raya. dok menggoreng ketupat palas dan panaskan kuah kacang dalam periuk multi cooker.


so basically:
sehari sebelum raya - masak rendang dan kuah kacang. malamnya, rebus/stim 2 jenis ketupat (nasi dan palas).
hari raya - panaskan semua lauk. goreng ketupat palas.

jadi tahun ni, tak berapa mengah mak ngah la buat kerja masak-memasak.
relax sikit.


lauk pagi raya pun simple je. tapi memang menu2 raya yang wajib la.
eh, spot a nasi goreng ikan di situ :P


walaupun nampak sikit,
jenuh jugak nak menghabiskan HAHA
yelah, yang makannya dua orang je.
lemang tu jiran kitorang bagi.
macam tau2 je kitorang tak de lemang. lolx


ni la rupa kejadian rendang nismilan idaman diri sendiri *tibaa* :'D



dendeng ni sedap! husb beli kat budak ofis. repeat order ok.


sebelum ni kalau nak raya, selalu beli dendeng daging mommy non (sedapp).
this year, try dendeng yang budak ofis husb jual pulak.
rasa dia setara sedap, harga lebih affordable.
tapi atas masing2 la nak beli mana kan.


ketupat palas ganu beli from budak ofis ai, lemang from jiran tetangga. haha
dua2 sedap.



ni pun dua2 sedap.
kerjanya memuji masakan sendiri je. kahkahh.
kuah kacang and nasi goreng ikan.



overall lauk pauk first day of raya.



kuih, kerepek raya pun ada 5 balang je tahun ni.
yang paling laku, of course biskut bantal dengan nutella cheese tart.


udah2 la tu gambar makanan :P
rasanya gambar makanan raya daku dan kamu,
lebih kurang sama je kan.
kalau tak lemang, rendang. tak rendang, lemang. iye dok :DD

ni ha, gambar raya family pulak.

TAHUN NI TAK BERAYA DI SIDE MANA2, SILA AMBIL MAK LONG. haha
jadi next year punya turn, kembali ke shah alam insyaAllah kalau sampai umurnya.
type siap2, sebab biasanya i ols akan merujuk turn beraya kat blog ni juga.
bahan bukti ni. hahaa


jumpa tripod lama. maka dapatlah bergambar raya decent macam ni :P


kusyen senget-benget pun don't mind don't care. mah haha
kemasan raya?
ada la sapu and mop lantai.
tapi tu je la.
kita punya kudrat pun ala2 kelelahan lagi kan.
so bersihkan rumah mana mampu je.
tak ada la cat pagar, cat dinding, cat kereta ke. tak de ye. hahah


minilove satuuu.



the love of my life, insyaAllah.



oh tema tahun ni kelabu ye.
anaqi ni anti-mainstream betul. hahaha



acah2 bersalaman HAHA.
mohon maaf salah silap ye, bang.



dua budak-budak yang asyik bergaduh bila main game. lolx



these are AAs. ariana and anaqi.



pose ala2 tenung ke bawah. husb le ajar ni.
acik mana tahun benda2 gini. haha



tuan director pose sana sini. hihi



over betul peluk, macam 50 tahun tak jumpa. hahah
anaqi tu memang suka menyorok belakang sofa sana.
kira hipster habis dah tu :P



me and the kids.



titian kasih. kahkah



anyeonggg haseyooo. saranghaeee.
yo yo an je. hahah



upacara angkat budak2 berat.



yeppa!
alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang beransur baik pada hari raya ni.
syukur, ya Allah.



budak berat number two.



3 tingkat. haha



tata tutu daripada kami!

 

OOTDs:

WANI E - baju tucz, tudung vietnam.
ISZ - baju melayu jakel (aaron aziz), sampin jakel.
ARIANA - baju kurung jakel tak ingat nama siapa, tudung nur jannah.
ANAQI - baju melayu jakel yusof iskandar, sampin spiderman.

a test on ramadan

assalamualaikum and hi! :)

how's everyone?
harap semua sihat2 and dalam perlindungan Allah swt selalu.

finally! a blog post! teehee.

before i start my raya entry,
i would like to jot down my experience on this past ramadan.
tak da la nak type panjang2, but just a short note for my future reference.

this year, and these few months,
i'd been tested with ujian kesihatan.
on ramadan, it was somehow like a near life-death experience.
seriously i thought i was gonna die already.
i thought i have heart issue or something (nanti cerita kat bawah).
but i never lose hope on living.
alhamdulillah, things are getting better and i am in the recovering phase, i hope.

so the story begins around the 16th day of ramadan.
as i told earlier, i got my mensy on the 1st day of ramadan (13 april).
and my usual mensy biasa ambik masa 8 days macam tu.
but this time, sangat lama. sampai 15 hari.
lepas tu after the 16th day, i start to puasa back.
then the mensy came again, heavy flow. sudden, just like that. still puasa, sebab dah lebih 15 hari.
am still figuring out the reason.
post-miscarriage? prolly, tapi lepas2 miscarriage hari tu, my mensy just normal every month.
stress? prolly too. 2 weeks before, i was too stressed out.
hormon imbalance because of the supplements i took? idk too.
but i stop my supplements for a while on puasa time.. takut panas.

lepas tu i got symptoms like jantung debar, sakit dada, kelelahan, sesak nafas, abdomen rasa penuh, kepala pusing, badan rasa letrik bila pegang phone/kucing.. gradually sikit2 symptoms tu muncul.

2 mei. ahad.
sebab sesak nafas sangat pagi tu, terus pi klinik.
doc check la. darah, paru-paru, even jantung.
buat ECG siap.
funny, doc kata semua normal.
for the first time in my life, dapat ubat stopkan jantung laju/berdebar.
lepas tu dapat ubat stopkan period.
by that time, i still puasa.

3-4 mei. isnin selasa.
MC.
selasa tu jumpa doc lagi, sebab macam biasa, sesak nafas.
(ai is no covid haha. sebab paru-paru ok)
dapat ubat gastrik and angin.
sebab pagi-pagi buta time nak tidur tu, rasa abdomen sakit, macam penuh.

5 mei. rabu.
MC.
time ni awal pagi tu dah siap pack beg, pergi emergency hospital putrajaya ok.
yang medical assistant kat kaunter depan tu ambik nadi,
dia kata nadi ok. so tak boleh admit.
kena pi klinik kesihatan dulu.
so pergi KK. buat appointment online. nasib baik ada slot kosong.
(ye musim2 ni semua kena appointment)
dok check-check, doc tu kata bukan jantung.
so dia suggest buat blood test for tiroid.
sebulan lagi dapat result katanya. ok.
balik rumah, rest layan sakit. haha

6 mei. khamis.
no MC, tapi memang tak berdaya pun nak bangun dengan sesak nafas and kepala pening.
time2 ni dah start pening kepala tiba-tiba kalau buat kerja lebih sikit.. dah start ada letrik2 dalam badan tu. lolx
so minta EL sebab memang tak boleh nak stand up sangat pun.

7 mei. jumaat.
haha lama kan kisah sakit ni. no worries, sakit penghapus dosa, peningkat darjat (Allah's will), tapi kena bersabar banyak.
(immediate boss la, harap dapat sabar banyak sebab sy memang tak larat nak buat kerja apa time ni).
went to office. bawak ariana sekali, sebab time ni sekolah2 pun dah tutup sebab covid bermaharajalela.
dalam keadaan tak fully ok, dok drive pergi ofis.
sampai-sampai, hambik, terkelepek dengan kepala pening tak boleh bawa bincang.
pening dia tu, macam ko pening time demam makan ubat.
tapi ni tak sakit kepala tak apa pun. just rasa pening melampau tu.
sah2 la tak boleh buat apapun.
time ni orang dah ramai mood nak raya.

tapi ofis being ofis,
dalam sy terkelepek atas meja tu,
masih ada yang datang ke bilik dan call pasal kerja.
my tsub je la datang jenguk, dia kata ambik la cuti raya awal, rest.
yang lain datang tanya pasal kerja je haha.
(pelajaran kepada diri sendiri: not to ask about work to someone's yang tengah terkelepek langsung tak boleh angkat kepala macam ni haha)

petang tu patut ada sesi fotografi raya bahagian.
memang tak fikir apa, dekat tengah hari tu terus balik sebab memang tak tahan.
dalam pening2 tu, gamble je bawak kereta balik.
terus singgah klinik lagi.
third time dah ni ambik darah. lolx
gula, BP semua ok. heran kan.
despite of pening2 kepala ni.
so doc suggest buat blood and urine test. ok kita buat.
balik rumah, baring je. puasa still on.
alhamdulillah la, dalam keadaan sakit ni, masih berkederat puasa.
nak makan lebih pun memang tak dapat.
sebab perut bloated, dada sakit.
so might as well kita puasa je la.

start 10 mei. isnin.
tu dah minggu nak raya kan.
so i took a leave 10-17 mei (isnin-isnin).
rehat cukup2. ok fine ada la buat kerja rumah sikit2, tapi mana mampu la.
tak mampu, kita baring balik.
phone pun tak berapa pegang sangat sebab letrik. lolx
kucing pun tak main sangat.. sampai la hari ni (18 mei, selasa) dah tak de rasa letrik tu.
alhamdulillah.
tapi still berpada-pada jugaklah.
memang minggu raya tu rest habis2an.
tapi memasak juadah raya, tetap on.
sebab nak dekat-dekat raya tu, dah tak berapa pening dan tak sesak nafas sangat.
sakit dada tu on off.
bila penat je, rest tengok tv. tu je la.

16 mei. ahad.
pi ambik result darah and urin hari tu.
as usuals, doc kata okayyyyyy (pengsan berjemaah).
hihi not entirely ok la, tapi bukan benda yang kronik?
katanya mineral tak cukup dalam badan, kena ambik garam lebih.
kena exercise, kurangkan makanan bergoreng (kolesterol).
basically, sy mula suspect yang haritu,
sy dehydrate yang melampau sampai ganggu fungsi keseluruhan badan.
sampai dada sy sakit, sesak nafas, pening, cepat penat, letrik dan etc.
apapun doc kata tunggu result tiroid nanti.
dehydrate tu pun mungkin sebab menstrual berlarutan dan badan tak cukup air secara extreme.
mensy berlarutan sebab... stress?
ataupun this is just a test for me, on ramadan.

andd today, 18 mei selasa, dah masuk ofis.
alhamdulillah symptoms aneh2 tu semua dah berkurangan.
tak berani nak kata fully recovered, as i am still recovering.
buat kerja lebih sikit je, kena hati2.
ni pun tadi sampai2 ofis, macam short of breath sikit.
tapi sikit je la, tak de terkelepek macam sebelum ni.
(mungkin driving itu satu aktiviti yang melelahkan dalam kondisi ai ni haha)
so sy relax2 kejap, baru sambung kerja.
and kelelahan tu pun hilang slowly.

apapun i hope stress kerja akan berkurangan lepas ni.
oleh itu, cepat2lah sampai orang yang akan mengisi kekosongan tempat kerja yang sy tengah tanggung sekarang ni.
truthfully, tempat tu kosong lama, and perlu diiisi.
tempat tu kena diisi oleh orang yang focus buat kerja itu sahaja,
cuz the workloads are overwhelmed.
tempat tu tak sesuai ditanggung oleh orang lain yang juga sibuk. lolx

so yeah.
that's basically my story.
doakan sy fully recovered, sihat seperti sedia kala.
nak pi bersenam la nanti.
lolx